Anda di halaman 1dari 1

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KEMALANGAN JALAN RAYA

1. Jabatan Kerja Raya menerusi Kementerian Kerja Raya wajar mengenal


pasti keadaan jalan raya yang sering menjadi punca kemalangan.
Kemudahan jalan raya diperbanyak seperti jejantas, lampu isyarat, melebar
jalan raya dan memasang lampu di tempat-tempat yang perlu.

2. Kurikulum sekolah-sekolah memandu perlu dipertingkat dan dipantau


ketat oleh kerajaan, terutamanya Jabatan Pengangkutan Jalan Raya
(JPJ). Kecekapan memandu wajar diuji dengan sebaik-baiknya agar
pengguna kenderaan dapat mengawal kenderaan dengan baik.

3. Penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat oleh pihak polis dan


JPJ. Rondaan dan sekatan jalan raya serta pemantauan yang kerap patut
dijalankan setiap hari agar pengguna jalan raya dapat mendisiplinkan diri.
Penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) patut diperluas agar dapat
mengesan pemandu yang melebihi had laju.

4. Anjakan pemikiran pengguna jalan raya itu sendiri. Pengguna jalan


raya perlu sedar akan keselamatan mereka ketika berada di jalan raya.
Mereka perlu berhati-hati sekiranya ingin sampai ke destinasi dengan
selamat. Jika semua pengguna jalan raya mempunyai sikap dan pemikiran
yang sama, kemalangan jalan raya pasti dihindari.

5. Kerajaan wajar mengetatkan hukuman terhadap pesalah jalan raya.


Kadar denda yang sewajarnya diharapkan dapat menginsafkan pengguna
jalan raya. Hukuman lesen digantung dan penjara untuk kesalahan
kemalangan maut wajar dilaksanakan. Hukuman sebatan pula wajar
dilaksanakan.

6. Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan kerajaan sendiri perlu


memperbanyak kempen keselamatan jalan raya yang boleh dilaksanakan
menerusi pelbagai media yang ada di negara ini.