Anda di halaman 1dari 3

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa.

Gariskan kesalahan tersebut dan tulis


jawapan pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
1. Mahadzir memohon cuti dari majikannya untuk pulang ke kampung.
_____________________________
2. Kerja-kerja memperlebarkan jalan itu perlu dilakukan dengan segera.
_____________________________
3. Dr. Shanti adalah pensyarah di Universiti Malaya. Beliau berasal dari Sibu.
_____________________________
4. Wan Liang mendapat tempat pertama di dalam pertandingan syarahan itu.
_____________________________
5. Mini telekung yang dibeli oleh ibu di Bandung sangat halus corak sulamannya.
_____________________________
6. "Saya akan menjunjung segala perintah tuanku dalam melaksanakan tugas tersebut," sembah
Bendahara Tun Perak kepada Sultan Mansur Syah. _____________________________
7. Kawasan sawah padi di hujung kampung itu diusahakan oleh kami.
_____________________________
8. Cahaya lampu dari rumah agam di atas bukit itu sangat terang-benderang.
_____________________________
9. Dua orang perompak-perompak telah ditembak mati oleh pihak polis dalam satu insiden
rompakan bank pagi semalam. _____________________________
10.Kuih yang enak itu dibuat dari tepung pulut dan santan. _____________________________
11.Adik memanggil abang berapa kali tetapi langsung tidak dibenakannya.
_____________________________
12.Di hari raya, semua ahli keluarga saya akan berkumpul di rumah datuk dan bergotong-royong
membuat persiapan hari raya. _____________________________

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis
jawapan pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
1.Janganlah kamu membincangkan tentang perkara itu lagi. _____________________________
2.Wahida gemarkan masakan yang dimasak oleh kakaknya. _____________________________
3.Sesetengah daripada pendapatannya dihantar kepada ibunya di kampung.
_____________________________
4.Beberapa orang pelajar pelajar berada di perpustakaan. _____________________________
5.Buku buku di atas meja itu tebal tebal belaka. _____________________________
6.Beberapa helai dedaun kering berterbangan ditiup angin. _____________________________
7.Abang berada pada rumah sepanjang hari ini. _____________________________
8.Amir dengan Ashraf mengajak saya mandi di sungai itu. _____________________________
9.Pekarangan rumah agam itu sangat terang-benderang. _____________________________
10.Suasana di dalam kelas itu sangat riuh-rendah apabila guru keluar.
_____________________________
11.Ali terbongkok bongkok berkali kali mengutip buah yang gugur itu.
_____________________________
12.Adik menggaru garu kakinya berkali kali kerana gatal. _____________________________

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis
jawapan pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

1. Mahadzir memohon cuti dari majikannya untuk pulang ke kampung. daripada


2. Kerja-kerja memperlebarkan jalan itu perlu dilakukan dengan segera. memperlebar
3. Dr. Shanti adalah pensyarah di Universiti Malaya. Beliau berasal dari Sibu. ialah
4. Wan Liang mendapat tempat pertama di dalam pertandingan syarahan itu. dalam
5. Mini telekung yang dibeli oleh ibu di Bandung sangat halus corak sulamannya. Telekung
mini
6. "Saya akan menjunjung segala perintah tuanku dalam melaksanakan tugas tersebut," sembah
Bendahara Tun Perak kepada Sultan Mansur Syah. Patik
7. Kawasan sawah padi di hujung kampung itu diusahakan oleh kami. kami usahakan
8. Cahaya lampu dari rumah agam di atas bukit itu sangat terang-benderang. sangat
terang/terang-benderang
9. Dua orang perompak-perompak telah ditembak mati oleh pihak polis dalam satu insiden
rompakan bank pagi semalam. perompak
10.Kuih yang enak itu dibuat dari tepung pulut dan santan. daripada
11.Adik memanggil abang berapa kali tetapi langsung tidak dibenakannya. beberapa
12.Di hari raya, semua ahli keluarga saya akan berkumpul di rumah datuk dan bergotong-royong
membuat persiapan hari raya. pada

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis
jawapan pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

1. Janganlah kamu membincangkan tentang perkara itu lagi. membincangkan


2. Wahida gemarkan masakan yang dimasak oleh kakaknya. gemar akan
3. Sesetengah daripada pendapatannya dihantar kepada ibunya di kampung. Setengah
4. Beberapa orang pelajar pelajar berada di perpustakaan. pelajar
5. Buku buku di atas meja itu tebal tebal belaka. Buku...tebal-tebal belaka/ Buku-
buku...tebal belaka.
6. Beberapa helai dedaun kering berterbangan ditiup angin. daun
7. Abang berada pada rumah sepanjang hari ini. di
8. Amir dengan Ashraf mengajak saya mandi di sungai itu. dan
9. Pekarangan rumah agam itu sangat terang-benderang. sangat terang / terang-
benderang
10.Suasana di dalam kelas itu sangat riuh-rendah apabila guru keluar. sangat riuh / riuh -
rendah
11.Ali terbongkok bongkok berkali kali mengutip buah yang gugur itu. terbongkok
berkali-kali / terbongkok-bongkok
12.Adik menggaru garu kakinya berkali kali kerana gatal. menggaru kakinya berkali-
kali / menggaru-garu kakinya