Anda di halaman 1dari 9

SJK (T) BEDONG

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 1/2017


BAHASA MALAYSIA (PEMAHAMAN)
TAHUN 4
NAMA MURID :_________________________________________ 1 JAM 15 MINIT

BAHAGIAN A
(20 markah)
Jawab semua soalan.

1. ____________________ perlu menyerahkan borang ini di kaunter nombor 7,kata


pegawai itu kepada Kelvin.
A. Puan
B. Datuk
C. Datin
D. Encik
2. Raju dan Ravi pergi ke perpustakaan kerana___________________ ingin meminjam buku
cerita.
A. dia
B. kami
C. beliau
D. mereka
3. Baju dan seluar yang dijual di pasar malam itu _____________________ harganya.
A. besar
B. tinggi
C. mahal
D. murah
4. Jalur Gemilang itu _____________________ megah ditiup angin.
A. beralun
B. berkibar
C. berputar
D. berombak
5. Kamu perlulah berusaha bersungguh-sungguh _______________________ berjaya dalam
pelajaran, nasihat Guru Besar kepada semua murid.
A. agar
B. demi
C. untuk
D. sambil
6. Guru Besar menyampaikan ucapan _____________________ dalam Kejohanan Sukan
Tahunan 2016.
A. dirasmi
B. perasmian
C. dirasmikan
D. merasmikan
7. Diana gagal dalam ujian kerana karangan yang ditulisnya amat___________________
A. padat
B. ringkas
C. lengkap
D. panjang
8. Wanita itu menjerit dengan kuat apabila seorang pemuda ______________ beg
tangannya.
A. diragut
B. ragutan

1
C. peragut
D. meragut
9. ______________________ sesekali menggunakan telefon bimbit semasa Ramu sedang
memandu kereta kerana membahayakan banyak pihak.
A. Jangan
B. Tolong
C. Minta
D. Harap
10. ______________________ puas merantau, akhirnya Megat kembali semula ke kampung
halamannya.
A. Demi
B. Sejak
C. Setelah
D. Malahan
11. Zafran berlari dengan ____________________ untuk memenangi acara larian 4x100
meter itu.
A. ligat
B. deras
C. pantas
D. kencang

12. ___________________ menunggu ketibaan bas, kebanyakan murid membaca buku.


A. Sejak
B. Kerana
C. Apabila
D. Sementara
13. __________________ masuk ke dalam dahulu, ibu dan ayah akan pulang sekejab lagi
dari pasar raya.
A. Jemput
B. Tolong
C. Usah
D. Minta

Soalan 14 dan 15
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

14. Kunjungan Ariff ke Jakarta disambut dengan mesra oleh keluarga Pak Harto.
A. Keluarga Pak Harto menyambut kedatangan Ariff ke Jakarta dengan mesra.
B. Keluarga Ariff menyambut kedatangan keluarga Pak Harto dari Jakarta dengan mesra.
C. Kunjungan keluarga Ariff dari Jakarta telah disambut dengan mesra oleh Pak Harto.
D. Keluarga Pak Harto yang bersikap mesra itu menyambut kunjungan Ariff di Jakarta.

15. Gejala ponteng sekolah dalam kalangan murid kian serius dan perlu ditangani.
A. Gejala ponteng sekolah perlu diatasi dengan segera sebelum menjadi serius.
B. Gejala ponteng sekolah dalam kalangan murid semakin membimbangkan.
C. gejala ponteng sekolah semakin membimbangkan murid dan perlu diatasi.
D. gejala ponteng sekolah dalam kalangan murid yang semakin membimbangkan perlu
diatasi.

Soalan 16
Pilih ayat yang betul.

2
A. Ibu menyuruh saya memberikan juadah itu pada Puan Siti.
B. Gubahan bunga yang cantik itu digubah oleh saya.
C. Kakak menerima sekeping poskad dari sahabat penanya.
D. Mangsa yang cedera parah dalam kemalangan itu dihantar ke hospital.

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Bagi menjamin kesihatan, kita perlu mengutamakan kebersihan diri.


Kelazimannya, penyakit berpunca daripada persekitaran, sikap seseorang dan kekotoran
yang ada pada tubuh badan atau pakaian yang dipakainya.

Amalan mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari dapat membantu kita dalam
menjaga kebersihan diri. Jika sisa-sisa makanan terselit pada celah-celah gigi kita,
bakteria dapat membiak. Hal ini akan mengakibatkan pernafasan seseorang akan
berbau, di samping akan merosakkan gigi.

Selain itu, penjagaan rambut, kita perlu mensyampu rambut sekurang-kurangnya


tiga kali seminggu. Amalan ini dapat mengawal rambut daripada dijangkiti kutu dan
berkelemumur.

Justeru, persekitaran yang bersih menjamin hidup yang sihat.Kita perlu berubah
demi kehidupan yang sejahtera dan kebahagiaan yang berkekalan.

17. Apakah yang akan terjadi jika kita sentiasa menjaga kebersihan diri?
A. Kita dapat mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari.
B. Mulut kita sentiasa berbau wangi dan menyenangkan orang lain.
C. Rambut dan kuku sentiasa bersih dan tiada kuman.
D. Kita akan sentiasa sihat dan disenangi ramai.

18. Punca pernafasan seseorang berbau ialah________________________


A. kekotoran yang ada pada tubuh badan.
B. sisa-sisa makanan yang terselit di celah-celah gigi.
C. penjagaan rambut dan kuku yang tidak dititikberatkan.
D. persekitaran tempat tinggal yang kotor dan tidak selera.

19. Apakah kemungkinan yang berlaku jika seseorang itu tidak menjaga kebersihan
rambutnya?
A. Rambutnya perlu dipotong pendek.
B. Rambutnya akan gugur dan mungkin menjadi botak.
C. Rambutnya akan berkelemumur dan mungkin berkutu.
D. Ramai yang akan menjauhkan diri daripadanya.

3
20. Setelah membaca dan memahami petikan ini, para pembaca disarankan
agar____________________
A. mengamalkan kebersihan jiwa dan fizikal serta mengubah cara hidup.
B. mengamalkan sikap suka membantu diri dan masyarakat.
C. mengamalkan pemakanan yang sihat.
D. mengamalkan diet yang seimbang.

BAHAGIAN B
(30 Markah)

Soalan 21

4
Lengkapkan dialog di bawah dengan mengisi tempat kosong dengan kata ganti nama diri
yang sesuai.

kita kami saya awak kamu anda

Hafiz : Helo, Selamat pagi, Latifah.


Latifah : Selamat pagi, Hafiz.
Hafiz : __________________ apa khabar?
Latifah : __________________ sihat.
Hafiz : Mengapakah ___________________ tidak hadir ke sekolah semalam?
Latifah : Saya tidak hadir kerana mengikut ayah dan ibu saya menghantar abang saya
mendaftar di Universiti Putra Malaysia._________________sekeluarga berada di
sana hingga lewat petang.
(4
markah)

Soalan 22
Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Ayat tanya:

__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________

Jawapan:

Pameran pendidikan itu akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra.


(2
markah)

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________

(2 markah)

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

5
Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

__________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________

(2
markah)

Soalan 23
Baca petikan dan jawab soalan pemahaman yang diberi.
Penduduk Taman Murni, tempat tinggal Prema, menjadi gempar apabila empat
orang di taman itu diserang penyakit taun. Ahli jawatankuasa taman telah mengadakan
mesyuarat tergempar dan memutuskan akan mengadakan gotong-royong membersihkan
kawasan kediaman masing-masing bagi mengatasi masalah itu.
Pada hujung minggu, Prema mengikuti Encik Ravi membersihkan kawasan Taman
Murni. Mereka telah melakukannya secara bergotong-royong. Sejak pagi penduduk
taman telah berkumpul dan sama-sama membersihkan taman berkenaan.
Ketua kampung mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
dalam program tersebut. Beliau berharap agar Taman Murni tidak diserang wabak itu
lagi. Sementara itu, semua penduduk berasa puas hati dan gembira kerana taman
mereka bersih dan indah. Aktiviti sebegini juga dapat memupuk nilai bekerjasama dalam
kalangan penduduk.

a. Penduduk Taman Murni telah mengadakan________________________________ bagi


mengatasi masalah serangan wabak taun.
(1
markah)
b. Mengapakah penduduk Taman Murni menjadi gempar?
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

(2
markah)

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah


ditunjukkan sebagai contoh.

6
Prema, Encik Ravi dan penduduk Taman
Murni membersihkan kawasan taman
berkenaan.

Encik Ravi meminta penduduk


BETUL
membersihkan kawasan
kediaman masing-masing.

Empat orang penduduk diserang


penyakit taun.
SALAH

Ketua kampung mengucapkan terima kasih


kepada semua pihak yang terlibat dalam
aktiviti gotong-royong.
(2
markah)

Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Salam sejahtera. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Pegawai
Pendidikan Daerah, Guru Besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru, ibu bapa dan
murid-murid yang dikasihi sekalian. Pertamanya, setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyampaikan ucapan.

Kepada murid-murid yang akan menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun,


berusahalah dengan gigih mulai sekarang. Jawatankuasa PIBG sesi 2016/17 dan ibu bapa
serta guru umumnya, kami sentiasa mengiringi anda dengan doa dan harapan yang
tinggi.

Saya berasa amat gembira atas kerjasama yang tuan-tuan berikan untuk
membantu pihak sekolah menyediakan persekitaran dan peralatan yang terbaik untuk
pendidikan yang berkesan.

Oleh hal yang demikian, semasa masih di alam persekolahan ini rebutlah peluang
bagi meningkatkan sahsiah melalui kegiatan kokurikulum, kursus motivasi dan kursus
kepimpinan yang dianjurkan. Kami akan membantu pihak sekolah menyediakan
prasarana dan kemudahan yang diperlukan.

Akhir kata, saya menyeru kepada semua ibu bapa, marilah kita sama-sama
berkongsi keprihatinan terhadap kemajuan anak-anak kita di sekolah. Amat tidak adil
menyerahkan tanggungjawab pendidikan anak-anak kepada para guru semata-mata.

Sekian, terima kasih.

a. Perkataan adil dalam petikan bermaksud____________________________________


(1 markah)

b. Apakah tujuan ucapan ini disampaikan?

7
______________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
(2
markah)

c. Pada pendapat anda, apakah yang diperlukan oleh murid-murid untuk menghadapi
cabaran dalam kehidupan sebenar?
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
(2
markah)

d. Berdasarkan petikan, nyatakan cara-cara untuk menghadapi kejayaan cemerlang


dalam peperiksaan?
______________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
(3 markah)
Soalan 25
Baca sajak di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Ibu,
Tersentuh hatiku teringatkan wajahmu,
Rambutku kauusap dengan penuh kasih sayang,
Lembut jarimu sentuhan mesra,
Sentiasa bermain-main dalam ingatanku.

Ibu, kesabaranmu mendidik tidak kulupakan,


Walau hatimu pernah kucalar,
Namun engkau mampu tersenyum,
Kesabaran jadi peganganmu,

Ibu,
Kini aku mengerti,
Engkau lambang segalanya,
Kebahagiaan keluarga,
Kelembutan tutur katamu,
Akan sentiasa aku ikuti.

a. Apakah maksud rangkap pertama sajak di atas?


______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
8
(2 markah)

b. Bagaimanakah sikap ibu dalam mendidik anaknya seperti yang digambarkan dalam
sajak?
______________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
(1 markah)

c. Tandakan ( ) bagi pernyataan betul dan (x) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan sajak tersebut.

Ibu mendidik anak dengan penuh kasih sayang.

Penulis ingin mengubah sikapnya.

(1
markah)

Kelembutan tutur katamu,


Akan sentiasa aku ikuti.

d. Terangkan maksud baris-baris sajak di atas.


______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
(3
markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

______________________ _______________________ _____________________


(Pn.R.Barathy) (En.S.Nagapan)
(Guru Matapelajaran Ketua Panitia BM