Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Bunga tanjung di tengah pekan,

Tiupan bayu mencelah suria,

Kalimah nan agung saya mulakan,

Salam sejahtera menambah ceria.

Yang berusaha,

En Mohd Ali bin Sukor- Guru Besar SKTU2

Yang dihormati,

Puan Suzana bin Abdul Hassim Khan - Penolong Kanan


Pentadbiran

Pn. Suraya binti Chek - Penolong Kanan HEM

En. Asraf bin Mazlan - Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru Cemerlang dan guru-guru serta anak didik yang dikasihi sekalian

16 Mei, tarikh keramat sambutan Hari Guru di seluruh negara telah berlalu
meninggalkan kita. Menyedari hakikat bahawa tiada guru, tiadalah murid,
tiada murid maka tiadalah guru, maka pada hari ini kita berkumpul untuk
menjayakan Hari Guru dengan cara kita. Tema Hari Guru pada Tahun 2017
ialah Guru Pembina Budaya Bangsa

Ikan merah dijual di pekan,


Syukur gembira dapat sebaldi,
Cuaca cerah turut mengizinkan,
Pohonlah doa ke hadrat Ilahi.

Bagi memberkati majlis ini, dijemput Ust Ariffin bin Ali untuk memimpin
bacaan doa.

Dipersilakan...

1
Amin amin ya rabbal alamin. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis ini
akan berjalan dengan lancar.

Acara diteruskan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, lagu Negaraku, dan
Lagu Sekolah.

Semua diminta berdiri dan menyanyi dengan penuh semangat sebagai


lambang kecintaan kita kepada sekolah dan negara.

Hadirin Dipersilakan duduk.

Majlis dengan ini mempersilakan adik.. selaku ketua murid


untuk menyampaikan ucapan sempena hari guru peringkat sktu2 ini.
Majlis mempersilakan.

Majlis diteruskan dengan bacaan perutusan pengarah negeri Johor.


Dipersilakan _________________________________________. Untuk membacakan
perutusan tersebut.

Seterusnya bacaan perutusan daripada KPM dengan segala hormatnya


dijemput ________________________________________.

Demikianlah tadi perutusan yang telahpun dibacakan.

Tumbuh selirat bunga melati,


Mari direnjis dalam jambangan,
Ucapan tersirat seribu erti,
Semoga majls menjadi kenangan.

Hadirin sekalian,

Bagi menyempurnakan majlis ini, marilah kita semua mendengar amanat


dan ungkapan keramat daripada Tuan Guru Besar kita. Dengan ini
dipersilakan En. Mohd Ali bin Sukor untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan....

Hadirin yang dihormati sekalian, sambutan Hari Guru tidak akan lengkap
tanpa mendengar laungan Ikrar Guru dan nyanyian lagu Guru Malaysia.

2
Dengan ini, majlis mempersilakan semua guru berdiri untuk melafazkan ikrar
dan menyanyikan lagu tema seerta lagi Guru Malaysia yang akan diketuai
oleh ______________________________.
Dipersilakan.

Menghilau laksana pokok kiambang


Di dalam kali tumbuh melata,
Setahun sekali nyanyian berkumandang,
Berbakat sekali guru-guru kita.

Guru,
Hadirmu sentiasa dinanti,
Sejak kecil kami diajar ABC,
Pelbagai ilmu kami pelajari,
Pelbagai bahasa kami kuasai,
Dunia sains diterokai, sejarah dikaji digali,
Kira mengira tak perlu lagi menggunakan jari..
Bidang teknikal tidak ketinggalan,
ICT pula melengkap pengetahuan
Disusul oleh pelbagai kemahiran
Melukis mewarna indah lakaran,

Agama dan akhlak paling diutamakan,


Kami mengenal adab dan sopan,
Buat bekalan di masa depan.

Semoga para guru akan terus berjuang mendidik dengan tekun dan sabar
menghadapi karenah anak-anak didik .

Upacara seterusnya ialah upacara berjalan di atas red karpet. Dijemput


semua guru bersedia .

Dijemput

Berakhirlah sudah red karpet dan melihat cikgu dengan gaya masing-
masing. Kini , murid-murid bolehlah mencari cikgu masing-masing untuk
memberi hadiah.

3
Indah selendang kebaya nyonya,
Sekali imbas puteri kayangan,
Usah dipandang pada harganya,
Ingatan ikhlas tanda kenangan.

Majlis bersurai.
Sekian, wassalamualaikum wbt.