Anda di halaman 1dari 13

SK YAMTUAN ANTAH,GUNUNG PASIR,

71550 SERI MENANTI,NEGERI SEMBILAN

FOLIO SEJARAH

TAHUN 5

TAJUK
WARISAN ISLAM DI MALAYSIA

Nama : Nur Hani Ayesha Saiful Nizan

Umur : 11 Tahun

Tahun : 5UIAM

Sekolah : SK Yamtuan Antah

1
BIODATA DIRI

Nama :Nur Hani Ayesha Saiful Nizan

Umur :11 Tahun

FOLIO SEJARAH
2
Alamat :No. 18 Lorong 3 Taman Damai;
72000 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

No.Telefon : 017-6262191

Isi Kandungan
1. Pengenalan Warisan Islam di Malaysia
Peta Konsep

2. Kedatangan Islam
2.1 Pengenalan Kedatangan Islam
2.2 Peta Kedatangan Islam
2.3 Bukti Kedatangan Islam ke Tanah Melayu

3. Islam Agama Persekutuan

4. Islam dan Masyarakat


4.1 Islam dan Kehidupan Bermasyarakat
4.1.1 Hubungan Sesama Manusia
- keluarga
-masyarakat
-negara
-sekolah

FOLIO SEJARAH
3
4.1.2 Hubungan Dengan Haiwan
4.1.3Hubungan Dengan Alam Sekitar

5. Kesenian Islam
5.1 Seni Bina
5.2 Seni Khat
Kesimpulan/Penutup
1. Pengenalan Warisan Islam di Malaysia
Peta Konsep

WARISAN ISLAM DI MALAYSIA

Kedatangan Islam

Islam Agama Persekutuan

FOLIO SEJARAH
4
Islam dan Masyarakat

Kesenian Islam

2. Kedatangan Islam
2.1 Pengenalan Kedatangan Islam

Agama Islam telah berkembang di negara kita


sejak Zaman Kerajaan Melayu Awal seperti di
Kedah Tua dan Terengganu sebelum ke Melaka.
Walau bagaimanapun,sebelum kedatangan Islam,
telah wujud pengaruh agama Hindu dan Buddha
dalam kalangan masyarakat tempatan seperti di
Lembah Bujang.Penyebaran agama Islam ini dibawa
oleh para pedagang yang datang dari Arab dan
Parsi.Mereka juga menyebarkan agama Islam ke
China melalui Jalan Sutera.

Apabila Kesultanan Melayu Melaka


berkembang,pedagang Islam telah datang
berdagang dan menyebarkan Islam kepada
penduduk Melaka. Kesultanan Melayu Melaka telah

FOLIO SEJARAH
5
menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi.
Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dibuktikan
melalui arkeologi dan penulisan.

2.2 Peta Kedatangan Islam

FOLIO SEJARAH
6
2.3.Bukti Kedatangan Islam ke Tanah Melayu

2.3.1 Batu Bersurat di Teresat,Kuala Berang yang


bertarikh 1303 M menandakan kedatangan Islam ke
Terengganu.

2.3.2 Hukum
Kanun Melaka
merupakan teks
pertama menggunakan Islam sebagai
perundangan.Hukum Kanun Melaka menjadi contoh
undang-undang Islam di negeri lain.

FOLIO SEJARAH
7
3. Islam Agama Persekutuan

Perlembagaan Malaysia menyebut agama Islam


sebagai Agama Persekutuan.Namun,agama lain boleh
diamalkan.Secara tidak langsung, perpaduan dalam
kalangan masyarakat di negara kita dapat
diwujudkan.

Agama Islam
-Masjid

Agama Hindu
-Kuil

Agama
Kristian
-Gereja

FOLIO SEJARAH
8
Agama Buddha
-Wat

4. Islam dan
Masyarakat

Hubungan Keluarga
Sesama Manusia
Masyarakat

Negara

Sekolah

Islam dan Kehidupan


Bermasyarakat

FOLIO SEJARAH
9
Hubungan Dengan Hubungan Dengan
Haiwan Alam Sekitar

5.Kesenian Islam

Kesenian Islam yang menjadi warisan di negara


kita terdapat dalam pelbagai aspek seperti seni
bina,seni khat dan seni muzik.Seni bina Islam jelas
dapat dilihat pada mimbar dan menara masjid
seperti Masjid Putra,Putrajaya.Ukiran bercorak
geometri dan flora serta tulisan khat pula dijadikan
hiasan pada seni bina bangunan ini.Selain Masjid
Putra,seni bina Islam juga dapat dilihat di Istana
Terengganu dan Bangunan Dewan Undangan Negeri
di Kuching,Sarawak.

Seni Khat merupakan kemahiran menulis tulisan


Arab atau tulisan Jawi dengan gaya yang menarik
dan menghasilkan tulisan yang indah.Seni Khat
banyak digunakan pada reka bentuk grafik seperti

FOLIO SEJARAH
10
logo,corak dan ukiran pada barang
perhiasan,senjata dan kad ucapan.Selain seni bina
dan seni khat,terdapat seni muzik Islam.Antara
alat muzik yang digunakan dalam seni muzik Islam
ialah kompang dan gambus.

5.1 Seni Bina Islam

-masjid

5.2 Seni Khat Islam

FOLIO SEJARAH
11
Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya,warisan Islam di


Malaysia telah bermula sejak dari Zaman
Kesultanan Melayu Melaka dan terus berkembang
sehingga ke hari ini. Banyak peninggalan sejarah
yang membuktikan Islam telah bertapak di
Malaysia. Sehingga kini penerapan agama Islam
semakin berkembang dalam sistem pendidikan di
Malaysia bermula dari awal persekolahan hingga ke
peringkat yang tinggi.

Saya juga banyak mendapat pengalaman


Sepanjang menyiapkan folio sejarah ini. Saya dapat
menambahkan ilmu pengetahuan saya dalam bidang
teknologi maklumat terutama penggunaan internet
semasa mencari bahan-bahan folio. Saya juga perlu

FOLIO SEJARAH
12
yakin dan rajin untuk memastikan folio saya
disiapkan pada masa yang ditetapkan serta
menyusun bahan-bahan mengikot topik dengan
tersusun.

Terima Kasih kepada kedua ibubapa saya


yang memberi tunjuk ajar kepada saya untuk
menyiapkan folio ini. Begitu juga buat kawan-kawan
saya.

FOLIO SEJARAH
13

Anda mungkin juga menyukai