Anda di halaman 1dari 12

TEMA 1 : PENCAPAIAN KENDIRI

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Mengenalpasti potensi diri yang ada pada diri.
Menyatakan cara-cara untuk memanfatkan potensi diri.
Menyatakan nilai yang perlu ada untuk menjamin kejayaan
dalam sesuatu kerjaya yang diceburi
PILIHAN KERJAYA
Kerjaya yang dipilih oleh seseorang individu perlulah bersesuaian dengan:
Kelayakan akademik- Kebolehan atau kecekapan dalam sesuatu bidang
ilmu pengetahuan yang diperoleh secara formal di mana-mana institusi
pendidikan.
Contoh: PT3 ( PMR) ,SPM,STPM,diploma,ijazah dan lain-lain.
Kelayakan ikhtisas- Kebolehan, kepandaian, kemahiran atau kecekapan
khusus dalam sesuatu bidang. Contohnya seorang guru perlu memiliki
Diploma Perguruan bagi memenuhi kerjayanya.
Kemahiran- Bergantung kepada jenis tugas dan kerjaya yang
dilakukan.
Cara-cara untuk Mengetahui Peluang Kerjaya
Internet.
Iklan di surat khabar.
Internet.
Bimbingan dan nasihat daripada kaunselor.
Program karnival atau Minggu Kerjaya.
Faktor yang Mempengaruhi Pilihan Kerjaya Seseorang
Kelayakan akademik.
Minat dan potensi
Pengalaman/kemahiran.
Pengaruh persekitaran.
Faedah sampingan.
Taraf hidup.
Perkara yang Perlu Diambil Perhatian Sebelum Membuat Pilihan Kerjaya
Mendapat pendedahan awal di peringkat sekolah mengenai alam
pekerjaan.
Memperoleh maklumat secukupnya agar dapat membuat keputusan
berkaitan kursus yang hendak diambil.
Mendapatkan bimbingan daripada Unit Bimbingan dan
Kaunseling di sekolah.
Menyertai program-program kerjaya yang dianjurkan.
Memperoleh kecemerlangan dalam bidang akademik dan bergiat
dalam aktiviti kokurikulum.
Mempunyai potensi diri atau keupayaan dalaman terhadap
bidang yang diceburi.
KEPUTUSAN YANG BIJAK DAN ADIL
Setiap pelajar pasti berhadapan dengan situasi yang memerlukan dia
membuat keputusan yang bijak, terutamanya semasa memilih jurusan.
Perbincangan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga perlu dilakukan
bagi membantu pelajar memilih jurusan yang sesuai dengan minat
kerjaya.
Keputusan yang dibuat perlu berasaskan sumber pengetahuan yang
boleh dipercayai.
Sikap tegas, yakin, berani dan tidak beremosi perlu diamalkan semasa
membuat keputusan.

PILIHAN JURUSAN
SAINS
Enam mata pelajaran teras.
Mata pelajaran Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, dan English
for Science and Technology (EST).
TEKNIKAL
Enam mata pelajaran teras.
Mata pelajaran Fizik, Kimia, Kejuruteraan Awam, Matematik Tambahan,
EST.
SASTERA
Enam mata pelajaran teras.
Mata pelajaran Ekonomi Asas atau Perdagangan atau Kesusasteraan
Melayu, Sains dan Pendidikan Seni Visual.
AGAMA
Enam mata pelajaran teras.
Mata pelajaran Bahasa Arab, Usuludin, dan Syariah.
KESAN KEPUTUSAN YANG BIJAK DAN ADIL
Memperoleh pelbagai alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Mengelakkan timbul konflik dalam diri dan orang lain.
Menyelesaikan masalah dengan cepat dan mudah.
Meringankan beban masalah.
PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM MEMBUAT
KEPUTUSAN.
Mendapatkan khidmat nasihat daripada guru kaunseling.
Mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga.
Mengenal pasti alternatif yang boleh digunakan.
Mengenal pasti kesan dan akibat terhadap diri dan orang lain.
TEMA 2 : HUBUNGAN KEKELUARGAAN
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Menyatakan tanggungjawab terhadap keluarga.
Mencadangkan cara-cara untuk menjalinkan hubungan
kekeluargaan yang erat.
Mengamalkan sikap bertaggungjawab sebagai anggota
keluarga.

TEMA 2: HUBUNGAN KEKELUARGAAN.


TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA
TANGGUNGJAWAB ANAK-ANAK TERHADAP KELUARGA
Patuh dan taat terhadap ibu bapa.
Hormat kepada ibu bapa dan mendoakan kesejahteraan mereka.
Meningkatkan pencapaian dalam bidang akademik.
Menjaga maruah diri dan keluarga.
Saling membantu dalam keluarga.
TANGGUNGJAWAB IBU BAPA TERHADAP KELUARGA
Mencari nafkah untuk keluarga.
Memberi perlindungan dan menjaga keselamatan ahli keluarga.
Memberikan pendidikan dan didikan agama secukupnya.
Memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak.
AMALAN KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA
Memberikan tunjuk ajar dan nasihat yang berguna.
Menjadikan diri contoh yang baik kepada anggota keluarga.
Saling menyayangi antara anggota keluarga.
Peka terhadap perasaan setiap anggota keluarga.
Menjalinkan hubungan yang mesra dan akrab.
CARA-CARA MENJAGA KESELAMATAN DAN MELINDUNGI KELUARGA
Memaklumkan kepada setiap ahli keluarga setiap kali keluar dari
rumah.
Tidak berjalan di kawasan yang sunyi seorang diri.
Tidak mudah mempercayai orang yang tidak dikenali.
Tidak membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam rumah.
KEPERLUAN AHLI KELUARGA
KEPERLUAN FIZIKAL
Tempat tinggal, pakaian, makanan dan minuman, wang perbelanjaan,
hiburan dan perubatan.
KEPERLUAN MENTAL
Ilmu pengetahuan, pendidikan moral, nasihat, dan panduan
berhubung sesuatu perkara.
KEPERLUAN EMOSI
Penghargaan berbentuk kata-kata pujian, penghormatan dan kata-
kata perangsang.
KEPERLUAN ROHANI
Didikan agama dan nilai-nilai murni.

TEMA 3 : HIDUP BERMASYARAKAT


OBJEKTIF PEMBELAJARAN :
Menyatakan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan
alam sekitar.
Menyenaraikan peranan dan tanggungjawab agensi yang
berkaitan dengan penjagaan alam sekitar.
Menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
TEMA 3: HIDUP BERMASYARAKAT
PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
Pemeliharaan alam sekitar
Mengekalkan alam sekitar dalam keadaan asalnya.
Pemuliharaan alam sekitar
Usaha atau proses mengembalikan keadaan asal alam sekitar yang
mengalami perubahan akibat tindakan manusia.
LANGKAH-LANGKAH MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR
Mengitar semula, Menguatkuasakan undang-undang, menggunakan
kaedah biologi dalam pertanian, menanam tanaman tutup bumi,
penghutanan semula, mengurus sampah sarap secara sistematik,
mewartakan hutan simpan dan taman negara.
ANTARA AGENSI YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMELIHARA DAN
MEMULIHARA ALAM SEKITAR
Jabatan Alam Sekitar (JAS)
Institut Penyelidikan dan Perhutanan Malaysia. (FRIM)
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)
Alam Flora Sdn. Bhd.
JABATAN ALAM SEKITAR
PERANAN
Menerima aduan dan mengambil tindakan terhadap isu-isu alam
sekitar.
Membincangkan dan menentukan resolusi yang berkaitan dengan alam
sekitar di dalam dan luar negara.
TANGGUNGJAWAB
Memantau aktiviti manusia yang menyebabkan pencemaran.
Menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Zon
Ekonomi Eksklusif 1984.
AKTIVITI MANUSIA YANG MENJEJASKAN ALAM SEKITAR
PENEROKAAN HUTAN
Tujuan pembalakan, pembinaan jalan raya, pertempatan , aktiviti
pertanian pindah.
AKTIVITI PERINDUSTRIAN
Penebangan pokok, asap daripada kilang dan kenderaan, perataan
lereng bukit.
KEPEKAAN DAN TINDAKAN TERHADAP ISU DAN MASALAH ALAM
SEKITAR
PENCEMARAN UDARA
PUNCA
Asap kenderaan, pembakaran terbuka, proses industri kilang.
KESAN
Kesihatan terjejas, menyebabkan kemalangan, pertanian tidak
produktif.
PENCEMARAN AIR
PUNCA
Bahan kumuhan kilang, tumpahan minyak, aktiviti pertanian
KESAN
Hidupan akuatik mati, kesihatan terjejas, kekurangan bekalan air
bersih.
PENCEMARAN DARAT
PUNCA
Pembuangan sisa toksik, Penggunaan racun serangga, Pembuangan
sampah sarap.
KESAN
Ketidaksuburan tanah, mengeluarkan bau busuk, membahayakan
nyawa.
PENCEMARAN BUNYI
PUNCA
Kenderaan dan jentera berat, kegiatan perlombongan/kauri, kawasan
perindustrian.
KESAN
Menjejaskan produktiviti, menyebabkan pekak, gangguan psikologi.
CONTOH-CONTOH BENCANA ALAM
Banjir, Tanah runtuh, Gempa bumi, Ribut, Tsunami, Kemarau.
KESAN-KESAN BENCANA ALAM
Ancaman penyakit berbahaya, kehilangan nyawa dan haiwan ternakan,
tanaman musnah, mengubah landskap dan bentuk muka bumi,
kemusnahan harta benda.

TEMA 4 : WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA


OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Menyatakan cara-cara amalan adat resam dalam kehidupan
harian.
Menyenaraikan adat resam pelbagai kaum.
Melahirkan perasaan bangga akan keunikan dan kekayaan
warisan budaya Malaysia.
TEMA 4: WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA
ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG PELBAGAI KAUM
KAUM CINA
Kenduri menyambut bayi, upacara minum teh, menyolek mayat,
pemberian angpau.
KAUM MELAYU
Cukur jambul bayi berumur tujuh hari, bersanding, kenduri arwah,
memakai inai untuk pengantin.
KAUM INDIA
Lidah bayi disapu madu.,Memakai thali., Pemberian dawri oleh
pengantin perempuan kepada pengantin lelaki., Membakar mayat.
KAUM IBAN
Ulat panggilan untuk bayi, upacara minum teh, cucu si mati melangkah
mayat, melukis tatu.
KAUM KADAZAN
Mengikat daun wongkong di pintu, membayar sugit, adat bertangis
untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pengantin, adat
moginupus.
PANTANG LARANG PELBAGAI KAUM
Pantang larang merupakan suatu bentuk peraturan yang diwarisi sejak
turun-temurun.
Masyarakat zaman dahulu mengamalkan pantang larang untuk
mengelakkan malapetaka berlaku.
Pantang larang sebenarnya merupakan suatu kaedah untuk
menyampaikan nasihat dan pengajaran.
KAUM MELAYU
Jangan duduk di atas bantal, nanti ditumbuhi bisul.
Orang perempuan tidak boleh menyanyi di dapur.
KAUM CINA
Jangan menyapu sampah pada Tahun Baru Cina, takut hilang tuah.
Pisau tidak boleh diberikan sebagai hadiah.
KAUM INDIA
Jangan makan sambil berjalan, nanti terkena penyakit di dalam perut.
Ibu hendaklah memeluk bayinya semasa hujan lebat.
KAUM IBAN
Jangan mengetuk telur dengan pisau, nanti bayi cacat penglihatan.
Wanita mengandung tidak boleh menanam pokok pisang.
KADAZAN
Jangan berpayung di dalam rumah, nanti disambar petir.
Bayi tidak boleh dibawa ke ruang yang terdedah.

TEMA 5 : MALAYSIA NEGARA BERDAULAT


OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Menyatakan peranan dan tugas badan eksekutif dan
kehakiman.
Membina struktur atau carta organisasi jentera pentadbiran
negara.
Membantu pihak kerajaan dengan menyokong program yang
dijalankan.
TEMA 5: MALAYSIA NEGARA BERDAULAT
JENTERA PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA
YANG DIPERTUAN AGONG MAJLIS RAJA-RAJA
KETUA AUDIT NEGARA/ SURUHANJAYA
BADAN PERUNDANGAN Parlimen ( Dewan Negara dan Dewan Rakyat)
BADAN EKSEKUTIF Kabinet- Kementerian ( Jabatan/ Perbadanan Awam),
Badan Berkanun, Badan Bukan Berkanun.
BADAN KEHAKIMAN Mahkamah Persekutuan/ Mahkamah Rayuan
(Mahkamah Tinggi Malaya ( Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen),
Mahkamah Tinggi Borneo
PERUNDANGAN (Legislatif)
Menggubal undang-undang, meluluskan rang undang-undang,
membahaskan rang undang-undang.
PELAKSANA (Eksekutif)
Melaksanakan dasar-dasar kerajaan, mentadbir dan memberi arahan,
menerima dan melaksanakan arahan.
KEHAKIMAN (Judisiari)
Melaksanakan undang-undang, mentafsir undang-undang,
menyelesaikan perbicaraan awam.
SURUHANJAYA DIRAJA
Ditubuhkan untuk mengkaji, menyiasat atau menerima cadangan
daripada suruhanjaya tentang sesuatu perkara berkaitan dengan
kepentingan awam.
Antara isu yang diberi perhatian ialah persepsi awan terhadap agensi
atau jabatan kerajaan yang disiasat untuk meningkatkan ketelusan dan
membuat penambahbaikan.
Suruhan jaya Diraja cuba menghapuskan tanggapan negatif dengan
membuat cadangan untuk menjadikan jabatan dan agensi menjadi
lebih cekap dan bertanggungjawab.
Ahli-ahli suruhanjaya Diraja dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan
terdiri daripada pakar yang berpengalaman dalam bidang-bidang
tertentu seperti kehakiman, politik, sosial dan akademik.
Keputusan atau syor-syor yang dicadangkan diperoleh melalui
penyiasatan secara terbuka.
KENALI KEMENTERIAN-KEMENTERIAN DI MALAYSIA
Terdapat 28 buah kementerian di Malaysia.
Setiap kementerian dikawal oleh seorang menteri dan dibantu oleh
seorang timbalan menteri.
Agensi atau jabatan yang ditubuhkan dalam sesebuah kementerian
menjalankan fungsi-fungsi tertentu.
ANTARA KEMENTERIAN-KEMENTERIAN DI MALAYSIA
Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
Agensi Dadah Kebangsaan, Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan
Pertahanan Awam, Polis Diraja Malaysia.
Kementerian Kewangan
Perbendaharaan Malaysia, Jabatan Akautan Negara, Jabatan Kastam
dan Eksais Diraja, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftar Pertubuhan, Jabatan
Pendaftaran Negara.
Kementerian Pertahanan
Angkatan Tentera Diraja Malaysia, Jabatan Hal Ehwal Veteran, Jabatan
Latihan Khidmat Negara, Tentera Darat Diraja Malaysia, Tentera Laut
Diraja Malaysia, Tentera Udara diRaja Malaysia.
Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi
Jabatan Bekalan Air, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan.
Kementerian Kerja Raya
Jabatan Kerja Raya
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Jabatan Pertanian Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia,
Jabatan Pertanian Malaysia.
Kementerian Luar Negeri
Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri.
Kementerian Belia dan Sukan
Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Jabatan Belia dan Sukan Negara,
Majlis Sukan Negara, Perbadanan Stadium Merdeka.
Kementerian Pengajian Tinggi
Jabatan Pengurusan IPT, Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej
Komuniti, Lembaga Akreditasi Negara, Perbadanan Tabung Pendidikan
Tinggi Nasional, Yayasan Tuanku Abdul Rahman.
Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan
Istana Budaya, Jabatan Arkib Negara, Jabatan Muzium Malaysia,
Jabatan Warisan Negara, Perpustakaan Negara Malaysia.
Kementerian Kesihatan
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Hospital Kuala Lumpur,
Institut Jantung Negara, Institut Kesihatan Umum, Institut Penyelidikan
Perubatan, Jabatan Kesihatan Awam, Pusat Penyelidikan Klinikal.
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Jemaah Pemasaran Lada Hitam Malaysia, Lembaga Getah Malaysia,
Lembaga Koko Malaysia, Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Lembaga
Perindustrian Kayu Malaysia.
Kementerian Pelancongan
Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Institut Sosial Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan
Pembangunan Wanita.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Agensi Angkasa Negara, Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear
Malaysia, Jabatan Kimia, Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia,
Jabatan Standard Malaysia, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom.
TEMA 6 : CABARAN MASA DEPAN
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Menyatakan maksud dan ciri-ciri keamanan dalam sesebuah
negara.
Menyenaraikan kepentingan keamanan negara dan sejagat.
Menyatakan cara-cara memupuk keamanan dalam kalangan
masyarakat pelbagai kaum.
TEMA 6-CABARAN MASA DEPAN
MENGEKALKAN KEAMANAN NEGARA DAN SEJAGAT
ANCAMAN DALAMAN
Penyeludupan dan penyalahgunaan dadah.
Kumpulan militant atau puak ekstremis.
Kegiatan jenayah.
Kebanjiran pendatang asing.
Kegiatan rasuah.
Pemalsuan dokumen.
Penyalahgunaan teknologi.
ANCAMAN LUARAN
Kegiatan lanun di perairan negara.
Kekacauan politik.
Pengaruh budaya barat.
Masalah alam sekitar.
Serangan mata wang.
Serangan penyakit-penyakit kritikal.
Jenayah siber atau bahan-bahan porno.
KESAN-KESAN ANCAMAN DALAMAN
Penyebaran pelbagai penyakit berbahaya.
Merosakkan masa depan generasi muda.
Meningkatkan kadar jenayah.
Menggugat keselamatan negara.
Menjejaskan ekonomi negara.
KESAN-KESAN ANCAMAN LUARAN
Kejatuhan nilai ringgit dan menyebabkan ekonomi terjejas.
Merosakkan akhlak dan moral remaja.
Menyebabkan peningkatan suhu bumi.
Mengancam nyawa manusia.
Mendedahkan remaja dengan jenayah siber dan bahan-bahan porno.
SUMBANGAN MALAYSIA KEPADA KEAMANAN DUNIA
PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM)
Mengecam keganasan.
Menyokong usaha-usaha mengekalkan keamanan.
Mengambil pendekatan berkecuali ketika berlaku konflik.
PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ISLAM (OIC)
Menyeru ke arah keamanan.
Menerajui negara-negara Islam seluruh dunia.
Memberi sumbangan dalam pembangunan negara-negara anggota.
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU ( PBB)
Bantuan kemanusiaan kepada mangsa perang.
Mengecam keganasan yang berlaku di seluruh dunia.
Menghantar pasukan pengaman ke negara-negara yang bergolak.
MEMASTIKAN UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA
(IHL) DIPRAKTIKKAN
Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa diperkenalkan dalam
Konvensyen Geneva 1949.
Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa dilaksanakan bertujuan
untuk melindungi orang awam seperti wanita, kanak-kanak, orang tua,
pelarian, tawanan perang, hal-hal berkaitan agama.
Penjenayah perang akan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah
Antarabangsa.
PERATURAN-PERATURAN ASAS DALAM IHL
Melindungi orang yang cedera dan tidak terlibat dalam peperangan
dengan penuh rasa kemanusiaan.
Tidak boleh membunuh atau mencederakan orang yang menyerah diri
dan tidak berupaya.
Melindungi kakitangan perubatan, pertubuhan, pengangkutan, dan
peralatan perubatan.
Melindungi dan menghormati tentera dan orang awam yang ditawan.
Tidak boleh melakukan penderaan fizikal dan mental terhadap
tawanan.
Dilarang menggunakan senjata nuklear, kimia dan biologi.
Tidak boleh menyerang orang awam; harus bezakan antara orang
awam dengan tentera.
PERTUBUHAN YANG MEMBERIKAN BANTUAN KEMANUSIAAN
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
MERCY Malaysia.
Yayasan Salam Malaysia (SALAM)
Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
PENCABULAN UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA
Membunuh orang awam semasa peperangan.
Mendera dan memalukan tawanan perang yang menyerah diri.
Menghalang mangsa yang cedera mendapatkan tawanan.
Memusnahkan harta benda orang awam semasa peperangan.
Tawanan disabitkan kesalahan tanpa mendapat hak perundangan.
Membunuh musuh yang telah menyerah diri.