Anda di halaman 1dari 1

JURNAL :5

MINGGU : Minggu 5

TARIKH : 21 - 25 Ogos 2016

TAJUK : Pencerapan Ke-2 Subjek Major dan SEGAK

Pada minggu ini pula pencerapan bagi subjek minor iaitu Bahasa Melayu. Pensyarah
pembimbing ialah Encik Asri bin Harun. Pencerapan dibuat pada hari Selasa bersamaan 16
Ogos 2016. Pencerapan pertama ini dibuat secara berpasangan. Pasangan saya ialah
Sherliza Mt Aidala yang juga merupakan rakan praktikum saya.

Sebelum pencerapan kami telah membuat perjumpaan bersama pensyarah


pembimbing. Tarikh yang dipilih juga sesuai kerana pada hari tersebut kami masing-masing
mempunyai waktu Bahasa Melayu. Namun sedikit perubahan tetap perlu dibuat kerana jika
mengikut jadual waktu, masa kami adalah serentak. Mustahil pemerhatian dibuat dengan
pengajaran dua kelas serentak. Maka jasa baik guru di sekolah ini saya dapat menukar
waktu supaya di anjak lebih lewat untuk memberi ruang kepada kelas rakan praktikum saya
terlebih dahulu. Pemerhatian belaku selama satu jam bagi kelas masing-masing.

Selepas tamat sesi pengajaran dan pembelajaran, kami mengadakan perbincangan


ringkas berkaitan pengajaran kami berdua. Pensyarah turut mencatat komen-komen dalam
buku rekod. Terdapat komen positif dan komen-komen membina untuk menambahbaik sesi
pengajaran dan pembelajaran bersama murid-murid. Teguran-teguran membina juga saya
terima untuk memperbaiki gaya pengajaran. Sesi PdP dijalankan di dewan sekolah
memandangkan kelas sedia ada agak sempit dan sukar untuk murid-murid bergerak
melakukan aktiviti kumpulan. Alternatif ini dipuji oleh guru pembimbing kerana kami mampu
memaksimumkan penggunaan ruang.

Anda mungkin juga menyukai