Anda di halaman 1dari 2

Adat Masyarakat Etnik Banjar

Antara adat resam yang diamalkan oleh orang Banjar ialah adat Pukong. Bagi memastikan
kedudukan bayi dan buaian stabil, ayunan bertali dua disediakan. Dua kain biasanya
digunakan untuk berpukong menggunakan dua helai kain batik atau kain pelikat. Sehelai
digunakan sebagai buaian manakala satu lagi sebagai pengikat di bahagian leher di bawah
dagu.Bayi yang hendak dipukong mestilah diletakkan dalam keadaan duduk. Jika terdapat
lebihan kain batik atau pelikat, ia dikemaskan ke bahagian tepi bayi supaya bayi selesa duduk
dalam keadaan bersandar.

Rajah Bayi yang dipukong

Satu lagi kain batik atau pelikat tersebut hendaklah digulung kemas dan dililit dibahagian
antara dagu dan di atas dada bayi. Keadaan bayi yang telag dipukong dalam buaian seolah-
olah dibedung atau dipeluk oleh kain buaian tersebut. Apa yang menarik tentang pukong ini
ialah, kita dapat lihat pada kedudukan bayi seolah-olah ketika berada di dalam perut ibunya
ketika hamil.

Berdasarkan pengalaman orang-orang Banjar yang mengamalkan cara ini, terdapat beberapa
kelebihan jika diamalkan. Antaranya ialah bayi mudah untuk ditidurkan. Bayi yang dipukong
juga dapat tidur dengan lebih lama dan nyenyak. Hal ini amatlah sesuai kepada bayi yang
kuat meragam dan menangis. Antara kelebihan lain kaedah berpukong ini juga adalah dapat
menguatkan tulang belakang bayi bahkan kesannya sehingga bayi tersebut dewasa.
Uniknya budaya perkahwinan Melayu di negara kita. Seperti yang kita ketahui,
perkwahwinan adalah satu sisi budaya yang unik dan berbeza bagi setiap masyarakat dan
etnik. Etnik Banjar juga tidak terlepas dari senarai asimilasi budaya perkahwinan ini. Dalam
kalangan masyarakat Banjar terdapat satu budaya yang bernama Usung Jinggung yang
bermaksud pengantin diusung. Usung Jinggung merupakan adat dalam majlis perkahwinan
masyarakat banjar dimana pengantin akan diusung di atas bahu orang lain di hadapan para
tetamu yang hadir.

Rajah Pengantin yang diusung

Upacara ini hanya dilakukan oleh orang yang mahir sahaja kerana ianya bukan sahaja
memerlukan tenaga yang lebih untuk mengusung pengantin tetapi hari pandai menari. Hal ini
kerana pengusung yang dipanggil Pausung perlu menari mengikut irama muzikk yang
dimainkan bagi tujuan menghiburkan tetamu yang hadir. Namun, adat ini lebih popular dalam
kalangan masyarakat Banjar di Indonesia.