Anda di halaman 1dari 11

SJK (T) BEDONG

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 1/2017


BAHASA MALAYSIA (PEMAHAMAN)
TAHUN 4
NAMA MURID :_________________________________________ 1 JAM 15 MINIT

BAHAGIAN A
(20 markah)

1. ____________________ perlu menyerahkan boring ini di kaunter nombor 7,kata pegawai


itu kepada Kelvin.
A. Puan
B. Datuk
C. Datin
D. Encik
2. Raju dan Ravi pergi ke perpustakaan kerana___________________ ingin meminjam buku
cerita.
A. dia
B. kami
C. beliau
D. mereka
3. Baju dan seluar yang dijual di pasar malam itu _____________________ harganya.
A. besar
B. tinggi
C. mahal
D. murah
4. Jalur Gemilang itu _____________________ megah ditiup angina.
A. beralun
B. berkibar
C. berputar
D. berombak
5. Kamu perlulah berusaha bersungguh-sungguh _______________________ berjaya dalam
pelajaran, nasihat Guru Besar kepada semua murid.
A. agar
B. demi
C. untuk
D. sambil

1
6. Guru Besar menyampaikan ucapan _____________________ dalam Kejohanan Sukan
Tahunan 2016.
A. dirasmi
B. perasmian
C. dirasmikan
D. merasmikan
7. Diana gagal dalam ujian kerana karangan yang ditulisnya amat___________________
A. padat
B. ringkas
C. lengkap
D. panjang
8. Wanita itu menjerit dengan kuat apabila seorang pemuda ______________ beg
tangannya.
A. diragut
B. ragutan
C. peragut
D. meragut
9. ______________________ sesekali menggunakan telefon bimbit semasa Ramu sedang
memandu kereta kerana membahayakan banyak pihak.
A. Jangan
B. Tolong
C. Minta
D. Harap
10. ______________________ puas merantau, akhirnya Megat kembali semula ke kampung
halamannya.
A. Demi
B. Sejak
C. Setelah
D. Malahan
11. Zafran berlari dengan ____________________ untuk memenangi acara larian 4x100 meter
itu.
A. ligat
B. deras
C. pantas
D. kencang

2
12. ___________________ menunggu ketibaan bas, kebanyakan murid membaca buku.
A. Sejak
B. Kerana
C. Apabila
D. Sementara
13. __________________ masuk ke dalam dahulu, ibu dan ayah akan pulang sekejab lagi dari
pasar raya.
A. Jemput
B. Tolong
C. Usah
D. Minta

Soalan 14 dan 15
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

14. Kunjungan Ariff ke Jakarta disambut dengan mesra oleh keluarga Pak Harto.
A. Keluarga Pak Harto menyambut kedatangan Ariff ke Jakarta dengan mesra.
B. Keluarga Ariff menyambut kedatangan keluarga Pak Harto dari Jakarta dengan mesra.
C. Kunjungan keluarga Ariff dari Jakarta telah disambut dengan mesra oleh Pak Harto.
D. Keluarga Pak Harto yang bersikap mesra itu menyambut kunjungan Ariff di Jakarta.

15. Cikgu Siti berpesan kepada murid-murid supaya menggunakan jejantas ketika hendak
melintas jalan raya untuk keselamatan diri mereka.
A. Cikgu, kami menjaga keselamatan diri dengan menggunakan jejantas ketika melintas
jalan raya, kata murd-murid kepada Cikgu Siti.
B. Murid-murid, cikgu hendak memastikan sama ada kamu menggunakan jejantas ketika
melintas jalan raya, kata Cikgu Siti kepada murid-muridnya.
C. Cikgu, kami sentiasa ingat akan pesan cikgu akan kepentingan menggunakan jejantas
ketika hendak melintas jalan raya, kata murid-murid kepada Cikgu Siti.
D. Murid-murid, gunakanlah jejantas ketika kamu hendak melintas jalan raya agar
keselamatan diri kamu terpelihara, pesan Cikgu Siti kepada murid-muridnya.
Soalan 16
Pilih ayat yang betul.

A. Ramai peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan melukis poster


itu.
B. Kebanyakan peserta yang terlibat di dalam pertandingan itu mempunyai kemahiran di
dalam melukis.
C. Setengah peserta telah membuat latihan melukis poster sebelum menyertai
pertandingan itu.
D. Azri terperanjat apabila diumumkan sebagai pemenang pertama pertandingan melukis
poster itu.
3
Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Bagi menjamin kesihatan, kita perlu mengutamakan kebersihan diri. Jika kita
mementingkan kebersihan, kita bukan sahaja akan dijauhi penyakit tetapi juga akan
disenangi oleh semua orang yang berada di sekeliling kita. Kelazimannya, penyakit
berpunca daripada persekitaran, sikap seseorang dan kekotoran yang ada pada tubuh
badan atau pakaian yang dipakainya.

Amalan mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari dapat membantu kita dalam
menjaga kebersihan diri. Begitu juga dengan disiplin memberus gigi setiap kali selepas
makan kerana rutin yang baik ini dapat mengelakkan kerosakan gigi. Jika sisa-sisa makanan
terselit pada celah-celah gigi kita, bakteria dapat membiak. Hal ini akan mengakibatkan
pernafasan seseorang akan berbau, di samping akan merosakkan gigi. Dalam erti kata lain,
penampilan yang menarik bukan hanya terletak pada paras rupa kita tetapi sebaliknya
datang daripada pelbagai sudut.

Selain itu, penjagaan rambut dan kuku memainkan peranan yang penting dalam
penjagaan kesihatan. Bagi penjagaan rambut, kita perlu mensyampu rambut sekurang-
kurangnya tiga kali seminggu. Amalan ini dapat mengawal rambut daripada dijangkiti kutu
dan berkelemumur. Rambut yang berbau busuk akan membuatkan kita kurang disenangi
oleh orang lain. Kuku yang panjang dan kotor pula boleh membuatkan kita mudah
dijangkiti kuman ketika menyuap makanan.

Justeru, sikap positif atau moral seseorang sangat penting dalam memastikan
kesihatan kita sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Kita perlu bertolak ansur,
menghormati orang lain, dan tolong-menolong apabila hidup bermasyarakat. Contohnya,
mengambil bahagian dalam aktiviti gotong-royong. Persekitaran yang bersih menjamin
hidup yang sihat. Sesungguhnya bukan mudah bagi kita hendak meninggalkan tabiat buruk
yang telah sebati dalam diri kita. Kita perlu berubah demi kehidupan yang sejahtera dan
kebahagiaan yang berkekalan.

17. Apakah yang akan terjadi jika kita sentiasa menjaga kebersihan diri?
A. Kita dapat mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari.
B. Mulut kita sentiasa berbau wangi dan menyenangkan orang lain.
C. Rambut dan kuku sentiasa bersih dan tiada kuman.
D. Kita akan sentiasa sihat dan disenangi ramai.

18. Punca pernafasan seseorang berbau ialah________________________


A. kekotoran yang ada pada tubuh badan.
B. sisa-sisa makanan yang terselit di celah-celah gigi.
C. penjagaan rambut dan kuku yang tidak dititikberatkan.
D. persekitaran tempat tinggal yang kotor dan tidak selera.

4
19. Apakah kemungkinan yang berlaku jika seseorang itu tidak menjaga kebersihan
rambutnya?
A. Rambutnya perlu dipotong pendek.
B. Rambutnya akan gugur dan mungkin menjadi botak.
C. Rambutnya akan berkelemumur dan mungkin berkutu.
D. Ramai yang akan menjauhkan diri daripadanya.

20. Setelah membaca dan memahami petikan ini, para pembaca disarankan
agar____________________
A. mengamalkan kebersihan jiwa dan fizikal serta mengubah cara hidup.
B. mengamalkan sikap suka membantu diri dan masyarakat.
C. mengamalkan pemakanan yang sihat.
D. mengamalkan diet yang seimbang.

5
BAHAGIAN B
(30 Markah)

Soalan 21
Lengkapkan dialog di bawah dengan mengisi tempat kosong dengan kata ganti nama diri
yang sesuai.

kita kami saya awak kamu anda

Hafiz : Helo, Selamat pagi, Latifah.


Latifah : Selamat pagi, Hafiz.
Hafiz : __________________ apa khabar?
Latifah : __________________ sihat.
Hafiz : Mengapakah ___________________ tidak hadir ke sekolah semalam?
Latifah : Saya tidak hadir kerana mengikut ayah dan ibu saya menghantar abang saya
mendaftar di Universiti Putra Malaysia._________________sekeluarga berada di
sana hingga lewat petang.
(4 markah)

Soalan 22
Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Ayat tanya:

__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________

Jawapan:

Pameran pendidikan itu akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra.


(2 markah)

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________

(2 markah)
6
c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

__________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________

(2 markah)

Soalan 23
Baca petikan dan jawab soalan pemahaman yang diberi.
Penduduk Taman Murni, tempat tinggal Prema, menjadi gempar apabila empat
orang di taman itu diserang penyakit taun. Ahli jawatankuasa taman telah mengadakan
mesyuarat tergempar dan memutuskan akan mengadakan gotong-royong membersihkan
kawasan kediaman masing-masing bagi mengatasi masalah itu.
Pada hujung minggu, Prema mengikuti Encik Ravi membersihkan kawasan Taman
Murni. Mereka telah melakukannya secara bergotong-royong. Sejak pagi penduduk taman
telah berkumpul dan sama-sama membersihkan taman berkenaan.
Ketua kampung mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
dalam program tersebut. Beliau berharap agar Taman Murni tidak diserang wabak itu lagi.
Sementara itu, semua penduduk berasa puas hati dan gembira kerana taman mereka
bersih dan indah. Aktiviti sebegini juga dapat memupuk nilai bekerjasama dalam kalangan
penduduk.

a. Penduduk Taman Murni telah mengadakan________________________________ bagi


mengatasi masalah serangan wabak taun.
(1 markah)
b. Mengapakah penduduk Taman Murni menjadi gempar?
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

(2 markah)

7
c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah
ditunjukkan sebagai contoh.

Prema, Encik Ravi dan penduduk Taman Murni


membersihkan kawasan taman berkenaan.

Encik Ravi meminta penduduk membersihkan BETUL


kawasan kediaman masing-masing.

Empat orang penduduk diserang penyakit


taun.
SALAH

Ketua kampung mengucapkan terima kasih


kepada semua pihak yang terlibat dalam
aktiviti gotong-royong.
(2 markah)

Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Salam sejahtera. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Pegawai
Pendidikan Daerah, Guru Besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru, ibu bapa dan murid-
murid yang dikasihi sekalian. Pertamanya, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata pada
hari ini.

Terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang bertungkus lumus mengadakan


perjumpaan pada hari ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada ibu bapa yang sudi
meluangkan masa sama-sama mengembleng tenaga ke arah kecemerlangan anak-anak
kita di sekolah ini.

Kepada murid-murid yang akan menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun,


berusahalah dengan gigih mulai sekarang demi masa depan sendiri agar hidup cemerlang.
Jawatankuasa PIBG sesi 2016/17 dan ibu bapa serta guru umumnya, kami sentiasa
mengiringi anda dengan doa dan harapan yang tinggi. Saya berasa amat gembira atas
kerjasama yang tuan-tuan berikan untuk membantu pihak sekolah menyediakan
persekitaran dan peralatan yang terbaik untuk pendidikan yang berkesan.

Kepada murid-murid, ambillah langkah proaktif dengan membuat persediaan awal


walaupun akan menghadapi peperiksaan UPSR dua tahun lagi. Untuk menghadapi
cabaran dalam kehidupan sebenar, kita memerlukan bukan sahaja kekuatan akademik,
tetapi juga kekuatan sahsiah dan kepimpinan individu.

Oleh hal yang demikian, semasa masih di alam persekolahan ini rebutlah peluang
bagi meningkatkan sahsiah melalui kegiatan kokurikulum, kursus motivasi dan kursus
kepimpinan yang dianjurkan. Kami akan membantu pihak sekolah menyediakan prasarana
dan kemudahan yang diperlukan. Selebihnya terpulanglah kepada murid-murid untuk
membantu diri sendiri menempa kejayaan pada masa hadapan.

8
Akhir kata, saya menyeru kepada semua ibu bapa, marilah kita sama-sama
berkongsi keprihatinan terhadap kemajuan anak-anak kita di sekolah. Amat tidak adil
menyerahkan tanggungjawab pendidikan anak-anak kepada para guru semata-mata.

Sekian, terima kasih.

a. Perkataan adil dalam petikan bermaksud____________________________________


(1 markah)

b. Apakah tujuan ucapan ini disampaikan?


______________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
( 2 markah)

c. Pada pendapat anda, apakah yang diperlukan oleh murid-murid untuk menghadapi
cabaran dalam kehidupan sebenar?
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
( 2 markah)

d. Berdasarkan petikan, nyatakan cara-cara untuk menghadapi kejayaan cemerlang


dalam peperiksaan?
______________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
(3 markah)

9
Soalan 25
Baca sajak di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Ibu,
Tersentuh hatiku teringatkan wajahmu,
Rambutku kauusap dengan penuh kasih sayang,
Lembut jarimu sentuhan mesra,
Sentiasa bermain-main dalam ingatanku.

Ibu, kesabaranmu mendidik tidak kulupakan,


Walau hatimu pernah kucalar,
Namun engkau mampu tersenyum,
Kesabaran jadi peganganmu,

Ibu,
Kini aku mengerti,
Engkau lambing segalanya,
Kebahagiaan keluarga,
Kelembutan tutur katamu,
Akan sentiasa aku ikuti.

Ibu,
Engkau mampu memadamkan api,
Ketika aku marah,
Engkau mampu menjinakkan,
Tatkala amukan dalam jiwaku meronta.

Ibu,
Kupohon keampunan,
Aku sering melukaimu,
Aku mahu berubah,
Akhlak muliamu jadi ikutan.

a. Apakah maksud rangkap pertama sajak di atas?


______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
(2 markah)

b. Bagaimanakah sikap ibu dalam mendidik anaknya seperti yang digambarkan dalam
sajak?
______________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
(1 markah)

10
c. Tandakan () bagi pernyataan betul dan (x) bagi pernyataan yang salah berdasarkan
sajak tersebut.

Ibu menjadi marah jika anaknya tidak mendengar kata.

Penulis ingin mengubah sikapnya.

(1 markah)

Kelembutan tutur katamu,


Akan sentiasa aku ikuti.

d. Terangkan maksud baris-baris sajak di atas.


______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
(3 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

______________________ _______________________ _____________________


(Pn.R.Barathy) (En.S.Nagapan)
(Guru Matapelajaran Ketua Panitia BM

11

Anda mungkin juga menyukai