Anda di halaman 1dari 39

PENDAHULUAN

Program Bina Insan Guru ( BIG ), merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Bahagian
Pendidikan Guru ( BPG ), dalam usaha melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu,
berkemahiran serta mempunyai daya spiritual dan sahsiah yang tinggi. Sebagai seorang guru,
kekuatan dan kemantapan dalam segala aspek iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek amat
diperlukan untuk menjadi seorang guru yang cemerlang.

Justeru, dalam merealisaikan impian dan hasrat kerajaan selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru ( FPG ), satu program Bina Insan Guru Fasa 6
telah dijalankan dengan berteraskan kepada
LAWATAN BENCHMARKING BERSAMA GURU CEMERLANG .

Program ini memerlukan komitmen kami untuk memilih seorang guru cemerlang dalam opsyen
Pra Sekolah untuk dijadikan role model yang berkesan dan mencontohi budaya kerja guru cemerlang
bagi melahirkan insan guru yang bermanfaat kepada diri, keluarga dan sentiasa berbakti kepada
masyarakat, bangsa dan negara. Seterusnya, program ini juga dapat meningkatkan tahap
pengetahuan dan pemahaman tentang budaya dan prinsip etika guru cemerlang.

Kerjasama dan komitmen yang tinggi di antara pelajar PPG Ambilan Khas telah direalisaikan
dengan jayanya. Kami telah bersepakat memlilih seorang guru cemerlang Pra Sekolah iaitu Pn.
Noradilah binti Hj. Nain dari Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu, Bagan Serai Perak. Alhamdulillah,
semua aktiviti berjalan dengan tersusun dan sistematik sebagaimana yang dirancangkan.

Ternyata, program ini dapat melahirkan guru- guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan
kuasa profesional yang tinggi serta bersedia untuk menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam
meniti arus globalisasi pada hari ini.

SURAT PANGGILAN MESYUARAT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN


14000 MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

_________________________________________________________________________

Tarikh : 30 Januari 2016


Kepada,

Pelajar PPG AMBILAN KHAS,


Kelas TESL/ SAINS/ PENDIDIKAN JASMANI/ MATEMATIK
IPG Kampus Tuanku Bainun,
Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.

MESYUARAT PELAKSANAAN BINA INSAN GURU FASA 6 2016

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kelas TESL, Sains, Pendidikan Jasmani dan Matematik Program
Pensiswazahan Guru Ambilan Khas Feb 2013 dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Pulau
Pinang akan mengadakan mesyuarat tersebut seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 06 Februari 2016
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bilik Kuliah Unit Kokurikulum IPG Kampus Tuanku Bainun

3. Agenda Profesional mesyuarat adalah seperti berikut:


3.1 Ucapan Pengerusi
3.2 Ucapan Pensyarah Pembimbing
3.3 Ucapan Penyelaras
3.4 Penetapan dan Tarikh
3.5 Perlantikan AJK Kerja
3.6 Kewangan
3.7 Hal- hal lain

4. Sehubungan dengan itu,semua pelajar PPG Ambilan Khas Februari 2013 diwajibkan
hadir.

Sekian,terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

(NUR AFNI HANIZA BINTI SHAIDAN)


Setiausaha,
Program BIG Fasa 6,
PPG AMBILAN KHAS FEB 2013,
IPGKTB.
MINIT MESYUARAT

MINIT MESYUARAT PELAKSANAAN BINA INSAN GURU (BIG) FASA 6 / 2015

TARIKH : 06 FEBRUARI 2016


HARI : Sabtu
MASA : 8.00 pagi
TEMPAT : Bilik Kuliah Unit Kokurikulum IPG Kampus Tuanku
Bainun
KEHADIRAN : Semua Pelajar PPG Ambilan Khas Februari 2013
TURUT HADIR : En. Mohd Zahir bin Nasir
(Pensyarah Pembimbing)
AGENDA PROFESIONAL :
1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Pensyarah Pembimbing
3. Ucapan Penyelaras
4. Penetapan Tarikh dan Tempat
5. Pelantikan AJK Kerja
6. Kewangan
7. Hal-hal lain

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Encik Mohammad Yusri bin Sharipudin telah mempengerusikan mesyuarat sementara pengerusi
baru dilantik.
1.2 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab Al- Fatihah.
1.3 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran ahli kelas ke mesyuarat dan
berharap agar semua ahli dapat memberi kerjasama yang sewajarnya bagi menjayakan program
Fasa 6 yang akan dilaksanakan.

2. Ucapan Pensyarah Pembimbing

2.1 En. Mohd Zahir bin Nasir selaku Pensyarah pembimbing program BIG, mengucapkan terima kasih
kepada semua pelajar PPG Ambilan Khas Feb 2013 kerana dapat meluangkan masa hadir ke
mesyuarat Program BIG Fasa 6 pada kali ini.
2.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih kerana dapat menyiapkan folio BIG fasa 5 dengan baik dan
menyerahkannya pada masa yang telah ditetapkan.
2.3 Seterusnya En. Mohd Zahir bin Nasir mencatat kehadiran ahli kelas dengan menyebut nama setiap
ahli yang hadir.
2.4 Pensyarah pembimbing juga memberi pendapat agar memilih guru cemerlang di sekolah yang
dapat memberi kerjasama yang baik bagi melaksanakan BIG pada kali ini.

3. Ucapan Penyelaras Program

3.1 Semua pelajar PPG Ambilan Khas Feb 2013 dengan sebulat suara memilih En. Mohamad Liza bin
Md. Saad sebagai penyelaras program pada kali ini.
3.2 Penyelaras program juga berharap kerjasama daripada semua ahli supaya program kali ini dapat
dilaksanakan dengan jayanya.

4. Penetapan tarikh, tempat dan tajuk program

4.1 Semua pelajar PPG Ambilan Khas Feb 2013 telah bersetuju mencadangkan tarikh pelaksanaan
program BIG Fasa 6 pada 07 March 2016.
4.2 Tarikh ini bergantung kepada persetujuan pihak pentadbiran sekolah dan guru cemerlang terlibat
yang dipilih untuk menjalankan program tersebut.
4.3 Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu yang terletak di Bagan Serai, Perak telah dipilih sebagai lokasi
untuk mengadakan Program Bina Insan Guru Fasa 6.
4.4 En. Mohd Zahir bin Nasir selaku pensyarah pembimbing meminta semua pelajar untuk
melaksanakan tugas masing-masing terutamanya setiausaha untuk bertindak lebih awal iaitu
menyiapkan kertas kerja dan juga surat surat yang perlu dikeluarkan kepada sekolah yang
terlibat.
4.5 Kerjasama daripada semua amat diharapkan bagi memudahkan proses pelaksanan BIG fasa 6 ini.
Tindakan: Setiausaha Program.

5. Pelantikan AJK Kerja

5.1 Pemilihan AJK kerja dibuat dengan perbincangan bersama.


5.2 Setelah mengadakan perbincangan, perlantikan AJK kerja telah dibuat dan senarai tugas tersebut
boleh dirujuk di lampiran.
5.3 Semua AJK yang terlibat diharapkan dapat memberi kerjasama yang sewajarnya dan dapat
melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan baik.
Tindakan :Semua AJK kerja

6. Kewangan

6.1 En. Irwan Firdaus bin Hashim selaku bendahari program BIG Fasa 5 memaklumkan baki wang
terkini iaitu sebanyak RM 180.00
6.2 Yuran akan dikutip sebanyak RM10 seorang bagi menampung kos BIG pada kali ini.
6.3 Ahli kelas PPG Ambilan Khas Feb 2013 dibenarkan untuk membuat bayaran pada interaksi akan
datang iaitu pada 20 Februari 2016.

7. Hal-hal lain

7.1 En. Mohd Zahir bin Nasir selaku pensyarah pembimbing mengharapkan agar program BIG Fasa 6
kali ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin memandangkan semua ahli sudah mempunyai
pengalaman sebelum ini. Diharapkan penyediaan video dapat dikemaskinikan dan lebih bermutu
untuk BIG kali ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi dengan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr.
Minit dicatat oleh,

..
(PN. NUR AFNI HANIZA BINTI SHAIDAN)
Setiausaha,
Program BIG Fasa 6

Disemak oleh,

..
(EN. MOHAMAD LIZA BIN MD. SAAD)
Penyelaras,
Program BIG Fasa 6

KERTAS KERJA
PROGRAM BINA INSAN GURU
FASA 6

TAJUK:
LAWATAN BENCHMARKING
BERSAMA GURU CEMERLANG

TEMPAT :
SEKOLAH KEBANGSAAN ALOR PONGSU 34300, BAGAN
SERAI, PERAK

TARIKH :
07 MARCH 2016

ANJURAN :
KELAS PPG ABILAN KHAS FEB 2013 ( SEMESTER 8 )
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
KAMPUS TUANKU BAINUN
BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG

1.0 PENGENALAN

Program Bina Insan Guru merupakan satu program yang dirangka khas bagi memenuhi
keperluan Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) yang digubal khusus bertemakan konsep pembinaan
insan guru dan peranan serta tanggungjawab seorang guru.

Melalui Program Bina Insan Guru ini, pelajar juga dapat menunjukkan ciri- ciri insan yang
berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama, meningkatkan semangat berpasukan dan
mengamalkan hidup bersepakat, meningkatkan ketahanan fizikal, mental dan sebagainya. Melalui
program BIG Fasa 6 ini, guru-guru PPG Ambilan Khas Feb 2013 telah bersetuju memilih Sekolah
Kebangsaan Alor Pongsu, Bagan Serai, Perak sebagai tempat untuk melaksanakan program BIG pada
kali ini. Pemilihan Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu sebagai tempat melaksanakan aktiviti kali ini
adalah kerana sekolah tersebut mempunyai seorang Guru Cemerlang Pra Sekolah. Ia dipersetujui
kerana bertepatan dengan tajuk yang diberikan bagi menjayakan Program BIG Fasa 6 ini iaitu
Lawatan Benchmarking bersama Guru Cemerlang.

Oleh yang demikian, melalui aktiviti yang dirancang pelajar dapat mengenal diri, mampu
mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai
insan guru secara berterusan, sekaligus dapat melahirkan guru- guru yang memiliki kemantapan
sahsiah yang dan kuasa profesional yang tinggi serta bersedia serta mampu menangani pelbagai
cabaran pendidikan dalam arus globalisasi.

2.0 RASIONAL

Program Bina Insan Guru ( BIG ) Fasa 6 ini adalah lawatan Benchmarking bersama guru cemerlang
ke sekolah yang telah dipilih. Oleh yang demikian,setiap pelajar berpeluang untuk menjana idea bagi
meningkatkan lagi mutu PdP. Selain itu ilmu yang akan diperolehi daripada lawatan ini dapat
diaplilkasikan di sekolah masing-masing.

3.0 OBJEKTIF

Objektif pelaksanaan Program Bina Insan Guru ( BIG ) fasa 6 adalah seperti berikut:

3.1 Memenuhi sukatan pelajaran Bina Insan Guru.


3.2 Memberikan penglibatan aktif kepada guru sepanjang melaksanakan
program yang dirancang.
3.3 Meningkatkan kemahiran interpersonal di kalangan guru.
3.4 Merapatkan hubungan silaturahim antara guru guru pelatih.
3.5 Memberikan pengalaman dan pengetahuan kepada guru melalui
aktiviti yang dijalankan.
3.6 Mengaplikasikan kemahiran,pengetahuan dan pengalaman yang
berguna di bidang keguruan melalui ceramah yang disampaikan.
.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Program ini melibatkan 19 orang guru dari Kelas TESL, Sains, Pendidikan Jasmani dan Matematik
Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) Ambilan Khas Feb 2013 dari Institut Pendidikan Guru Kampus
Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

5.0 KAEDAH PELAKSANAAN

Pelaksanaan program ini akan memfokuskan kepada ceramah yang akan disampaikan oleh Guru
Cemerlang. Selain itu, semua guru Program Pensiswazahan Guru juga akan berpeluang melihat
inovasi yang telah dilaksanakan oleh Guru Cemerlang dalam PdP beliau.

Slot seterusnya ialah melaksanakan refleksi BIG bagi fasa 1 hingga 6 diantara semua guru PPG
Ambilan Khas Feb 2013, dengan bimbingan pensyarah pembimbing.

6.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

Nama Program :

LAWATAN BENCHMARKING BERSAMA GURU CEMERLANG

Tempat :

SEKOLAH KEBANGSAAN ALOR PONGSU, 34300 BAGAN SERAI, PERAK.

Tarikh:

07 March 2016

Masa:

8.00 pagi 2.00 petang

Sasaran:

19 pelajar dari Kelas TESL, Sains, Pendidikan Jasmani dan Matematik


Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Khas Feb 2013 dari
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun,
Bukit Mertajam Pulau Pinang.
7.0 JAWATANKUASA KERJA PROGRAM

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Tn. Hj. Yeop bin Hj. Mat

( Guru Besar Sek.Keb.Alor Pongsu )

Naib Pengerusi : Pn. Noor Asiah binti Mat Noor@Sidek

( PK Petang Sek. Keb. Alor Pongsu)

( PK Hal Ehwal Murid Sek. Keb. Alor Pongsu)

(PK Kokurikulum Sek. Keb. Alor Pongsu)

Pensyarah Pembimbing : En. Mohd Zahir bin Nasir

Penyelaras Program : Encik Mohamad Liza bin Md Saad

Setiausaha : Puan Nur Afni Haniza binti Shaidan

Bendahari : En. Irwan Firdaus bin Hashim

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengacara Majlis : Encik Nasrul Aswad b. Samsudin

Bacaan Doa & Kerohanian : Encik Saiful Nizar bt Kamron

AJK Brosur & Buku Program : Pn. Nor Aza bt Yahya


Pn. Mariah binti Kassim

AJK Pendaftaran : Pn. Norazila bt Bahari

Pn. Siti Aminah bt Hamid

AJK Dokumentasi : Pn. Azmaiza bt Mohd Nor

Pn. Rosemaliza bt Abd. Fatah

Pn. Norhana bt Salleh

Jurufoto : Pn. Wan Hanilah Binti Wan Din

Pn. Jawaher bt Salleh

Juru video : Encik Mohd Hafiz b. Md Ali

Pn. Rozizah binti Zakaria

AJK Makanan & Minuman : Pn. Latipah Hanim binti Johari

Pn. Sabni binti Abd Razak

Pn. Nonila binti Jaffar

AJK Hadiah & Cenderahati : Pn. Ragayah bt Zainun Abidin

Pn. Mariyatul Kaptiah binti Md Sabiani

AJK Siaraya : Encik Suhaili bin Ramali

8.0 TENTATIF PROGRAM

8.00 a.m : Pendaftaran peserta

Sarapan pagi

9.00 a.m : Ceramah 1

BERSAMA GURU CEMERLANG

Pn. Noradilah binti Hj. Nain

10.00 a.m : Rehat

10.30 a.m Ceramah 2


Bengkel BAHAN INOVASI GURU CEMERLANG

11.30 p.m : Refleksi BIG Fasa 1 - 6

: Perasmian Penutup BIG Fasa 6

: Penyampaian Cenderahati

1.00 p.m : Jamuan / solat zohor

2.00 p.m : Bersurai

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 6


KELAS AMBILAN KHAS FEB 2013 IPGM KAMPUS TUANKU BAINUN

PENDAPATAN JUMLAH PERBELANJAAN JUMLAH

Baki BIG Fasa 5 RM 180.00 1. Hadiah,Cenderahati dan RM 90.00


Sijil
(3 orang x RM 30.00)
Kutipan Guru RM 190 .00
2. Banner
PPG Ambilan 3. Brosur/Dokumentasi RM 80.00
4. Sarapan pagi RM 20.00
Khas Feb 2013
(25 orang x RM 2.00) RM 50.00
( RM 10 x 19 )
5. Makan T/Hari
(25 orang x RM 4.00)
RM 100.00
6. Belian runcit

RM 30.00

JUMLAH RM 370.00 ANGGARAN RM 370.00


PENDAPATAN PERBELANJAAN

10.0 PENUTUP

Pelaksanaan program ini diharapkan dapat memberi manfaat yang berguna kepada semua pihak yang
terlibat khususnya kepada pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Khas Feb 2013 untuk
diaplikasikan dan diterapkan di dalam Profesion Keguruan.
Disediakan Oleh:

...

( PN. NUR AFNI HANIZA BINTI SHAIDAN)


Setiausaha,
Program BIG Fasa 6

Disemak Oleh:

..
( EN. MOHAMAD LIZA BIN MD. SAAD )
Penyelaras,
Program BIG Fasa 6

SENARAI NAMA AHLI KUMPULAN

BIL NAMA PELAJAR KUMPULAN NO K/P NO TELEFON


1 AMPUANI @ AZMEI BIN JAWA PJK 660810-12-5061 018-4714753
2 GOURESWARI A/P RAMACHANDRAN TESL 770223-02-5442 016-4136392
3 IRWAN FIRDAUS BIN HASHIM PJK 820624-09-5129 017-4640376
4 JAYAMANI RAMAN MATE 780111-06-5430 012-4255149
5 KHAIRANI BINTI MOHD ROOM TESL 760913-07-5114 013-4465423
6 MIOR SHAHRIL BIN MOHD WAZID TESL 810711-08-6555 013-4778635
7 MOHAMAD LIZA BIN MD SAAD MATE 740304-07-5305 017-4722109
8 MOHAMMAD AFIZIE BIN ABU SEMAN PJK 810214-09-5119 012-4650117
9 MOHAMMAD YUSRI BIN SHARIPUDIN PJK 840120-09-5027 011-36001008
10 MUHD HUSNI BIN ABD WAHAB MATE 811026-02-5361 012-5930655
11 NOOR MAIZURA BT KHAMIS @ KAMARUDDIN SAINS 730113-02-5488 0194409945
12 NORHAYATI BINTI ABD. HADI TESL 751216-08-6454 019-4256818
13 NUR AFNI HANIZA BINTI SHAIDAN SAINS 821127-02-5642 012-4857455
14 SAFARINA BINTI ZAINOL MATE 791220-07-5412 010-7940447
15 SITI SALMAH BINTI ABD AZIZ TESL 770324-02-5820 013-4047434
16 SITI ZURAIDA BINTI ABDUL RAHMAN TESL 740328-08-6236 018-956374
17 SIVAKAMI A/P MUTHUSAMY TESL 7001200-05-5434 016-4419801
18 SUHAIMI BIN SULAIMAN PJK 711024-08-5311 012-5705696
19 WAN SARI BINTI ZAINAL ABIDIN TESL 720906-10-5462 017-5606706

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN


14000 MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG
_________________________________________________________________________________

Kepada, Tarikh : 22 Februari 2016

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu,
Jalan Selama,
34300 Bagan Serai,
Perak.

Tuan,

PERMOHONAN MENGADAKAN PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 6 DI SK ALOR PONGSU.

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kelas Ambilan Khas Feb 2013, Program Pensiswazahan Guru dari Institut
Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun,Pulau Pinang akan mengadakan Program Bina Insan Guru Fasa 6 seperti
ketetapan berikut :

Tarikh : 07 March 2016


Hari : Isnin
Masa : 08.00 pagi - 02.00 petang
Tempat : SK Alor Pongsu, Bagan Serai, Perak.

3. Sehubungan dengan itu,pihak kami ingin membuat permohonan untuk mengadakan program tersebut di sekolah
tuan.

4. Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian,terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

(En. Mohamad Liza bin Md. Saad)


Penyelaras,
Program BIG Fasa 6,
Kelas Ambilan Khas, IPG Kampus Tuanku Bainun.
SEKOLAH KEBANGSAAN ALOR PONGSU,
JALAN SELAMA, 34300 BAGAN SERAI,
PERAK.
Tel: 05-7217675
Fax 04-6491699

Ruj. Kami :
Tarikh : 24 Februari 2016
Mohamad Liza bin Md. Saad,
Penyelaras Program,BIG Fasa 6,
IPG Kampus Tuanku Bainun,
14000 Mengkuang, Bukit Mertajam
Pulau Pinang.

Tuan,

KELULUSAN MENGGUNAKAN SK ALOR PONGSU, BAGAN SERAI UNTUK MENJALANKAN PROGRAM


BINA INSAN GURU FASA 6/ 2015.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan pihak SK Alor Pongsu, Bagan Serai, Perak memberi keizinan kepada pihak tuan
untuk mengadakan program Bina Insan Guru Fasa 6 seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 07 March 2016


Hari : Jumaat
Masa : 08.00 pagi 02.00 petang
Tempat : SK Alor Pongsu, Bagan Serai, Perak.

3. Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati menerima kehadiran rombongan pihak puan bagi menjalankan
program tersebut.

4. Semoga program ini dapat dijalankan dengan jayanya.

Sekian terima kasih,

Saya yang menurut perintah,

.....................................................................
(TN. HJ. YEOP BIN HJ. MAT)
Guru Besar,
SK Alor Pongsu,
Jalan Selama,
34300 Bagan Serai,
Perak.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN


14000 MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

_________________________________________________________________________________

Kepada: Tarikh :24 Februari 2016


Pn. Noradilah binti Hj. Nain
Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu,
Jalan Selama,
34300 Bagan Serai,
Perak.

Melalui,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu

Puan,

JEMPUTAN UNTUK MENGADAKAN CERAMAH DAN BENGKEL PROGRAM BIG FASA 6 PPG

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2 Sukacita dimaklumkan bahawa ceramah tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 07 March 2016


Hari : Isnin
Masa : 9.00 11.30 pagi
Tempat : SK Alor Pongsu, Bagan Serai, Perak.

3 Sehubungan itu, pihak kelas Ambilan Khas Feb 2013, IPG Tuanku Bainun ingin menjemput puan untuk
mengadakan ceramah berkaitan guru cemerlang dan bengkel inovasi guru cemerlang.

4 Kerjasama dan sokongan puan dalam hal ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

...............................................
(MOHAMAD LIZA BIN MD SAAD)
Penyelaras,
Program BIG Fasa 6,
Kelas Ambilan Khas, IPG Kampus Tuanku Bainun.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN
14000 MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

_________________________________________________________________________

Kepada: Tarikh :22 Februari 2016


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu,
Jalan Selama,
34300 Bagan Serai,
Perak.

Tuan,

PERMOHONAN MENGGUNAKAN BILIK GERAKAN SK ALOR PONGSU

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa bilik tersebut akan digunakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 07 March 2016
Hari : Isnin
Masa : 9.00 pagi 1.00 tengahari
3. Bilik tersebut akan digunakan untuk sesi interaksi bersama guru cemerlang berkaitan program
yang dilaksanakan. Sehubungan itu, pihak kelas Ambilan Khas, IPG Tuanku Bainun memohon jasa
baik pihak tuan mengizinkan penggunaan bilik tersebut.

5 Kerjasama dan sokongan tuan dalam hal ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,


...............................................
(MOHAMAD LIZA BIN MD SAAD)
Penyelaras,
Program BIG Fasa 6,
Kelas Ambilan Khas, IPG Kampus Tuanku Bainun.
LAPORAN AKTIVITI AHLI JAWATANKUASA KECIL

SEBELUM

Pada 24 Januari 2015 satu taklimat BIG Fasa 6 telah diadakan oleh Unit Kokurikulum IPGKTB di Dewan
Aminuddin Baki. Taklimat ini bermula pada jam 9.00 pagi dan melibatkan semua pelajar PPG kohort satu.

Untuk program BIG kali ini pelajar-pelajar PPG diminta melaksanakan program mengikut
kumpulan masing-masing. Aktiviti yang perlu dijalankan pada kali ini berteraskan kepada Program
CERAMAH LAWATAN BENCHMARKING BERSAMA GURU CEMERLANG dengan tujuan
untuk mencungkil dan berkongsi kemantapan dan ilmu kerahsiaan untuk menjadi seorang guru
cemerlang Kumpulan sasaran untuk aktiviti ini adalah dari kalangan pelajar-pelajar PPG sendiri
kohort 1 ambilan Jun 2011 dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.

Sejurus selepas sesi taklimat dijalankan , mesyuarat mengikut kelas masing-masing pula
dijalankan.. Langkah pertama ialah memilih guru cemerlang mengikut opsyen masing-masing untuk
dijalankan program tersebut dan tarikh pelaksanaannya. Setelah perbincangan disepakati, Guru
Cemerlang Sekolah Kebangsaan Seri Bayu, Teluk Kumbar, Pulau Pinang iaitu Ustaz Hafizfuddin bin
Saad telah dipilih sebagai agenda utama program untuk kali ini yang bertarikh 13.2.2015.

Seterusnya pelantikan penyelaras, setiausaha, bendahari dan juga jawatankuasa kecil yang lain
dijalankan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah dirancangkan.
Mesyuarat berakhir pada jam 11.00 pagi.

1. AJK PERHUBUNGAN

SEBELUM
Dalam menjayakan program Bina Insan Guru Fasa 6 pada kali ini, AJK perhubungan
telah pun diamanahkan kepada dua orang ahli dari kumpulan Pengajian Islam 3 iaitu En
Mohd Hayazi dan En Nasrul Aswad. Pemilihan ajk perhubungan ini dibuat adalah kerana
En Mohd Hayazi merupakan bekas guru yang mengajar di SK Seri Bayu yang mana
merupakan sekolah yang akan diadakan lawatan bechmarking guru cemerlang ini nanti.
Ini akan memudahkan urusan perhubungan antara pihak pelatih IPG dengan pihak
sekolah.

Sebagai ajk yang diamanahkan untuk berhubung dengan pihak sekolah dan juga
dengan guru cemerlang yang dipilih, En Nasrul Aswad terlebih dahulu menghubungi En
Hafizfudin b Saad iaitu guru cemerlang Pendidikan Islam dari SK Seri Bayu bagi
mendapatkan persetujuan beliau untuk dijadikan bechmarking untuk BIG pada kali ini.
Alhamdulillah ianya mendapat persetujuan daripada En Hafizfudin. Setelah itu, En Mohd
Hayazi menghubungi Guru Besar SK Seri Bayu En Ahmad Azmi b Hj Aiyob bagi
memaklumkan tentang program yang akan dilaksanakan. Segala makluman yang
disampaikan mendapat persetujuan daripada guru besar tersebut. Ini dapat melicinkan
perancangan program ini kerana setelah mendapat persetujuan daripada pihak sekolah
dan guru cemerlang tersebut baharulah ajk yang lain boleh melaksanakan tugas mereka.

SEMASA

Pada hari pelaksanaan program BIG Fasa 6 ini pula, ajk perhubungan terlebih dahulu
datang ke sekolah tersebut bagi bertemu dengan guru besar dan guru cemerlang yang
dipilih bagi menceritakan perjalanan program dari awal hingga akhir. Ini penting agar
pihak sekolah dapat memahami tentang program yang dilaksanakan ini dengan lebih
jelas.

SELEPAS

Setelah selesai program dilaksanakan ajk perhubungan telah bertemu dengan Guru
besar dan guru cemerlang bagi mengucapkan terima kasih kerana sudi menerima pelatih
IPG dari kelas Pengajian Agama 3 ini untuk menjalankan BIG di sekolah tersebut. Diharap
hubungan ini akan terus berkekalan.

2. AJK BROSUR
Jawatankuasa Brosur telah menyediakan brosur program sebanyak 30 keping iaitu sebanyak 6
keping khas untuk VIP dan 24 keping untuk diedarkan kepada peserta kursus. Brosur juga turut
disediakan untuk pelaporan selepas program dilaksanakan. Kos penyediaan brosur berjumlah
RM13.00

BROSUR BIG FASA


6

2. AJK PENDAFTARAN

Pada 13 Februari 2015, kami daripada ahli kumpulan PIM 3 bagi Program Pensiswazahan Guru
telah mengadakan Lawatan Benchmarking Bersama Guru Cemerlang di Sek.Keb. Seri Bayu , Teluk
Kumbar, Pulau Pinang.

Sesi pendaftaran bemula seawal jam 8.00 pagi.Pendaftaran ini telah dijalankan oleh
jawatankusa pendaftaran iaitu Pn Norazila bt. Bahari dan Pn Siti Aminah bt. Hamid.

Peserta yang telah mendaftar dari kumpulan PIM3 seramai 24 orang. Pendaftaran dijalankan di
kantin Sekolah Kebangsaan Sri Bayu. Alhamdulillah pendaftaran telah berjalan dengan lancar seperti
yang telah diharapkan. Ternyata semua pihak telah memberi kerjasama yang sepenuhnya sepanjang
sesi pendaftaran dijalankan.

Pendaftaran telah ditutup pada jam 9.00 pagi.

PENDAFTARAN PESERTA PPG KOHORT 1 KUMPULAN


PENDIDIKAN ISLAM RENDAH 3 BIG 6
3. AJK JAMUAN

Sebelum program BIG Fasa 6 dilaksanakan, AJK makanan telah berbincang tentang
menu yang sesuai untuk disediakan kepada semua Guru Pelatih Kelas PA 3, Pensyarah
Pembimbing dan Penceramah yang terlibat dengan Program BIG Fasa 6 pada kali ini.

Kami telah berbincang dan mengambil kata sepakat untuk menyediakan makanan
sebanyak dua kali iaitu sarapan pagi dan makan tengahari dengan harga RM10 setiap
seorang. Kami juga telah memutuskan untuk meminta pihak kantin Sekolah Kebangsaan
Seri Bayu untuk menyediakan makanan untuk kami seramai 24 orang Guru Pelatih Kelas
PA 3 dan tiga orang untuk Pensyarah Pembimbing, Guru Besar SK Seri Bayu dan
Penceramah. Keseluruhan perbelanjaan untuk makanan ialah RM270.

Menu bagi sarapan pagi ialah Bihun goreng, Bengkang Ubi, Karipap dan Tea Panas.
Sarapan bermula pada jam 8.30 pagi. Manakala makan tengahari pula dihidangkan nasi
putih, Kari Ikan Bawal, Ayam goreng, Sayur kobis, Sambal belacan, ulam-ulaman dan Air
Sirap. Makan tengahari dihidangkan pada jam 12.00 tengahari.
Keseluruhan penyediaan makanan adalah baik dan memuaskan. Menu yang
disediakan juga menyelerakan dan menepati cita rasa semua peserta. Manakala layanan
yang diberikan oleh Pihak kantin SK Seri Bayu semasa makan juga sangat memuaskan.

4. AJK HADIAH DAN CENDERAHATI

Jawatankuasa hadiah dan cenderahati telah bersetuju untuk menyediakan hadiah


berupa cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada pihak sekolah dan penceramah
jemputan bagi program yang diadakan pada kali ini di Sekolah Kebangsaan Seri Bayu,
Teluk Kumbar Pulau Pinang. .Laporan tersebut adalah seperti jadual dibawah.

Bil Perkara Kuantiti Jumlah


1. Cenderahati Sekolah 1 X RM 57 RM 114.00
2. Cenderahati 1 X RM 100.00 RM 100.00
Penceramah
Jemputan
3. Jumlah RM 214.00
Cenderahati Program Bina Insan Guru Fasa 6

6 LAPORAN KEWANGAN

PENYATA KEWANGAN
PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 6
KELAS PENGAJIAN AGAMA 3 / 2015
IPGM KAMPUS TUANKU BAINUN
14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

PENDAPATAN JUMLAH PERBELANJAAN JUMLAH

1. Baki BIG RM 756.50 1. Cenderahati RM 214.00


Fasa 5
2. Sarapan Pagi
2. Kutipan Pelajar Makan Tengahari RM 270.00
PA3 RM 480.00
3. Browser
( RM 20 X 24 )
4. Runcit
RM 13.00

RM 50.00

JUMLAH RM 1236.50 JUMLAH RM 547.00


PENDAPATAN PERBELANJAAN

BAKI DI TANGAN RM 689.50

JUMLAH BESAR RM 1236.50 JUMLAH BESAR RM 1236.50

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


... ................

( SUHAIDA BINTI ABD RAHIM ) ( MOHD HANIF BIN SHAHABUDIN )


Bendahari Penyelaras
Program Bina Insan Guru Fasa 6 / 2015 Program Bina Insan Guru Fasa 6 / 2015
Kelas Pengajian Agama 3 / IPGMKTB Kelas Pengajian Agama 3 / IPGMKTB

7 LAPORAN CERAMAH

Ustaz Mohd Nasrul Aswad bin Samsudin selaku pengerusi majlis telah memulakan majlis pada
jam 9.30 pagi. Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah atas kesudian menerima guru-
guru PPG untuk melaksanakan program BIG Fasa 6 pada kali ini. Beliau juga mengalu-alukan
kehadiran En. Hafizfuddin bin Saad selaku guru cemerlang Pendidikan Islam Sek.Keb.Seri Bayu.

Ucapan Ustaz Nasrul Aswad Sebagai Pengacara


Majlis Program BIG Fasa 6
SESI CERAMAH 1

Pengisian Ceramah Sesi 1

Penceramah : Ustaz Hafizfuddin bin Saad ( Guru Cemerlang SK


Seri Bayu )

Tajuk : Bersama Guru Cemerlang Pendidikan Islam

Pengisian : 1) Biodata Guru Cemerlang.

2) Tugas-tugas khas Guru Cemerlang

3) Syarat-syarat menjadi seorang Guru Cemerlang

* Rujuk lampiran
SEKITAR SESI CERAMAH 1
BERSAMA GURU CEMERLANG

SESI CERAMAH 2

Pengisian Ceramah sesi 2

Penceramah : Ustaz Hafizfuddin bin Saad ( Guru Cemerlang SK Seri


Bayu )

Tajuk : Ceramah Bahan Inovasi Guru Cemerlang

Pengisian : 1) Penyediaan Fail Guru Cemerlang

2) Bahan Inovasi Guru Cemerlang

- Travel Bingo Perlakuan Solat

- Pintar Jawi

- Modul Pembelajaran Pendidikan Islam

- Self Access Learning Jawi

- Kit Pintar Jawi


CERAMAH 2 - BAHAN
INOVASI

8 PERASMIAN PENUTUP BIG FASA 6 DAN REFLEKSI PROGRAM

Perasmian Penutupan BIG Fasa 6 telah disempurnakan oleh Guru Besar Sek.Keb.Sri Bayu iaitu
En. Ahmad Azmi bin Hj.Aiyob di hadapan oleh 24 peserta Pengajian Ilsam 3. Sekalung penghargaan
terima kasih daripada pihak kami atas kesudian warga SK Seri Bayu menerima Lawatan
Beachmarking bersama Guru Cemerlang pada kali ini.

Majlis Penyampaian Cenderahati untuk Guru Cemerlang dan Sek.Keb.Seri Bayu sebagai tanda
penghargaan dan terima kasih telah disampaikan oleh penyelaras program BIG Fasa 6 iaitu Mohd
Hanif bin Sahabudin. Tidak dilupakan juga cenderahati untuk sekolah yang telah disampaikan oleh
Pensyarah Pembimbing Kelas Pengajian Agama 3 iaitu Pn.Asmahani Kalsum bt Mohd Isman.

Seterusnya, peserta berkumpul untuk membuat refleksi program yang bermula daripada
Program BIG Fasa 1 hingga 6. Semua Penyelaras Program BIG diberi peluang untuk membuat
kesimpulan daripada program BIG yang telah dijalankan di samping idea-idea tuntas yang
dibincangkan oleh pelajar kelas PIM3 tentang refleksi program yang telah dijalankan. Perbincangan
dan pengumpulan idea tentang refleksi ini begitu mantap dan berlangsung hampir satu jam.

Sementara menunggu jamuan tengahari, setiap AJK diminta menyediakan laporan bagi setiap
jawatankuasa kerja untuk didokumentasikan. Setiap ahli berbincang di dalam setiap unit
jawatankuasa masing-masing dan menyerahkan laporan kepada jawatankuasa dokumentasi untuk
dikumpulkan.

Setelah perbincangan berakhir, pelajar-pelajar PPG menjamu selera dengan juadah makan
tengah hari yang telah diuruskan oleh AJK Jamuan dan disediakan oleh pihak kantin sekolah.

Program BIG pada hari ini berakhir pada jam 2 petang apabila pelajar-pelajar PPG pulang ke
destinasi masing-masing.

Kesimpulannya, segala aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan lancar dan mengikut
jadualnya. Sekalipun terdapat sedikit masalah dari segi ketepatan waktu, namun berkat kesabaran
dan kerjasama yang dibeikan oleh peserta, pihak sekolah dan penceramah, ia telah dapat
diselesaikan dengan berhemah.

Harapan dan bimbingan, semoga untuk program akan datang dapat memberi lebih pengalaman
dan cetusan idea yang lebih baik untuk kecemerlangan dan kesempurnaan lapangan pendidikan kita.

En.Azmi bin Aiyob,GB SKSB sedang


merasmikan ucapan penutupan BIG Fasa 6

Pn.Asmahani Kalsum sedang


menyampaikan cenderahati kepada GB

Penyelaras BIG Fasa 6, Mohd Hanif


Sahabudin menyampaikan cenderahati
kepada Ustaz Hafizfuddin bin Saad,Guru
Cemerlang SKSB
Sesi Refleksi Pelajar PIM 3 bersama
Fasilitator Pn.Asmahani Kalsum bt Mohd

9 LAPORAN BERGAMBAR
HAFIZFUDDIN BIN
SAAD
GURU CEMERLANG
PENDIDIKAN ISLAM
DGA 32

KENANGAN PELAJAR PIM3 BERSAMA PENSYARAH PEMBIMBING


(PN.ASMAHANI KALSUM), GURU BESAR SK SERI BAYU DAN GURU
Bacaan Doa oleh Ustaz Saiful Nizar bin
Kamron pada majlis penutupan Program BIG
Fasa 6

Ketrampilan Guru Cemerlang SKSB,


Ustaz Hafizfuddin bin Saad ketika
menyampaikan ceramah

Para pelajar PIM3 begitu teruja


melihat bahan fail dan inovasi guru
cemerlang
Perkongsian idea dan Ilmu
bersama
Guru Cemerlang

CORAT CORET
BIG FASA 6
PENUTUP

Program Bina Insan Guru ( BIG ) Fasa 6 ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya bagi
melahirkan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan rohani,
mental dan fizikal serta bermanfaat kepada masyarakat selaras dengan nilai-nilai keguruan.
Program Bina Insan Guru Fasa 6 ini juga telah mencapai objektif utamanya iaitu bagi memenuhi
sukatan dan modul Bina Insan Guru bagi pelajar PPG semester 8 kohort 1. Di samping itu, ianya dapat
memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas
secara berkumpulan. Program BIG fasa 6 ini begitu banyak menyedarkan dan mengajar kami untuk
menjadi seorang guru yang berkualiti dan cemerlang.

Seorang guru yang cemerlang harus meneruskan pendidikannya sepanjang hayat kerana faktor
pendidikan itu sendiri mengalami pelbagai perubahan dalam menghadapi globalisasi pendidikan
negara pada hari ini. Isu dan cabaran bagi seorang guru tidak akan hilang sampai bila-bila. Perjuangan
masih belum selesai dan mesti diteruskan bagi memartabatkan pendidikan negara.

Namun begitu, kelemahan yang dikenal pasti perlu dianalisis supaya penambahbaikan boleh
dibuat untuk program yang akan dijalankan pada masa akan datang. Ternyata, program ini merupakan
satu program yang telah memberikan 1001 pengalaman sangat bermakna dan banyak memberi
kebaikan kepada profesion perguruan di negara ini.

Semoga program Bina Insan Guru ini dapat melahirkan seorang pendidik yang berkualiti,
cemerlang dan gemilang , sekaligus akan dapat menjadikan sistem pendidikan di negara ini setanding
dengan negara-negara lain dan dipandang mulia di mata masyarakat dunia.

REFLEKSI INDIVIDU

Segala puji bagi Allah SWT Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dengan izinNya saya
dan rakan-rakan dapat melakasanakan program BIG lawatan benchmark guru cemerlang di Sekolah
Kebangsaan Seri Bayu, Bayan Lepas,Pulau Pinang dengan jayanya. Melalui program ini ianya
memberi manfaat yang bermakna kepada saya sebagai seorang guru yang mana adanya saluran
untuk memperkembangkan lagi potensi diri bagi meningkatkan kemahiran dan ideologi dalam
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Lawatan benchmark guru
cemerlang ini membuka minda saya untuk meningkatkan kualiti pdp dengan lebih berkesan.

Antara kekuatan yang saya perolehi ketika melaksanakan program ini ialah pengetahuan yang
jelas dan terperinci mengenai kaedah dan saluran yang betul untuk memohon jawatan guru
cemerlang. Ini kerana kebanyakkan guru yang berkhidmat hampir lapan tahun masih tidak tahu untuk
memohon guru cemerlang walaupun mereka mahir dalam bidang pekhususan yang yang diajar.
Melalui lawatan ini ianya dapat membantu saya untuk menerangkan kepada mereka khususnya guru-
guru disekolah saya melalui Ladap (latihan dalam perkhidmatan). Sekaligus, membantu saya dalam
membina keyakinan dan azam untuk meningkatkatkan potensi diri bagi memajukan pendidikan kearah
lebih berkualiti dan efektif.

Program ini juga membantu saya dalam melengkapkan diri sebagai seorang guru yang
berdedikasi dan berusaha untuk meningkatkan kefahaman murid agar objektif yang dirancang dapat
dilaksanakan dengan sebaiknya. Kaedah yang berkesan serta teknik yang betul mampu memberikan
kesan yang berguna khususnya para pelajar agar dapat memahami isi pengajaran yang disampaikan
dengan lebih mudah, fleksibel dan berkesan.

Program ini juga dapat membantu saya dalam perancangan,penyediaan dan pelaksanaan
dalam mengadakan sesuatu program yang hendak dilakukan. Dengan kerjasama dari rakan-rakan
yang memberikan komitmen yang sepenuhnya untuk program BIG fasa enam ini menyedarkan saya
tentang cara komunikasi,main peranan setiap jawatankuasa serta perancangan yang rapi dapat
melicinkan lagi sebarang program yang hendak dilaksanakan. Sikap bertolak ansur serta serta
pengurusan yang betul mampu menjayakan sesebuah program dan intipati dapat dimanfaatkan oleh
semua pihak.

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat sedikit kelemahan dari program seumpama ini kerana
ianya dilaksanakan pada hari jumaat kerana sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun, dengan
kerjasama dan komitmen rakan-rakan yang ditunjukkan untuk memastikan kelancaran program ini,
saya dan rakan-rakan memanfaat setiap input dan berkolaborasi dengan penceramah agar pengisian
yang diinginkan tercapai.

Kesimpulannya, program BIG fasa enam ini memberikan input yang sangat berguna dan
bermakna kepada saya kerana ianya memberikan pengetahuan yang luas dalam meningkatkan kualiti
pendidikan agar dapat membantu penguasaan dan kefahaman murid dalam melaksanakan aspirasi
kementerian pendidikan dan membantu saya untuk lebih berusaha dalam memajukan pendidikan anak
bangsa.