Anda di halaman 1dari 9

Hegemoni Barat

Pengenalan
Hegemoni berasal daripada perkataan Inggeris iaitu Hegemony yang
membawa maksud pengaruh atau penguasaan. Istilah asal adalah dari Yunani iaitu
hegeisthai. Konsep hegemoni digunakan oleh ahli sosiologi untuk menjelaskan
tentang fenomena terjadinya usaha untuk mempertahankan kekuasaan. Menurut
teori Gramsci (1891-1937) hegemoni dikaitkan dengan hubungan antara kelas
masyarakat yangtertentu dimana unit yang dominan akan memonopoli unit yang lain
dari segi ekonomi, budaya dan moral. Hegemoni Barat bermaksud pengaruh Barat.
Globalisasi adalah diambil daripada perkataan Inggeris iaitu globalization yang
membawa maksud menyeluruh. Secara teknikalnya perkataan ini membawa maksud
dunia tanpa sempadan, dunia sebagai satu kampung, ataupun maklumat di
hujung jari. Ini kerana segala maklumat berada di hujung jari manakala semua
perbincangan dan transaksi perniagaan boleh dilakukan dengan begitu cepat dan
mudah melalui kecanggihan alat komunikasi dan teknologi terkini.

Globalisasi boleh ditakrifkan sebagai satu usaha mengubah nilai manusia


seperti cara berfikir dan cara bertindak yang dilakukan oleh satu daerah dunia
kepada satu daerah dunia yang lain. Usaha globalisasi merupakan penerapan
ideologi, budaya dan cara hidup kuasa-kuasa besar. Ia adalah satu agenda bentuk
baru penjajahan Barat untuk menguasai negara lain dan dunia. Pada satu tahap
globalisasi dapat digelar westernization bertujuan memalingkan mentaliti manusia (
berkiblatkan Barat ) atau mengubah mentaliti ke arah mengagungkan Barat.

Nurcholish Majid mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses mengubah


kehidupan umat manusia kepada satu masyarakat sahaja. Modelski mentakrifkan
globalisasi sebagai satu proses penguasaan kuasa-kuasa besar terhadap
pembentukan pandangan dunia masyarakat antarabangsa dari segi ekonomi, politik
dan demokrasi. Kenichea Ohmea mentakrifkan globalisasi sebagai dunia tanpa
sempadan yang bertujuan mengubah dunia menjadi satu unit sahaja. Proses ini
dipermudahkan dengan adanya kemajuan dalam bidang teknologi untuk
memperluaskan lagi hegemoni Barat.

Faktor yang memberi sumbangan kepada kelahiran dunia global ialah


penciptaan alat komunikasi yang semakin canggih dari masa ke semasa yang bukan
sahaja canggih dari segi fizikal dan kegunaannya sahaja malah kos yang dilaburkan
untuk mendapatkan perkhidmatan atau memiliki peralatan itu semakin murah dari
masa ke semasa. Pencapaian teknologi informasi yang tinggi memberi sumbangan
yang amat besar kepada kelahiran dunia global pada hari ini. Tidak dapat dinafikan
penggalakan kepada elektonik dan lain-lain urusan yang kesemuanya menggunakan
perkhidmatan e- dalam kehidupan manusia hari ini akan menyemarakkan lagi
kesinambungan dunia global yang dijadikan pemangkin dalam perluasan hegemoni
Barat seantero dunia. Penciptaan dan pelancaran satelit yang kini mempunyai
keupayaan yang amat tinggi dan mempunyai kegunaaan yang amat besar dalam
dunia komunikasi antarabangsa.

Dalam masyarakat manusia global pada hari ini akan terjadi pola hubungan
sosial yang berbeza dari sebelumnya. Kemudahan berpindah dari satu tempat ke
satu tempat yang lain dengan mudah, jaringan komunikasi yang menjangkau setiap
pelusuk dunia akan mencipta komuniti global yang mewujudkan masyarakat yang
mudah mengenali antara satu sama lain walaupun mempunyai perbezaan budaya,
agama dan lokasi. Ahli-ahli sosiologi berpendapat dunia global telah menyebabkan
tembok-tembok yang membatasi pertembungan budaya telah dirobohkan.
Masyarakat telah dibawa kepada satu persekitaran keterbukaan budaya yang tidak
mengenal batas dan identity. Seluruh masyarakat akan menamakan diri mereka
warga dunia. Melalui media komunikasi moden, masyarakat yang berada di
Malaysia contohnya tidak perlu ke Amerika Syarikat semata-mata untuk mendengar
lagu-lagu barat kegemaran mereka. Peminat-peminat fesyen tidak perlu ke Paris
untuk melihat fesyen terbaru. Semuanya boleh didapati dihujung jari sahaja
sekarang ini. Hanya berbekalkan jaringan internet dan sentuhan di hujung jari
melayari youtube, facebook dan web dapat dilayari dengan mudah. Sfera dunia
semakin kecil. Kita semakin tidak sedar bahawa budaya manusia menjadi semakin
kompleks dan tidak menentu yang membuatkan sebahagian besar warga dunia
mengalami disorientasi nilai.

John Naisbit dan Patricia Aburdence berpendapat bahawa dunia sekarang


dibentuk oleh enam peradaban besar iaitu peradaban Barat, Cina, Jepun, Islam,
Hindu dan Amerika Latin. Konflik antara peradaban berlaku disebabkan beberapa
factor antaranya ialag latarbelakang sejarah, bahasa, budaya dan agama.
Perbezaan peradaban agama melahirkan pandangan manusia terhadap hubungan
dengan Tuhan, individu dan kelompok, warga dan negara, orang tua dan anak,
suami dan isteri, hak dan kewajipan serta kebebasan dan kekuasaan. Perbezaan ini
merupakan hasil proses kehidupan yang telah berabad-abad lamanya dan tidak
mudah hilang dengan sewenang-wenangnya. Proses modenisasi ekonomi dan
social menyebabkan masyarakat hilang identiti serta melemahkan negara bangsa
mereka. Sebahagian daripada pelopor agama dunia dicap sebagai fundamentalis
kerana menentang modenisasi barat. Sebahagian masyarakat dunia mula berpaling
kepada peradaban bukan barat. Manusia semakin banyak menunjukkan
kecenderungan untuk kembali ke Asia. Kekuasaan barat terpaksa berhadapan
dengan peradaban Jepun yang semakin berkeinginan untuk membentuk dunia
dengan cara mereka dan menjadikan peradaban mereka sebagai peradaban dunia.
Regionalisme ekonomi semakin meningkat. Masyarakat Eropah bersandarkan
kepada landasan budaya Barat Berjaya mewujudkan perdagangan pasaran bebas
dengan sokongan Kanada dan negara-negara Amerika Selatan sebaliknya Jepun
menghadapi kesuitan dalam mencipta entiti ekonomi kerana masyarakat Jepun
masih terasing dengan negara-negara Asia yang lain. Perbezaan agama dan
budaya Jepun menghalang integrasi nasional Asia seperti yang tercapai oleh
Eropah.

Konflik dunia yang berlaku hari ini banyak bergantung kepada konflik politik
global. Kemelut kemanusiaan pada saat yang laing kritis dan tragis. Pembersihan
etnik di Kosovo, kemelut pencemaran alam, penaklukan Amerika Syarikat ke atas
Iraq, perang saudara yang terus menerus dan pelonggaran hak asasi manusia
adalah merupakan permainan pengaruh politik kuasa-kuasa besar dunia.
Kekuasaan barat berada pada puncak luar biasa dalam hubungannya dengan
peradaban lain. Kekuatan tenteranya tidak dapat ditandingi. Ia mendominasi
lembaga politik dan keamanan antarabangsa. Masalah-masalah politik dan
keamanan global secara totalnya dikuasai Amerika, Inggeris dan Perancis.
Keputusan Dewan Keamanan PBB yang mencerminkan kepentingan barat
dikemukakan sebagai cerminan dari keinginan masyarakat dunia keseluruhannya.

Dominasi Barat atau Dewan Keamanan PBB serta keputusannya hanya


sekali sekala diganggu oleh Cina yang ternyata tidak begitu memberi kesan seperti
yang sepatutnya. Amerika Syarikat masih Berjaya memujuk Dewan Keamanan PBB
menuntut Libya menyerahkan orang-orang yang dicurigai melakukan pengeboman
dan menguatkuasakan serangan ke atas Iraq atas alas an penggunaan tenaga
nuclear.

Idea barat tentang individualism, Liberalisme, pemerintahan berdasarkan


hokum, demokrasi, pasaran bebas, pemerintahan diasingkan dari gereja (agama)
akhirnya telah tercipta imperialism terhadap hak-hak asasi manusia dan reformasi
nilai-nilai masyarakat setempat.

Pemimpin Turki dihujung abad ke 20 telah mengikuti tradisi Kamal Attartuck


serta mendefinisikan semula Turki sebagai negara sekular dan Turki disatukan
dengan barat dalam perjanjian NATO serta perang teluk. Politik secular barat telah
menular tanpa dibatasi atas nama negara moden. Idea-idea masyarakat dunia telah
dijajah dan akhirnya berlaku kolonialisme bentuk baru.

Kerancakan globalisasi akhir-akhir ini menyebabkan falsafah social barat


telah berkembang pesat dikalangan masyarakat dunia. Falsafah kebendaan ini
mengajar kehidupan yang mengosongkan perkiraan dan pertimbangan daripada
kehidupan beragama. Kemajuan yang dianjurkan adalah kemajuan material iaitu
pencapaian dan perolehan kesenangan di dunia yang bergantung kepada tuntutan
nafsu. Manusia moden ternyata hilang aspek kawalan moral dan terjebak dalam
cinta kepada kebendaan. Gejala social Barat semakin bercambah meliputi pelbagai
aspek kehidupan falsafah sosial barat. Globalisasi menyalurkan cerita-cerita
memberansangkan, kecenderungan seksual, menjaga iklan gaya hidup barat serta
membawa bersamanya kemudahan amalan rasuah dan riba.

John Naisbit dan Patricia Aburdence dalam Megatrends 2000 menyatakan


bahawa telah berlakunya kesamaan gaya hidup masyarakat dunia dalam abad ke 21
apabila diperhatikan kepada globalisasi 3F (Food, Fashion and Fun). Sebagai
contoh makanan dan minuman yang menjadi kegemaran daripada pelbagai daerah
adalah resepi Kolonel Sanders dari Kentucky Fried Chicken. Kanak-kanak sekarang
lebih berminat kepada McDonalds atau Pizza Hut daripada sajian tempatan. Coca-
cola, Pepsi menjadi begitu rapat dengan remaja. Ringkasnya makanan dan
minuman ala barat telah menjadi kegemaran masyarakat dunia tanpa timbulnya
persoalan dan rasa sangsi di kalangan umat Islam.

Kota-kota besar seperti Paris, New York dan Milan Berjaya menentukan
perubaha fesyen pakaian masyarakat antarabangsa. Majalah model France Elle
dicetak dalam 16 edisi antarabangsa dan antara pelanggan yang terkemuka ialah
wanita Kuwait dan Arab Saudi. CNN dan stesyen televisyen terkemuka sentiasa
melaporkan model-model terbaru dengan bantuan teknologi komunikasi moden dan
sangat mendapat perhatian di seluruh dunia. Pereka-pereka fesyen tempatan galak
meniru fesyen-fesyen barat walaupun ianya jelas bercanggah dengan tuntutan
Islam. Dunia hiburan telah menjadi perniagaan antarabangsa. Industri filem dan
muzik telah dikuasai sepenuhnya oleh peradaban barat yang terkandung di
dalamnya nilai-nilai negative yang melalaikan manusia untuk menumpukan tumpuan
terhadap tuntutan agama. Menurur Berger The Sacred Canopi (1991), manusia
moden telah hilang keseimbangan yang kritikal yang kemudiannya menumbuhkan
naluri kehaiwanan dalam dirinya. Manusia moden berjaya mencipta berhala-berhala
baru yang mana kekuatan agama tidak berjaya untuk menarik perhatian. Televisyen
mampu menjadi berhala-berhala tersebut bagi anak-anak yang masih lagi
memerlukan bimbingan. Mereka tidak lagi berguru kepada ibubapa atau guru kerana
rumah mereka telahpun dilengkapi dengan internet dan pelbagai media elektronik
yang canggih. Melalui televisyen dan media elektronik maka berlangsungnya proses
pembunuhan budaya.

Dengan kejayaan ini, secara tidak langsung mengukuhkan lagi ekonomi


negara barat.

Fenomena penguasaan negara kecil dan lemah oleh negara yang besar
bermula sejak Zaman Imperialisme. Apabila berlakunya peningkatan taraf hidup
manusia yang sejak azalinya memang tidak akan puas dengan apa yang dikecapi
maka manusia mula tamak dan memikirkan cara untuk menjadi lebih berkuasa.
Penguasaan dan penjajahan adalah berbeza bentuk dan tujuan penguasaan dari
masa ke semasa berdasarkan kepada situasi dan kehendak semasa.

Hegemoni Barat telah dimulakan sejak berabad lamanya tetapi bentuk


penghegemoniannya adalah berbeza antara dulu dan kini. Manifestasi hegemoni
Barat ke atas benua Amerika, Asia dan Afrika sebelum ini adalah dalam bentuk
penjajahan dengan tiga matlamat utama iaitu Gold, Gospel dan Glory. Dasar ini
dijalankan hamper 500 tahun dengan mengaut banyak sumber asli dan tenaga
manusia. Kini hegemoni Barat iaitu pemapanan elemen peradaban Barat secara
global.

Walaubagaimanapun terdapat pandangan dari kalangan ahli sejarah


menyatakan bahawa globalisasi blok Barat telah bermula selepas kejatuhan Islam di
Sepanyol lagi. Ketika itu pengetahuan dan ilmu-ilmu Islam yang lama bertapak di
sana telah dibawa balik ke Barat diaplikasikan secara keseluruhannya dan
dilabelkan dengan jenama baru. Segala hasil tulisan dalam bahasa Arab dirampas
dan dibawa menaiki kapal dimana para ilmuan Barat membuat terjemahan dan
kitab-kitab ilmu Islam telah dibuang ke laut. Laut Hitam ialah laut yang telah
menguburkan semua kitab-kitab itu. Laut itu menjadi hitam kerana kesan dakwat
daripada buku-buku tersebut.

Proses pengglobalisasi ini telah berjalan dengan lancar tanpa banyak


halangan kerana tiada lagi persaingan. Ini ditambah dengan kemudahan
pengangkutan dan perhubungan yang ada hingga hari ini memudahkan lagi
pengaliran nilai-nilai globalisasi Barat ini.

Kini hegemoni barat bertindak dengan lebih drastik menguasai negara-negara


lain dari pelbagai sudut penguasaan seperti politik, ekonomi, budaya, pemikiran,
perundangan, teknologi, pendidikan dan lain-lain. Baru-baru ini penguasaan dari
sudut ketenteraan dapat dilihat dan dilakukan ke atas negara yang tidak sehaluan
dengan mereka. Sasaran terkini konspirasi mereka ialah agama Islam dan seluruh
umatnya.

Blok Barat yang diterajui Amerika Syarikat dan sekutunya telah menjalankan
agenda hegemoni mereka untuk mendominasi dunia jelas dapat diperhatikan melalui
polisi yang diamalkan oleh mereka. Antara tiga polisi yang diamalkan oleh Barat ke
atas bukan Barat ialah usaha Barat mengekalkan keunggulan militari melalui dasar
dan perjanjian senjata nuklear, biologikal, dan kimia yang berat sebelah, usaha
mempromosikan hak asasi manusia dan demokrasi ala Barat serta menjaga integriti
negara-negara bangsa Barat dengan menyekat kebanjiran imigran ke Barat.
Jeffrey F Bennet telah merumuskan ciri-ciri dominasi Tamadun Barat ke atas
dunia sejagat. Antara kelebihan Barat ialah memiliki system perbankan
antarabangsa bertaraf dunia iaitu IMF (Internati) , World Bank dan bank-bank
gergasi antarabangsa.

Barat juga mengawal matawang utama dunia iaitu US dollar yang digunakan
sebagai pengukur nilai mata wang antarabangsa. Mereka juga menghasilkan
pelbagai jenis barangan dan ini secara tidak langsung menjadikan Barat sebagai
pasar dan juga pelanggan barangan utama dunia. Jika diperhatikan mereka
mengeksport pelbagai barangan perindustrian, pertanian, pembinaan dan pelbagai
lagi dan ini menjadikan mereka Berjaya untuk mendominasi pasaran antarabangsa.
Lihat sahaja di negara kita, pelbagai barangan dari luar negara yang melekat di hati
rakyat Malaysia seperti KFC, Macdonald, Coca cola, dan seumpamanya. Dari segi
kepimpinan moral dunia juga Barat dilihat sebagai contoh yang terbaik melalui
propaganda mereka yang disalurkan melalui pelbagai saluran media.

Barat menunjukkan keprihatinan mereka dengan menawarkan bantuan


ketenteraan kepada negara-negara yang berperang. Memandangkan agenda baru
mereka ialah menghapuskan Islam maka, bantuan ketenteraan biasanya diberikan
kepada negara yang ingin memerangi negara Islam. Memandangkan Barat
mendominasi pengetahuan dan perkembangan sains dan teknologi, mereka
berupaya mengawal laluan maritime antarabangsa. Dengan kemajuan sains dan
teknologi mereka mampu untuk mengadakan kajian penyelidikan dan pembangunan
teknikal terkemuka di dunia. Jika diperhatikan Barat juga mendahului dari segi
penerokaan angkasa lepas. Bukan itu sahaja teknologi maklumat mereka juga lebih
terkehadapan beratus tahun berbanding negara Timur.

Mereka juga mendominasi dunia dari segi bahasa komunikasi. Ini dapat
diperhatikan sekarang bahawa kebanyakan negara menggunakan Bahasa Inggeris
sebagai bahasa utama dan bahasa kedua. Segala urusan antarabangsa dalam
semua bidang seperti politik, ekonomi dan social akan menggunakan bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantara utama. Selain itu, mereka juga mengawal
penciptaan dan pembangunan senjata nuclear, biological dan kimia melalui
perjanjian non-poliferation senjata terhadap negara-negara lain yang disebut istilah
obligatory compliance.

Melalui media antarabangsa juga Barat memainkan peranan penting dalam


menanamkan perasaaan takut manusia terhadap Islam dengan momokan seperti
penggganas, poligami dan sebagainya. Gambaran ini dapat diperhatikan melalui
kenyataan Profesor James Kurt, Senior Fellow at US Foreign Policy Research
Institute yang menggambarkan hasrat Amerika Syarikat untuk mendominasi dunia
Islam.

Amerika Syarikat dan sekutunya telah bertindak sebagai kuasa penjajah baru
yang mengancam keselamatan dunia Islam dan juga mana-mana negara yang tidak
seangkatan dengannya. Campurtangan Amerika untuk menjatuhkan Marcos di
Filipina dan Saddam Hussein di Iraq atas nama reformasi rakyat sehingga
mencetuskan Perang Teluk dan menggunakan platform Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB) untuk menyokong tindakannya menyerang bumi Iraq.

Dalam melaksanakan dasar luarnya, Amerika Syarikat sering menggunakan


prinsip hak asasi manusia sebagai pendekatannya dan sering menghukum negara-
negara lain dengan membatalkan bantuan yang diberikan dalam usaha
mempengaruhi negara-negara berkenaan supaya lebih berperikemanusiaan
terhadap rakyatnya sendiri. Amerika Syarikat juga menyebarkan ideology liberal
demokrasi dan pasaran bebas yang diamalkan olehnya kepada negara-negara lain,
khususnya negara-negara membangun. Pemberian bantuan ekonomi kepada
negara-negara bermasalah melalui Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF)
sebenarnya adalah percubaan Amerika Syarikat dalam memperluaskan
hegemoninya melalui liberalisasi pasaran. Ini bermakna mana-mana negara yang
mengamalkan cara dan system yang bertentangan dengan kehendak Amerika
Syarikat akan dapat dibendung dengan mudah.

Sejak akhir-akhir ini, kebanyakan tindakan Barat khususnya Amerika didakwa


sebagai kempen memerangi keganasan atau disebut anti pengganas antarabangsa
yang menjadikan umat dan negara-negara Islam sebagai sasarannya. Sebenarnya
kempen anti pengganas mula menjadi perhatian seluruh dunia selepas peristiwa
serangan dasyat ke atas World Trade Centre (WTC), New York pada 11 September
2001. Pihak Amerika Syarikat dengan rasminya mengistiharkan perang terhadap
pengganas global. Umat Islam terus dilibatkan dengan pelbagai tohmahan dan
dakwaan yang mencemar imej Islam sebagai agama yang sukakan keamanan.
Penguasaan Barat terhadap media utama mempercepatkan lagi serangan
propaganda mereka terhadap ajaran agama, umat dan negara-negara Islam.
Mereka dilabelkan dengan pelbagai gelaran yang disamakan dengan pengganas
dan anti Barat. Barat dan media mereka kini melaungkan slogan pengganas Islam
bagi terus mengecap umat Islam sebagai pengganas.

Kesimpulan
Hegemoni Barat sejak berabad yang lampau telah banyak mempengaruhi
hala tuju dan dasar negara-negara tertentu khususnya yang pernah dijajah secara
fizikal oleh mereka. Segala kekayaan sumber asli yang diangkut dari negara-negara
tersebut telah diguna kembali untuk menguasainya dalam bentuk penjajahan yang
lain. Dasar globalisasi yang dipelopori Barat banyak memberikan kesan kepada
ketamadunan dunia yang meliputi politik, ekonomi, sosial, budaya, pendidikan dan
lain-lain lagi.

Bagi umat Islam, cara untuk menangani perkara ini perlulah dengan cara
Islam iaitu menghayati Islam sebagai satu cara hidup. Umat Islam perlu bijaksana
dalam menghadapi segala bentuk ancaman dan serangan yang timbul daripada
fenomena hegemoni ini. Ketahanan diri dengan nilai-nilai keagamaan dan keislaman
perlu dikukuhkan dan didampingi persekitaran politik, ekonomi dan sosial yang betul-
betul mengikut landasan Islam sambil berusaha mengembalikan era globalisasi
Islam pada zaman kebangkitan Islam dahulu. Hegemoni Barat melalui apa bentuk
sekalipun seperti globalisasi perlu ditangani dengan baik agar masyarakat dapat
dihindarkan daripada pengaruh dan corak hidup yang menyeleweng daripada nilai
keagamaan dan leka dengan kehidupan yang tidak bermoral.

REFLEKSI

Sepanjang menyiapkan tugasan yang diberi saya banyak mendapat input


tentang kejadian-kejadian dan sejarah meliputi pelbagai tamadun dan pertembungan
antara tamadun yang membawa kepada kemajuan teknologi dan peradaban dunia
pada hari ini. Dalam tempoh dua minggu yang disediakan untuk membuat tugasan
ini saya banyak membuat perbincangan bersama rakan sekelas dan pertukaran
pendapat dan idea banyak menyumbang kepada tugasan ini.

Berdasarkan tugasan ini saya sendiri terkesima dan dalam sudut hati yang
kecil berharap agar pembelajaran saya ini mampu mempertingkatkan diri saya
menjadi manusia yang berguna kepada manusia yang lain dalam menyampaikan
ilmu dan meningkatkan kesedaran kepada anak-anak didik yang lain agar mereka
sentiasa berpegang kepada jalan yang benar dalam mengharungi liku-liku
kehidupan yang makin mencabar dari hari ke hari. Jika tiada pegangan agama yang
kukuh, rosaklah generasi masa hadapan sekiranya tidak dikekang dari sekarang.

Lihat sahajalah sekarang berapa ramai golongan anak luar nikah yang
dilahirkan di muka bumi, berapa ramai umat Islam yang membazirkan wang untuk
membeli rokok, berlumba-lumba mendapatkan gajet terkini di pasaran, membazirkan
wang untuk memenuhi tuntutan duniawi tanpa disedari kita kurang memberi
perhatian kepada pengisian hati dan nurani. Dengan pengalaman dan sedikit
pengetahuan yang diperolehi sepanjang menyiapkan tugasan ini, dapatlah
dirumuskan bahawa sebagai umat Islam kita perlu menyeimbangkan kehidupan
dunia dan akhirat kerana dunia ialah perjalanan menuju akhirat ibarat kata pepatah
Kita Hidup Untuk Mati.

BIBLIOGRAFI

1. Amir A Rahman . (1991).Pengantar Tamadun Islam. Dewan Bahasa dan


Pustaka.

2. http://nidapink90.blogspot.com/2011/07/hegemoni-dan-globalisasi-barat.html

3. http://www.scribd.com/doc/47985185/Hegemoni-Barat-Dan-Globalisasi

4. Kassim Ahmad.(1994).Masa Depan Bangsa Melayu. Dewan Masyarakat

5. Ramli Awang, Mohd Nasir Ripin dan Zulkifli Haron. (2008). Tamadun Islam
dan Tamadun Asia. UTM

6. Z. Kasijan (1984) . Tinjauan Psikologis Larangan Mendekati Zina dalam Al


Quran. Panamas Sdn Bhd

Anda mungkin juga menyukai