Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

NOR AINI BINTI NORDIN

920114-04-5154

Sepanjang proses menjayakan program kerja kursus hubungan etnik, ini saya
berasa amat bertuah kerana banyak ilmu dan pengalaman yang dapat
ditimba.Walaupun terdapat beberapa halangan dan cabaran dalam proses pelaksanaan
tugasan ini,di atas sokongan dari rakan-rakan dan pensyarah pembimbing iaitu Encik
Amaran akhirnya kami berjaya juga pada akhirnya berjaya mengatasi masalah-masalah
tersebut dengan berkesan . Tugasan seperti ini sememangnya banyak memberi
kesedaran kepada saya bahawa banyak usaha yang telah dijalankan kerajaan dari segi
politik ekonomi dan sosial bagi memastikan perpaduan masih kekal utuh di negara
kita.Di samping itu saya juga dapat mengenalpasti punca-punca perpaduan dalam
kalangan etnik lambat berkembang.

Terdapat beberapa proses yang kami harus lalui bagi memastikan tugasan ini
dapat dilaksanakan dengan sempurna.Tugasan bermula pada 1 Februari 2013, di mana
kami pelajar TESL 2 diberikan sesi taklimat mengenai kerja kursus ini oleh Encik
Amaran.Taklimat tersebut memberikan penerangan yang terperinci mengenai tugasan-
tugasan yang perlu kami laksanakan sepanjang kerja kursus ini berlangsung.Tugasan-
tugasan tersebut menuntut kami mengkaji sejauh manakah keberkesanan usaha-
usaha yang telah dilaksanakan kerajaan bagi mengekalkan perpaduan di Malaysia dan
kedua menggunakan pengurusan grafik bagi menjelaskan punca-punca perpaduan
dalam kumpulan etnik di Malaysia lambat berkembang. Kesemua tugasan tersebut
haruslah dijalankan secara bertiga justeru saya memilih untuk bekerjasama bersama
Mahalaxmi Diandra dan Tamilselvem bagi melengkapkan tugasan ini.Semasa proses
taklimat berlangsung, terdapat beberapa perkara mngenai tugasan ini yang tidak kami
fahami,namun setelah sesi perbincangan dan penerangan olehEncik Amaran,kami
semua akhirnya mempunyai gambaran yang jelas mengenai apa yang kami perlu
lakukan.
Tugasan yang pertama ialah membincangkan sejauhmanakah usaha yang
dijalankanoleh kerajaan Malaysia untuk mengeratkan hubungan etnik .Langkah
pertama yang kami lakukan ialah mendapatkan maklumat melalui pembacaan dari buku
dan internet.Hasil daripada pembacaan ,saya dapati bahawa walaupun terdapat sedikit
kepincangan yang berlaku dalam perpaduan di Negara kita ,usaha-usaha kerajaan
yang dilakukan kerajaan masih saya rasakan bernas.Namun demikian dari segi
pelaksanaan ,ia perlu lebih proaktif. Tugasan pertama ini tidak melibatkan banyak
masalah kerana tajuk ini pernah kami bincangkan dalam sesi tutorial bersama
pensyarah.

Tugasan yang kedua pula menuntut kami menggunakan kemahiran pengurusan


grafik kami untuk menjelaskan punca-punca perpaduan di Malaysia lambat
berkembang.

Pengalaman melaksanakan kerja kursus ini sangat bermakna kerana ia


membuka mata saya mengenai kepentingan perpaduan di negara kita.Oleh kerana
proses memperkukuhkan perpaduan itu sukar dikecapi,kita sebagai rakyat yang prihatin
akan keharmonian Negara patut lebih menghargainya.

Anda mungkin juga menyukai