Anda di halaman 1dari 34

BadakBerendam

Oleh: Azie Kitchen


Bahan-bahan ( dlm 20 biji )

Bahan Doh:
2 cawan tepung pulut
11/2 cawan perahan air daun pandan
1/2 sudu kecil garam

Cara cara:
Campurkan garam dengan air pandan dan tuang sedikit demi sedikit ke
dalam tepung sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk dan melekat di
tangan.

Bahan Inti:
2 cawan kelapa parut muda
1 cawan gula merah
1 helai daun pandan
Gula pasir, jika suka

Cara cara:
Masak gula melaka dan gula pasir bersama air dan daun pandan hingga gula
larut. Masukkan kelapa parut dan dikacau atas api sehingga kering.

Ketepikan dan biarkan sehingga sejuk sebelum dibulat-bulatkan sebesar guli


sehingga habis.

Bahan Kuah:
2 1/2 cawan santan
2 sudu besar tepung beras
1/2 sudu kecil garam
3 helai daun pandan
Sedikit gula - jika suka (opsyenal)

Cara-cara
Campur rata semua bahan bahan, lalu dikacau atas api hingga pekat dalam
lebih kurang 10 minit. Tutup api dan ketepikan.

Cara Penyediaan:
Ambik sedikit doh dan dibulat bulatkan kemudian dileperkan. Letakkan inti
kelapa di dalamnya dan dikelim rapat. Buat sehingga habis dan letak atas
plastik supaya tidak melekat.
asi Goreng Mentega
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 mangkuk nasi putih
1 - 2 sudu besar mentega
Minyak masak
Minyak bijan
3 - 4 ulas bawang putih - tumbuk
4 ulas bawang merah - hiris
Isi ayam - potong kecil
Udang secukupnya
1 sudu besar lada sulah - tumbuk
2 biji telur
Bahan Sayuran:
Karot - potong dadu
Cili padi - hiris
Sayur kubis - hiris panjang
Daun bawang - hiris halus

Cara cara:
Masukkan mentega ke dalam nasi dan kacau sehingga bergaul rata.

Panaskan minyak dan minyak bijan, tumis bawang putih, diikuti dengan
bawang merah. Kemudian masukkan ayam dan karot. Masukkan sedikit air
untuk menghentikan bawang dari terus masak.

Masukkan pula udang, cili padi dan lada sulah. Ketepikan semua bahan,
tuangkan telur dan kacau rata sehingga telur betul betul masak. Jika nampak
kering boleh tambah minyak.

Nasi Ayam Paling Sedap


Oleh: Azie Kitchen

Lauk Ayam:
1 ekor ayam
Halia
Bawang putih
Bawang merah

Bahan perap:
Sos tiram
Kicap cair
Kicap manis
Madu
Minyak bijan

Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah. Perap


ayam dengan bahan kisar selama 30 minit.

Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan


perlahankan api sehingga ayam setengah masak. Selepas
itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap
seketika. Gantungkan ayam sekurang kurangnya satu
jam.
Goreng ayam secara deep fry atau di dalam periuk yang
dalam sehingga minyak menenggelami ayam. Untuk lebih
mudah, sangkutkan ayam dengan besi penyangkut ditepi
periuk agar mudah mengangkatnya setelah masak.
Setelah ayam masak angkat dan gantung untuk toskan
minyak. Potong ayam dan hidang.
Nota:
Ayam jangan dipotong, biarkan seekor. Setelah digoreng
atau dipanggang barulah dipotong agar ayam masak
cantik. Tapi kalau susah untuk menggoreng, bolehlah
dipotong 2 atau potong 4 sahaja.

Saya potong 2 sebab nak menjimatkan minyak semasa


menggoreng. Saya lebih suka goreng dari dipanggang.
Jadi saya tidak gantung, sejatkan di atas jaringan
sehingga betul betul kering airnya.
Nasi Ayam:
Mentega - tak guna
Minyak ayam - saya tambah
Bawang merah
Bawang putih
Halia
2 helai daun pandan
1 helai daun salam (bay leave)
Susu full cream
Serbuk ayam
Garam
Gula
Rempah penumis - bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu
manis

Basuh beras wangi, tos dan letak dalam rice cooker.

Di dalam kuali masukkan mentega, tumis bawang putih,


bawang merah dan halia yang telah dikisar, bunga
lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun
salam.
Setelah naik bau masukkan separuh daripada air rebusan
ayam tadi, susu full cream, garam, serbuk ayam dan gula
mengikut rasa.

Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras


tadi jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak
seperti biasa.
Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun
bawang atau daun sup dan hidang.

Sambal Cili
5 biji cili padi merah siam - saya guna cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia - saya tambah
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam - saya tambah
Sos tomota - opsyenal saya tambah

Blend cilipadi merah siam dengan halia dan bawang putih.


Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka
secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak
dengan api kecil sehingga likat.

Sambal Kicap
Air kicap hasil perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali
sehingga mendidih. Angkat.

Kuah Sup
Jeruk kubis
Garam
Serbuk ayam
Daun bawang - tabur
Bawang putih goreng - tabur
Separuh air rebusan ayam masak semula dan campurkan
jeruk kobis, garam dan serbuk ayam.

Bubuh potongan daun bawang dan bawang putih goreng


ketika menghidang.

Ayam Berlada Sedap


Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1/2 ekor ayam - lumur garam kunyit
1 biji bawang besar - hiris bulat
1 biji tomato buah - cincang dadu
2 sudu besar gula
1 - 2 sudu kecil garam
1 asam keping/air asam jawa

Bahan Kisar Kasar:


10 batang cili merah
5 tangkai cili padi - opsyenal
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia

Cara cara:
Ayam dilumur garam kunyit dan digoreng sehingga
separuh atau 3/4 masak. Panaskan minyak dan tumis
bahan tumbuk sehingga naik minyak. Masukkan tomato
cincang dadu, air asam jawa/ asam keping, gula dan
garam.
Masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak, baru
dimasukkan bawang mayang bulat. Sesuaikan rasa. Bila
kuah lada terbit minyak dan bawang layu, bolehlah
diangkat. Sedap dimakan dengan nasi atau dimakan
dengan roti.
Ayam Masak Merah
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 ekor ayam - lumur garam + kunyit & goreng separuh
masak.
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 sudu besar sos cili
60 ml santan
250 ml air
3 biji tomato - belah 4
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa - saya tambah
Minyak utk menumis
Kacang peas - opsyenal
Bahan bahan kisar halus:
4 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
15 - 20 tangkai cili kering - rebus sebentar dan kisar
Bahan bahan hiris:
3 biji bawang besar - lagi sedap bwg holland
5 ulas bawang putih
2 cm halia - hiris jadi 3 keping
Cara cara:
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan
sampai layu. Kemudian masukkan bahan kisar dan gaul
rata.
Lepas tu masukkan cili kering yang dikisar dan sos cili.
Tumis sampai pecah minyak.
Bila dah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng
separuh masak tadi. Jika digoreng garing, ayam akan
menjadi liat. Dikacau rata dan biarkan seketika.
Kemudian masukkan air mengikut banyak mana kuah
yang disukai. Lepas tu masukkan santan untuk
memekatkan kuah mengikut yang disukai.

Masukkan buah tomato dan garam. Masak sehingga


pecah minyak. Taburkan sedikit gula, jika suka. Bila rasa
dah sebati, dan warnapun dah cantik, bolehlah ditutup api.

Jika suka, boleh masukkan kacang peas, sebelum ditutup


api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi minyak,
nasi briyani atau nasi tomato.
Ayam Goreng Berempah Sedap
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam - potong kecil
1-2 sudu besar serbuk kari daging
Sedikit serbuk cili atau cili kisar (opsyenal)
Garam secukup rasa
Beberapa helai daun limau purut - diracik halus
Minyak untuk menggoreng
Bahan Kisar Halus:
2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
Bahan Kisar Kasar:
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup (ganti serbuk kunyit)
2 batang serai
Cara penyediaan:
Basuh ayam dan potong kecil. Toskan.
Masukkan ayam dan semua bahan kisar halus dan kasar
beserta bahan-bahan yang lain ke dalam mangkuk besar.
Gaul biar rata dan rempah ratus menyaluti ayam. Perap
dulu dalam 1 jam sebelum digoreng. Perap lama sikit lagi
best. Boleh disimpan di dalam peti sejuk semalaman
untuk lagi mesra.
Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana. Dan
bila garing, dibalik balikan supaya ianya masak rata.
Angkat dan toskan. Angkat sekali rempah-rempah yang
jatuh ke dasar kuali semasa menggoreng. Rempah ini
yang sangat sedap. Kalau tak angkat terus nanti rempah-
rempah tu hangit dan pahit. Bolehlah dihidangkan ketika
panas-panas
Bolehlah dihidangkan ketika panas-panas.

NASI TOMATO
Resepi Oleh : Chef Hanieliza's
Rujukan : Buku Masakan 1 Hari 1 Resepi
C&P : Kak Ita

-5 cawan beras - cuci dan toskan


-1/2 cawan susu cair
-4 biji tomato - cincang
-1/2 cawan sos tomato
-2 s/b majerin /minyak sapi
-5 s/mb minyak
-Garam secukup rasa
-Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
-daun pandan disimpul or daun sup cincang

bahan tumis
-3 ulas bawang putih - hiris
-5 ulas bawang merah - hiris
-1 inci halia - hiris
-3 biji Buah pelaga
-3 biji Bunga cengkih
-1 inci Kulit kayu manis
-2 kuntum Bunga lawang

-kismis hitam untuk hiasa ( aku tambah )

Cara-Cara

1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga
kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu..

2. Masukkan susu cair, tomato,sos tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan
mendidih.

3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker
dan biarkan masak.

4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..

5. Bolih dihidangkan bersana lauk ayam masak merah dan dalca atau kerabu timun..

AYAM MASAK MERAH


Resepi Oleh : Chef Hanieliza's
Rujukan : Buku Masakan 1 Hari 1 Resepi
C&P : Kak Ita

Bahan A
-1 ekor ayam
-1 labu bawang besar ~ potong gelang atau potong baji
-2 sudu makan sos tomato
-Minyak masak secukupnya
-garam dan gula secukup rasa
-sedikit serbuk kunyit

Bahan B
-15 tangkai cilikering Kisar
-2 inc halia ~ kisar
-3 ulas bawang putih ~ kisar
-1 labu bawang besar ~ kisar
-2 batang serai ~ titik
-4 biji tomato ~ potong baji

-kacang peas untuk hiasan ( aku tambah )

Cara-Cara

1. Ayam potong kecil, cuci bersih. Kemudian gaulkan dengan garam dan kunyit dan goreng
sehingga masak. angkat dan ketepikan

2. Panaskan minyak dalam kuali

3. Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing dan harum

4. Masukkan ayam, sos tomato, bawang besar, garam dan gula secukup rasa

5. Gaulkan sehingga sebati

6. Hidangkan bersama nasi tomato atau nasi lain yang sesuai.

PENCUK / JELATAH / ACAR TIMUN NENAS / ACAR CUKA


C&P : Kak Ita

Bahan-Bahan
-2 biji timun ~ buang kulit dan belah 4 kemudian potong kecil
-1 biji nenas ~ buang kulit, belah lapan dan potong kecil
-1 batang lobak merah ~ sagat halus memanjang / potong mancis
-4 biji cili padi ~ di hiris
-1 batang cili hijau ~ potong mancis
-2 labu bawang besar ~ di hiris
-10 camca besar cuka ( aku kurangkan )
-100 gm kacang tanah ~ di goreng dan di tumbuk kasar ( jika suka)
-1 sudu besar bijan ~ di sangai tanpa minyak ( jika suka)
-garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara
1. Satukan nenas dan timun di dalam mangkuk besar

2. Masukkan lobak merah, cili padi dan cili hijau

3. Tambahkan cuka masakan.

4. Gaul semua bahan rata

5. Perasakan dengan garam dan gula

6. Hidangkan di dalam pinggan

7. Taburkan kacang tanah dan bijan sebagai hiasan

NASI TOMATO KUKUS


sumber: Hanieliza
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-Bahan:
5 cawan beras Basmathi - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 s/b majerin/minyak sapi
5 s/b minyak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan)
Daun pandan disimpul atau daun sup cincang
Bahan tumis
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang
Cara cara:
Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan
minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau.

Masukkan susu cair, tomato cincang, tomato sos, garam


dan gaul rata. Tambah air, daun pandan dan masak
sehingga air mendidih.
Masukkan beras. Alihkan ke dalam rice cooker dan
masaklah seperti biasa.
Apabila nasi telah kering, kacau rata perlahan lahan
supaya nasi tidak patah dan hancur. Boleh dihidangkan
bersama lauk Beriani Kambing, Ayam Masak Merah dan
Dalca atau Acar Timun...

Puding Susu Koktail


Sumber: Ummi
Bahan
1 paket serbuk agar-agar (11 gm)
2 biji telor
4 cawan air
1/2 tin susu cair
1 cawan gula pasir
2 - 3 sudu besar tepung kastad
1 tin fruit cocktail
Cara-Cara
Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut.
Sementara itu, pukul telor dan campurkan tepung kastad.
Kacau rata dan ketepikan.
Bila campuran agar-agar telah larut, masukkan susu cair
dan biarkan mendidih. Masukkan campuran telor dan
tepung kastad. Masukkan fruit cocktail dan kacau
sebentar. Tutup api.
Tuangkan ke dalam loyang pilihan yang telah dibasahkan
terlebih dahulu. Sejukkan dan hidang.

PUDING BALQIS
sumber : Ummi

Bahan:-
1 paket agar agar serbuk (10gm)
450ml air
150ml susu cair
2 biji telur gred A
5 sb gula pasir
3 sb butter
1 sk vanila extract
Pewarna mengikut citarasa masing masing

Cara-cara:-
Masakkan serbuk agar agar dgn air dan gula hingga
mendidih dan masukkan butter dan susu cair. Masak lagi
hingga mendidih sambil dikacau.

Masukkan vanila dan padamkan api. Biarkan seketika


(lebih kurang 15 - 20 minit) sehingga agar agar menjadi
suam suam panas.

Pukul telur hingga betul betul kembang (buang tali pusat


telur utk menghilangkan bau hanyir telur) dan masukkan
adunan agar agar ke dalam bekas berisi telur tadi dengan
perlahan lahan. Kacau hingga sebati.

Bahagi adunan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan


pewarna yg disukai. Kacau hingga serata warna adunan
puding tadi.

Sendukkan adunan puding ke dalam bekas atau loyang


secara selang seli hingga habis. Untuk meletakkan lapisan
yg kedua tu pastikan diletak perlahan-lahan di bahagian
tepi dan jgn dibahagian tengah supaya ia tak terus masuk
dalam lapisan yg pertama. Boleh juga dituangkan atas
sudu supaya ianya jatuh dengan perlahan lahan.

Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan.


Masak Singgang Ikan Selar Kuning
6 ekor ikan Selar Kuning
3 ulas bawang putih - hiris
1 inci lengkuas - hiris nipis
2 asam keping
Sedikit belacan
Garam
Cili padi - ketuk
Bendi - hiris besar
Masak air dan semua bahan kecuali cili padi dan bendi.
Setelah menggelegak, masukkan ikan. Masukkan garam
dan sesuaikan rasa. Akhir sekali, masukkan kacang bendi.
Setelah bendi lembut, bolehlah tutup api dan diangkat.
Sedia untuk dihidangkan.

Ini adalah satu lagi lauk sempoi kesukaan saya dari kecil
hingga sekarang. Ikan rebus yang digoreng. Maklumlah
saya budak kampung. Jadi makanan kampung yang ala
kadar jer menjadi juadah saya semasa kecil. Ikan mesti
direbus dengan asam keping dan garam dan dibiarkan
sekurang kurangnya semalaman. Lepas itu digoreng dan
selepas agak masak, masukkan bawang besar dan cili
hidup yang dihiris. Angkat dan makan dengan nasi putih
panas panas atau makan dengan pulut dan kelapa parut.
Saya suka juga makan dengan nasi kerabu. Pendek kata
makanan kesukaan kita semasa kecil akan kekal menjadi
kesukaan. Apa apa ikan pun sedap dibuat ikan rebus
goreng. Kalau makan dengan pulut, guna ikan selar
kuning atau ikan selayang, di sini dipanggil ikan sardin
kot. Tapi ikan tongkol tetap kegemaran saya untuk dibuat
ikan rebus goreng.
Jom kita layan gambar gambarnya ....

Gulai Ikan Nasi Berlauk Kelantan


Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Ikan rebus
Bawang merah
Bawang putih
Kunyit hidup
Lengkuas
Sedikit cili kisar (tak mahu letak pun, tak apa)
Cili hidup (cili solok, lagi sedap)
Garam
Sedikit gula/ajino moto
Asam keping
Santan
Timun dan kacang panjang
Ikan kering, jika suka

Cara cara:
Ikan direbus dengan garam dan asam keping. Kalau
dibiarkan semalaman, lagi sedap dan mesra. Jika suka,
celurkan ikan kering dengan merebus air hingga mendidih,
masukkan sedikit gula dan celur ikan kering seketika.
Angkat dan tos.

Kisar bawang merah, putih, kunyit dan lengkuas.


Masukkan bahan kisar ke dalam santan. Masak atas api
perlahan sambil terus dikacau sehingga menggelegak.
Masukkan asam keping, garam dan serbuk perasa.

Akhir sekali masukkan ikan rebus, cili hidup, timun dan


kacang panjang. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
Hidangkan dengan nasi putih serta sambal belacan.

1.
2. Gulai Lemak Ikan Keli Lembut
Oleh: Azie Kitchen
3.
4. Bahan bahan
5. 4 cili kering
6. 1 inci kunyit hidup
7. beberapa hiris lengkuas
8. 4 bawang merah
9. sedikit rempah ketumbar
10. asam keping
11. Garam gula
12. sedikit daun kesum
13.
14. Cara cara:
Kisar kesemua bahan di atas kecuali asam keping
dan daun kesum. Masukkan bahan kisar, asam
keping dengan santan sehingga menggelegak. Kacau
sentiasa supaya santan tak pecah minyak.
15.
16. Bila dah menggelegak, masukkan ikan dan kacau
rata. Masukkan garam, gula dan daun kesum.
Sesuaikan rasa dan angkat.
17.
18. Ayam Masak Kerutuk
Oleh: Azie Kitchen
19.
20. 1 ekor ayam (potong ikut suka)
21.
22. Bahan bahan kisar
23. 2 labu bawang besar
24. 3 bawang putih
25. Sedikit halia
26.
27. Bahan lain
28. 4 sudu besar penuh rempah kerutuk
5 ulas bawang merah dihiris
29. 2 ulas bawang putih dihiris
30. 1 serai dititik
31. Asam keping
32. Sedikit kerisik
33. Kulit kayu manis, bunga lawang utk menumis
34. Garam dan gula
35. Santan (boleh guna 1 atau 2 kotak)

Cara cara:
36. Panaskan minyak, masukkan bahan penumis.
masukkan bahan yang dihiris dan bahan yang di
blend. Tumis hingga wangi dan kering. boleh juga jika
semua bahan di blend sahaja tanpa dihiris.

Masukkan rempah kerutuk yang dibancuh dengan


sedikit air, kacau rata dan masukkan ayam serta
sedikit santan. Masak dengan api perlahan hingga air
ayam kering dan santan naik minyak.
37.
38. Masukkan serai dan santan selebihnya, kerisik, asam
keping, garam dan gula. Gula mesti lebih kerana
kerutuk mesti rasa manis sedikit. Sesuaikan
kepekatan dan rasanya dan angkat.
39. Masakan kerutuk berwarna gelap dan berkuah agak
pekat.
40.
41.
kerutuk berwarna gelap dan agak pekat
yam Percik Kelantan
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong 4
Bahan Perap:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam secukupnya
Bahan Kuah:
2 pek santan pekat
10 ulas bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
3 tangkai cili kering - boleh lebih jika suka pedas
Garam secukupnya
Gula - kena ada rasa manis
1/4 keping asam keping - letak sekejap dan dikeluarkan
takut terlebih masam

Cara cara:
Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam
dalam 30 minit. Bakar ayam sehingga separuh masak.
Saya kukus ayam terlebih dahulu sebab mahu cepat.
Sementara ayam dibakar, siapkan bahan kuah.

Kisar semua bahan kuah dan masakkan atas dapur


dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masak
sehingga kuah pekat. Masukkan garam dan gula.
Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
Rendang Ayam
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
2 ekor ayam
1 kg bawang merah - hiris
3 labu bawang putih - hiris
4 inci halia - hiris
4 inci lengkuas - tumbuk
2 inci kunyit hidup - tumbuk
4 batang serai - titik
4 senduk cili kisar - ikut suka pedas
Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
4 kg santan
2 keping asam keping - ikut rasa
Garam
Gula
Daun kunyit - opsyenal
Sedikit kerisik - opsyenal utk warna gelap
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama
bahan hiris serta serai sehingga wangi. Kemudian
masukkan cili kisar dan kunyit serta lengkuas yang
ditumbuk. Tumis sehingga cili benar benar garing.
Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut.
Masukkan sedikit santan cair bagi membolehkan ayam
masak. Setelah itu, baru dimasukkan semua santan dan
masak dengan api perlahan sahaja.
Akhir sekali, masukkan kerisik, garam, gula dan asam
keping secukup rasa. Masak sehingga kuah kering dan
pecah minyak. Jika suka, boleh taburkan daun kunyit yang
dihiris halus sebelum ditutup api.