Anda di halaman 1dari 2

NAMA PESERTA : MAMAI CYRIL SOLUKU

SEKOLAH : SK ST. JOSEPH, PENAMPANG

KATEGORI : TAHAP 1

TAJUK CERITA : JACK DENGAN POKOK KACANG AJAIB

Terima kasih pengerusi majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru serta

rakan sekalian. Selamat pagi ,salam sejahtera dan salam 1 Malaysia saya ucapkan.

Dari St. Joseph datang ke mari

Ingin sampaikan sebuah cerita

Mamai Cyril Soluku nama diberi

Mohon dengari cerita saya

Pada hari ini saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Jack dengan Pokok

Kacang Ajaib.

Kawan-kawan,

Pada zaman dahulu, seorang budak bernama Jack tinggal bersama ibunya di sebuah

ladang kecil. Mereka sangat miskin dan ada kalanya tidak dapat makan.

Suatu hari, ibu Jack menyuruhnya menjual lembu mereka bagi mendapatkan wang

untuk membeli makanan.

Dalam perjalanan ke pasar, seorang tua menawarkan biji kacang ajaib kepada Jack

bagi membeli lembunya. Jack bersetuju dan menerima biji kacang sebagai bayaran untuk

lembunya.

Ibunya sangat marah apabila mendapat tahu yang Jack telah menerima biji kacang

sebagai bayaran untuk lembu mereka. Biji kacang ajaib! jeritnya. Kamu sudah kena
tipu! Kamu telah memberi lembu itu kepadanya dengan percuma! Ibunya terus

mencampak biji kacang itu ke luar tingkap.

Keesokan paginya, Jack terkejut melihat biji kacang yang sudah menjadi pokok

besar. Dia terus memanjatnya hingga ke pucuk.

Dia berjalan menuju ke sebuah istana dan masuk ke dalamnya. Dia berada di dalam

sebuah bilik besar. Di atas lantai, ada setimbun wang perak dan emas. Ada sebuah meja

besar yang dipenuhi makanan. Jack berasa lapar.

Dia memanjat ke atas meja besar dan mengisi perutnya. Tiba-tiba, dia terdengar

bunyi yang kuat. Ya, seorang gergasi sedang berdengkur dengan kuat! Sebelum melarikan

diri, dia sempat mengambil beberapa keping wang.

Pagi berikutnya, Jack memanjat pokok itu sekali lagi. Dia ternampak angsa dengan

dua biji telur emas. Jack berjalan ke arah angsa. Malangnya, dia terjatuh. Gergasi terjaga

dan mengejar Jack.

Jack sempat menangkap angsa dan terus memanjat turun pokok kacang. Dengan

bantuan ibunya, Jack menebang pokok itu. Gergasi jatuh dan mati. Jack dan ibunya tidak

lagi miskin. Dengan angsa bertelur emas, mereka hidup bahagia buat selama-lamanya.

Kawan-kawan nilai moral yang terdapat dalam cerita ini ialah kita sebagai insan

ciptaan Tuhan haruslah sentiasa berusaha agar hidup kita tidak susah di kemudian hari

dan perlu mempunyai sikap berani seperti Jack.

Sekian, terima kasih.