Anda di halaman 1dari 2

Tips Untuk Skor CGPA 3.

5 Ke Atas
Sepanjang Semester

Tidak ada rahsia besar yang perlu dibanggakan. Bahkan tidak perlu sama sekali untuk
memberikan tumpuan sepenuh masa hanya untuk menatap buku dan berada di perpustakaan
sepanjang hari untuk mendapat keputusan yang baik.

Kehidupan sebagai pelajar dikecapi dengan sepenuhnya dengan berbagai aktiviti bersama
kawan-kawan dari mula mengaji sehinggalah tamat pengajian. Pelajar semua boleh mendapatkan
keputusan yang sama jika mengamalkan petua mudah yang seperti di bawah:

Jangan sesekali ponteng kelas - Jangan sesekali ponteng kelas walaupun satu subjek
sepanjang pengajian dari mula sampai habis. Ini banyak membantu kita mempamerkan
keseriusan pada pensyarah dan mereka biasanya sentiasa suka menolong pelajar yang
serius nak belajar.

Pergi awal sebelum kelas bermula - Sentiasa berada di bangunan di mana kelas akan
diadakan sekurangnya 15 minit awal. Pastikan persiapan anda untuk belajar lengkap
segalanya bermula dari buku, kertas untuk menyalin nota dan alat-alat tulis.

Memberikan tumpuan pada pelajaran sampai faham - Tumpu pada pelajaran yang
diajar dan setiap kali tak faham, angkat tangan bertanya sampai faham. Selagi tak faham,
angkat tangan dan jika pensyarah ajar laju-laju, bangun dan tegur pensyarah agar
mengajar dengan rentak perlahan dan minta untuk ulang semula. Biasanya pensyarah
akan ulang semula dan jika perlu dia akan datang ke meja untuk mengajar saya.
Ajar sekurang-kurangnya pada 3 orang kawan sekelas - Sebenarnya ramai pelajar
yang tak faham langsung apa yang diajar oleh pensyarah tetapi mereka diamkan diri
berpura-pura faham. Saya tahu situasi itu dan biasanya saya akan terangkan pada mereka
yang tak faham tadi terutamanya kawan rapat sampai mereka faham sebelum balik.
Selagi mereka tak faham saya akan terangkan dan tidak akan balik selagi mereka tak
faham.

Jemput kawan ke bilik jika masih tak faham - Bila balik ke bilik, kebanyakkan dari
kita akan jarang mengulang kaji. Apa yang boleh di buat adalah ajak rakan-rakan yang
nak ulangkaji datang ke bilik dan belajar di situ. Sambil membaca, mereka belajar dan
jika tak faham, cuba fahamkan diri anda dahulu dan kemudian ajar mereka pula.

Bersukan setiap petang - Selesai solat asar, kalau boleh, jangan duduk dalam bilik untuk
belajar. Itu merupakan masa penting untuk sibukkan diri anda di padang. Sibukkan diri
anda dengan bermain tenis, sepak takraw, ping-pong, bola dan apa saja yang orang lain
main. Bersukan sampai berpeluh membuatkan diri kita letih dan lebih mudah untuk tidur
awal.

Bersolat jemaah Maghrib dan Isya' - Ini penting untuk tenangkan jiwa dan
mendamaikan hati. Waktu ini digunakan untuk berwirid dan berdoa agar Allah cerahkan
hati kita untuk memahami pelajaran.

Tidur awal - Pastikan untuk berehat tidur sebelum pukul 10 malam. Semua kerja rumah
atau ulangkaji akan dilakukan selepas waktu Isya' sampai selewatnya pukul 10. Tiada lagi
hiburan selepas waktu itu.

Bangun awal dan mulakan semula perjalanan sebagai pelajar dan ulang semula
semua yang diatas.

Kalau boleh, jangan sesekali belajar sampai lewat malam sama ada esok nak periksa atau tidak.
Pastikan anda sentiasa bersedia untuk menjawab soalan berdasarkan apa yang telah difahami
semasa belajar di kelas.

Kalau soalan yang perlu hafalan, jangan suka belajar seorang diri. Cari seorang kawan untuk
menjadi orang yang akan memegang buku dan bertanyakan soalan. Jawab soalan yang ditanya
sampai betul dan bertukar giliran sampai kedua-dua anda dan kawan anda faham.

Anda juga boleh mendapat keputusan yang bagus dalam pelajaran jika tidak tertekan dan ceria
sepanjang masa dengan menjadi seorang pelajar.

p/s: Harap informasi ini bermanfaat untuk anda, terutamanya kepada adik-adik yang
sedang menjalani peperiksaan SPM tahun ini =D
Sumber: PendapatAnda
Wa Allahu'alam..
Ditulis oleh: Admin Pada 7 November 2013

Anda mungkin juga menyukai