Anda di halaman 1dari 6

LEMBAM (SLOW LEARNER)

Definisi

Kanak - kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas / kurikulum / di sekolah biasa,
terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran yang mudah / objektif jangka
pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah / rendah.

Ciri - ciri:

- Pencapaian pelajaran / akedemik berbeza.


- Pendiam / tidak aktif / banyak cakap.
- Sukar menerima arahan.
- Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak - kanak biasa.
- Menyebut huruf - huruf yang tidak tepat / salah, bertukar - tukar.
- Meninggalkan huruf, sukukata atau perkataan ketika membaca dan menulis.
- Tulisan yang terlalu buruk/Sukar dibaca.
- Kekerapan kesalahan dalam ejaan, tanda bacaan.
- Tanpa ketetapan /Menaik dan menurun
- Huruf terbalik /Urutan dan arah yang salah
- Tanpa ketetapan dan ketentuan - jarak huruf dan perkataan.
- Saiz yang tidak seragam / Mencampuradukkan saiz - besar dan kecil.
- Idea yang tidak berkembangan dan penyusunan idea yang tidak teratur.
- Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak tepat.

Punca:

- Baka
- Tersekat pengalaman
- Intelek yang rendah
- Masalah emosi
- Kekecewaan
- Rasa rendah diri
- Kemantangan yang lambat
- Lemah daya ingatan
- Mudah terganggu tumpuan
- Kurang rangsangan
- Faktor-faktor kesihatan
- Persekitaran
- Amalan makanan
- Kesan semasa mengandung
- Penyakit semasa pembesaran selepas lahir.
- Ubat semasa mengandung.
- Kemalangan.
- Sosio - ekonomi.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

- Temubual
- Merujuk kepada pegawai / pakar perubatan
- Mewujudkan suasana pengajaran - pembelajarn yang sesuai / menyeronokkan
- Senang ke susah.
- Konkrit ke abstrak.
- Melibatkan seberapa banyak pancaindera
- Banyakan pengukuhan dan latihtubi.
- Jauhkan dendaan yang negative

AUTISMA

Autisme adalah kecelaruan perkembangan yang membawa impak yang teruk ke atas
kemampuan seseorang untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang-orang
disekelilingnya. Kanak-kanak yang mengalami autisme mempunyai imaginasi yang terhad,
menyebabkan mereka mempunyai ruang lingkup minat yang juga terhad dan sering melakukan
tingkah laku atau pergerakan badan yang berulang-ulang. Autisme lebih kerap berlaku dalam
kalangan kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan, iaitu nisbahnya adalah
sebanyak 1:4. Penyebab autisme masih tidak diketahui dan sehingga kini belum ada penawar
bagi kecelaruan perkembangan ini.

Kajian-kajian terkini tentang autisme melaporkan peningkatan dari segi prevalens autisme.
Pada awal tahun 70-an, prevalensnya adalah tiga atau empat orang penghidap autisme bagi
setiap 10,000 orang kanak-kanak, tetapi laporan statistik yang terkini menyatakan bahawa
prevalens autisme bagi tahun 2012 ialah satu dalam 88 orang kanak-kanak. Kajian oleh Ganz
(2006) menyatakan bahawa kos perbelanjaan seumur hidup bagi seorang penghidap autism
ialah USD 3.2 juta. Jumlah penghidap autisme di Amerika Syarikat adalah 1.5 juta orang dan
kos perbelanjaan seumur hidup bagi mereka di negara ini dianggarkan sebanyak USD 35 billion
setahun. Walau bagaimanapun, masih tiada statistik rasmi tentang prevalens autisme di
Malaysia.

Sindrom Asperger diklasifikasikan sebagai high functioning of autism. Individu yang mengalami
asperger mempunyai kesukaran untuk berinteraksi, mempamerkan tingkah laku yang berulang-
ulang dan kekok (clumsiness). Perbezaan antara kanak-kanak yang mengalami asperger dan
autisme ialah, kanak-kanak yang mengalami asperger tidak mempunyai kelewatan
perkembangan koginitif dan pertuturan. Kadar kejadian asperger dalam kalangan kanak-kanak
lelaki adalah lebih tinggi berbanding kanak-kanak perempuan

Tanda-tanda Awal

Senarai dibawah merupakan beberapa tanda-tanda awal autisme. Walaubagaimanapun, kanak-


kanak normal juga mempamerkan tingkah laku berikut dari semasa ke semasa. Namun,
simptom untuk autisme dan sindrom Asperger adalah berbeza, dimana tingkah laku yang
tersenarai dibawah berlaku secara berterusan dan semakin teruk seiring dengan pertambahan
masa. Jika anda mengesyaki anak anda mungkin mengalami autisme atau sindrom asperger,
anda boleh menggunakan samada MCHAT atau ASQ:SE(M) untuk kenal pasti awal. Pautan
kepada kedua alat saringan ini boleh didapati di laman sesawang ini.

Tidak pandai menunding jari untuk menunjuk ke arah sesuatu pada usia 1 tahun
Tidak membuat bunyi-bunyi bayi (contohnya, ba-ba-ba, na-na-na) pada usia 1 tahun.
Tidak boleh menyebut 1 patah perkataan pada usia 16 bulan.
Tidak menggunakan frasa dua perkataan pada usia 24 bulan.
Hilang kemahiran berbahasa secara tiba-tiba
Tidak pandai bermain permainan olok-olok
Tidak menunjukkan minat untuk berkawan
Sukar untuk berkawan
Memberikan tumpuan dan perhatian yang sangat singkat terhadap sesuatu objek dan/atau
peristiwa
Tidak memberikan respon apabila namanya dipanggil.
Menunjukkan sikap acuh tak acuh pada orang lain
Kurang atau langsung tiada kontek mata
Melakukan pergerakan badan yang berulang-ulang, seperti melambai-lambaikan tangan atau
mengoyang-goyangkan badan
Mudah mengamuk dan/atau mengamuk pada tahap yang melampau
Obses dengan sesuatu objek, seperti kipas yang sedang berpusing
Tidak fleksibel atau terlalu terikat dengan rutin hariannya
Terlalu sensitif terhadap sesetengah bunyi, tekstur atau bau
Mengalami kesukaran untuk membaca atau memahami ekpresi muka
Tidak mampu untuk berkomunikasi secara bukan lisan, seperti menggunakan ekspresi muka
Tidak memahami bahawa orang lain mungkin mempunyai pemikiran dan perasaan yang
berbeza daripada mereka
Mempunyai minat yang terhad, seperti membaca jadual latihan.
Kemahiran motor yang aneh
Corak pertuturan yang berbentuk mekanikal dan robotik

DSMIV-TR

Kriteria diagnostik bagi autisma yang lazim digunakan adalah kriteria diagnostik yang terdapat
di dalam Diagnostic and Statistical Manual, Fourth Edition Revised (DSM-IV-TR) terbitan
American Psychological Association (APA 2000). Berikut adalah kriteria diagnostik yang
disenaraikan:

(I) Sebanyak enam (atau lebih) item daripada (A), (B), dan (C), dengan sekurang-kurangnya
dua daripada (A), dan satu masing-masing daripada (B) dan (C):

(A) Kecacatan dalam interaksi sosial, seperti yang dimanifestasikan oleh sekurang-kurangnya
dua daripada yang berikut:

1. Kecacatan yang nyata dalam pelbagai tingkah laku bukan lisan seperti renungan mata-ke-
mata, ekspresi wajah, postur badan, dan gerak badan untuk mengawal interaksi sosial.

2. Gagal untuk membina hubungan dengan rakan sebaya bersesuaian dengan tahap
perkembangan.
3. Kurang berkongsi kegembiraan, minat atau kejayaan dengan orang lain secara spontan
(contohnya: kurang mempamerkan, membawa atau menunjukkan objek-objek yang digemari
kepada orang lain).

4. Kurang resiprositi sosial dan emosional (contohnya: tidak melibatkan diri secara aktif dalam
permainan sosial atau permainan yang mudah, lebih suka aktiviti bersendirian, atau aktiviti-
aktiviti yang melibatkan orang lain hanya sebagai alat atau bantuan mekanikal).

(B) Kecacatan dalam komunikasi, seperti yang dimanifestasikan oleh sekurang-kurangya satu
daripada yang berikut:

1. Perkembangan pertuturan yang lewat atau langsung tiada (serta tidak mencuba untuk
menggunakan komunikasi alternatif seperti gerak isyarat atau mimik muka).

2. Dalam kalangan individu-individu yang mampu bertutur, terdapat kecacatan yang nyata
dalam kemampuan mereka untuk memulakan dan meneruskan perbualan dengan orang lain.

3. Penggunaan bahasa yang berulang-ulang dan stereotaip atau pun bahasa yang pelik.

4. Kekurangan yang pelbagai, bermain olok-olok secara spontan atau bermain permainan
imitatif yang bersesuaian dengan tahap perkembangan.

(C) Pola tingkah laku, minat dan aktiviti yang terhad dan berulang-ulang, seperti yang
dimanifestasikan oleh sekurang-kurangnya satu daripada yang berikut:

1. Obses kepada satu atau lebih minat yang stereotaip dan terhad, memberikan fokus dan
tumpuan yang tidak normal.

2. Kepatuhan yang tegar terhadap rutin harian dan ritual-ritualnya.

3. Tabiat aneh yang stereotaip dan berulang-ulang (contohnya: mengepak atau memulaskan
tangan atau jari, atau pergerakan tubuh badan yang kompleks).

4. Obses pada bahagian-bahagian tertentu sesuatu objek.

(II) Mengalami kelewatan atau fungsi-fungsi yang abnormal dalam salah satu daripada yang
berikut; dengan permulaan sebelum umur 3 tahun:

(A) Interaksi sosial.

(B) Bahasa yang digunakan dalam komunikasi sosial.

(C) Permainan imaginatif atau simbolik.

(III) Gangguan ini dikecualikan untuk Kecelaruan Retts atau Childhood Disintegrative Disorder
M-CHAT

M-CHAT adalah sebuah alat saringan untuk mengenalpasti awal samada seseorang kanak-
kanak mungkin mengalami autisme.

Ibu bapa yang berminat untuk menggunakan alat ini untuk menyaring anak mereka boleh
merujuk kepada laman sesawang ini.

https://www.m-chat.org/

untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai M-CHAT, sila rujuk ke:

http://www2.gsu.edu/~psydlr/DianaLRobins/Official_M-CHAT_Website.html

M-CHAT versi Bahasa Melayu, boleh didapati di:

http://www2.gsu.edu/~psydlr/Diana_L._Robins,_Ph.D._files/M-CHAT_Malay.pdf

Program-Program Pendidikan Khas Di Malaysia

Sekolah Pendidikan Khas

Sekolah yang dikhususkan bagi murid-murid berkeperluan khas bagi kategori Pendengaran dan Penglihatan
sahaja. Sekolah tersebut diuruskan sepenuhnya oleh Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Program Integrasi Pendidikan Khas

Merupakan program yang dibuka di sekolah harian biasa yang mempunyai kelas pendidikan khas yang
diubahsuai. Program yang ditawarkan merangkumi ketiga-tiga kategori iaitu, Penglihatan, Pendengaran dan
Pembelajaran. Selain itu diwujudkan juga Program Disleksia dan Autisme di beberapa buah sekolah.

Program Inklusif

Merupakan program di mana murid-murid pendidikan khas yang berkelayakkan belajar bersama-sama murid-
murid aliran perdana di kelas-kelas biasa, termasuk seolah-sekolah yang mempunyai program integrasi
ataupun sekolah-sekolah yang tidak mempunyai program integrasi diarus perdana(biasa)

Program Pemulihan Khas

Program ini diwujudkan bagi membantu murid-murid yang tidak mampu menguasai 3M ( Menulis, Mengira dan
Membaca), ia dibuka di semua sekolah rendah .
PELAKSANAAN PENDIDIKAN KHAS

PENYAMPAIAN
Penyampaian pembelajaran dengan menggunakan kaedah tertentu. Contohnya
penggunaan bahasa isyarat.

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Strategi pengajaran yang khusus yang sesuai dengan jenis ketidakupayaan murid.

PERALATAN
Alat yang membantu proses pendidikan seperti alat bantuan pendengaran bagi kanak-
kanak pekak dan mesin Brailler bagimereka yang buta.

BILANGAN PELAJAR DALAM KELAS


Bilangan pelajar dalam kelas Pendidikan Khas di Malaysia ialah 5-10 orang murid dan
jumlah ini dalam proses penambahbaikan sehingga menjadi nisbah guru-murid 1:1
pada masa akan datang.

GURU PENDIDIKAN KHAS TERLATIH


Guru-guru dilatih khas untuk mengajar kanak-kanak berkeperluan khas seperti masalah
pembelajaran, masalah penglihatan dan masalah pendengaran. Dibantu oleh PPM
(Pembantu Pengurusan Murid)

PENGUBAHSUAIAN KURIKULUM
Kandungan kurikulum diubahsuai dengan mengambil kira jenis keupayaan murid.

AKTIVITI KOKURIKULUM
Diubahsuai dengan jenis murid berkeperluan khas