Anda di halaman 1dari 14

Siapa saya?

Dan, bagaimana saya Berjaya membina


bisnes cenderahati?

Hai. Nama saya Azhar Azman. Saya adalah seorang usahawan dan penulis yang menjalankan
pelbagai cabang bisnes dari rumah dan antara bisnes terawal dan yang masih saya jalankan
hingga sekarang adalah Bisnes Cenderahati.

Saya telah memulakan bisnes cenderahati ini hampir 10 tahun yang lepas ketika saya masih
bekerja dan pada masa itu saya hanya jalankan secara sambilan dari rumah. Sebelum itu banyak
juga bisnes telah saya ceburi tetapi bisnes cenderahati ini sememangnya satu bisnes yang saya
tidak boleh lepaskan, sebab mudah dan untungnya agak lumayan.

Saya Nampak potensi bisnes cenderahati ni semasa awal-awal saya memasuki alam pekerjaan
dulu. Masa tu saya bekerja disalah sebuah syarikat swasta dan saya lihat Syarikat tempat saya
kerja tu memang dah sediakan bajet yang besar tiap bulan dan tiap tahun untuk dapatkan
produk-produk cenderahati ni dari orang luar. Bukan sikit kurang-kurang setiap bulan melebihi
RM10,000.

Jadi apa yang terlintas difikiran saya masa tu, kenapa bukan saya yang buat bisnes ni dan dapat
supply produk-produk ni pada syarikat ni dan kalau dapat dari lain-lain syarikat atau orang lain
pun lagi la lumayan. Start dari tu saya terus buat kajian dan cuba-cuba buat bisnes ni. Tapi saya
pasarkan dulu dalam skala kecil, offer pada kawan-kawan dan saudara mara dulu. Lama-
kelamaan saya terus buat income lumayan dengan bisnes cenderahati ni.
Saya amat yakin nak buat apa pun perlu ada Ilmu, tanpa ilmu yang betul pasti kita tak akan
dapat apa yang kita nak capai.

Allhamdulillah, berkat kesabaran dan usaha menimba ilmu yang tak putus-putus membuatkan
saya terus berjaya hasilkan income hingga sekarang dengan jalankan bisnes ni dan kalau dulu
saya buat bisnes secara part time kini saya buat full time dan pulangan bisnes ni tak pernah
mengecewakan dan saya Berjaya jana income konsisten setiap bulan 4 hingga 5 Angka.

Saya dah berjanji dengan diri sendiri dulu, jika saya Berjaya dalam bisnes ini saya nak tolong
lebih ramai lagi orang untuk Berjaya dan ini merupakan langkah yang saya ambil untuk
membantu ramai orang agar dapat juga Berjaya buat bisnes ni.

Sebab lain saya nak kongsikan ilmu ni adalah sebab setiap minggu terlalu banyak tempahan
yang saya terima dan rasa tak menang tangan dibuatnya dan kadang-kadang terpaksa saya
tolak job yang masuk sebab tak terhandle . Tapi saya terfikir sejenak, daripada saya tolak job-
job tu baik saya share ilmu bisnes ni pada mereka yang berminat nak buat mana tahu boleh jadi
rezeki pada orang lain pula.

Dalam Free Report ini saya akan tunjukkan kenapa saya memilih untuk jalankan Bisnes
Cenderahati ini dan potensi bisnes cenderahati ni yang semangnya sentiasa meningkat.
Dan semoga perkongsian ini akan berikan manfaat untuk anda semua.

Ikhlas dari
10 Sebab Kena Buat
Bisnes Cenderahati Ni!!
1) Keuntungan 300% hingga 500% utk setiap tempahan
Biasanya setiap company akan peruntukkan jumlah besar untuk dapatkan produk
cenderahati setiap bulan. Anggaran untuk setiap company berbelanja untuk
dapatkan produk cenderahati ni biasanya antara RM6,000 hingga RM10,000
sebulan. Syhhnormally kos sebenar untuk nilai tempahan seperti ni hanya 1/3
sahaja.

Jadi biasanya keuntungan saya untuk tempahan berjumlah RM6,000 adalah


RM 2,000 hingga RM4,000 untuk setiap tempahan. Bayangkan kalau dapat banyak
tempahan yang lebih besar.

Bayangkan kalau sebulan saya dapat tiga je tempahan macam di atas ni dan
katalah untung satu tempahan saya dapat RM4000:

1 Tempahan = Untung RM4,000

3 Tempahan = Untung RM4,000 X 3 = RM12,000.00 sebulan

Ya, Memang sangat mudah buat 5 angka dengan bisnes ni dan sebab itu saya
masih jalankan bisnes ni hingga sekarang.
2) Tak perlukan modal besar dan tak perlu beli mesin
Walaupun keuntungan bisnes ni sangat lumayan tapi yang bestnya saya tak
perlukan modal yang besar pun nak jalankannya dan kadang-kadang saya buat
tanpa keluar sesen pun.

Saya tak perlu nak beli sebarang mesin atau peralatan untuk jalankan mesin ni.
Ramai yang masih beranggapan nak buat sesuatu bisnes tu nak kena ada
complete semua alat dan mesin. Anggapan macam ni dah tak relevan dah zaman
sekarang ni. Sebab dengan tanpa ada apa-apa peralatan pun saya masih boleh
jana untung lumayan dan konsisten dengan bisnes ni sampai sekarang.

Macamana caranya saya buat bisnes tapi tak ada peralatan atau mesin?. Mungkin
agak mustahil kan. Sebenarnya saya Cuma gunakan kaedah outsourcing iaitu
dengan orang lain yang akan siapkan tempahan pelanggan-pelanggan saya tanpa
saya perlu bersusah payah nak siapkan.

Apa yang pasti saya dapat buat untung lumayan dengan bisnes ni dan pihak yang
siapkan tempahan pelanggan saya tadi pun tak tahu siapa pelanggan saya, dengan
ni saya boleh buat repeat sale berulang kali sampai bila-bila dengan pelanggan
saya tadi.
3) Tak perlu sewa kedai dan pejabat
Terus terang saya katakan dari mula-mula saya buat bisnes ni sampai sekarang
saya tidak pernah menyewa kedai pun sebab saya tahu kosnya bukan murah dan
saya memang fokus 100% buat dari rumah dari mula-mula buat part time
sekarang saya dah buat full time.

Jadi saya tak perlu nak fikirkan pasal nak sewa kedai, bil api, bil elektrik dan
sebagainya. Dengan itu saya dapat memaksimukan keuntungan saya sebab
untung saya dapat bersih dan tak perlu bayar apa-apa kos overhead.

Sememangnya kalau buat bisnes ni semuanya boleh dibuat dan diuruskan dari
rumah je asalkan ada internet pun dah memadai. Walaupun ketika saya balik
kampung dan pergi bercuti pun bisnes saya masih berjalan seperti biasa.

Bila buat dari rumah ni saya bebas memilih waktu saya sendiri untuk buat bisnes
ni tanpa tekanan dari sesiapa pun kalau rasa nak income lebih pada bulan tu saya
akan luangkan masa lebih. Semuanya hanya dari meja dapur rumah saya.
4) Boleh buat walaupun tak ada Komputer.
Mula-mula saya buat bisnes ni saya takda laptop atau komputer pun. Tapi
walaupun begitu saya tak jadikannya sebagai alasan untuk tidak bermula dan
pada masa itu saya masih boleh buat income dalam RM 2,000 hingga RM 3,000
sebulan. Kalau lah dulu saya tak mula tentu saya tak akan pernah merasa income
macamni.

Saya hanya gunakan Smartphone sahaja untuk saya mulakan bisnes ni sebab
komputer bukan kemestian pun kalau nak buat bisnes cenderahati ni. Lama-
kelamaan dengan untung saya simpan baru saya beli sebuah laptop untuk
kegunaan saya dalam bisnes ni supaya lebih mudah. Jadi komputer ni satu
kelebihan kalau ada bukan kemestian.

Sememangnya dalam bisnes cenderahati ni kita tak guna banyak sangat pun
laptop atau Komputer kalau ada pun tak selalu dan boleh pergi Cyber Caf untuk
buat apa yang patut.

5) Tak perlu pandai design dan teknikal


Walaupun bisnes cenderahati ni nampak macam perlukan seseorang yang kreatif
untuk buat tapi sebenarnya tak begitu. Pendidikan saya pun bukan
berlatarbelakangkan design dan sebagainya dan terus terang saya memang zero
pasal design masa mula-mula buat bisnes ni.

Sebab untuk jalankan bisnes ni sangat mudah sebab saya tak perlu pun nak tahu
dan ambil tahu pasal design-design sebab produk cenderahati ni biasanya cuma
perlukan cetakan logo dan perkataan sahaja dan kebiasaanya pelanggan akan
berikan kepada kita softcopy bila mereka buat tempahan nanti.

Saya juga tak perlu nak belajar teknikal seperti bagaimana nak mengendalikan
mesin, peralatan dan sebagainya.
6) Ada beratus-ratus jenis produk cenderahati yang hot
Produk cenderahati ni bukan satu dua jenis je..sebenarnya memang banyak
produk dibawah kategori cenderahati ni yang boleh dipasarkan. Dan cenderahati
yang saya pasarkan ni memang tiada dijual pun dimana-mana kedai-kedai atau
supermarket sebab kebanyakkannya setiap tempahan yang diterima nanti
pelanggan akan minta untuk copkan atau printkan Logo atau nama syarikat atau
nama event mereka sahaja.

Pelanggan akan letakkan logo diatas cenderahati tersebut untuk tujuan promosi
dan pemasaran mereka. Antara produk hot yang biasa diterima adalah seperti
dibawah:-
7) Permintaan Sangat Tinggi
Seperti yang saya tunjukkan sebelum ni , produk cenderahati ni memang ada
ratusan produk yang memang sentiasa mendapat permintaan tinggi di pasaran.

Pelanggan pula terdiri daripada pelbagai latarbelakang daripada individu, syarikat


swasta, badan kerajaan, persatuan, kelab, sekolah, tadika dan peniaga-peniaga.

Jika kita lihat kebanyakkan event atau pameran yang kita pergi semua akan
berikan cenderahati atau door gift kepada tetamu. Malah kalau ada kawan-kawan
nak buat family day, majlis perkahwinan atau hari jadi pun kita boleh offer
mereka untuk dapatkan produk cenderahati ni untuk diberikan kepada tetamu
mereka.

Permintaannya sangat tinggi dan sentiasa ada. Contoh mudah kalau ada rakan
yang buat family day saya akan offer cenderahati yang ada kaitan dengan event
mereka. Contoh family day mereka buat aktiviti outdoor seperti berkelah tepi
laut dan sebagainya saya akan offer dia buat payung family day siap bercetak
dengan nama event mereka. Menarik bukan?.

Tu antara contoh saya nak tunjuk betapa permintaan produk cenderahati ni


memang tinggi dan untuk setiap tempahan biasanya saya akan dapat dalam
kuantiti yang banyak.
8) Tak ramai yang tahu cara nak buat bisnes ni.
Walaupun bisnes ni memang berikan pulangan yang lumayan tapi masih belum
ramai lagi yang buat di Malaysia ni. Sebab ramai orang tak Nampak potensi bisnes
ni mereka ingatkan untung ciput-ciput je.

Cara nak buat dan jalankan bisnes ni memang tak akan dan tak pernah diajar
dimana-mana sekolah atau Universiti pun sebab tu ramai yang tak tahu
macamana nak buat.

Dan masyarakat kita kebanyakkannya masih berfikiran nak buat bisnes mesti kena
ada modal yang besar. Ini antara faktor kenapa masih ramai yang tak buat bisnes
ini sebab mereka tiada pendedahan atau ilmu yang betul pasal bisnes ni.

9) Tidak Perlu Beli & Simpan Stok Barang


Menariknya bisnes ini adalah anda tidak perlu pun laburkan duit anda untuk beli
dan simpan sebarang stok produk. Ia berbeza dengan bisnes-bisnes yang lain
dimana anda perlu simpan stok dan tunggu pelanggan beli. Jika tidak terjual
alamatnya simpan bawah katil jawabnya.

10) Bisnes ini 100% Tiada Risiko


Ya, bisnes cendrahati ini adalah ia bebas dari sebarang risiko iaitu boleh dikatakan
tidak akan menanggung apa-apa kerugian jika jalankan bisnes ini disebabkan tak
perlu beli mesin dan peralatan malah stok juga tak perlu disimpan. Banyangkan
jika anda berniaga kuih sekalipun risiko tetap ada iaitu kuih yang anda penat lelah
buat tak laku atau tak habis. Untung pun tak banyak mana dan terpaksa dibuang
ke tong sampah.

Ia sangat berbeza dengan bisnes cenderahati ni saya tak perlu lalui semua itu.
Sememangnya bisnes cenderahati ni amat sesuai untuk newbie mahupun pun
orang yang dah lama dalam bisnes. Bisnes yang sangat mudah dan santai.
Banyak ke Duit Yang Boleh Buat
Dari Bisnes Cenderahati Ni??

Jualan secara tunai yang dibuat pada


bulan Februari 2017 belum masuk
bayaran yang diterima melalui
akaun bank
JUMLAH JUALAN TUNAI
FEBRUARI 2017

RM15,743.00

Menerima bayaran bagi satu


tempahan produk cenderahati
berjumlah

RM52,920.08
Tempahan untuk Family Day

Jumlah Untung Bersih

RM1,550.00

Tempahan Lanyard 1000 pcs

Jumlah Untung Bersih

RM3,589.00
Tempahan Non Woven Bag 1000 pcs

Jumlah Untung Bersih

RM2,362.00

Tempahan Pen 2000 pcs

Jumlah Untung Bersih

RM1,128.00
Follow Saya.
Saya Akan Tunjukkan &
Explain Detail Lagi Tentang
Bisnes Cenderahati ini
Terima kasih kerana anda telah baca ebook ini sampai habis.

Saya hanya cerita sebab dan potensi bisnes cenderahati sahaja dalam
ebook ini agar anda dapat gambaran jelas tentang bisnes ini.

Jika anda SERIUS dan berminat nak tahu lebih lanjut bagaimana nak
buat bisnes ini, saya akan kongsikan pada anda lebih banyak teknik dan
strategi untuk anda mulakan bisnes ini melalui FB Group saya disini :

https://www.facebook.com/groups/1839674506299219/

Anda mungkin juga menyukai