Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH

KECEMERLANGAN

Masa/ Atur cara Teks


Pembaca
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.
8.25 Ketibaan tetamu
Hariff Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan
dan puan-puan ke Majlis Hari Anugerah Kemerlangan &
Graduasi Prasekolah SK Kota Setia bagi tahun 2013.

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, diminta
mengambil tempat di dalam dewan.

Bagi melancarkan perjalanan majlis tuan-tuan dan puan-puan diingatkan supaya mematikan telefon
bimbit atau menetapkannya kepada mod senyap.

8.30 am
Syuhada

Ketibaan Perasmi

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul Samat, Isteri Timbalan
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga ahli BAKTI dengan diiringi oleh Tuan Guru
Besar, Penolong Kanan Pentadbiran dan dif-dif jemputan. Dipersilakan mengambil tempat.

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Kuntum melati tumbuh melata


Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua
Sayang selasih berisi minyak,
Bunga cengkih di atas jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.
Melayang serindit di atas permatang,
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Yang Berbahagia Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul Samad,


Isteri Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani dan ahli BAKTI

Yang Berusaha En Abdul Karim b. Munok


Guru Besar SK Kota Setia

Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor


Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK Kota Setia

Yang Berusaha Cik Noorsalmi bt Shaari


Penolong Kanan Pentadbiran SK Kota Setia

Yang Berusaha Pn. Rozita bt Abas


Penolong Kanan Hal-ehwal Murid

Yang Berusaha En. Kamarulnizam b. Marzuki


Penolong Kanan Kokurikulum

Ketua-ketua Jabatan,

Guru-Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

Dif-dif jemputan

Para ibu bapa, guru-guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke :

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah, SK Kota Setia tahun 2013.
Saya Harif Fadzilah b. Othman

Dan saya Norsyuhada bt. Humari

Izinkan kami mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.


Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya
maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan kejayaan anak-anak kita
dalam bidang pelajaran.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin sekalian kerana sudi
menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada Yang Berbahagia Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul
Samat kerana sudi meluangkan masa menghadirkan diri ke majlis kami ini. Ucapan terima kasih juga
kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada anak-anak dan
pihak sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati Allah. Insya Allah.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah
tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Ahmad b. Awang. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

Syuhada

Persembahan Tahun 4 dan Tahun 5


Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Ahmad b.
Awang atas bacaan doa itu tadi.

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Dari Kota Setia ke negeri Perlis,


Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Dengan itu pihak majlis mempersilakan Murid-murid tahun 4 dan tahun 5 membuat persembahan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

************(Persembahan)

Terima kasih kepada murid-murid tahun 4 dan tahun 5 yang membuat persebahan sebentar tadi.
Untuk makluman hadirin sekalian, Kumpulan ini dibawah bimbingan Pn. Ida rohayu bt. Husin dan Cik
Norsalmi bt. Shaari.

Majlis diteruskan dengan menjemput yang dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor, YDP PIBG
untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

************(Ucapan YDP.)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd
Nor selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa Dan Guru-guru Sekolah Kebangsaan Kota Setia atas
ucapan tersebut.

Kini, majlis mempersilakan pula Yang Berusaha En. Abdul Karim b. Munok, Guru Besar SK Kota Setia
untuk menyampaikan ucapan . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

************(Ucapan GB.)

Terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan tadi.

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berbahagia Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul Samat, isteri
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan ahli BAKTI untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan & Graduasi Prasekolah bagi seisi 2013 SK
Kota Setia. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

***********(Ucapan Perasmi)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia
Datin, atas ucapan dan perasmian majlis itu tadi.

Diharapkan dengan ucapan sebentar tadi dapat memberi semangat dan dorongan kepada kita untuk
bersama-sama membantu pihak sekolah bagi melahirkan modal insan yang berguna kepada agama,
bangsa dan negara. Bak kata pepatah Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.

Hadirin yang dihormati,

Anda mungkin juga menyukai