Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam Negaraku Malaysia Dan Salam Sehati Sejiwa.

Terima Kasih diucapkan kepada Pengacara Majlis, Datin Mahayani Abdul Ghani,
YBhg Yang DiPertua Kasih Selangor, Puan Sri DatoDr Aishah Salleh, Naib Yang
DiPertua Kasih, Datin Sohada Ramli, Dato-Dato,Datin-Datin, Ahli-Ahli Kasih,
Ibubapa, Guru-Guru, Pelajar serta para hadirin sekalian yang hadir pada Majlis
Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Badan Amal Dan Kasih Negeri
Selangor(KASIH) serta Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) 2016) peringkat negeri Selangor.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Badan
Amal Dan Kasih Negeri Selangor (KASIH) yang sudi menjemput saya sekali lagi pada
hari ini Sabtu, 20 Mei 2017 untuk menyempurnakan majlis perasmian Mesyuarat
Agung Tahunan Kasih kali ke-9 pada tahun ini.

Apa yang saya banggakan, Badan Amal Dan Kasih Selangor (KASIH) Yang Di
Pengerusikan Oleh Ybhg Yang Di Pertua Kasih dan Ahli Jawatankuasanya begitu
komited dan konsisten dalam melaksanakan kerja-kerja amal ini dalam merealisasi
visi dan misi KASIH SELANGOR, membantu golongan sasar anak-anak yatim, ibu
tunggal, orang kurang upaya (OKU) orang tua, warga emas, dan lainlain agar
mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dan sempurna pada masa akan
datang.

Selain itu KASIH SELANGOR, mengambil berat soal pendidikan terutama bagi anak-
anak yang menetap di negeri Selangor. Setiap tahun tiga pelajar yang mendapat
keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari 22
Parlimen di negeri Selangor akan diraikan pada majlis pada hari ini, pelajar akan
menerima Sijil Penghargaan, Plak dan WangTtunai RM200.00 setiap seorang.

Pada hari ini seramai 66 pelajar SPM cemerlang diraikan bersama kedua ibubapa,
guru-guru mereka dan isteri pemimpin di negeri Selangor ini.

Saya berharap pelajar-pelajar ini akan lebih bersemangat, berusaha bersunggu-


sungguh tanpa mengenal erti jemu menyambung pelajar hingga ke peringkat
yang lebih tinggi dan menjadi anak yang berguna kepada, agama, bangsa dan
negara,ujarnya.

Saya juga ingin menasihatkan pelajar-pelajar ini, jangan lupa jasa dan
mengorbanan ibubapa yang bersusah payah mencari wang, sehingga ada yang
terpaksa bergolak, bergadai rumah dan tanah semata-mata mahu memperolehi
wang, untuk menghantar anak belajar ke Universiti, apabila sudah bekerja kelak
balaslah balik jasa ibubapa tersebut.

Saya juga bangga dengan KASIH SELANGOR yang bekerja dalam satu pasukan
bagi memastikan setiap rakyat yang susah di negeri ini akan menerima pembelaan
yang sewajarnya selaras dengan saranan isteri Perdana Menteri, Datin Paduka
Seri Rosmah Mansor, mahu isteri pemimpin di negeri Selangor mendekati rakyat,
turun padang mengambil tahu masalah rakyat dan menyelesaikan dengan segera.

Memandangkan pada mesyuarat pada hari ini akan diadakan pemilihan baru Ahli
JawatanKuasa (AJK) Kasih bagi tempoh tiga tahun akan datang 2017-2019.Saya
berharap Ahli JawatanKuasa (AJK) yang terpilih dapat mengalas tanggungjawab
yang diamanahkan kepadanya dengan sebaik mungkin dalam usaha membawa
KASIH SELANGOR mencapai sasarannya.

Tambahan tidak lama lagi pilihanraya umum ke 14 akan diadakan, sama-samalah


mendekati rakyat, bertanya khabar serta berusaha memberi perkhidmatan terbaik
dengan harapan Barisan Nasional dapat kembali memerintah negeri Selangor.

Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim saya merasmikan majlis Mesyuarat Agung


Tahunan Badan Amal Dan Kasih Selangor (KASIH SELANGOR) dan Majlis Anugerah
Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 Peringkat Negeri Selangor.

Anda mungkin juga menyukai