Anda di halaman 1dari 8

SKRIP PENGACARA MAJLIS

MAJLIS GRADUASI DAN MINI KONVOKESYEN PRASEKOLAH SK LIDONG


2014

(1)
___________________________________________________________________________
Yang Berbahagia, Encik Ahamat Bin Hj Tangah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Lidong,
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
En. Asmara Bin Datu Yahya,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Pn. Rosita Binti Hj Muldan, Penolong Kanan Kokurikulum
En. Amirul Faiz Bin Abdul Raof, Guru Prasekolah,
Guru-guru, para pelajar yang dikasihi dan para hadirin sekalian sekalian.
Assalamualaikum wbt dan salam satu Malaysia.

(2)
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi,
Tuhan yang Maha Agung, Maha Tinggi
kerana dengan limpah kurniaNya serta kehendakNya jua
maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan,
dianugerahkan kesihatan, disempurnakan kewarasan akal,
didorong dan digerakkan minda dan deria rasa
untuk kita sama-sama berkumpul di Dewan Gemilang ini
bagi menyempurnakan
Majlis Graduasi Dan Mini Konvokesyen Prasekolah Sk Lidong 2014.

(3)
Memulakan majlis, satu penghayatan bersama...

Hadirin diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Negeri Sabah
dan Lagu SK Lidong.
*****

Terima kasih buat semua.

(4)
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis bermakna di pagi nan berbahagia ini,


kita mulakan dengan munajat doa memohon restu dari yang maha Esa.
Majlis mempersilakan adik Mohamad Shahzawan Bin Masli
bagi memimpin pembacaan doa.
Dipersilakan.

#########

Terima kasih atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi.


Semoga majlis nan berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.

(5)
Melilit rotan di dahan ara
Di celah angsana mekar sekata
Ucapan Aluan pembuka bicara
Bingkisan ucapan sepatah kata

Rakan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian,

Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya


mempersilakan Guru Prasekolah,
Encik Amirul Faiz Bin Abdul Raof
untuk menyampaikan bingkisan kata, ucapan alu- aluan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
##########
Majlis merakamkan sekalungan penghargaan
dan ucapan terima kasih kepada Guru Prasekolah
atas ucapan yang telah disampaikan.

(6)
Majlis dengan segala hormat
dan sukacitanya mempersilakan
___________________________________________________________________________
untuk menyampaikan bingkisan kata,
ucapan alu- aluan.
Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

##########
Majlis merakamkan sekalungan penghargaan
dan ucapan terima kasih kepada
___________________________________________________________________________
atas ucapan yang telah disampaikan.

(7)
Rakan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi,

Hari ini menanam jagung,


Dibawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan anak-anak penuh ceria

Seterusnya,
majlis dengan segala hormat dan sukacitanya
mempersilakan Yang Berbahagia,
En. Ahamat Bin Hj Tangah,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Lidong,
untuk menyampaikan bingkisan ucapan sekaligus
merasmikan Majlis Graduasi Dan Mini Konvokesyen
Prasekolah Sk Lidong 2014.
Dipersilakan.

#####
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan ucapan terima kasih kepada
Yang Berbahagia En. Ahamat Bin Hj Tangah.

(8)
Awan renjis citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Pelancaran majlis selesai sudah
Persembahan pelajar menyusul pula

Seterusnya, majlis mempersilakan _______________________________________________


dibawah pimpinan ___________________________________________________________
untuk ______________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
Dipersilakan.

####

Terima kasih diucapkan kepada


___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

(9)
Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian,
Ucapan sudah, perasmian pun sudah,sekarang tibalah
masanya untuk majlis penyampaian sijil dan cenderamata
bagi kanak-kanak Prasekolah SK Lidong 2014.
Majlis dengan segalanya sukacitanya
menjemput Yang Berbahagia
Encik Ahamat Bin Haji Tangah
dan diiringi Yang Dihormati
Encik Joseph Emus
Untuk penyampaian sijil dan cenderamata.
*************** ( nama di lampiran )

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada


Yang Berbahagia Encik Ahamat Bin Haji Tangah
di atas penyampaian sijil dan cenderamata itu tadi.

(10)
Tuan-tuan dan Puan-puan,

Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini, marilah


bersama-sama kita menyaksikan persembahan dari kanak-kanak Prasekolah yang bertajuk
___________________________________________________________________________
Dipersilakan.
************
(Persembahan).

Terima kasih kepada kanak-kanak Prasekolah


atas persembahan yang menarik sebentar tadi.

(11)
Hadirin yang dihormati,
Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih yang berterusan.
Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan.
Oleh itu, murid-murid yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan.
Semoga ini akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya
dalam mengejar ilmu dan cita-cita.

(12)
Dengan berakhirnya persembahan itu tadi
kami bagi pihak Prasekolah SK Lidong
mendoakan agar adik-adik akan terus berusaha
untuk memperoleh kejayaan dan kecemerlangan
pada masa hadapan.
Selamat melangkah ke Tahun Satu.

(13)
Terima kasih diucapkan
Bersyukur kini kami panjatkan,
Majlis anugerah telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
Segulung tahniah kami ucapkan.
Maka tibalah masanya
untuk kami selaku pengendali majlis
mengundurkan diri.
Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari
Memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata,
Terlampau cara sepanjang majlis ini berlangsung.
Majlis berakhir penuh syafaat
Menjadi ingatan sepanjang zaman
Amalan sepakat membawa berkat
Hidup beramal bertunjang iman.

(14)
Kalau ada jarum yang patah
Banyak kain tidak berjahit
Kalau ada silap dan salah
Jangan jadikan kenangan pahit

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T


dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami
sebagai makhluk Allah bernama insan.
Sekian wabillahi taufik..................

Majlis bersurai...
Pengumuman
*Ibu bapa dijemput ke atas pentas untuk sesi bergambar
bersama anak-anak*
*Ibu bapa dijemput ke belakang dewan untuk menikmati
sedikit jamuan*

Turutan Nama Graduasi Pelajar 6 Tahun


1. Aslizan Abdul Rahman
2. Mohd Akbar
3. Mohamad Ifan
4. Mohd Zoffan Bin Tampoi
5. Mohd Rasyad Faiz
6. Muhamad Jamalul Alam
7. Muhamad Evenly Bin Sapilin
8. Norazlin Binti Azmi
9. Siti Zulaikah Binti Jeffry
10.Jessica Jusik
11.Nurul Aswani Binti Miasin
12.Nur Najiha Najwa Binti Lawadi
13.Nur Mariatul Akma
14.Nur Ladyani