Anda di halaman 1dari 3

2 Kriteria Pemilihan Fokus Kajian

Kebolehtadbiran

Kajian ini mudah ditadbir dan diuruskan. Hal yang demikian kerana saya

mendapati kajian ini dapat dijalankan dalam kelas tanpa mengganggu mata

pelajaran lain dan juga murid yang tidak terlibat. Kaedah yang digunakan sangat

mudah disediakan dan ianya terkandung dalam aktiviti yang menyeronokkan. Selain

itu, kajian ini dapat dijalankan dengan lancar kerana pemilihan tajuk kajian sesuai

dengan tahap murid di sekolah yang dipilih. Saya juga memiliki pengetahuan dalam

tajuk kajian yang telah dipilih. Oleh itu saya yakin bahawa murid mampu untuk

menunjukkan perubahan selepas pelaksanaan kajian ini dilakukan.

Kepentingan

Kepentingan kajian ini adalah untuk membantu murid membuat

meningkatkan kemahiran membina ayat tanya dari segi pembelajaran dalam mata

pelajaran bahasa Melayu. Fokus yang diberikan dapat membantu murid

meningkatkan prestasi mereka seterusnya dapat membuat persediaan lebih awal

dengan penuh keyakinan untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang akan datang.

Kajian ini juga penting kepada saya sebagai guru kerana hasil dapatan kajian

ini dapat membantu saya untuk membuat penambahbaikan dari segi penyediaan

rancangan pengajaran harian. Selain itu, dapatan kajian ini juga dapat membantu

meningkatkan prestasi saya sebagai guru bahasa Melayu dalam menyampaikan

ilmu bahasa Melayu yang sangat unik demi memartabatkan bahasa Melayu sebaik

mungkin.

kebolehgunaan
Kajian ini sesuai untuk diguna pakai oleh setiap guru untuk meningkatkan

kefahaman murid seterusnya menarik minat murid untuk fokus dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kajian ini juga penting kerana berkaitan

dengan usaha menaik taraf bahasa Melayu. Selain itu, kajian ini sangat berguna

untuk melahirkan generasi yang mampu bertutur dan berkomunikasi dengan orang

ramai menggunakan bahasa Melayu yang fasih dan betul.

Kawalan

Kaedah yang digunakan sangat mudah dan memerlukan kawalan yang

sangat minimum. Hal yang demikian kerana kajian ini dilaksanakan oleh saya

sendiri. Saya juga menjadi sebahagian daripada kumpulan sasaran. Dari segi

kawalan masa, saya menggunakan masa untuk membuat kajian semasa proses

pengajaran dan pembelajaran. Apa yang saya laksanakan adalah untuk

memudahkan saya untuk membuat dapatan dari hasil pemerhatian secara

berterusan.

Kolaboratif

Kolaboratif merupakan salah satu kaedah yang dapat membantu saya

menyiapkan kajian ini dengan lebih baik. Ini kerana kerjasama daripada pihak

pentadbir iaitu Guru Besar dan Penolong Kanan Kurikulum memudahkan saya untuk

mendapatkan maklumat mengenai latar belakang keluarga murid dan sebagainya.

Kerjasama yang diberikan adalah seperti membekalkan maklumat,

penggunaan makmal, kelas dan peralatan seperti LCD dan sebagainya. Selain itu,

rakan sebaya juga membantu dengan sebaik mungkin untuk melicinkan kajian ini

yang dilakukan secara berterusan dari masa ke semasa.

Kerelevanan kepada sekolah


Fokus kajian ini dilihat releven dan sesuai dengan penambahbaikan proses

pengajaran dan pembelajaran untuk mata pelajaran bahasa Melayu dan juga mata

pelajaran lain yang boleh disesuaikan mengikut keperluan. Selain itu, kajian ini juga

dapat membantu sekolah untuk meningkatkan prestasi sekolah melalui peningkatan

prestasi murid. Ini kerana mata pelajaran bahasa Melayu merupakan mata pelajaran

teras untuk UPSR yang berkait rapat dan memberi kesan kepada gred pencapaian

sekolah.