Anda di halaman 1dari 8

ULBS BAHASA MELAYU

Nama Ahli :
SITI NUR SYAFIRAH BINTI MOSTAPA
NURUL NATASHA BINTI MONIR
NUR SHAHIRAH BINTI ABDULLAH
NOR HAFIZKI BINTI SIRAT

SYAFIRAH Assalamuaikum dan selamat pagi kepada


:
Cikgu Sanisah dan rakan-rakan seperjuangan . Pada hari
ini , kumpulan kami akan membincangkan drama Bukan
Gila . Bersama-sama saya hari ini ialah tiga orang
sahabat saya iaitu Natasha , Shahirah , dan Hafizki .
Pertama sekali saya ingin mempersilakan saudari
Natasha untuk becerita serba sedikit tentang drama
Bukan Gila tersebut .

NATASHA : Terima Kasih saudari Syafirah , drama ini berkisah


tentang Azmir yang sedang dirawat di wad sakit jiwa Hospital
Besar . Sewaktu diwad sakit Azmir telah berkhayal akan
kehadiran kekasihnya iaitu Ani . Azmir telah meminta Ani
membawa dia keluar tetapi Ani memberitahu dia bahawa mereka
bahagia ditempat itu . Mungkin saudari Syahirah boleh
menerangkan synopsis yang seterusnya .

SHAHIRAH : Terima Kasih saudari . Kemudian , Azmir berkhayal


lagi tentang kehadiran ayahnya . Beliau bertanyakan bahawa
beliau sayang akan Azmir tetapi Azmir mengatakan bahawa
ayahnya berbohong lalu berlaku pertelingkahan antara Azmir
dengan ayahnya sehingga munculnya khayalan tentang Pak Haji
datang dan memberikan salam . Azmir bertengkar pula dengan
Pak Haji tentang namanya dan sikap manusia yang dikatakan oleh
Azmir bercakap lain tetapi berbuat lain . Mungkin saudari Hafizki
boleh menerangkan synopsis yang seterusnya .

HAFIZKI : Terima kasih saudari , Ani muncul semula . Azmir


bertanya tentang sebab Ani masih di sisinya . Sewaktu itu , Azmir
dan Ani bercakap tentang cinta mereka dan makna cinta . Azmir
mengatakan bahawa cinta Ani masih bersifat luaran . Setelah itu ,
Azmir dikunjungi oleh doktor . Setelah memeriksa Azmir , doktor
membenarkan Azmir bersiar-siar di luar . Kesempatan itu diambil
oleh Azmir untuk keluar dari wad Hospital Besar . Akirnya , Azmir
tiba di lokasi sekumpulan pelakon drama yang sedang beratih
drama bertajuk Sasau . Azmir mengatakan bahawa pelakon-
pelakon drama Sasau itu sesat . Malah Azmir memberikan
pendapatnya tentang sistem dalam kehidupan , iaitu sistem
prorakyat . Mungkin saudari Natasha lagi dapat menerangkan
synopsis yang seterusnya .

NATASHA : Terima kasih saudari . Sewaktu Azmir memberikan


pendapatnya tentang sistem tersebut kepada para pelakon drama
yang berlatih itu , kepalanya berasa sakit . Setelah reda sakitnya ,
Azmir memberitahu pelakon pelakon tersebut bahawa
syarahannya dan penyakitnya adalah betul . Azmir juga
menjelaskan bahawa dia datang untuk membetulkan pelakon-
pelakon itu bahawa tidak ada yang sasau tetapi ada yang ialah
ketidakbeneran, kepalsuan , dan kepura-puraan . Azmir juga
ditanya tentang gila . Sebaliknya , Azmir menjelaskan bahawa
bukan gila tetapi suatu penderitaan yang tidak tertanggung .
Kemudian , Azmir menghantuk-hantukkan kepalanya sehingga
berdarah . Azmir menjelaskan kepala itu adalah bukan kerana gila
tetapi akibat menderita suatu kesakitan yang tidak tertanggung
dan tidak terucap dengan kata-kata . Mungkin saudari Shahirah
lagi dapat menerangkan synopsis yang seterusnya .

SHAHIRAH : Terima Kasih saudari . Kemudian , doktor datang


dan menjelaskan kedudukan sebenar Azmir . Doktor membawa
Azmir pulang ke wad sakit jiwa semula . Setelah itu , Arif dan
rakan-rakan pelakon mengunjungi ibu dan bapa Azmir . Ibu bapa
Azmir menjelaskan bahawa keadaan Azmir begitu sejak tingkatan
enam dan semakin teruk ketika di universiti . Arif menasihati ibu
bapa Azmir bahawa Azmir memerlukan kasih sayang , semangat
dan perangsang , bukannya cemuhan dan penghinaan . Pelakon 2
memberitahu ibu bapa Azmir bahawa dia melihat Azmir sedang
menghadapi suatu penderitaan yang tidak tertanggung . Arif
menasihati ibu bapa Azmir agar segera mengunjungi Azmir
sebelum terlambat . Mungkin saudari Hafizki boleh menjelaskan
synopsis yang terakhirnya .

HAFIZKI : Terima kasih saudari . Di wad pesakit jiwa , Azmir


berkhayal dan mengimbas kembali tentang kisah cintanya
dengan Ani dan kisah hidupnya . Ketika dia sedang berkhayal , dia
menjadi lemah dan rebah ke lantai . Ani yang berada di rumah
telah membaca berita tentang kematian Azmir seorang diri di wad
. Kematiannya dikatakan berpunca daripada penyakit barah otak .
Berita itu membuatkan Ani berasa bersalah dan berasa dirinya
bersikap kejam terhadap Azmir .
SYAFIRAH : Terima kasih saudari Natasha , Syahirah dan Hafizki
atas perkongsikan synopsis drama itu tadi . Seterusnya , saudari
Hafizki , bolehkah saudari menjelaskan tema drama tersebut .

HAFIZKI : Drama Bukan Gila bertemakan ketabahan seorang


anak muda melawan penyakit yang dihadapinya . Akhirnya
selepas Azmir meninggal dunia tanpa seseorang pun di sisinya ,
barulah penyakitnya ketahui selepas dibedah siasat dahulukan

SYAFIRAH : Terima kasih saudari . Saya ingin menjemput saudari


Natasha untuk menjelaskan persoalan dalam drama ini . Selepas
itu , diikuti pula oleh saudari Shahirah dan Hafizki .

NATASHA : Terima kasih saudari pengerusi , persoalannya ialah ,


penghargaan terhadap manusia budiman seperti petani ,
nelayan , dan buruh perkasa yang telah membangunkan rakyat
dan negara .

SHAHIRAH : Persoalannya ialah tentang kepentingan wang


kepada kehidupan . Contohnya , yang telah terbukti dapat
mengawal fikiran dan sekali gus mengawal kuasa , manusia dan
dunia .
HAFIZKI : Persoalan yang terakhir dalam drama ini ialah
kebenaran hanya bersifat luaran dan terbit dalam kata-kata .
Contohnya , Azmir menjelaskan bahawa kebenaran itu hanya
terbit dalam bentuk tindakan yang terpuji oleh manusia .

SYAFIRAH : Dalam drama ini , terdapat watak dan perwatakan


seperti watak utama dan watak-watak sampingan . Saudari
Natasha bolehkah saudari jelaskan siapakah watak utama dalam
drama ini . Selepas itu , diikuti oleh saudari Shahirah dan saudari
Hafizki untuk menjelaskan watak-watak sampingan dalam drama
ini .

NATASHA : Terima kasih saudari pengerusi , watak utama dalam


drama ini ialah Azmir . Azmir seorang yang bijak . Buktinya , dia
Berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti dan memberikan
pendapat yang bernas .

SHAHIRAH : Terima kasih saudari . Manakala watak sampingan


dalam drama ini ialah Arif . Arif merupakan seorang pengarah
dalam drama Sasau . Selain itu , dia prihatin . Buktinya , dia
meminta ibu bapa Azmir membantu Azmir yang sedang
menderita sakit

HAFIZKI : Terima kasih saudari . Watak sampingan seterusnya


ialah ibu Azmir . Beliau telah mengesan sikap gila-gila Azmir sejak
anaknya itu ditingkatan enam . Di samping itu , dia kurang
memberi kasih sayang kepada Azmir . Buktinya , dia tidak
mengetahui Azmir menghidap penyakit kronik .
SYAFIRAH : Wah . Sungguh menarik watak dan perwatakan
dalam drama ini . Seterusnya , saudari Shahirah . Bolehkah
saudari menjelaskan nilai dalam drama ini . Selepas itu diikuti
oleh saudari Hafizki dan saudari Natasha untuk menjelaskan nilai
yang seterusnya .

SHAHIRAH : Terima kasih saudari pengerusi . Nilai yang terdapat


dalam drama ini ialah nilai kepentingan . Contohnya , Arif prihatin
akan kesakitan dan penderitaan yang ditanggung oleh Azmir . Arif
juga memahami bahawa Azmir tidak gila .

HAFIZKI : Terima kasih saudari pengerusi . Seterusnya nilai yang


terdapat dalam drama ini ialah nilai kesetiaan . Contohnya , Azmir
setia dengan cintanya terhadap Ani sehingga dia terbayang-
bayang Ani datang kepadanya walaupun hakikatnya , Ani telah
meninggalkannya .

NATASHA : Terima kasih saudari pengerusi atas soalan yang


dikemukan tadi untuk saya dan saudari Syahirah dan saudari
Hazfizki . Nilai yang terdapat dalam drama ini ialah nilai baik hati .
Contohnya , doktor bertanggungjawap dalam menjalankan
tugasnya dengan mencari dan membawa Azmir ke wad pesakit
jiwa .
SYAFIRAH : Wah .. Sungguh sesuai nilai dalam drama ini yang
telah dijelaskan oleh saudari sekalian . Seterusnya , kepada
saudari Hafizki . Bolehkah saudari menjelaskan pengajaran yang
terdapat dalam drama ini ? Selepas itu , saya ingin menjemput
sekali lagi saudari Natasha dan saudari Shahirah untuk memberi
pengajaran yang terdapat dalam drama ini .

HAFIZKI : Terima kasih sekali lagi kepada pengerusi atas soalan


yang ingin mengetahui tentang pengajaran dalam drama ini .
Pengajaran yang terdapat dalam drama ini ialah tabah
menghadapi dugaan hidup . Contohnya , kita hendaklah tabah
menghadapi dugaan hidup agar kita tidak berputus asa atau
mengalami kekecewaan dalam hidup . Buktinya , Azmir tabah
melawan sakit barah otaknya walaupun dia hanya bersendirian .
Seterusnya saya serahkan kepada saudari Natasha untuk
menjelaskan pengajaran yang seterusnya .

NATASHA : Terima kasih saudari Hafizki . Bukan itu sahaja ,


pengajaran yang seterusnya ialah memberikan kasih sayang yang
sepenuhnya terhadap anak-anak . Contohnya , kita haruslah
memberikan kasih sayang terhadap anak-anak supaya mereka
akan merasakan kasih sayang kita terhadap mereka . Buktinya ,
bapa Azmir menziarahi Azmir walaupun anaknya itu dikatakan
gila . Seterusnya saya serahkan kepada saudari Shahirah untuk
menjelaskan pengajaran yang seterusnya .

SHAHIRAH : Terima Kasih saudari Natasha . Pengajaran yang


terdapat dalam drama ini ialah berilmu dan berpengetahuan
untuk memahami kebenaran dan kesalahan . Buktinya , Arif
sanggup belajar dengan Azmir yang dikatakan gila kerana
pandangan Azmir telah memberi Arif kefahaman akan maksud
Sasau dengan baik .

SYAFIRAH : Terima kasih kepada saudari Natasha , Hafizki dan


Saudari Syahirah atas perkongsian tentang drama Bukan Gila . Di
sini saya juga ingin mengemukakan satu pengajaran yang
terdapat dalam drama ini iaitu , prihatin terhadap nasib orang lain
. Contohnya , kita hendaklah sentiasa prihatin terhadap nasib
orang lain supaya kita dapat membantu mereka dalam kesusahan
. Sampai di sini sahaja persoalan saya untuk saudari-saudari
sekalian . Mohon maaf atas kesilapan kami berempat tidak kira
sama ada sedikit mahupun banyak . Drama ini juga dapat kita
contohi untuk kehidupan seharian ataupun pada masa yang akan
datang .

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai