Anda di halaman 1dari 12

ISI KANDUNGAN

TUGASAN 1............................................................................................................ 2
1.0 PENGENALAN................................................................................................... 2
2.0 ISU SEMASA BERKAITAN GURU........................................................................2
2.1 ULASAN DAN RUMUSAN BERKAITAN ISU DI ATAS.............................................2
BEBAN TUGAS GURU MASA KINI......................................................................2
3.0 LAMPIRAN........................................................................................................ 2
KERATAN AKHBAR ISU BEBAN KERJA GURU.....................................................2
BIBLIOGRAFI........................................................................................................... 2

1
TUGASAN 1

1.0 PENGENALAN

Pendidikan mementingkan aspek kualiti dan kecemerlangan seseorang individu.


Kewujudan pendidikan yang berkualiti akan mengangkat martabat individu
seseorang. Dalam mencapai usaha untuk memnuhi pendidikan berkualiti, kualiti
seorang guru itu harus dititikberatkan. Perkembangan dalam dunia memberi cabaran
yang hebat kepada guru dalam membentuk peribadi diri dan murid agar menjadi
seorang insan yang berguna. Sama ada sedar atau tidak sedar, seorang guru itu
memikul satu tanggungjawab yang besar dalam melahirkan seorang insan yang
dapat membantu negara menjadi lebih baik.

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik bersedia


menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang
bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
(Falsafah Pendidikan Guru)

Jadi matlamat pendidikan guru adalah menghasilkan guru berkualiti dari segi
peribadi, professional sosial dan amalan tingkah laku yang baik. Guru juga
diharapkan boleh menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan. Malah
harapan yang tinggi berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian
tuntutan wawasan pendidikan dalam abad ke 21. Oleh itu guru seharusnya memiliki
sahsiah yang sewajarnya.

Guru adalah seorang yang profesional. Ini bermakna guru adalah seorang yang
mendapat latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang
diceburi serta ada kod etika yang tersendiri. Menurut Ornstein dan Levine (1993),
konsep profesional merujuk kepada ciri ciri yang terdapat dalam kalangan ahli
suatu profesion. Antara ciri ciri yang telah dinyatakan adalah cekap dan
mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi dan adanya
kod etika yang mengawal tingkah laku ahli.

2
Berdasarkan ciri-ciri profesion secara ringkas konsep profesionalisme sebagai
suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan
dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab
dan bermoral tinggi, mempunyai outonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang
ditentukan oleh organisasinya. Keprofesionalisme guru amat penting dalam bidang
pendidikan. Pendidikan merupakan institusi yang dipertanggungjawabkan untuk
menyediakan masa hadapan. Sistem pendidikan harus dirancang dengan teliti
supaya sesuai dengan kemungkinan cabaran yang bakal timbul kelak.

Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu


menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik
generasi yang akan menerajuai negara ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan
mengenai method-method pendidikan harus diperkemaskan dari semasa ke semasa
. Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum
berkenaan, guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik.

Sehubungan dengan kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus-kursus


pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan
Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti
Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme
Keguruan. Kursus-kursus pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang guru
untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang
kian mencabar dan kompleks ini. Memandangkan keperluan pendidikan untuk
menyokong usaha-usaha kerajaan, maka profesion keguruan diharapakan dapat
membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran
(Rohani Abdul Hamid,1998).

3
Dalam sesebuah organisasi memerlukan barisan kepemimpinan bagi
mengetuai organisasi tersebut mencapai matlamat dan tujuan yang dikehendaki.
Dalam sesebuah organisasi biasanya terdiri daripada tiga peringkat iaitu pengurus
barisan hadapan, pengurus pertengahan dan pengurus bahagian operasi. Individu
yang bertanggungjawab dalam menggubal matlamat dan memutuskan sesutau
keputusan dalam organisasi adalah terletak di barisan pengurus hadapan iaitu
individu-individu yang bertanggungjawab dalam memimpin organisasi menuju arah
yang betul seiring dengan matlamat yang ingin dicapai. Jika sesebuah organisasi
dipimpin oleh individu yang salah, maka kebarangkalian organisasi tersebut akan
jatuh adalah tinggi.

Hal ini kerana, aspek kepemimpinan dalam sesebuah organisasi merupakan


aspek terpenting kerana pemimpin adalah orang utama yang menentukan hitam
putih organisasi di bawahnya. Kepemimpinan dapat dilihat dari dua aspek iaitu
sebagai sebuah proses dan sebuah seni. Kepemimpian sebagai sebuah proses
menurut J. Robert Clinton dalam Fauziyah Mastuti (2009) adalah sebagai suatu
proses yang kompleks dimana seseorang mempengaruhi orang-orang lain untuk
menunaikan suatu misi, tugas, atau tujuan dan mengarahkan organisasi yang
membuatnya lebih kohesif dan koheren." Mereka yang memegang jabatan sebagai
pemimpin menerapkan seluruh atribut kepemimpinannya (keyakinan, nilai-nilai,
etika, karakter, pengetahuan, dan keterampilan).

Maka seorang pemimpin berbeza dari majikan, dan berbeza dari pengurus.
Seorang pemimpin menjadikan orang-orang ingin mencapai tujuan dan sasaran
yang tinggi, sedangkan seorang majikan menyuruh orang-orang untuk menunaikan
suatu tugas atau mencapai tujuan. Seorang pemimpin melakukan hal-hal yang
benar, sedangkan seorang pengurus melakukan hal-hal dengan benar (Leaders do
right things, managers do everything right). Kepemimpinan sebagai sebuah seni
adalah "seni membuat peta keinginan tentang masa depan organisasi, dan
kemampuan menerjemahkan peta tersebut menjadi suatu kerangka keinginan yang
nyata, serta kekuatan atau kuasa menggunakan segala sumber untuk
melaksanakan peta tersebut menjadi produk yang berdaya-guna.

4
2.0 ISU SEMASA BERKAITAN GURU

2.1 ULASAN DAN RUMUSAN BERKAITAN ISU DI ATAS

BEBAN TUGAS GURU MASA KINI

Berdasar keratan akhbar ini jelas ternyata tugas guru kian bertambah
mengikut peredaran masa. Dalam usaha untuk merealisasikan falsafah pendidikan
itu, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan pada tahun 1982
manakala Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) mula dilaksanakan pada
tahun 1988. Kini, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan bagi
menggantikan KBSR. Pelaksanaan KBSR, KBSM dan kini, KSSR menuntut para
guru untuk bekerja keras bagi merealisasikannya.

Tanggungjawab dan beban kerja guru yang semakin bertambah


menyebabkan guru memainkan bermacam jenis peranan. Dalam menjalankan tugas
sebagai pendidik, guru perlu membuat perancangan pengajaran, persediaan alat-
alat mengajar, meneyemak buku murid, menanda kertas peperiksaan, menghadiri
mesyuarat serta kursus. Selain itu, guru menjalankan tugas-tugas perkeranian
seperti urusan buku teks, hal ehwal kebajikan murid, disiplin murid, akaun persatuan
dan kelas, kegiatan sukan dan kokurikulum.

5
Beban tugas yang banyak ini menyebabkan guru semakin tertekan dan
mengalami tekanan emosi. Penambahan beban tugas ini sudah tentu akan
membawa kesan kepada mutu dan kualiti pengajaran guru.

Beban tugas didefinisikan sebagai tanggungjawab yang mesti dipikul dan


dilakukan oleh para guru sama ada tanggungjawab di dalam bilik darjah ataupun
diluar bilik darjah untuk menyelesaikan kerja-kerja sekolah. beban tugas ini boleh
diukur dengan melihat jumlah masa yang diperuntukkan untuk menyelesaikannya.

Berdasarkan soalan tugasan ini saya ingin mengaitkan isu ini berkaitan
akauntabiliti guru dan beban tugas yang semakin mencabar, Akauntabiliti bermakna
tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru.
Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan tanggungjawab
guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang
guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar diri
guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negar , dan profesion keguruan amnya. Ia
juga bermaksud perlu melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh pengetua atau
guru besar mengikut masa yang telah ditetapkan.

Menurut Tan Sri Ahmad Sarji , konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk
memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi
kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut .
Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan keperluan untuk memberikan
justifikasi dan menerima keberrtangungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang
telah diambil.

Pada pandangan saya, isu ini tidak akan pernah selesai kerana walaupun isu
ini telah lama dibangkitkan, namun sehingga kini isu ini masih diperkatakan. Hal ini
jelas menunjukkan bahawa usaha-usaha yang telah dilakukan masih tidak mampu
untuk menyelasaikan masalah ini. Isu ini juga tidak akan selesai kerana sistem

6
pendidikan yang sentiasa berubah serta keperluan pendidikan yang semakin
meningkat dan harus dipenuhi.

Namun seorang guru haruslah mempunyai akauntabiliti dalam setiap tugas


yang diamanahkan , misalnya menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik
darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru
juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid
berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap
adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani,
emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain.

Pembahagian kerja merupakan perkara yang penting dalam aspek kawalan


dan pengurusan bagi menganalisis tugas dan pembahagian kerja secara terperinci,
kemudian membandingkan dengan kemampuan seorang pekerja untuk
melaksanakan tugas itu dengan terperinci. Gabungan antara tugas dan kemampuan
bertujuan mewujudkan kecekapan (Abdul Shukur Abdullah, 1991). Guru Besar dan
pentadbir perlu berbincang dalam pembahagian tugas kepada guru-guru agar
pembahagian kerja tersebut adil dan mengikut kemampuan guru tersebut.

Penggunaan ICT dapat meringankan beban guru di sekolah. ICT digunakan


bagi memudahkan urusan pentadbiran, memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran serta menyelaras aktiviti dan program. Semua maklumat lengkap
berkaitan pelajar boleh disimpan menggunakan perisian Google Drivel. Selain itu,
ICT juga digunakan untuk mewujudkan pengkalan data soalan, kandungan
pengajaran dan pembelajaran, persediaan pengajaran dan kandungan pengajaran.
Hal ini dapat mempercepatkan masa dan meringankan beban guru.

7
Secara ringkasnya, untuk menjadi seorang guru yang professional, seseorang
itu haruslah berpengetahuan dan berketerampilan dalam pedagogi dan kandungan
mata pelajaran yang diajarnya, di samping menguasai pengetahuan pedagogi
pelajar. Di samping itu, seorang guru yang baik sentiasa mengamalkan nilai-nilai
keguruan dan etika profesion keguruan.

Seorang guru yang baik juga haruslah mempunyai sikap terbuka dan sedia
berubah demi untuk kebaikan diri sendiri dan masyarakat, sanggup menerima
kritikan dan tidak mudah naik angin jika ditegur oleh sesiapa sahaja walaupun murid
sendiri. seorang guru yang baik tidak akan mudah melenting dan sedia untuk
berbahasa jika mendapat kritikan yang berlawanan dengan fahaman dan
pengalaman diri. Seorang guru yang baik dapat mengubah dan mengawal situasi
dalam masa yang terpantas. Di dalam kelas, guru yang baik dapat menguasai
kemahiran momunikasi dan interpersonal. Selain itu, seseorang itu harus cekap
melaksanakan kurikulum persekolahan secara berkesan dan bermakna. Maka,
seseorang itu mempunyai ciri-ciri guru yang professional.

Sebagai kesimpulan, guru memainkan peranan yang proaktif bagi memdidik


generasi yang akan datang agar generasi muda dapat menerajui kepimpinan negara
pada masa yang akan datang. Oleh hal yang demikian, guru ibarat lilin yang
membakar diri dan menerangkan orang lain. Guru mencorakkan generasi yang
berkain putih dengan pelbagai nilai murni. Jadi, dengan adanya benteng moral yang
ampuh, maka, mereka dapat menjauhi diri daripada melibatkan diri dalam gejala
sosial yang semakin berleluasa di dalam negara kita.

8
3.0 LAMPIRAN
KERATAN AKHBAR ISU BEBAN KERJA GURU

Saudara Norhisyam Mohamad, yang mewakili Pemuda UMNO Bahagian Kuala


Kedah (Berita Harian 2 April 2010) mengesyorkan supaya jawatankuasa yang
ditubuhkan ini mendapatkan laporan daripada akar umbi supaya apa yang
sebenarnya berlaku dapat diketahui dengan lebih tepat. Saya amat bersetuju
dengan saranan beliau sebab sekiranya laporan daripada Guru Besar, Pengetua,
PPD atau JPN kadang-kadang tidak begitu tepat. Mereka cuba menyembunyikan
apa yang sebenarnya berlaku kerana hal tersebut akan memberikan implikasi buruk
kepada mereka sendiri, seolah-olah mereka tidak buat kerja. Lalu laporan yang
sampai adalah sentiasa baik belaka.

9
Tokoh-tokoh akademik juga mengesyorkan supaya jawatan pembantu guru
diwujudkan (BH 2April 2010). Kewujudan jawatan ini akan dapat mengurangkan
beban tugas pengkeranian yang semakin bertambah dalam kalangan guru. Kalau di
negara maju, ramai sukarelawan yang dibenarkan menjalankan tugas membantu
guru dalam sekolah. Anggota polis, bomba dan lain-lain jawatan dibenarkan masuk
ke sekolah dan memberikan khidmat mereka mana yang sesuai, dan sekali gus
dapat membantu meringankan beban tugas guru. Ibu bapa juga digalakkan masuk
ke sekolah bagi membantu guru, seperti membantu dalam pusat sumber dan
sebagainya.

Kementerian Pelajaran Malaysia perlu mengambil langkah proaktif dalam


memperkenalkan kaedah ini. Mungkin satu sistem atau mekanisme tertentu dapat
diwujudkan oleh KPM selepas jawatankuasa yang ditubuhkan ini mendapat
maklumbalas yang terperinci mengenai masalah yang berlaku. Pihak sekolah juga
perlu proaktif dan inovatif bagi mencari jalan penyelesaian, kemungkinan melalui
PIBG, ahli-ahli PIBG yang mempunyai kemahiran dalam bidang-bidang tertentu
dapat menyumbang tenaga bagi membantu guru. Dalam hal ini, pihak sekolah juga
perlu memainkan peranan bagi mendekatkan sekolah dengan masyarakat. Kini apa
yang berlaku adalah terdapat jurang antara sekolah dengan masyarakat, pihak
sekolah sendiri agak terasing dan terpencil dengan masyarakat sekelilingnya. Kita
harus sama-sama memikirkan bagaimana sekolah dan masyarakat dapat
digembelingkan dalam usaha membantu mengurangkan beban tugas guru.

10
BIBLIOGRAFI

Abdul Ghani Abdullah. (2010). Transformasi kepimpinan pendidikan. Batu Caves: PTS
Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Abdul Ghani Kanesan Abdullah. (2005). Kesan amalan pengupayaan dalam pengajaran
pembelajaran terhadap pertambahan beban dan persekitaran kerja guru.
Educational Management and Leadership Journal, Institut Aminuddin Baki, Ministry
of Education. Vol. 15, 19-30.

Bakhtiar Mansor (1993), Perguruan:Satu Perspektif Perkembangan Kerjayadalam


Jurnal Pengurusan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.

Muhammad Fuad Razali (2010), Beban Tugas Guru Cahaya Menanti di Hujung
Terowong, Pendidik Jun 2010.

Muhammad Fuad Razali (2010), Tugas Rencam Bebankan Guru, Pendidik Jun
2010.

Muhammad Fuad Razali (2010), Kemahiran Pengurusan Maklmat Bantu Kurang


Beban Guru, Pendidik Jun 2010.

Muhammad Fuad Razali (2010), Susun Semula Tugas Perkeranian, Pendidik Jun
2010.

Mohamed Nor Che Nor (1990). Asas-Asas PendidikanSatu Pengenalan. Flo


Enterprise Sdn. Bhd. Petaling Jaya, Selangor.

Mok Soon Sang, (1996). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan


Budiman.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, Asas Kepimpinan dan
Perkembangan Profesional Guru, 2010, Kuala Lumpur terbitan Oxford Fajar
Sdn Bhd

Syed Ismail Bin Syed Mustafa, Ahmad Subki Bin Miskon,(2010) Asas Kepimpinan
dan Perkembangan Profesional Guru, , Kuala Lumpur terbitan Multimedia Sdn Bhd.

Yazid Abdul Manap (2001), Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab


Bersama, dalam Bestari Koleksi Guru Johor, JPN Johor, hlm 15 33.

11
12

Anda mungkin juga menyukai