Anda di halaman 1dari 2

1.

0 PENDAHULUAN

Sastera sejarah dianggap sebagai satu genre baru di dalam warisan


sastera Melayu tradisional. Sastera sejarah muncul hanya selepas
kedatangan Islam yakni kurun ke-14 hingga ke-15. Menurut Siti Hawa Salleh
(1997: 227) kedatangan Islam telah membawa bersama sistem tulisan, iaitu
tulisan jawi. Tradisi penulisan yang agak semarak berkembang terutama di
istana-istana ini telah menggalakkan munculnya penulisan dan perakaman
geneologi, biografi dan catatan-catatan harian istana yang kemudiannya
menjadi sebahagian daripada asas pembinaan teks sastera bercorak sejarah.
Sastera sejarah mempunyai ciri-ciri bentuk penulisannya yang tersendiri.
Ciri-ciri sastera sejarah yang disenaraikan oleh Siti Hawa Salleh (1997: 227)
adalah seperti berkut:

i) Hasil-hasil sastera sejarah menggemblengkan unsur mitos, lagenda


dan sejarah benar.

ii) Hasil penulisan sejarah yang mengemukakan sejarah dari segi


peristiwa sebenar yang

dicampurkan dengan tempat dan tokoh tertentu yang dikenali.

iii) Sastera sejarah yang mengemukakan jurai keturunan atau salasilah


raja-raja Melayu tertentu

Gabungan sastera dan sejarah telah mendukung tradisi penulisan


sastera sejarah ini. Sastera sejarah berkembang pesat terutama di istana-
istana menjadikan sastera sejarah sebagai sastera istana. Hooykaas (1965:
10) mengatakan bahawa tujuan seorang pengarang yang hidup di bawah
naungan raja itseu menulis adalah untuk memancarkan cahaya yang
diingini oleh keluarga raja itu bagi menyinarinya. Sastera sejarah dicipta
dengan tujuan tertentu. Raja memerintahkan supaya sesebuah karya sastera
sejarah diciptakan adalah untuk memastikan bahawa nama dan
kemasyhurannya kekal hingga kepada generasi terkemudian.
Pengarang akan sedaya upaya mengarang sesuatu hasil karya yang
dilihat mempunyai keistimewaan dan tiada tolok tandingannya. Unsur-unsur
mitos dan lagenda akan ditokok tambah

2.3 Hikayat Merong Mahawangsa

Hikayat Merong Mahawangsa merupakan

Keistimewaan Hikayat Merong Mahawangsa yang teragung ialah cara yang


dipilih oleh pengarang untuk mengisahkan bagaimana Raja Phra Ong
Mahawangsa memeluk agama Islam. Keagungan dan keangkuhan pengarang
dari istana Kedah ini menghalang beliau dari mengulang sebut cara yang
sudah termaktub di dalam Hikayat Raja-Raja Pasai dan Sejarah Melayu. Di
mana kedua-dua hikayat itu memperlihatkan unsur-unsur persamaan yang
amat jelas, Hikayat Merong Mahawangsa, atas kebijaksanaan pengarangnya
mengemukakan sejarah pengislaman yang tiada persamaannya dalam
karya-karya historiogfari yang lain. Gaya yang tersendiri ini ialah hasil
kepintaran pengarang menggembelingkan unsur-unsur realiti. Pengarang
telah membuktikan bahawa beliau mempunyai daya imaginasi yang kuat
ketika mengolah bahagian ini.

Keunggulan HMM makin terserlah dalam pengisahan kedatangan Islam ke negeri Kedah dan proses
penyesuaian dari amalan menyembah berhala kepada bertakwa kepada Allah Subhanahu wa
Taala.Walaupun ia menceritakan peristiwa yang sama yang disebut dalam banyak karya sastera,
pujangga istana Kedah menceritakannya dengan gaya yang berbeza.

Hikayat Merong Mahawangsa (terkarang di Kedah) telah disalin beberapa kali


untuk pengumpul-pengumpul manuskrip yang berbeza semenjak tahun
1820-an dan telah dikaji dari pelbagai sudut. Manuskrip yang terdapat di
negeri Kedah hanya satu salinan versi Wilkinson yang dicap batu pada tahun
1898. (Siti Hawa Haji Salleh, 1997: 37)

Anda mungkin juga menyukai