Anda di halaman 1dari 3

Isu & Masalah Dalam Melaksanakan Pentaksiran Formal & Tidak Formal Dalam

Pendidikan Moral Di Sekolah

Pemahaman guru tentang Pendidikan Moral

Proses pentaksiran memerlukan masa yang panjang

Pentaksiran Pendidikan Moral adalah subjektif

Kekurangan sumber pengajaran dan pembelajaran

Penekanan pengajaran untuk lulus peperiksaan

Pemahaman Guru Tentang Pendidikan Moral

Didapati bahawa tidak semua guru dilengkapkan dengan pengetahuan tentang


strategi pengajaran pendidikan moral.

Guru-guru yang mengajar Pendidikan Moral tidak berupaya dalam melaksanakan


pendekatan pengajaran yang betul dalam pengajaran.

Kesannya,ramai murid bosan dalam pembelajaran mata pelajaran tersebut.

Kefahaman guru tentang konsep-konsep asas dalam mata pelajaran Pendidikan


Moral adalah tidak sama tentang kemoralan dan Pendidikan Moral.

Pemahaman guru penting kerana matlamat guru adalah untuk membentuk


pemahaman pada orang lain.

Proses Pentaksiran Memerlukan Masa Yang Panjang

Penilaian moral biasanya dilakukan melalui penilaian formal seperti mengadakan


ujian aneka pilihan, jawapan pendek, melengkapkan cerita dan memadan gambar
dan kenyataan.

Penilaian juga dibuat melalui penilaian tidak formal seperti senarai semak.

Penilaian kendalian sekolah ditekankan di sekolah tetapi jarang dipraktikkan atau


kurang efektif pelaksanaan kerana kesuntukan masa serta kurangnya kepakaran
guru dalam aspek aspek seperti pemerhatian dan temu bual.
Kalau dipraktikkan pun, markah atau penilaiannya tidak diambil kira dalam keputusan
akhir dalam mata pelajaran itu.

Pentaksiran Pendidikan Moral Adalah Subjektif

Kertas peperiksaan dengan skema pemarkahan yang terlalu rigid serta bersifat
akademik dengan soalan-soalan yang lebih berbentuk situasi yang jarang dialami
oleh murid menyebabkan pelajar yang tidak mengalami situasi tersebut tidak dapat
membuat keputusan moral.

Perkara ini telah lama dipertikaikan.

Sesetengah alatan pentafsiran yang digunakan dalam penilaian Pendidikan moral


banyak dipengaruhi oleh perasaan penilai atau penguji.

Pentaksiran jenis ini tidak tepat dan diragui. Domain afektif yang meliputi sikap, nilai,
minat dan perasaan merupakan domain yang amat sukar dinilai.

Walaupun aspek penaakulan moral boleh dinilai, namun aspek ini tidak mengukur
kebolehan pelajar dalam menangani sesuatu masalah dan situasi.

Penekanan Pengajaran Untuk Lulus Peperiksaan

Wujudnya pemikiran di kalangan guru apabila peperiksaan sentiasa ditekankan


hingga mewujudkan keadaaan bahawa mengajar dan belajar adalah untuk
peperiksaan semata-mata.

Pengajaran secara latih tubi dan penghafalan nilai menjadi kewajipan


pengajaransebagai memenuhi keperluan peperiksaan.

Cara ini sebenarnya tidak membenarkan perkembangan keupayaan dan kekreatifan


murid-murid untuk berfikir.

Tidak semestinya murid yang berjaya mendapat A dalam Pendidikan Moral adalah
murid yang cemerlang sahsiahnya.
Kekurangan Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran

Kebanyakan guru Pendidikan Moral mengalami masalah dalam mencari sumber


atau alatan pengajaran dan pembelajaran pendidikan Moral.

Sumber yang kurang menyebabkan murid-murid berasa bosan bila belajar kerana
guru menggunakan kaedah yang sama sahaja sepanjang tahun.

Apabila murid-murid telah bosan maka pengajaran tidak dapat berjalan dengan
lancar.

Pihak sekolah lebih menitik beratkan sumber/alatan bagi matapelajaran teras sahaja.

Pendidikan Moral hanya dipandang sepi sahaja kerana berpendapat ia lebih


menekankan kemoralan murid sahaja.