Anda di halaman 1dari 4

Sejarah Sholawat Badar

Sholawat Badar adalah rangkaian sholawat berisikan tawassul dengan nama Allah,
dengan Junjungan Nabi Solallahu Alaihi Wasalam , serta para mujahidin
teristimewanya para pejuang Badar. Sholawat ini adalah hasil karyaKyai Ali
Manshur, yang merupakan cucu KH. Muhammad Shiddiq, Jember. Oleh itu, KyaiAli
Manshur adalah

anak saudara atau keponakan KH. Ahmad Qusssyairi

( ulama besar dan pengarang kitab Tanwir al-Hija yang telah disyarahkan dengan
judul Inarat ad-Dujaoleh ulama terkemuka Haramain, Sayyid Alawi bin Abbas bin
Abdul Aziz al-Maliki al-Hasani.

Diceritakan bahawa karya ini ditulis oleh Kiyai Ali Manshur sekitar tahun 1960,
tatkala kegawatan umat Islam Indonesia menghadapi fitnah Partai Komunis
Indonesia (PKI). Ketika itu, Kiyai Ali adalah Kepala Kantor Departemen Agama
Banyuwangi, juga menjadi Pengurus Cabang Nahdlatul Ulama di situ. Keadaan
politik yang bercelaru saat itu dan kebejatan PKI yang bermaharajalela membunuh
massa, bahkan ramai kiyai yang menjadi mangsa mereka, menyebabkan terlintas di
hati Kiyai Ali, yang memang mahir membuat syair Arab sejak nyantri di Pesantren
Lirboyo Kediri lagi, untuk menulis satu karangan sebagai sarana bermunajat
memohon bantuan Allah s.w.t. Dalam keadaan sedemikian, Kiyai Ali tertidur dan
dalam tidurnya beliau bermimpi didatangi manusia-manusia berjubah putih hijau,
dan malam yang sama juga, isteri beliau bermimpikan Kanjeng Nabi s.a.w.

Setelah siang, Kiyai Ali langsung pergi berjumpa dengan Habib Hadi al-Haddar
Banyuwangi

dan menceritakan kisah mimpinya tersebut. Habib Hadi menyatakan bahawa


manusia-manusia berjubah tersebut adalah para ahli Badar. Mendengar penjelasan
Habib yang mulia tersebut, Kyai Ali semakin bertekad untuk mengarang sebuah
syair yang ada kaitan dengan para pejuang Badar tersebut. Lalu malamnya, Kyai
Ali menjalankan penanya untuk menulis karya yang kemudiannya dikenali sebagai
Sholawat al-Badriyyah atau Sholawat Badar.

Apa yang mengherankan ialah keesokan harinya, orang-orang kampung


mendatangi rumah beliau dengan membawa beras dan bahan makanan lainnya.
Mereka menceritakan bahwa pagi pagi sekali mereka telah didatangi orang
berjubah putih menyuruh mereka pergi ke rumah Kyai Ali untuk membantunya
karena satu kenduri akan diadakan di rumahnya. Itulah sebabnya mereka datang
dengan membawa bahan makanan tersebut menurut kemampuan masing-masing.
Tambah pelik lagi apabila malamnya, hadir bersama untuk bekerja membuat
persiapan kenduri orang-orang yang tidak dikenali siapa mereka.

Menjelang keesokan pagi, serombongan habaib yang diketuai oleh Habib Ali bin
Abdur Rahman al-Habsyi Kwitang

tiba-tiba datang ke rumah Kiyai Ali. Tidak tergambar kegembiraan Kiyai Ali
menerima tetamu istimewanya tersebut. Setelah memulakan perbicaraan
bertanyakan khabar, tiba-tiba Habib Ali Kwitang bertanya mengenai syair yang
ditulis oleh Kiyai Ali tersebut. Tentu sahaja Kiyai Ali terkejut kerana hasil karyanya
itu hanya diketahuinya dirinya seorang dan belum dimaklumkan kepada sesiapa
pun. Tapi beliau mengetahui, ini adalah satu kekeramatan Habib Ali yang terkenal
sebagai waliyullah itu. Lalu tanpa lengah, Kiyai Ali Manshur mengambil helaian
kertas karangannya tersebut lalu membacanya di hadapan para hadirin dengan
suaranya yang lantang dan merdu. Para hadirin dan habaib mendengarnya dengan
khusyuk sambil menitiskan air mata kerana terharu. Setelah selesai dibacakan
Sholawat Badar oleh Kiyai Ali, Habib Ali menyeru agar Sholawat Badar dijadikan
sarana bermunajat dalam menghadapi fitnah PKI.

Ya akhi , mari kita perangi genjer genjer PKI itu dengan sahalawat Badar ! kata
Habib Ali kwitang mantap . setelah itu Habib Ali kwitang memimpin doa , lalu
rombongan itu memohon diri .Maka sejak saat itu masyhurlah karya Kiyai Ali
tersebut.

Selanjutnya, untuk mempopulerkan shalawat badar , Habib Ali Kwitang telah


mengundang para ulama dan habaib ke Kwitang untuk satu pertemuan, termasuk
dijemput ialah Kyai Ali Manshur bersama pamannya KH. Ahmad Qusyairi. Dalam
pertemuan tersebut, Kyai Ali sekali lagi diminta untuk mengumandangkan Sholawat
al-Badriyyah gubahannya itu. Maka bertambah masyhur dan tersebar luas Sholawat
Badar ini dalam masyarakat serta menjadi bacaan popular dalam majlis-majlis
talim dan pertemuan.

Semoga Allah swt memberikan sebaik-baik ganjaran dan balasan buat pengarang
Sholawat Badar serta para habaib tersebut.. al-Fatihah.

Sumber : Ponpes Nurul Hidayah Kal-Tim

Di bawah ini teks sholawat badar :

Semoga Allah Subhanahu Wataalla memberikan sebaik-baik ganjaran dan balasan


buat pengarang Sholawat Badar serta para habaib tersebut..

al-Fatihah.