Anda di halaman 1dari 3

Baca dan fahami petikan-petikan di bawah ini.

Kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan


tiga situasi yang berbeza yang dinyatakan dalam setiap petikan.

Petikan 1
Sudah hampir sedekad Azlan tidak pulang ke kampungnya setelah sebegitu lama merantau di
luar negara. Kini dia ingin menetap di kampungnya itu. Kepulangannya amat kena pada
tempatnya dan sangat dinanti-nantikan oleh penduduk kampung untuk memajukan Kampung
Siamang Gagap. Azlan telah merancang untuk menubuhkan Koperasi Peladang. Azlan telah
menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan. Walau bagaimanapun, hasil usaha Azlan yang tidak
berputus asa, dia akhirnya berjaya menubuhkan koperasi tersebut.

Petikan 2
Farhan sangat kedekut dan sikapnya itu tidak disenangi oleh rakan-rakan sekelasnya. Rakan-
rakannya sering berasa hati apabila dia enggan meminjamkan sebarang peralatan yang
dimilikinya. Farhan juga tidak dapat menyesuaikan diri apabila bersama-sama dengan rakan
sekelas. Oleh yang demikian, lama-kelamaan rakan-rakan mula menjauhi diri daripadanya.
Akhirnya, dia menyedari kesalahan yang telah dilakukannya. Bagaimanapun, segala-galanya
telah terlambat kerana rakan-rakannya telah muak dengan sikapnya itu.

Petikan 3
Maznan teringat akan penyelianya yang baharu. Maznan meluat dengan sikap penyelianya itu.
Dia selalu menasihati Maznan agar bekerja dengan bersungguh-sungguh sedangkan dia sendiri
selalu tidak berada di pejabat. Masanya banyak dihabiskan dengan berfoya-foya pada masa
pejabat. Bagaimanapun, Maznan sedar akan kekurangan dirinya. Dia hanya seorang pekerja
biasa. Jikalau dahulu dia belajar dengan bersungguh-sungguh, tentu dia akan mendapat
pekerjaan yang lebih baik. Bagaimanapun, tiada guna disesalkan hal yang telah berlaku.