Anda di halaman 1dari 5

Kecergasan Sejagat

KERTAS CADANGAN

PROGRAM KECERGASAN SEJAGAT


2014

PENDAHULUAN

Fizikal yang sihatdan cergas akan menjadikan otak cerdas dan pintar . Maka atas
dasar dan tujuan tersebut, Program Kecergasan Sejagat ini sangat sesuai
dilaksanakan bagi menyihatkan tubuh badan dan fikiran dalam menyediakan diri
murid menempuh proses pembelajaran

Program Kecergasan Sejagat ini akan mengutamakan aktiviti kecergasan yang


berpusatkan murid dengan gabungan aktiviti fizikal dan sukan. Kaedah ini
dipercayai mampu menjana kesihatan murid dan dapat menghasilkan murid yang
berfikiran positif, kreatif, kritis dan proaktif.

MATLAMAT

Melahirkan golongan murid yang bersukan, bermotivasi tinggi, rajin, tekun dan
sentiasa bertanggungjawab kepada diri sendiri, rakan dan persekitaran.

OBJEKTIF

Pada pengakhiran Program Kecergasan Sejagat ini, adalah diharapkan agar murid-
murid dapat:

(1) Mengenal diri sendiri dan mengenali kawan-kawanyang berlainan kaum dan
etnik.

(2) Memanfaatkan persahabatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

(3) Memahami dan mampu mengendalikan emosi dengan betul dalam satu pasukan.

(4) Bersemangat untuk hadir ke sekolah.

(5) Menambah keyakinan diri sendiri.


(6) Mengetahui bahawa diri mereka sangat penting dan diperlukan oleh pihak
sekolah.

Kecergasan Sejagat

SASARAN

Semua Murid Sekolah Kebangsaaan Pendita Zaba

TARIKH / MASA / TEMPOH

- Setiap Hari Selasa Dan Khamis


- 7.15 pagi hingga 7.35 pagi

TEMPAT
Dataran Perhimpunan dan Padang Sekolah

ANJURAN
Unit Kokurikulum Dan Hal Ehwal Murid SK Pendita Zaba

TENTATIF PROGRAM

Selasa - Senamberirama
Khamis - Permainan Kecil

CARTA ORGANISASI
- Sila Rujuk Lampiran A

KEPERLUAN PELAKSANAAN
- Sila Rujuk Lampiran B

ANGGARAN PERBELANJAAN

- Tiada

- Menggunakan peralatan sedia ada Panitia Muzik & Panitia PJ


Kecergasan Sejagat

PENUTUP

Semoga program ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya, memberi manfaat
kepada murid-murid yang terlibat serta dapat membina keupayaan serta jati diri
mereka agar menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan Negara.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

( NOR IZZAH BT MD NIZAR ) ( MAT RADZI B.


JUSOH )
Penyelaras, Guru Besar
Program Kecergasan Sejagat
Kecergasan Sejagat

LAMPIRAN A

JAWATANKUASA KERJA

PROGRAM KECERGASAN SEJAGAT


2014

PENASIHAT : EN MAT RADZI B. JUSOH


Guru Besar

PENGERUSI : PN HJH SAADIAH BT ROSLAN

Penolong Kanan HEM

NAIB PENGERUSI : 1. EN MOHD NOOR B. SULAIMAN

Penolong Kanan Kokurikulum

2. EN NORAZMI B. MOHD ALI

Penolong Kanan Pentadbiran

PENYELARAS : Pn NorIzzah Bt Md Nizar

Senamberirama Permainan Kecil

Pn Elyana & Pn Norazwani Pn Norizzah

Peralatan Senam Berirama Peralatan Permainan Kecil


Ketua Panitia Muzik Ketua Panitia PJ

Kecergasan Sejagat

LAMPIRAN B

Keperluan Pelaksanaan

- Radio
- Alat Siaraya
- Raket Badminton
- Bola Sepak
- Bulu Ayam
- Uncang Seremban
- Congkak