Anda di halaman 1dari 12

INSURANS BERKAITAN PELABURAN

PRUwealth
Melindungi masa depan orang tersayang
Apakah erti kekayaan kepada anda?
Wang dalam akaun bank atau mungkin jumlah aset yang anda miliki?

Semua itu merupakan pengertian yang sah, tetapi bukan itu sahaja. Kekayaan sebenar
terletak pada legasi yang anda tinggalkan dalam bentuk jaminan kewangan untuk
keluarga anda, kekuatan untuk keluarga anda meneruskan kehidupan mereka apabila
anda tiada lagi, ataupun inspirasi yang anda cetuskan untuk membimbing orang yang
tersayang ke arah kejayaan. Ramai orang membina serta merancang masa depan
mereka untuk mencapai kebahagiaan, tetapi hanya segelintir yang merancang untuk
melindungi keluarga mereka ketika berlakunya peristiwa yang tidak diingini.

Apa yang boleh anda lakukan untuk melindungi keluarga anda?


Tinggalkan satu legasi perlindungan untuk orang yang tersayang
dengan PRUwealth
Ambil langkah seterusnya dengan melindungi legasi anda untuk masa depan keluarga
anda dengan memiliki PRUwealth daripada Prudential.

PRUwealth adalah pelan insurans berkaitan pelaburan yang fleksibel dengan memberi
anda perlindungan sehingga umur 100(1) tahun serta amaun perlindungan insurans yang
lebih tinggi sehingga 4 kali (4X) ganda. Ketika menikmati perlindungan dari PRUwealth,
anda juga akan mendapat Bonus Kesetiaan dan Booster Kesetiaan.

Tinggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan orang yang tersayang dengan
PRUwealth. Lindungi dan tinggalkan legasi yang berpanjangan untuk mereka.

Tempoh perlindungan polisi bergantung kepada sama ada polisi anda mempunyai nilai akaun yang mencukupi
(1)

untuk membayar semua caj polisi. Untuk memastikan polisi anda mempunyai nilai akaun yang mencukupi,
premium tambahan mungkin diperlukan untuk perlindungan berterusan sehingga umur 100 tahun.
Manfaat sepintas lalu
Bersama dengan anda sehingga umur 100(2)
PRUwealth membolehkan anda melindungi legasi anda dengan menyediakan
perlindungan insurans yang fleksibel sehingga umur 100(2) tahun, memberikan anda
dan orang yang tersayang perlindungan yang sukar ditandingi. PRUwealth juga
membolehkan anda menambahkan rider opsyenal seperti rider penyakit kritikal dan
rider pembayar untuk lebih ketenangan fikiran.

Perlindungan apabila anda memerlukannya


Nikmati perlindungan insurans yang meluas sehingga 4X ganda amaun perlindungan
sekiranya berlaku peristiwa yang tidak diingini seperti berikut:

Membayar 100% amaun perlindungan apabila


berlaku kematian atau Hilang Upaya Kekal dan
Menyeluruh (TPD)(3).

Membayar 200% amaun perlindungan apabila


berlaku kematian disebabkan oleh kemalangan(3).

Membayar 300% amaun perlindungan apabila


berlaku kematian disebabkan oleh kemalangan(3)
semasa dalam perjalanan dengan menggunakan
sebarang kenderaan awam, gerabak lif atau akibat
kebakaran semasa berada di dalam bangunan awam.

Membayar 400% amaun perlindungan apabila


berlaku kematian disebabkan oleh kemalangan(3)
yang berlaku di luar Malaysia.

Amaun perlindungan yang akan dibayar ialah Jumlah Diinsuranskan atau jumlah nilai
tunai Akaun Unit Asas (BUA) dan Akaun Unit Perlindungan (PUA), yang mana lebih
tinggi. Di samping itu, semua baki nilai tunai di dalam Akaun Unit Pelaburan (IUA) juga
akan dibayar apabila berlaku kematian.

Perlindungan tambahan untuk penyakit berjangkit


Untuk setiap diagnosis Untuk setiap kemasukan ke
penyakit berjangkit hospital akibat penyakit
dalam Kategori A(4) berjangkit dalam Kategori B(4)
Ganjaran kesetiaan sepanjang tempoh perlindungan
Ketika anda dilindungi dengan PRUwealth, anda akan diberi ganjaran Bonus
Kesetiaan(5) sebanyak RM500 setiap 2 tahun bermula dari tahun polisi yang ke-10.
Di samping itu, Booster Kesetiaan(5) yang bersamaan sebanyak 8% daripada Jumlah
Diinsuranskan akan dibayar sekali sahaja pada Tarikh Ulang Tahun Polisi apabila anda
mencapai umur 70, 80 atau 90 tahun bergantung pada umur penyertaan anda seperti
yang dinyatakan di bawah:

TEMPOH UMUR
UMUR
PEMBAYARAN PEMBAYARAN
PENYERTAAN
BONUS KESETIAAN BOOSTER KESETIAAN

Umur 19 - 50 Setiap 2 tahun Umur 70


Umur 51 - 65 bermula dari tahun Umur 80
Umur 66 - 70 polisi yang ke-10 Umur 90

Kawalan di tangan anda


PRUwealth memberi anda kawalan sepenuhnya dengan 4 tempoh pembayaran
premium, iaitu 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun atau sepanjang tempoh polisi. PRUwealth juga
menawarkan anda kefleksibelan untuk mengawal tempoh perlindungan anda dengan cara
mengubahkan amaun premium anda atau membuat tambahan premium tunggal.

Perlindungan yang dijamin pada tahun-tahun awal yang penting


PRUwealth dilengkapi dengan ciri Peruntukan Tanpa Luput(6) yang membolehkan
anda menikmati perlindungan berterusan dalam 72 bulan pertama tanpa mengira
prestasi pasaran.

Peluang pelaburan
PRUwealth menawarkan anda peluang untuk melabur dalam pasaran tempatan dan juga
global melalui dana PRUlink dan/atau PRUlink global funds kami. Pertingkatkan lagi nilai
tunai anda dengan melabur secara tetap dengan rider PRUsaver.
(2)
Tempoh perlindungan polisi bergantung kepada sama ada polisi anda mempunyai nilai akaun yang
mencukupi untuk membayar semua caj polisi. Untuk memastikan polisi anda mempunyai nilai akaun yang
mencukupi, premium tambahan mungkin diperlukan untuk perlindungan berterusan sehingga umur 100 tahun.
(3)
Perlindungan TPD dan Kematian akibat Kemalangan adalah sebelum Tarikh Ulang Tahun Polisi pada umur 70 tahun.
(4)
Perlindungan penyakit berjangkit adalah sebelum Tarikh Ulang Tahun Polisi pada umur 70 tahun. Sila rujuk
kepada bahagian yang seterusnya untuk senarai penyakit berjangkit yang dilindungi.
(5)
Bonus Kesetiaan adalah sebanyak RM100 untuk setiap RM100,000 Jumlah Diinsuranskan. Bonus Kesetiaan
dan Booster Kesetiaan akan dibayar ke dalan Akaun Unit Asas (BUA), asalkan polisi masih berkuat kuasa
dan semua premium telah dibayar.
(6)
Asalkan semua premium telah dibayar dan tiada pengeluaran dibuat dari BUA dan PUA.
Gambaran keseluruhan

*Tempoh perlindungan polisi dan pembayaran manfaat bergantung kepada sama ada polisi anda mempunyai
nilai akaun yang mencukupi untuk membayar semua caj polisi. Untuk memastikan polisi anda mempunyai
nilai akaun yang mencukupi, premium tambahan mungkin diperlukan untuk perlindungan berterusan
sehingga umur 100 tahun.

Mengenai PRUwealth
1. Apa itu PRUwealth?
PRUwealth adalah pelan insurans berkaitan pelaburan dengan premium tetap
yang melindungi Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD) dan Kematian
akibat Kemalangan sebelum Tarikh Ulang Tahun Polisi pada umur 70 tahun serta
kematian Hayat yang Diinsuranskan. PRUwealth juga menawarkan perlindungan
untuk penyakit berjangkit sebelum Tarikh Ulang Tahun Polisi pada umur 70 tahun,
di mana manfaat akan dibayar secara sekali gus apabila berlaku diagnosis atau
kemasukan hospital akibat penyakit berjangkit yang dilindungi. PRUwealth juga
memberi ganjaran kepada anda melalui Bonus Kesetiaan dan Booster Kesetiaan.
2. Bagaimana boleh saya menikmati perlindungan berterusan
sehingga umur 100 tahun?
Tempoh perlindungan PRUwealth bergantung kepada sama ada polisi anda
mempunyai nilai akaun yang mencukupi untuk membayar semua caj polisi seperti
caj insurans, yuran dan caj lain yang ditolak daripada nilai akaun.

Untuk memastikan polisi anda mempunyai nilai akaun yang mencukupi, premium
tambahan mungkin diperlukan untuk perlindungan berterusan sehingga umur
100 tahun.

3. Siapa yang boleh menyertai pelan ini?


PRUwealth boleh disertai oleh sesiapa sahaja yang berumur 19 hingga 70
tahun. Apabila kematangan polisi atau semasa penyerahan polisi, kami akan
membayar anda nilai unit dalam polisi anda.

4. Apakah penyakit berjangkit yang dilindungi di bawah PRUwealth?


Senarai penyakit berjangkit yang dilindungi adalah seperti berikut di mana tuntutan
berbilang boleh dibuat di bawah setiap kategori asalkan setiap penyakit berjangkit
itu hanya boleh dituntut sekali sahaja.

Campak
KATEGORI A Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut
RM5,000 Demam Chikungunya
untuk setiap
diagnosis Demam Kepialu
Rabies

Virus Zika
MERS-CoV
Ebola
KATEGORI B
RM10,000 SARS
untuk setiap Influenza A Influenza Burung A(H7N9) & A(H5N1)
kemasukan ke Ensefalitis Virus Nipah
hospital
Ensefalitis Jepun
Penyakit Creutzfeldt-Jakob
Malaria
5. Bagaimana Bonus Kesetiaan dan Booster Kesetiaan dibayar?
Mengambil contoh Philip, 35 tahun, membeli PRUwealth dengan Jumlah
Diinsuranskan sebanyak RM1,000,000. Dia akan menikmati aliran Bonus Kesetiaan
sebanyak RM1,000 setiap 2 tahun bermula dari tahun polisi yang ke-10 dan
seterusnya. Apabila mencapai umur 70 tahun, Philip akan diberi ganjaran Booster
Kesetiaan sekali sahaja sebanyak RM80,000 pada Tarikh Ulang Tahun Polisi.

*Bonus Kesetiaan adalah sebanyak RM100 untuk setiap RM100,000 Jumlah Diinsuranskan dan Booster
Kesetiaan adalah sebanyak 8% daripada Jumlah Diinsuranskan. Amaun Bonus Kesetiaan dan Booster Kesetiaan
akan bergantung kepada Jumlah Diinsuranskan dan akan dibayar ke dalan Akaun Unit Asas (BUA), asalkan polisi
masih berkuat kuasa dan semua premium telah dibayar.

6. Apakah tempoh tangguh yang perlu saya ketahui?


Tiada tempoh tangguh untuk perlindungan kematian dan TPD di bawah PRUwealth.
Walau bagaimanapun, perlindungan untuk penyakit berjangkit akan hanya berkuat
kuasa selepas 90 hari. Tempoh tangguh bagi rider opsyenal yang lain diperincikan
dalam Lampiran Keterangan Produk dan Huraian Jualan.
7. Apakah pengecualian-pengecualian utama untuk PRUwealth?
Hanya nilai akaun akan dibayar jika kematian disebabkan oleh membunuh
diri dalam tempoh satu tahun dari tarikh permulaan polisi atau tarikh
penguatkuasaan semula polisi.
Manfaat TPD tidak akan dibayar jika kehilangan upaya itu secara langsung atau
tidak langsung disebabkan oleh:
a) penyakit sedia ada; atau
b) cubaan membunuh diri atau kecederaan diri yang disengajakan, sama ada
cubaan atau sengaja, dalam keadaan siuman atau tidak siuman; atau
c) terlibat dalam penerbangan udara selain daripada sebagai juruterbang atau
anak kapal atau sebagai penumpang yang membayar tambang dalam
pesawat penumpang komersil berlesen yang beroperasi melalui laluan
biasa yang berjadual; atau
d) sebarang penyertaan dalam aktiviti sukan udara seperti peluncuran
gantung, menaiki belon terbang, terjun dengan payung terjun, terjun
udara, terjun bungee dan aktiviti lain seumpamanya.
Polisi ini tidak memberi perlindungan ke atas penyakit sedia ada.

*Nota: Senarai ini adalah tidak lengkap. Sila rujuk kepada dokumen polisi untuk maklumat lanjut mengenai
pengecualian-pengecualian di bawah polisi ini.

8. Bagaimana boleh saya mengetahui lebih lanjut mengenai


PRUwealth?
Sekiranya anda memerlukan maklumat lebih lanjut mengenai PRUwealth, anda
boleh berbincang dengan ejen atau Perancang Kewangan anda. Anda juga boleh
melayari laman web kami di www.prudential.com.my untuk maklumat selanjutnya.
Nota-nota Penting:
Tempoh perlindungan polisi bergantung kepada sama ada polisi anda mempunyai
nilai akaun yang mencukupi untuk membayar semua caj polisi. Untuk memastikan
polisi anda mempunyai nilai akaun yang mencukupi, premium tambahan mungkin
diperlukan untuk perlindungan berterusan sehingga umur 100 tahun.

Risalah ini hanyalah untuk tujuan penjelasan sahaja. Anda dinasihatkan supaya
merujuk Lampiran Keterangan Produk dan Huraian Jualan sebelum membeli
pelan ini, serta merujuk terma dan syarat dalam dokumen polisi untuk butir-butir
mengenai ciri-ciri penting pelan ini.

Anda hendaklah menilai kemampuan bayar dan kesesuaian produk (termasuk


manfaat opsyenal) selaras dengan matlamat kewangan dan ketahanan risiko anda.
Untuk mencapainya, kami mengesyorkan anda supaya berbincang dengan ejen
atau Perancang Kewangan anda yang akan membuat analisis keperluan dan
membantu anda membuat keputusan berdasarkan maklumat yang diperoleh.

Anda diberikan tempoh semakan percuma selama 15 hari selepas polisi


diserahkan kepada anda untuk membolehkan anda mengkajinya semula bagi
memastikan ia memenuhi keperluan anda. Jika polisi dibatalkan dalam tempoh ini,
kami akan membayar balik kepada anda nilai unit (pada tarikh penilaian
harga unit yang berikutnya) serta premium yang tidak dilaburkan, caj insurans,
caj perkhidmatan, caj pemprosesan (jika ada), Cukai Barangan dan
Perkhidmatan (GST, jika ada) yang telah kami potong, tolak perbelanjaan
perubatan yang mungkin telah kami bayar atau bersetuju untuk bayar.

PRUwealth bukan produk patuh Syariah.

Sebarang rujukan umur adalah berasaskan Umur Pada Hari Jadi Akan Datang.

Tempoh perlindungan untuk rider pembayar adalah sehingga umur 70 atau 80 tahun.

Butir-butir tentang yuran dan caj berkaitan dengan perlindungan insurans


dan rider opsyenalnya diperincikan dalam Lampiran Keterangan Produk dan
Huraian Jualan.

Kadar premium dan caj insurans bagi Manfaat Asas dan manfaat tambahan tidak
dijamin. Kami berhak menyemak kadar premium dan caj insurans yang tidak dijamin
ini pada ulang tahun polisi dengan memberi anda notis bertulis sekurang-kurangnya
3 bulan. Jika kami menaikkan caj insurans selepas tempoh pembayaran premium,
anda mungkin perlu membayar premium tambahan atau tokokan.
Tidak membayar premium boleh menyebabkan polisi ini luput. Sekiranya anda
berhenti membayar premium, polisi ini akan berterusan selagi terdapat unit yang
mencukupi di dalam akaun masing-masing. Oleh itu, bergantung pada jumlah unit
yang ada di dalam akaun terpilih ini, manfaat pelan ini mungkin luput dan tidak lagi
berkuat kuasa pada masa-masa yang berlainan.

Jika anda membatalkan polisi ini pada tahun-tahun awal, anda mungkin tidak dapat
memperoleh nilai penuh daripada amaun yang telah anda bayar kepada kami.
Apabila anda menyerahkan polisi ini, semua manfaat dalam polisi ini akan tamat.

Untuk maklumat lanjut mengenai dana-dana, sila rujuk Lembaran Fakta Dana
masing-masing yang boleh didapati di laman web kami di www.prudential.com.my.
Anda juga boleh mengikuti prestasi dana-dana anda dengan menyemak harga
unit yang disiarkan setiap hari di laman web kami.

Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) adalah syarikat insurans yang


dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan dikawal selia oleh
Bank Negara Malaysia.

SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA INI ADALAH PRODUK INSURANS YANG DIKAITKAN DENGAN
PRESTASI ASET PENDASAR, DAN BUKANNYA PRODUK PELABURAN TULEN SEPERTI UNIT AMANAH.

Prudential Assurance Malaysia Berhad


Ahli PIDM
Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) adalah ahli Perbadanan Insurans Deposit Malaysia
(PIDM). Sebagai ahli PIDM, sebahagian daripada manfaat yang diinsuranskan di bawah polisi insurans
yang ditawarkan oleh PAMB adalah dilindungi daripada kerugian sebahagian atau keseluruhan manfaat
insurans oleh PIDM, sekiranya berlaku kegagalan penginsurans. Untuk maklumat lanjut mengenai had
perlindungan dan skop perlindungan, sila dapatkan risalah maklumat PIDM dari PAMB atau layari laman
web PIDM (www.pidm.gov.my) atau hubungi talian bebas tol PIDM (1-800-88-1266).
Sila hubungi
+6016-222-9063
Encik Malik Taufiq
Encik Mohd Shazemeen
Puan Chong
Prudential Assurance Malaysia Berhad (107655-U)
Menara Prudential, 10 Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-2116 0228 Faks: 03-2032 3939
Emel: customer.mys@prudential.com.my
05/2017

www.prudential.com.my Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

Anda mungkin juga menyukai