Anda di halaman 1dari 5

Laporan Program

dan
Dokumentasi

Program Pasca UPSR 2015

Pandu Cermat Jiwa Selamat


TARIKH
7 Oktober 2015 (Rabu)

TEMPAT
Makmal Komputer
Susur Blok SK Undang

ANJURAN
Unit Hal Ehwal Murid SK Undang
Program Patuhi Undang-undang Patuhi Cermat Jiwa Selamat oleh JPJ
Terengganu adalah satu inisiatif jangka masa panjang yang bemula dari
peringkat kanak-kanak bagi melahirkan generasi baru pengguna jalan raya
yang mengamalkan budaya selamat, beradab, berhemah dan berhati-hati
di jalan raya. Usaha pembentukan bagi melahirkan generasi pengguna
jalan raya yang berhemah boleh menyumbang kepada keharmonian,
kemakmuran dan pembangunan negara.

Program Patuhi Undang-undang Pandu Cermat Jiwa Selamat


merupakan proses pendidikan sepanjang hayat dan harus bermula di
peringkat sekolah rendah, merangkumi program bagi mengajarkan amalan
keselamatan lalu lintas dari seawal sekolah rendah hingga ke sekolah
menegah supaya pendidikan keselamatan jalan raya menjadi sebahagian
daripada amalan budaya dan amalan bagi setiap kanak-kanak di Malaysia.

Program ini bertujuan untuk memupuk pemahaman dalam kalangan


kanak-kanak dan juga pelajar mengenai bahaya semasa berada di jalan
raya dan amalan yang baik dan selamat sebagai seorang pejalan kaki,
penunggang, pemandu dan pengguna jalan raya.

2.0 MATLAM
Program Patuhi Undang-undang : Pandu Cermat Jiwa Selamat
bermatlamat untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran asas
tentang keselamatan jalan raya bagi melahirkan generasi pengguna
jalan raya yang berhemah. Selain itu, murid dapat memahami,
menghayati serta mengamalkan langakh-langkah memelihara
keselamatan diri dan menghormati hak pengguna jalan raya yang
lain.

3.0
Objektif program ini adalah supaya murid akan dapat:

Memahami konsep keselamatan jalan raya


Menunjukkan kesedaran mengenai keselamatan jalan raya
Mempamerkan sikap positif dan bertanggungjawab ketika berada di
jalan raya
Memahami bahagian jalan dan persekitaran yang selamat
Mampu untuk melintas di jalan raya secara bersendirian atau dengan
bantuan dan
selamat
Memahami kegunaan alat keselamatan (topi keledar, tali pinggang
keledar, pemantul
cahaya) dan kepentingan penyelenggaraan basikal.

7.0 PENILAIAN
PROGRAM

7.1 Kekuatan Program


Program ini telah berjaya dilaksanakan serta mencapai objektif
sebagaimana yang telah disasarkan dan mendapat kerjasama yang
baik antara guru dan murid-murid SK Undang. Murid-murid telah
didedahkan dengan ceramah, pameran serta maklumat-maklumat
yang padat dan bermanfaat. Diharapkan program ini dapat diteruskan
pada masa akan datang dengan pengisian yang lebih menarik dan
terkini .

7.2 Kelemahan Program

Penglibatan warga SK Undang yang tidak menyeluruh dalam program


ini di mana hanya guru-guru dan murid-murid sahaja yang turut sama
menyertai.

7.3 Langkah-langkah Penambahbaikan / Cadangan

7.3.1 Penglibatan komuniti Kg. Undang dalam menyertai program ini


memandangkan keselamatan jalan raya adalah kerjasama semua
pihak.
7.3.2 Aktiviti yang berbentuk hands-on untuk murid-murid akan
memberi impak yang lebih berkesan.
7.3.3 Penyertaan sekolah dalam menyertai aktiviti keselamatan jalan
raya yang sentiasa diadakan dapat memberi pendedahan kepada
murid-murid SK Undang dapat memberi gambaran kepada
murid-murid.
7.3.4 Ada kesinambungan program sekurang-kurangnya dua kali
setahun.

Disediakan oleh,

..............................................
(PN. NURUL AIN BT. KHALID)
Disemak oleh,

......................................................
(PN. ANISAH ROSLINA BT AWANG)
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
SK UNDANG, KUALA TERENGGANU

Disahkan oleh,

..................................................
(PN. HJH. NATRAH BT. WAHAB)
GURU BESAR
SK UNDANG, KUALA TERENGGANU

Anda mungkin juga menyukai