Anda di halaman 1dari 4

Menurut Campbell 1995, muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada

aspek pendengaran atau aural. Hasil kajian Droscher (2006) mendapati


bahawa pendedahan terhadap muzik mempercepat umur membaca, IQ
dan perkembangan mental. Kamus Dewan Bahasa Edisi 4, muzik ialah gubahan

bunyi yg menghasilkan bentuk dan irama yg indah dan menyenangkan, bunyibunyian. Oleh
itu dapat disimpulkan bahawa muzik adalah suatu seni yang melibatkan pendengaran yang
menyenangkan dan membantu proses pertumbuhan individu .

Kanak-kanak normal turut menggemari muzik . Begitu juga dengan kanak-kanak


berkeperluan khas masalah pembelajaran . Muzik merupakan salah satu terapi yang
memberi kesan gerak balas pada fizikal, kognitif dan emosi . Muzik membantu berkeperluan
khas masalah pembelajaran meningkatkan kualiti hidup .

Salah satu aktiviti muzik yang sesuai untuk kanak-kanak berkeperluan khas masalah
pembelajaran ialah bermain dengan berlatarbelakangkan muzik . Lagu yang menjadi pilihan
kanak-kanak seperti Lagu Anak Ayam Dikejar Musang . Kanak-kanak akan bermain
mengikut rentak lagu . Pelajar dapat menggunakan kemahiran lokomotor seperti berjalan
dan berlari,.

Ibu ayam dikejar musang

Anak ayam cari ibunya

Ibu ayam berlari

Terus lari dan ditangkap musang .

Anak ayam mencari

Terus cari ibunya yang hilang

Oh kasihan , Oh kasihan

Aduh kasihan

Langkah-langkah untuk menjalankan aktiviti ini ialah guru memilih seorang pelajar
untuk menjadi musang , seorang pelajar menjadi ibu ayam dan yang selebihnya
menjadi anak-anak ayam . Guru menjelaskan dan mensimulasikan permainan tersebut
kepada pelajar . Setelah semua pelajar faham , pelajar mula menyanyikan lagu tersebut dan
bermain . Musang dikehendaki menangkap ibu ayam dan anak-anak ayam . Ibu ayam
berada di hadapan diikuti dengan anak-anak ayam . Individu yang berada di hadapan perlu
bijak menghalang musang daripada menangkap anak-anak ayam . Begitulah seterusnya
sehingga semua anak ayam berjaya ditangkap .

Kelebihan menjalankan aktiviti ini ialah pelajar dapat meningkatkan kemahiran


berkomunikasi dan meningkatkan kemahiran bermuzik . Pelajar turut dapat memperbaiki
kemahiran psikomotor , meningkatkan keyakinan diri dan meningkatkan kualiti pertuturan .

Namun , terdapat beberapa kelemahan dalam aktiviti ini misalnya tidak semua
pelajar menggemari muzik dan setiap kanak-kanak berbeza melodi dan irama yang
diperlukan . Ini memerlukan guru tersebut mengkaji sesuatu lagu agar bersesuaian dengan
keadaan pelajar dan ini mengambil jangka masa yang panjang .

Mengikut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia, terbitan Dewan Bahasa dan


Pustaka(1988), seni bermaksud kecil sekali, halus, molek atau elok, kecekapan atau
kepandaian membuat sesuatu yang indah-indah. Menurut Herbert Read di dalam buku, The
Meaning of Arts, seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan,
keseronokan dan kesenangan estetik. Manakala mengikut Ibnu Khaldun, seni itu adalah
kebenaran, keindahan dan kebaikan di mana di dalamnya terkandung ciri-ciri estetika dan
logik. Oleh itu, seni merupakan sesuatu yang berkait rapat dengan estetika dan keindahan.
Keindahan yang mampu memukau dan mempersonakan mata dan hati yang
menghayatinya dengan segenap pancaindera yang ada.

Melalui seni , seseorang boleh mendapat kepuasan diri , mengembangkan


personaliti , dan membantu pertumbuhan kanak-kanak . Bagi kanak-kanak berkeperluan
khas masalah pembelajaran , seni membantu meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan
alam sekitar dengan cara menzahirkan perasaan , menguatkan daya imaginasi dan
menguatkan keupayaan motor kasar dan motor halus .

Kepentingan pendidikan seni dalam pendidikan khas ialah bagi meningkatkan


kemahiran motor kasar dan motor halus dan memahiran kreativiti seni . Seni digunakan
sebagai medium mengekspresi perasaan bagi murid bermasalah pembelajaran . Seni juga
secara umumnya menggalakkan murid meneroka imaginasi, membentuk kecerdasan,
meneroka fungsi simbolik dalam seni dan membina kemahiran penilaian kendiri.

Salah satu aktiviti seni yang boleh dijalankan untuk kanak-kanak berkeperluan khas
masalah pembelajaran ialah aktiviti menggambar dan melukis . Pelajar diminta
menggambarkan sesuatu seperti haiwan, kemudian lukis dan warnakan . Kertas lukisan dan
peralatan mewarna seperti krayon , pensil warna , water colour , berus cat dan kertas
lukisan .

Langkah-langkah untuk menjalankan aktiviti ini ialah , guru meminta pelajar


menggambarkan haiwan yang dinyanyi dalam Lagu Anak Ayam Dikejar Musang . Setelah
semua pelajar bersedia dengan gambaran haiwan masing-masing , guru mengedarkan
kertas lukisan dan meminta pelajar melukis haiwan tersebut . Kemudian , peralatan melukis
dan mewarna diedarkan kepada para pelajar . Setelah selesai melukis dan mewarna haiwan
, pelajar diminta mempamerkan lukisan masing-masing .

Kelebihan aktiviti ini ialah pelajar dapat menunjukkan kemahiran kognitif, psikomotor
dan sosial . Di samping itu , pelajar berpeluang mengembangkan bakat dan kreativiti serta
menghasilkan karya seni yang kreatif .

Kontradiksinya , sesetengah pelajar berkeperluan khas masalah pelajar tidak


menggemari seni . Mereka tidak berminat dalam aktiviti seni sama ada melukis , mewarna ,
anyaman , pualaman dan sebagainya . Tambahan pula , kanak-kanak jemu membuat aktiviti
yang sama . Hal ini berlaku apabila guru tidak kreatif dalam menjalankan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran .

Kedua-dua aktiviti ini boleh dijalankan serentak . Murid-murid pada pertama kalinya
diminta menyanyikan Lagu Anak Ayam Dikejar Musang , kemudian mereka hendaklah
melakar haiwan yang dinyatakan dalam lagu tersebut . Gabungan dua kemahiran ini dapat
menarik minat para pelajar untuk mendalami kemahiran ini . Kesimpulannya , aktiviti seni
visual dan muzik dapat membantu meningkatkan kualiti hidup para pelajar Berkeperluan
Khas .

RUJUKAN
Droscher, E. (2006). The Benefits of Music Education To Children.
http://creativekidonline.com/library/HowMusicEducationBenefitsChildren.pdf.

Dewan, B. P. (2008). Kamus dewan edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.

Mohd, S. D., & Asmah, H. O. (1988). Kamus pelajar lengkap: Bahasa Malaysia - Inggeris
--Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Federal Publications.

Reid, L. A. (2014). Meaning in the arts. London: Routledge/Taylor and Francis.

Inan, M. A., Mohd, P. U., Nik, H. N., & Institut Terjemahan & Buku Malaysia. (2014). Ibnu
Khaldun: Riwayat hidup dan karyanya.