Anda di halaman 1dari 3

Simulasi

Tujuan kaedah simulasi adalah untuk meningkatkan kebolehan murid mengaplikasikan


konsep-konsep tertentu dalam penyelesaian masalah. Simulasi adalah suatu situasi
yang diwujudkan supaya menyerupai situasi sebenar tetapi dalam bentuk yang
dipermudahkan, diringkaskan atau dikecilkan supaya masalah atau isu yang berkaitan
lebih mudah diselesaikan. Dalam kaedah ini, guru mempunyai beberapa
tanggungjawab, antaranya:
memilih satu masalah atau isu yang melibatkan minat atau pandangan yang
berlawanan.
memastikan unsur-unsur utama masalah atau isu terkandung dalam simulasi.
mengenal pasti konsep-konsep yang terlibat dalam masalah atau isu berkenaan.
menentukan langkah-langkah yang perlu diambil semasa simulasi. Langkah-
langkah ini termasuklah bagaimana tingkah laku murid, peranan yang dimainkan,
serta peraturan yang mempengaruhi tindakan murid tersebut.
Murid mengambil bahagian dalam simulasi dengan cara memainkan peranan individu
atau pihak yang terlibat mengikut peraturan atau prosedur yang ditentukan oleh guru.
Contohnya, dalam satu simulasi berkaitan dengan kerja-kerja petani di kebun, kebun
sayur musnah dilanda banjir, bagaimana pekerja-pekerja kebun sayur menggunakan
pelbagai peralatan semasa bekerja. Pada amnya, simulasi akan berjaya jika melibatkan
situasi kehidupan seharian. Simulasi juga digunakan bersama-sama dengan kaedah
buku teks, perbincangan dan penyoalan.
3.9 KAEDAH SIMULASI

Definisi Simulasi
Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan
pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk
menyelesaikan sesuatu masalah atau isu

Ia merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan
cara menggunakan masalah-masalah yang benar-benar wujud atau menyediakan
situasi-situasi yang benar-benzr wujud di dalam keadaan yang terkawal

Ciri-ciri Penting Simulasi


1.Simulasi merupakan satu pembelajaran melalui pengalaman. Peserta belajar
daripada kesilapan dan berpeluang untuk meningkatkan diri dalam situasi yang
berikutnya

2. Dalam simulasi, peranan peserta agak luas, kerana peserta bukan sahaja
dikehendaki memegang peranan sebagaimana yang ditentukan tetapi mereka perlu
berbincang dan memberi sumbangan kepada perserta-perserta bagi membuat
keputusan

3. Peserta dikehendaki berinteraksi secara dinamis dalam sistem yang berkaitan,


membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi

4. Tujuan simulasi ialah ia membolehkan pelajar menggunakan bahasa dengan lebih


berfungsi dan memberi pelajar peluang berinteraksi dan berkomunikasi dengan
berkesan

5. Kebaikan teknik ini ialah ia membolehkan pelajar berbincang dan berfikir secara
kreatif, analisis dan kritis
simulasi - simulasi ialah suatu metodologi untuk melaksanakan percubaan dengan menggunakan

model dari satu sistem nyata (Siagian, 1987).Menurut Hasan (2002), simulasi merupakan satu

model pengambilan keputusan dengan mencontoh atau mempergunakan gambaran sebenarnya

dari suatu sistem kehidupan dunia nyata tanpa harus mengalaminya pada keadaan yang

sesungguhnya.Simulasi adalh suatu teknik yang dapat digunakan untuk memformulasikan dan

memecahkan model-model dari golongan yang luas.Golongan atau kelas ini sangat luasnya

sehingga dapat dikatakan 'jika semua cara yang lain gagal,cubalah simulasi' (Schroeder,1997).

Dalam kajian ini, simulasi merujuk kepada satu aktiviti bagi menarik minat pelajar.