Anda di halaman 1dari 1

Mee Rebus Cik Ani

Resepi : Bonda Chef Wan

BAHAN-BAHANNYA
1 kg mee kuning
150 g taugeh, buang ekor
2 keping tauhu, goreng terendam, hiris nipis
2 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 pokok daun sup, hiris
1 pokok daun bawang, hiris
4- 5 biji telur rebus, kupas dan belah 2
6 biji limau kasturi, belah 2
Bawang goreng secukupnya
Kuah mee rebus*

BAHAN KUAH MEE REBUS*


1/4 cawan minyak masak
2 camca besar rempah kari daging
2 1/2 camca besar tauco, tumbuk lumat
500 g daging lembu (sedap yang ada lemak sikit)
5 - 6 cawan air
500 g keledek
1 cm lengkuas, dititik
1/3 cawan kacang tanah, goreng tanpa minyak dan kisar halus
1 biji tomato, belah 4
2 sudu besar udang kering*
7 biji bawang merah kecil*
3 ulas bawang putih*
1 cm halia*(*tumbuk halus)
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA

UNTUK KUAH MEE REBUS :-


1. Daging dihiris nipis dan rebus hingga lembut (kalau guna daging batang
pinang tak perlu rebus dulu).
2. Keledek direbus hingga lembut dan kisar halus.
3. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah taucho
dan rempah kari, kacau rata. Tambah sedikit air jika perlu.
4. Masukkan daging (kalau daging rebus, masukkan sekali air rebusannya), air,
keledek dan lengkuas. Masak perlahan selama 20 minit.
5. Tambah kacang tanah kisar dan tomato, perasakan dengan garam dan gula.
6. Masak hingga kuah pekat. (selalunya kuah mee rebus perlu manis sedikit).

PENYEDIAAN MEE REBUS :-


1. Celur mee dan taugeh mengikut kuantiti yang diperlukan.
2. Letak dalam bekas sesuai. Kacau kuah dan tuang atas mee.