Anda di halaman 1dari 3

Jenis-jenis sihir adalah :

- Sihir Rumah tangga / Perceraian


- Sihir Pengasih / Guna-guna
- Sihir Tipuan Pandangan / Silap Mata
- Sihir Gila
- Sihir Santau (sihir racun yang sangat berbahaya yamg dibuat dari berbagai
ramuan)
- Sihir Kelesuan Badan
- Sihir Penyakit Anggota Badan
- Sihir Penghalang Pernikahan.

Tanda-tanda Terkena Sihir

Sakit kepala selepas waktu asar keatas.

Badan terasa berat dan malas.

Sukar mendapat jodoh.

Badan terasa bisa-bisa.

Sakit ketika ziarah orang meninggal.

Sukar tidur malam.

Sakit pinggang tanpa sebab.

Sakit dada bila waktu asar keatas.

Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.

Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.

Bermimpi di tempat tinggi.

Bermimpi di tempat yang kotor.

Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.

Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.

Bayi kerap menangis.


Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.

Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.

Malas beribadat.

Nyanyuk ketika usia lanjut.

Panas baran.

Sikap berubah secara mendadak.

Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.

Suka melakukan tabiat buruk.

Kerap sendawa bila mendengar al-quran.

Kerap keguguran.

Gagal melakukan hubungan kelamin.

Mengantuk bila dengar al-quran.

Bermimpi seram yang menakutkan.

Darah haid turun lebih 15 hari.

Batuk yang berpanjangan.

Selalu ditindih ketika tidur.

Kuat berangan.

Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.

Nafsu seksual berlebihan.

Selalu melihat kelibat dirumah.

Terasa diri selalu diperhatikan.

Mandul.
Kerap mendengar sesuatu bisikan.

Melihat jin secara terus.

Sakit mental atau gila.

Cara Pengobatan atau Penanggulangannya

Apabila seseorang itu terkena sihir dari segi fisik, mental atau spiritual,
maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada
penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat
beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya
setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah
terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa
ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang
dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin
dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut
adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah
menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca
enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah
iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut.
Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T.
boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :

1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6


2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286

LA ILAHA ILLALLAH WAH DAHU LAA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WA LAHUL


HAMDU, WA HUWA ALA KULLI SYAI'IN QADIR. (tidak ada sembahan kecuali
Allah, Robb satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya-lah
segala puji, dan dia adalah maha berkuasa atas segala sesuatu)
Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan,