Anda di halaman 1dari 65

Jahiliah 33

Ciri-ciri masyarakat jahiliah 34


Ciri-ciri sistem kabilah 35
Biodata Nabi Muhammad SAW 36
Berlawanan dengan ajaran Islam 37
Masyarakat jahiliah 38
Kemunculan tamadun Islam 39

Perjanjian Aqabah dan Hudaibiyah 40


Hijrah 41-42
Piagam Madinah 43
Prinsip-prinsip peperangan Islam 44
Kota Makkah 45
Tamadun awal 01-02
Tamadun awal dunia 03-04
Zigurat 05
Sumbangan tamadun 06 Khalifah 46
Tamadun Hwang Ho 07 Sumbangan khalifah 47-48
Kepentingan/kegunaan/fungsi 08 Kerajaan Bani Umaiyah 49
Bandar terancang 09-10 Ciri-ciri peralihan zaman 60
Kerajaan Turki Uthmaniyah 50
Sistem Feudal dan Revolusi Pertanian 61-62
Perkembangan dan pembentukan 51-52
Faktor/sebab Renaissance 63
Pertembungan tamadun Islam 53
Kesan Renaissance 64
Tamadun Yunani 11 Reformation 65-66
Demokrasi dan Republik 12 Penjelajahan 67-68
Sumbangan pemerintahan 13-14
Revolusi Pertanian 69
Teori kedatangan Islam 54
Ciri-ciri demokrasi 15 Revolusi Perindustrian 70
Peranan pedagang sebarkan Islam 55
Sumbangan ekonomi 16
Peranan ulama sebarkan Islam 56 Revolusi Perindustrian 71
Sumbangan pendidikan 17-18
Ciri-ciri pendidikan formal 57 Penindasan majikan 72
Sumbangan seni bina 19-20
Ciri-ciri pendidikan tidak formal 58
Ciri-ciri sistem sosial 21
Kesan pengaruh Islam 59
Agama utama dunia 22
Dwiekonomi 73
Getah dan bijih timah 74
Kemasukkan imigran ke Tanah Melayu 75
Agraria dan maritim 23-24
Imigran di Tanah Melayu 76
Agama Hindu & Buddha di Asia Tenggara 25
Kejayaan syarikat Eropah 77
Islam di Tanah Melayu & Asia Tenggara 26
Dasar British 78
Candi Angkor Wat 27
Undang-undang tanah British 79
Candi Borobudur 28
Pertanian tradisional 80
Fungsi candi 29
Perbandaran 81
Agama Hindu/Buddha dan Islam 30
Konsep masyarakat majmuk 82
Aspek kesenian dan kesusasteraan 31
Institusi kewangan 83
Tulisan dan bahasa 32
Perkembanga institusi bank 84
Info Sejarah Kembali
Di Sparta salah sebuah negara kota tamadun Yunani
melaksanakan sistem pemerintahan tentera yang memberi
tumpuan kepada aspek pertahanan. Anak lelaki dilatih dari
awal untuk menjadi askar yang baik dan sistem latihan ini
menyebabkan Sparta berjaya melahirkan tentera yang
handal dan mempunyai semangat patriotik yang tinggi.

Berikan tiga ciri sistem demokrasi


yang diamalkan oleh Athens.

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Zaman kegemilangan Rom digelar sebagai Pax Romana
(keamanan Rom). Zaman ini berlaku semasa Rom di bawah
pemerintahan Augustus Caesar yang telah berjaya
mewujudkan keamanan Rom selama 200 tahun yang
terdiri daripada pelbagai bangsa di tiga benua iaitu Asia,
Afrika dan Eropah.

Jelaskan sejarah awal perkembangan


pemerintahan Rom.

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Pemerintahan tamadun Rom bermula dengan sistem
beraja yang diperintah oleh raja-raja berketurunan Etruscen
yang berkuasa mutlak. Pemerintahan secara mutlak oleh
raja-raja Etruscen membangkitkan kemarahan dan
penentangan oleh golongan bangsawan yang dikenali
sebagai Patrician. Akhirnya Rom membentuk sebuah
republik pada tahun 509 S.M.

Senaraikan beberapa ciri yang terdapat dalam


sistem pemerintahan republik di Rom.

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Tamadun Yunani bermula dengan pembentukan
petempatan manusia yang dikenali sebagai negara kota
atau polis. Tamadun ini berkembang di Semenanjung
Greece dan pulau-pulau sekitar Laut Aegean dan Laut
Mediterranean. Penggabungan beberapa buah kampung
dan bandar membolehkan pembentukan negara kota.
Setiap negara kota mempunyai penduduk seramai 40 ribu
dengan dikelilingi oleh kawasan pertanian dan di dalam
kota tersebut terdapat pasar, kubu, kuil, istana dan
bangunan kerajaan.

Nyatakan tiga bentuk pemerintahan yang pernah


diamalkan oleh negara kota Yunani.

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Dalam tamadun Yunani telah wujud beberapa perubahan
bentuk pemerintahan negara kota iaitu monaki, oligarki,
aristokrasi, diktator (Tirani) dan demokrasi. Kewujudan
pelbagai bentuk pemerintahan ini menunjukkan orang
Yunani sentiasa berusaha meningkatkan aspek
pemerintahan dan pentadbiran negara kota mereka.

Apakah ciri-ciri sistem beraja yang diamalkan oleh Athens ?

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Sistem beraja Athens, raja berperanan sebagai
ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama. Raja
juga turut dibantu oleh konsul dalam pentadbiran
kerajaan. Walau bagaimanapun kuasa raja semakin
merosot sehinggalah terbentuknya oligarki. Antara
raja yang terkenal dalam tamadun Yunani ialah
Raja Philip II dan Raja Alexander the Great.

Terangkan maksud pemerintahan berbentuk oligarki.

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Sistem republik di Rom telah berubah apabila Rom
mencapai tahap empayar di bawah pemerintahan
Julius Caesar. Perubahan ini berlaku setelah beliau
dapat meluaskan kuasanya ke Macedonia, Yunani,
Syam, Mesir, Perancis, Britain dan German.

Apakah perubahan yang berlaku pada sistem republik


selepas Rom mencapai tahap empayar ?

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Alexander the Great menaiki tahta pada tahun 336 S.M.
dan merupakan salah seorang jeneral yang terkenal
dalam sejarah dunia. Beliau menjadi raja mengantikan
ayahandanya Raja Philip II yang meninggal dunia.

Nyatakan beberapa negeri yang berjaya dikuasai oleh


Alexander the Great dari Yunani.

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Augustus Caesar merupakan anak saudara Julius Caesar
yang terlibat dalam Peperangan Actium menentang tentera
Mesir di bawah pimpinan Cleopatra. Beliau telah memerintah
Rom secara diktator dalam mengukuhkan kuasanya sebagai
pemerintah.

Senaraikan dua kejayaan yang disumbangkan oleh


Augustus Caesar yang memerintah dari tahun 27-14 S.M

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Undang-undang Rom terdiri daripada Hukum Kanun 12,
Kod Undang-undang Rom / Undang-undang Justinian.
Kesemua undang-undang ini adalah berbentuk undang-
undang bertulis. Secara umum undang-undang Rom
terdiri daripada tiga cabang iaitu undang-undang
sivil, undang-undang rakyat dan undang-undang natural.
Antara prinsip penting dalam undang-undang Rom ialah
semua manusia sama di sisi undang-undang ; seseorang
tidak bersalah sehingga terbukti bersalah ; keadilan
terhadap setiap induvidu dan hukuman berasaskan
bukti yang cukup. Prinsip-prinsip inilah diguna pakai
sehingga hari ini.

Bagaimanakah undang-undang Rom dipaparkan kepada umum ?

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Maharaja Justinian telah mengasaskan pembentukan
sebuah empayar Byzantine. Beliau telah memperkenalkan
pelbagai perubahan dalam bidang pentadbiran antaranya
aspek perundangan dengan mengumpul, memyatukan
dan membukukan undang-undang. Usaha beliau ini
akhirnya melahirkan Kod Undang-undang Rom /
Undang-undang Justinian.

Namakan badan yang bertanggungjawab terlibat


dalam proses pengubalan undang-undang dalam tamadun Rom.

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Kedatangan orang Aryan telah membawa satu budaya
dan tahap baru kepada masyarakat Lembah Indus.
Tahap ini dikenali sebagai Zaman Vedik. Nama Vedik
diambil sempena kelahiran kitab-kitab Veda. Antara
contoh kumpulan falsafah yang memegang kepada
kitab Veda iaitu Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda,
Atharva Veda, Upanishad, Mahabharata dan
Bhagavad Gita.

Jelaskan perkembangan awal yang


berlaku dalam tamadun India.

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Dalam tamadun India, raja mengamalkan kuasa mutlak
dalam sistem pemerintahannya. Kedudukan seorang raja
kemudiannya diperkukuhkan dengan pelbagai bentuk
upacara ritual yang berasaskan kepercayaan seseorang
raja adalah suci dan harus dihormati. Golongan Brahmin
bertindak sebagai penasihat dan bertanggungjawab
melakukan upacara ritual untuk mengangkat taraf raja
sebagai seorang dewa raja.

Nyatakan dua contoh kerajaan besar


dalam tamadun India antara tahun 600-320 S.M.

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Di bawah pemerintahan Chandragupta Maurya, kerajaan-
kerajaan kecil telah disatukan dan membentuk empayar
Maurya pada tahun 321-185 S.M.. Empayar ini meliputi seluruh
India utara iaitu dari Teluk Benggala hinggalah Pergunungan
Hindu Kush dan berpusat di Pataliputra. Dinasti Maurya men-
capai kemuncak kegemilangan pada ketika pemerintahan
Maharaja Asoka dengan menguasai Kalinga dan seluruh India.

Apakah dua cara yang digunakan oleh raja dalam


tamadun India untuk memperkukuhkan kedudukan mereka.

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Maharaja Shih Hwang Ti merupakan tokoh terpenting zaman
Dinasti Chin. Beliau telah berjaya menyatukan seluruh
kerajaan kecil di China dan bertanggungjawab membina
Tembok Besar China sepanjang 5000 km dengan lebarnya 4.5
9 meter dan ketinggiannya 7.5 meter. Pembinaan tembok ini
bertujuan mempertahankan empayar China daripada
serangan orang gasar. Seterusnya pada zaman Dinasti Ming
tembok ini disambung sehingga 6400 km dengan meng-
gunakan seramai 30 ribu tenaga buruh.

Apakah kesan perubahan konsep raja kepada


maharaja dalam tamadun China ?

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Dalam tamadun India, perundangan menjadi antara aspek
penting untuk melihat perjalanan kerajaan dan keberkesanan
pentadbiran. Raja bertanggungjawab memelihara kesucian
dan kedualatan undang-undang. Manakala golongan Brahmin
menjadi golongan dominan dan mahir dalam bidang undang-
undang yang berkaitan dengan keagamaan.

Namakan kitab undang-undang Hindu


yang paling tua dihasilkan.

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Kepala Tiang Asoka telah diambil oleh kerajaan India sebagai
cap mohor negara tersebut selepas kemerdekaan pada tahun
1947. Antara kandungan pada tiang ini ada menyatakan
bahawa raja atau pemerintah diumpamakan bapa oleh
masyarakatnya dan menjadi satu larangan terhadap pen-
yembelihan haiwan walaupun dalam upacara korban.

Huraikan dengan ringkas undang-undang


pada zaman Dinasti Maurya.

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Undang-undang berasaskan falsafah legalisme bertentangan
dengan undang-undang yang berteraskan ajaran Confucius
yang diamalkan pada zaman Dinasti Han. Ajaran Confucius
menekankan keperluan raja mempunyai budi pekerti yang baik
dan bertanggungjawab menjaga keharmonian masyarakat
dan manusia.

Apakah asas pandangan falsafah legalisme ?

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Ajaran Confucianisme telah diasaskan oleh Confucius yang
lahir di negeri Lu (Shantung). Beliau pernah menjadi pegawai
kerajaan dan meletak jawatan untuk mengembara men-
yebarkan ideanya kepada penduduk China. Masyarakat
China telah menjadikan ajaran ini sebagai kepercayaan dan
tokoh Confucius telah disembah sebagai salah satu dewa
penting dalam masyarakat China.

Jelaskan prinsip undang-undang berasaskan ajaran Confucianisme.

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Pada tahap awal pembentukan tamadun India mempunyai
dua bentuk kerajaan iaitu kerajaan kecil dan kerajaan besar.
Kerajaan kecil masih bersifat kepuakan dan tidak mempunyai
raja. Manakala kerajaan besar diketuai oleh raja seperti
kerajaan Kashi, Kosala dan Magadha.

Apakah sumbangan Chandragupta Maurya ?

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Perang Kalinga membolehkan Maharaja Asoka mewujudkan
sebuah empayar yang agung dan menguasai seluruh India.
Dalam peperangan ini seramai 100 ribu orang telah terkorban
dan 150 ribu orang telah tercedera. Perperangan ini akhirnya
menyedarkan Asoka tentang penderitaan dan kematian.

Apakah sumbangan utama Maharaja Asoka


kepada tamadun India ?

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Maharaja Shih Huang Ti daripada Dinasti Chin
memerintah secara autokratik iaitu tegas dan
berkuasa mutlak. Beliau telah menghapuskan
kuasa golongan bangsawan dengan melantik
gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir.

Apakah sumbangan Maharaja Shih Huang Ti


kepada tamadun China ?

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali

Kejatuhan Dinasti Chin yang diasaskan oleh Shih Hwang Ti


membolehkan kemunculan Dinasti Han. Pada zaman
Dinasti Han raja yang terkenal adalah Maharaja Han Wu Ti.

Apakah sumbangan Maharaja Han Wu Ti ?

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Di Sparta salah sebuah negara kota tamadun Yunani
melaksanakan sistem pemerintahan tentera yang memberi
tumpuan kepada aspek pertahanan. Anak lelaki dilatih dari
awal untuk menjadi askar yang baik dan sistem latihan ini
menyebabkan Sparta berjaya melahirkan tentera yang
handal dan mempunyai semangat patriotik yang tinggi.

Berikan tiga ciri sistem demokrasi


yang diamalkan oleh Athens.

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Dalam tamadun India aktiviti perdagangan mengalami
perkembangan yang sangat pesat sejak abad ke-3 S.M.
Aktiviti ini bukan sahaja melibatkan perdagangan dalaman
iaitu antara kawasan-kawasan di dalam wilayah India
malah turut melibatkan perdagangan luar di peringkat
antarabangsa seperti perdagangan dengan Macedonia,
Sri Lanka, Asia Tengah dan Asia Tenggara. Ini dibuktikan
penggunaan syiling emas pada Zaman Gupta yang
dikenali sebagai Dinara dan wang perak serta cengkerang
siput.

Nyatakan tiga pusat perdagangan yang penting dalam tamadun India.

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Jalan Sutera Darat menghubungkan perdagangan
antara China dengan India dan Barat. Jalan ini bermula
dari Barat iaitu dari Rom merentasi kawasan Asia Tengah
ke India dan seterusnya ke China.

Apakah faktor yang membantu perkembangan ekonomi


yang pesat dalam tamadun China ?

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Perkembangan pesat sektor ekonomi merangsangkan
kewujudan persatuan perdagangan dan perusahaan yang
dikenali sebagai sresthin. Antara persatuan itu ialah
persatuan tukang kayu, tukang logam dan tukang kulit.

Senaraikan tiga peranan yang dimainkan oleh persatuan perdagangan


(sresthin) yang wujud dalam tamadun India.

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Tamadun India begitu menonjol dalam bidang perdagangan.
Ini dibuktikan dengan adanya pelabuhan perdagangan
dalaman dan antarabangsa, persatuan perdagangan
(sresthin), undang-undang perdagangan, penggunaan mata
wang dan kemajuan sektor perusahaan seperti tekstil, kain
kapas, dan sutera. Manakala tamadun China pula begitu
menonjol dalam sektor pertanian khasnya pada zaman
Dinasti Han.

Jelaskan perkembangan peralatan pertanian


yang berlaku dalam Dinasti Han.

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Perdagangan maritim antara India dengan Asia Tenggara
telah berkembang sejak Zaman Gupta lagi. Pedagang India
telah memperolehi hasil seperti rempah ratus, bedak wangi,
gading gajah dan besi dari Asia Tenggara dan tekstil,
tembikar, barang kaca dan minyak wangi dari China.

Apakah faktor membolehkan Dinasti Maurya


maju dalam aktiviti perdagangan ?

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Penciptaan kolar kuda merupakan salah satu sumbangan
tamadun China dari aspek pertanian. Penciptaan ini
membolehkan kuda menari tenggala kayu, menyisir tanah,
kereta kuda dan kereta sorong beroda. Di Eropah, pen-
ggunaan kolar pada kuda telah menyebabkan kuda tercekik
tetapi di China kolar kuda yang diperkenalkan sejak abad
ke-4 S.M. telah dapat menarik beban sehingga 1.5 tan dan
penggunaannya tidak melemahkan serta mencekik kuda
tersebut.

Selain peralatan pertanian, nyatakan kemajuan lain yang dicapai oleh


Dinasti Shang, Yuan, Ming dan Ching dalam teknik pertanian.

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Hubungan perdagangan dengan negara luar dapat dilihat
melalui hubungan antara kerajaan Maurya dengan Macedonia,
Sri Lanka, Asia Tengah, Asia Tenggara dan China. Antara
pelabuhan antarabangsa penting menghubungkan India dengan
negara luar ialah di bahagian timur India (terdiri daripada
Tamralipti, Ghantashala dan Kadura) dan bahagian barat India
(Broch, Chaul, Kalyan dan Cambay). Sejak Zaman Maurya,
pelbagai jenis cukai yang dikenakan ke atas hasil perdagangan
adalah seperti hasil pertanian dan hasil buah-buahan.

Mengapakah pelbagai jenis cukai dikenakan


terhadap hasil perdagangan ?

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Di Yunani perkembangan pendidikan telah berlaku dengan
wujudnya banyak sekolah falsafah di Athens, Thebes, Elea
dan Miletus. Athens juga dikenali sebagai pusat cendekiawan
Yunani yang penting semasa pemerintahan Pericles. Sekolah ini
melahirkan sejarahwan seperti Thucydides dan Herodotus,
pemikir bidang sains, matematik dan teknologi seperti Thales,
Archimedes, Anaximander, Heraclitus, Pythagoras dan
Anaxagoras. Di samping itu tokoh-tokoh falsafah turut dilahirkan Hippocrates
seperti Herodotus, Socrates, Aristotle dan Plato dan tokoh
perubatan Hippocrates.

Apakah penekanan yang diberikan oleh Athens dan Sparta


dalam bidang pendidikan ?

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Peningkatan dalam bidang sains dan teknologi seperti
matematik, astronomi, perubatan, teknologi membuat
perahu dan kertas adalah kerana peranan ahli sains
dan teknologi Yunani yang merujuk kepada pengetahuan
tamadun Mesopotamia (Babylon dan Mesir Purba).

Namakan beberapa tokoh matematik dalam tamadun Yunani.

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Plato menyedarkan masyarakat tentang perkara asas
dalam falsafah Socrates. Perkara asas itu ialah persoalan
tentang manusia dan masyarakat. Pada pendapat Plato
masyarakat yang sempurna merupakan masyarakat yang
diperintah oleh ahli falsafah. Beliau turut mengasaskan
akademi falsafah di Athens yang kekal selama seribu tahun.

Apakah pandangan Plato berdasarkan bukunya berjudul Republik ?

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Dalam tamadun Yunani, Rom, India dan China, ilmu
pelayaran telah berkembang dengan pesatnya hasil
penciptaan layar yang lebih kuat dan perahu yang
lebih besar. Pengetahuan dalam ilmu pelayaran
membolehkan mereka belayar sehingga di peringkat
antarabangsa. Contohnya saudagar China dan India
begitu terkenal di rantau Asia Tenggara dari aspek
perdagangan dan penyebaran agama Hindu, Buddha
dan Islam.

Jelaskan dua sumbangan penciptaan perahu layar


dalam tamadun Rom.

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Dalam tamadun Rom terdapat dua orang penulis dan penyajak
terkenal iaitu Cicero dan Virgil. Kesusasteraan Rom umumnya
bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotisme, dan men-
capai zaman keagungan kesusasteraan semasa pemerintahan
Augustus Caesar. Manakala dalam tamadun India perkembang-
an kesusasteraan berkait rapat dengan keagamaan Hindu dan
Buddha contohnya epik Mahabharata dan Ramayana.

Apakah sumbangan Homer dan Hesoid dalam bidang


kesusasteraan Yunani ?

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Dalam tamadun India peningkatan dalam bidang pendidikan
bermula pada Zaman Vedik. Pendidikan pada zaman ini
mementingkan keagamaan Hindu dan didominasi oleh kaum
lelaki sahaja. Kitab - kitab Veda dan bahasa Sanskrit
merupakan medium pengajaran terpenting. Kaedah hafalan
digunakan untuk mendalami kitab-kitab Veda tersebut.

Mengapakah pendidikan Zaman Vedik tertumpu


kepada agama Hindu-buddha ?

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Peperiksaan awam mengandungi tiga tahap iaitu tahap
pertama (Hsiu Tai), tahap kedua (Chun-Jen) dan tahap ketiga
(Chin Shih). Tahap pertama adalah setaraf dengan ijazah
pertama, tahap kedua setaraf dengan sarjana dan tahap
ketiga setaraf dengan doktor falsafah. Peperiksaan tahap
pertama dijalankan di daerah, peperiksaan tahap kedua
di ibu kota daerah dan tahap ketiga di ibu kota empayar
iaitu di istana di hadapan maharaja.

Apakah keistemewaan yang diterima oleh seseorang


yang telah lulus peperiksaan awam tahap ijazah pertama ?

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Dalam tamadun China, pendidikan terbahagi kepada tiga
peringkat iaitu rendah, menengah dan tinggi. Pada
peringkat sekolah rendah pendidikan memberi tumpuan
kepada mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan
sembilan buah kitab suci. Pada peringkat menengah pen-
didikan memberi tumpuan kepada penulisan karangan dan
sastera dan pada peringkat pendidikan tinggi tumpuan
adalah menterjemahkan kitab suci.

Nyatakan tiga tahap peperiksaan awam dalam tamadun China.

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Pendidikan di China tertumpu kepada kegiatan mengenal,
menghafal tulisan ideogram dan sembilan buah kitab suci,
membuat karangan dan sastera serta menterjemahkan kitab
suci.

Nyatakan peringkat pendidikan yang terdapat


dalam tamadun China.

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Dalam tamadun China masyarakatnya menghargai pendidikan,
perniagaan dan kesusasteraan dengan matlamat utama
pendidikannya adalah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan.
Peperiksaan ini dikendalikan dengan ketat dan dan mereka yang
meniru boleh dikenakan hukuman mati. Untuk memastikan tiada
penipuan dalam peperiksaan calon akan ditempatkan di dalam
bilik dan dikurung selama 3 hari untuk menulis jawapan dengan
disediakan makanan dan minuman. Manakala pemeriksa juga
turut dikurung sebelum tiba hari peperiksaan.

Apakah penekanan yang diberikan pada pendidikan peringkat rendah,


menengah dan tinggi di China ?

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Pada Zaman Gupta berlakunya perkembangan yang pesat
dalam ilmu matematik. Ahli matematik India telah tahu
tentang konsep geometri dan telah memperkenalkan sistem
nombor iaitu angka Brahmin dan angka Kharosti. Antara
ahli matematik India yang terkenal ialah Aryabhata dan
Varahamihira.

Mengapakah ilmu perubatan berkembang pesat


dalam tamadun India ?

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Konsep Yin & Yang serta Feng Hsui merupakan kepercayaan
yang masih terdapat dalam masyarakat China sehingga
hari ini. Kedua-dua kepercayaan ini mempunyai persamaan
berlandaskan alam semesta dan hubungan dengan
kehidupan manusia dan menjadi asas perubatan tradisional
masyarakat China.

Apakah yang dimaksudkan dengan konsep


Yin & Yang dalam tamadun China ?

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Perkembangan dalam bahasa Sanskrit telah mempengaruhi
perkembangan dalam bidang penulisan dan kesusasteraan.
Bidang kesusasteraan terbahagi kepada beberapa bentuk
seperti vedik, epik dan sajak. Selain bahasa Sanskrit terdapat
bahasa-bahasa lain yang digunakan oleh masyarakat India
contohnya masyrakat Dravidia menggunakan bahasa Telegu,
Malayalam dan Kannada, dan masyarakat Indo-Arya meng-
gunakan bahasa Hindi, Urdu, Punjabi dan Kasmiri.

Apakah kandungan utama epik Ramayana dan Mahabharata ?

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Pada zaman Dinasti Han, kesusasteraan China meliputi
sajak dan cerpen. Seseorang yang terpelajar harus
mampu bersajak untuk melahirkan pengetahuan dan
pemikirannya. Oleh itu lahirlah beberapa tokoh penting
dalam bidang puisi seperti Tu Fu, Li Po dan Po Chi-I pada
zaman Dinasti Tang. Sementara itu terdapat tujuh dialek
utama di China iaitu Mandarin, Wu, Hunanis, Kiangsi,
Hakka, Kantonis dan Fukien.

Apakah sumbangan utama Ssu-ma Chien dalam tamadun China ?

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Peningkatan dalam seni bina mencerminkan ketahanan
manusia dalam tamadun awal yang menghadapi cabaran
untuk menghasilkan monumen yang dapat diabadikan
sebagai pencapaian yang paling agung demi bangsa,
agama dan rajanya. kewujudan kepimpinan yang ber-
wibawa dan kuat yang dapat menyatu padukan rakyat
dan meningkatkan jati diri serta berkeyakinan tinggi mem-
bolehkan pencapaian tersebut direalisasikan.

Apakah tujuan pembinaan Aqueduct, Acropolis dan Colloseum ?

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Tamadun India memaparkan pencapaian yang cemerlang dari
aspek seni bina. Ini dibuktikan sejak Zaman Indus lagi apabila
masyarakatnya berupaya membina binaan yang sangat baik
iaitu The Great Bath. Oleh sebab kehidupan masyarakat India
berkait rapat dengan hubungan keagamaan, maka bidang seni
binanya turut berkembang berlandaskan unsur-unsur keagamaan
Hindu dan Buddha.

Nyatakan dua binaan yang unik dihasilkan dalam tamadun India.

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Kewujudan organisasi sosial yang merangkumi aspek politik,
ekonomi dan kemasyarakatan berkait rapat dengan per-
tambahan bilangan penduduk. Kehidupan secara berorganisasi
adalah bertujuan mengatur cara hidup manusia untuk memasti-
kan kestabilan dan kemakmuran kehidupan mereka. Pada
peringkat awal organisasi sosial bermula dengan sistem keluarga
namun pertambahan penduduk mewujudkan masyarakat yang
lebih kompleks. Contohnya dalam tamadun awal Mesopotamia,
Mesir Purba dan Hwang Ho sistem sosialnya berbentuk piramid
yang terdiri daripada golongan pemerintah diketuai oleh raja
dengan dibantu oleh bangsawan dan pembesar manakala
golongan diperintah terdiri daripada rakyat dan hamba.

Namakan tiga kumpulan penduduk yang terdapat


dalam tamadun Athens.

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Dalam tamadun Yunani di negara kota Sparta terdapat tiga
kelas sosial. Kelas pertama ialah warganegara Sparta tulen.
Kelas kedua ialah para pekerja, artisan dan pedagang manakala
kelas ketiga ialah Helot.

Siapakah yang dimaksudkan dengan Helot ?

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Dalam tamadun awal, tamadun Indus adalah satu-satunya
tamadun yang berbeza dengan tamadun awal yang lain
dari aspek organisasi sosial. Perbezaan yang ketara dengan
tamadun yang lain ialah di peringkat atasan (pemerintahan)
tidak mempunyai raja sebaliknya diketui oleh pendeta.
Pendeta mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar
dalam mengawal aktiviti masyarakat terutamanya melibat-
kan kegiatan keagamaan.

Jelaskan organisasi sosial masyarakat di Rom.

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Dalam tamadun India sistem kasta telah diterima dan diikuti
dengan ketat. Berdasarkan sistem ini seseorang lelaki tidak
boleh mengahwini wanita daripada kasta yang berbeza dan
tidak boleh bercampur gaul dengan ahli kasta yang lain.

Nyatakan dua kasta yang terdapat dalam sistem sosial di India.

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Sejak zaman empayar Maurya kepercayaan agama Hindu
telah menjadi kepercayaan yang penting dan didominasi
oleh golongan Brahmin yang mahir dalam bidang undang-
undang yang berkaitan dengan keagamaan Hindu. Ke-
dudukan Brahmin semakin dihormati apabila bertanggung-
jawab melaksanakan upacara ritual untuk mentabalkan
status raja sebagai dewa raja yang suci dan harus dihormati.
Namun kepercayaan agama hindu telah menerima saingan
daripada agama Buddha terutamanya semasa pemerintahan
Maharaja Asoka selepas tamatnya Perang Kalinga.

Apakah yang dimaksudkan dengan Hukum Karma yang terdapat


dalam ajaran agama Hindu ?

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Dalam proses perkembangan agama Kristian di Eropah
pada peringkat awal agama ini menghadapi tentangan
daripada pemerintah Rom sendiri. Akhirnya agama ini
berjaya diterima oleh masyarakat di Eropah terutamanya
semasa pemerintahan Constantine pemerintah Rom.

Siapakah pengasas ajaran agama Kristian ?

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Ajaran Kristian telah dipraktikkan oleh Raja Constantine sebagai
ajaran yang bebas dianuti di Eropah. Individu yang terlibat
dengan perancangan dan kegiatan ajaran Kristian dikecualikan
daripada melakukan kerja berat. Hari Ahad juga dikhaskan
sebagai hari aktiviti agama Kristian.

Namakan dua buah kitab suci yang terdapat dalam


ajaran agama Kristian.

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Agama Kristian diasaskan oleh Jesus Christ yang berasal dari
Jerusalem. Tarikh 25 Disember dianggap sebagai tarikh lahir
Jesus dan diraikan sebagai Hari Natal. Dua buah kitab suci
agama Kristian ialah Bible Old Testament dan Bible New
Testament.

Bagaimanakah agama Kristian berkembang pada


zaman kerajaan Rom ?

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Agama Buddha mencapai kegemilangannya pada zaman
pemerintahan Asoka. Pada zaman ini agama Buddha menjadi
agama rasmi kerajaan Maurya dan turut tersebar keluar
negara melalui peranan yang dimainkan oleh mubaligh yang
dinaungi oleh pemerintah. Antara kawasan yang menerima
ajaran agama Buddha ini ialah Tibet, Sri Lanka, Asia Tenggara
dan China.

Siapakah pengasas ajaran agama Buddha ?

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Agama Buddha diasaskan oleh Siddharta Gautama yang
merupakan putera raja yang memerintah Katilavastu, Nepal
yang berasal daripada suku Sakya. Kemunculan agama ini
sebagai satu penentangan golongan Ksyatria (tentera)
terhadap dominasi golongan Brahmin dalam soal agama
dan kehidupan. Sistem kasta dalam ajaran agama Hindu
dilihat oleh Gautama Buddha menjadikan masyarakat tidak
teratur dan memberi kesedaran kepadanya untuk mencari
kebenaran. Sehubungan itu beliau telah bertapa di bawah
pokok bodhi di Uruveda dan mendapat cahaya kebenaran
yang berperanan melepaskan diri manusia daripada ke-
sengsaraan melalui empat kebenaran mulia.

Nyatakan empat kebenaran mulia yang


terdapat dalam agama Buddha.

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4


Info Sejarah Kembali
Confucius membahagikan masyarakat China kepada empat
kelas utama iaitu golongan teratas ialah golongan sarjana
yang terdiri daripada pegawai kerajaan yang berpendidikan,
yang kedua ialah golongan petani, yang ketiga ialah golongan
tukang dan yang keempat ialah golongan pedagang. Walau
bagaimanapun setiap golongan boleh menukar kedudukannya
yang lebih baik menerusi pendidikan.

Apakah penekanan dalam ajaran Confucianisme Confucianisme?

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4