Anda di halaman 1dari 21

FACULTY OF BUSINESS AND MANAGEMENT

MPU3113

HUBUNGAN ETNIK

JANUARY 2017

NO. MATRIKULASI : 751003085431001


NO. KAD PENGENALAN : 751003085431
NO. TELEFON : 0132902888
E-MEL : basharudin@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN : BANGI LEARNING CENTRE

ISI KANDUNGAN MUKASURAT


1
1. Pengenalan 3

1.1 Parti Perikatan

1.2 Malayan Union

1.3 UMNO

1.4 Parti Perikatan

2. Parti Perikatan (UMNO, MCA, MIC) 11

2.1 Sejarah Penubuhan Parti Perikatan.

2.2 Ahli Parti Perikatan

2.3 Dasar dan Manifesto Parti Perikatan (UMNO, MCA, MIC)

3. Empat program yang telah dijalankan oleh Parti Perikatan. 13

4. Empat langkah yang boleh dilakukan oleh parti politik untuk memupuk perpaduan
dan integrasi dalam kalangan rakyat Malaysia. 15

5. Penutup 19

6. Rujukan 20

1. PENGENALAN
2
Pembinaan sebuah negara bangsa yang merdeka dan berdaulat seperti yang kita nikmati pada
hari ini bukanlah mudah. Persiapan berkerajaan sendiri telah diadakan bagi memastikan
penduduk tempatan mampu mentadbir negara sendiri. Dasar kerjasama dan permuafakatan
anatara kaum telah dicapai melalui pelbagai rundingan. Parti-parti politik telah ditubuhkan bagi
mendukung cita-cita tersebut. Objektif mempelajari parti-parti politik di Malaysia:

Kita dapat mengetahui sikap-sikap warganegara terhadap sistem politik yang akan
mempengaruhi tuntutan dan tanggapan terhadap politik.

Mudah memahami maksud-maksud individu melakukan kegiatan politik.

Memahami pola perilaku suatu masyarakat dam kehidupan seperti norma-norma, hukum,
adat istiadat dan corak pemerintahan.

Memahami nilai dan budaya masyarakat itu sendiri.

Namun, sewajarnya parti politik di Malaysia memainkan peranan utama dalam memupuk
perpaduan dalam kalangan rakyat berdasarkan pemuafakatan politik. Permuafakatan,
kesefahaman, kerjasama dan penyatuan etnik merupakan unsur uatama yang perlu dicapai dalam
usaha pembentukan negara yang aman damai. Perpaduan di antara kaum yang terjalin sejak
dahulu lagi mengekalkan Malaysia sebagai negara yang makmur. Sebelum Malaysia mencapai
kemerdekaan, pelbagai parti-parti politik yang wujud dengan tujuan atau manifesto tertentu.

Di bawah ini menjelaskan empat parti yang terlibat sebelum kemerdekaan.

1.1 Parti Perikatan

Parti ini ditubuhkan pada tahun 1952. Parti Perikatan telah ditubuhkan sebagai satu
usaha parti-parti pelbagai kaum untuk mewujudkan kerjasama politik.Parti ini dibentuk
bagi melahirkan semangat perpaduan dan keharmonian pelbagai kaum.

3
Manifesto Parti Perikatan:

Mencapai kemerdekaan dalam tempoh empat tahun.

Mewajibkan pendidikan rendah.

Melindungi hak raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan.

Menamatkan darurat.

Menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempata.

Dalam pilihanraya tersebut, Parti Perikatan telah mendapat kemenangan disebabkan beberapa
faktor:

Sikap tolak ansur parti-parti yang bertanding dalam pembahagian kerusi pilihanraya.

Kebijaksanaan pemimpin parti berunding untuk mencari penyelesaian masalah


politik.

Kesanggupan setiap kaum untuk berkongsi kuasa dalam politik negara.

Kesepakatan untuk menolak Parti Komunis Malaya.

Semangat untuk mencapai kemerdekaan yang berkobar-kobar.

Manifesto pilihan raya yang dapat diterima umum.

1.2 Malayan Union

Pentadbiran Malayan Union telah diistiharkan oleh Brotish pada 1 April 1946 di Kings
House (Carcosa Seri Negara), Kuala Lumpur. Gabenor pertamanya ialah Sir Edward
Gent. Pengisytiharan Malayan Union ini secara rasminya menggantikan Pentadbiran
Tentera British yang sebelum ini mentadbir Tanah Melayu.

4
Ciri-ciri utama perlembagaan Malayan Union:

Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu


dan dua buah Neferi Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka digabungkan
menjadi satu unit politik.

Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk.

Malayan Union diketuai oleh seorang gabenor British yang dilantik oleh
Raja England.

Kewargenegaraan sama rata melalui prinsip jus soli yang menjadi asas
kerakyatan Malayan Union.

Raja-raja menjadi ahli Majlis Melayu (Majlis Raja-raja Melayu ) yang


hanya membincangkan soal agama dan adat istiadat Melayu.

Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua


pentadbir.

Parlimen British menjadi pemutus undang-undang Malayan Union.

Tujuan penubuhan Malayan Union:

Mengurangkan dan mengawal kuasa politik orang Melayu yang dipercayai


memberikan kerjasama kepada Jepun.

Membentuk satu bangsa Malayan Union.

Menyediakan Tanah Melayu ke arah erkerajaan sendiri.

Mewujudkan suatu pentadbiran yang cekap dan seragam.

Mengukuhkan pertahanan British.

Menjimatkan perbelanjaan pentadbiran British.

Menjamin terus penguasaan British terhadap sumber ekonomi.


5
Memastikan sumbangan golongan imigran sebagai sumber tenagakerja
dan pelabur.

1.3 UMNO

UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 di Kuala Lumpur. Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar
Johor Bahru sebanyak 29 buah persatuan telah menandatangani penubuhan UMNO.
Yang Dipertua pertamanya ialah Dato Onn Jaafar.

Tujuan penubuhan UMNO:

Menentang Malayan Union

Menyatukan orang Melayu daripada seluruh Semenanjung Tanah Melayu.

Mewujudkan satu organisasi nasional.

Menjaga kepentingan politik dan ketuanan Melayu.

Memajukan pendidikan orang Melayu.

Melindungi kepentingan orang Melayu tetapi belum bersedia menuntut


kemerdekaan.

Penubuhan UMNO pada 11hb Mei 1946, dengan DatoOnn bin Jaafar sebagai pemimpinnya
yang pertama dapat dikatakan sebagai mengalakkan orang-orang Melayu di Tanah Melayu dari
tenggelam di bawah satu perkembangan politik dan ekonomi yang begitu deras dan
menguntungkan golongan lain.

UMNO hari ini dikenali sebagai parti yang terbesar dan menjadi teras pemerintahan negara
dengan jumlah kerusi yang terbanyak dan pemimpin-pemimpinnya berperanan dalam membuat
dasar-dasar. Ia adalah antara parti bercorak demokratik yang tertua di negara-negara membangun
6
dan masih kuat kedudukannya setelah melalui berbagai peristiwa dan cabaran. Ia dihormati oleh
kawan dan lawan di atas prinsip-prinsip keadilannya, ketegasan dan keupayaannya menjalankan
dasar-dasar yang telah dipersetujui.

Lahirnya UMNO adalah hasil dari percantuman pertubuhan-pertubuhan Melayu dengan berbagai
aliran falsafah dan pendapat tetapi bersetuju mengambil tindakan bersama untuk survival bangsa
Melayu. Berhadapan dengan rancangan Malayan Union yang dibawa oleh British selepas Perang
Dunia Yang Kedua, pertubuhan-pertubuhan ini dengan sukarelanya membubar diri masing-
masing demi membuka jalan kepada sebuah parti politik yang ulung sebagai pernyataan hasrat
semua golongan dan lapisan masyarakat Melayu bagi memperjuangkan hak-hak mereka.

Lambang UMNO

(i) Logo UMNO dalam tulisan Jawi iaitu perkataan PEKEMBAR

7
(ii) Cogan kata HIDUP MELAYU dicipta oleh Dato Onn Jaafar untuk menyatukan ahli
UMNO

(iii) Bendera UMNO terdiri drpd warna merah, putih, kuning & hijau

Maksud warna bendera UMNO:


Merah keberanian
Putih kesucian & keikhlasan
Kuning lambang raja
Hijau keris hijau lambang agama Islam & tamadun Melayu

Ahli UMNO

Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik
Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih
untuk menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima
oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.

1.3.1 Dato Onn Jaafar

Yang Dipertua UMNO pertama (1946-1951)


Merupakan pengasas UMNO
Mendapat pendidikan di Maktab Perguruan Kuala Kangsar & England

8
Sebelum memimpin UMNO, beliau bertugas sebagai Pegawai Tadbir Johor & wartawan
yang terkenal
Tahun 1946 dilantik menjadi Menteri Besar Johor kerana berjaya memulihkan keamanan
di Batu Pahat semasa pergaduhan kaum (keganasan 14 hari)
Merupakan orang pertama menyeru orang Melayu bersatu secara berorganisasi di
peringkat nasional
Beliau mencadangkan ditubuhkan sebuah parti politik bertujuan menentang MU
Berjaya menganjurkan Kongres Melayu 1946 di Kuala Lumpur
Sumbangan terbesar menyatukan orang Melayu seluruh Semenanjung Tanah Melayu &
berjaya menumbangkan MU
Menjelajah ke seluruh Tanah Melayu untuk menunjukkan kepada Britisih bantahan orang
Melayu terhadap MU
Berjaya memujuk raja2 Melayu memulaukan upacara pelantikan Sir Edward Gent
sebagai Gabenor MU
Menjadi ahli jawatankuasa yang menggubal Perlembagaan UMNO tahun 1949
Beliau mengambil beberapa perlembagaan parti luar negara sebagai panduan

1.3.2 . Dato Panglima Bukit Gantang (1905-1959)

Nama sebenar Abdul Wahab bin Abdul Aziz


Merupakan Setiausaha Agung UMNO pertama

9
Berpendidikan di Anderson School, Ipoh, Perak & Inner Temple, England
Apabila MU diperkenalkan beliau menubuhkan Perikatan Melayu Perak tujuan
menyokong Kongres Melayu menggagalkan MU
Beliau menjadi Ketua Bahagian UMNO Perak dari tahun 1948-1953

1.3.3 Dato Nik Ahmed Kamil Nik Mahmud (1909-1977)

Merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Pusat & Ketua UMNO Kelantan


Mendapat pendidikan di Sekolah Majlis Agama Islam, Kota Bharu & Maktab Melayu
Kuala
Kangsar,
Beliau melanjutkan pelajaran ke Lincolns Inn, London, England
Beliau menjadi peguam yang bertauliah
Pernah menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri sebelum menjadi Menteri Besar Kelantan
tahun
1948-1955

1.3.4 . Zainal Abidin bin Ahmad (Zaaba) 1895-1973

10
Dianggap seorang intelektual Melayu
Digelar Pendeta Bahasa Melayu yang ulung
Berasal dari Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Terlibat dalam Kongres Melayu tahun 1946
Dato Onn Jaafar meminta beliau menguruskan persidangan kongres tersebut
Beliau juga mencadangkan kepada Dato Onn Jaafar supaya menambah perkataan
kebangsaan
atau national ke dalam United Malays Organization (UMO) menjadi United Malays
National Organization (UMNO)

1.4 MCA

Malayan Chinese Association (MCA) ditubuhkan pada tahun 1949. Presiden MCA yang
pertama adalah Tun Tan Cheng Lock. Persatuan ini lebih berfokuskan persatuan sosial
masyarakat Cina. MCA ditubuhkan bagi:

Membantu setinggan Cina menjalani kehidupan di kawasan kampung baru.

Menjalankan kutipan derma melalui jualan loteri kebajikan. Kutipan jualan loteri
kebajikan tersebut didermakan kepada penduduk setinggan Cina di kampung
baru.

Menarik minat orang Cina melibatkan diri dalam pertubuhan politik berhaluan
kanan.

Merapatkan hubungan di kalangan masyarakat Cina dengan masyarakat lain di


Tanah Melayu.
11
Menyatukan orang-orang Cina untuk menentang komunis serta memberi
gambaran kepada masyarakat iaitu bukan semua orang Cina berfahaman komunis.

2 Parti Perikatan (UMNO, MCA, MIC)

2.1 Sejarah Penubuhan Parti Perikatan.

Parti Perikatan telah ditubuhkan sebagai satu usaha parti-parti pelbagai kaum untuk mewujudkan
kerjasama politik. Pemimpin UMNO,MCA, dan MIC berpendapat bahawa penubuhan Parti
Perikatan akan melahirkan perpaduan dan keharmonian pelbagai kaum. Parti perikatan telah
dibentuk secara berperingkat mengikut keperluan politik semasa.

Peringkat penubuhan Parti Perikatan.

Tahun Perihal
1955 Kemasukan MIC dalam parti
Parti menyertai pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan.
Parti memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.
1954 Konvensi Nasional diadakan.
Perikatan UMNO-MCA dibentuk.
Kerjasama ini diperluas di seluruh Persekutuan Tanah Melayu
bagi memenangi pilihan raya negeri.

1952 Pakatan UMNO Kuala Lumpur dengan MCA Selangor dalam


pilihan raya Bandaran Kuala Lumpur.
Pakatan ini memenangi 9 daripada 12 kerusi yang
dipertandingkan.
Pemimpin utama UMNO dan MCA menyambut baik pakatan
ini dan merundingkan pembentukan pakatan yang lebih besar di
Tanah Melayu.

2.2 Ahli Parti Perikatan

12
Ahli-ahli Parti Perikatan

Antara ahli Parti Perikatan ialah:

Tunku Abdul Rahman

Dato Haji Noah

Tun Tan Cheng Lock

Tun Sambathan

Tun Abdul Razak

Tun HS Lee

2.3 Dasar dan Manifesto Parti Perikatan (UMNO, MCA, MIC)

Manifesto ialah satu program atau perancangan parti politik yang menyertai pilihan raya.
Program ini akan dilaksanakan jika mereka Berjaya membentuk kerajaan. Antara manifesto
Parti Perikatan ialah:

1. Mencapai kemedekaan dalam tempoh empat tahun.


2. Mewajibkan pendidikan rendah.
3. Melindungi hak raja-raja Melayu sebagai Raja Berpelembagaan
4. Menamatkan darurat.
5. Menjadikan perkhidmatan awam yang bercorak tempatan.

13
Disebabkan manifesto tersebut, Parti Perikatan telah memenangi sebanyak 51 daripada sejumlah
52 kerusi yang dipertandingkan. Parti Perikatan telah berjaya melahirkan kerjasama antara kaum
di Persekutuan Tanah Melayu. Kerjasama ini menolak pengaruh komunis di kalangan penduduk
Tanah Melayu.

3.EMPAT PROGRAM YANG TELAH DIJALANKAN OLEH PARTI PERIKATAN.

3.1.1 Pada bulan Februari 1952, British ingin mengadakan pilihanraya Majlis
Perbandaran Kuala Lumpur. Satu Kerjasama antara UMNO-MCA telah dibentuk
melalui kerjasama antara UMNO Kuala Lumpur dan MCA Selangor. Ia telah
dijalankan oleh Dato Ab. Razak Yahya dan Ong Yoke Lin. Di dalam Pilihanraya
tersebut gabungan UMNO-MCA telah memenangi sembilan daripada dua belas
kerusi yang dipertandingkan. Dalam pilihanraya Majlis Perbandaran di beberapa
bandar utama telah menunjukkan penguasaan kerjasama UMNO-MCA. Pada
tahun 1956, Pilihanraya Negeri telah diadakan, di dalam pilihanraya tersebut Parti
Perikatan telah memenangi 226 daripada 268 kerusi yang telah dipertandingkan.
Ia telah menunjukkan wujudnya permuafakatan kaum antara UMNO dan MCA
yang telah mengasaskan penubuhan Parti Perikatan yang disertai oleh MIC pada
tahun1955. Pihak British telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihanraya dalam
Majlis
Perundangan Persekutuan ( MPP ) pada tahun 1954. Ia telah dianggotai oleh
pemimpin parti politik seperti Parti Negara, UMNO, MCA, MIC dan pegawai-
pegawai tinggi British. Jawatankuasa tersebut telah mencadangkan 52 kerusi
dipilih melalui pilihanraya dan 48 ahli MPP akan dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi
British.

3.1.2 Kemenangan ini telah membolehkan Tunku Abdul Rahman selaku ketua Parti
Perikatan menjadi Ketua Menteri. Parti Perikatan yang diketuai oleh Tunku
Abdul Rahman telah membentuk Kabinet untuk memerintah Negara Persekutuan
Tanah Melayu. Kabinet yang dibentuk adalah terdiri daripada pelbagai kaum dan
ia berfungsi sehingga Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Melalui

14
Kabinet yang baru, semua kaum boleh merujuk kepada Tunku Adbul Rahman jika
mempunyai sebarang permasalahan.

3.1.3 Rombongan Merdeka

Selepas memenangi pilihan raya 1955, Parti Perikatan telah membentuk kerajaan,
satu rombongan telah dihantar ke London untuk merndingkan kemerdekaan. Satu
suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi mengubal perlembagaan merdeka. Tunku
Abdul Rahman telah mengetuai rombongan tersebut ke London. Rombongan
tersebut menuntut kemerdekaan daripada pihak British. Rundingan di London
telah dipengerusikan oleh Lord Lennox Boyd iaitu Setiausaha Tanah Jajahan
British. Rundingan telah berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956.

3.1.4 Perjanjian London

Perjanjian London:
Dipengerusikan oleh Lord Lennox-Boyd iaitu Setiausaha Tanah Jajahan British.
Rundingan berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956
Kedua2 pihak bersetuju tandatangani perjanjian
Antara perkara yang dipersetujui;

i. Tarikh kemerdekaan ditetapkan pada 31 Ogos 1957


ii. Suruhanjaya bebas dilantik untuk gubal Perlembagaan Merdeka
iii. Parti Perikatan tidak akan ambil alih perniagaan British atau kepentingan
British di PTM
iv. Perjanjian pertahanan dengan British ditandatangani bagi menjaga keselamatan
dan kepentingan ekonomi British di Persekutuan Tanah Melayu.
v. Konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan
vi. Pembahagian kuasa antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri diteruskan.

15
4.EMPAT LANGKAH YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH PARTI POLITIK UNTUK
MEMUPUK PERPADUAN DAN INTEGRASI DALAM KALANGAN RAKYAT
MALAYSIA.

a. Sambutan Rumah Terbuka


Perpaduan antara kaum merupakan factor yang paling penting bagi
memupuk semangat kenegaraan di Malaysia. Pelbagai cara boleh dipupuk bagi
mengeratgan antara kaum. Selain itu, kita juga boleh mewujudkan perpaduan
dengan meraikan hari-hari perayaan kaum Malaysia secara bersama-sama. Kita
boleh berkunjung mengunjung antara satu sama lain, dengan itu, kita dapat
mengeratkan silaturahim antara kaum kaum di Malaysia. Kerajaan atau parti
politik yang terlibat boleh mengadakan Sambutan Rumah Terbuka pada hari-hari
perayaan besar. Contohnya, Hari Raya Aidilfitri, Hari Deepavali, Tahun Baru
Cina dan lain-lain. Sikap kunjung mengunjung dan makan bersama-sama boleh
menjadikan sesebuah kaum itu untuk memahami perayaan masing-masing serta
menghormati antara satu sama lain.

16
Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina.

b. Gotong-Royong Perdana
Antara usaha yang boleh dilakukan dalam untuk mewujudkan perpaduan
dalam kalangan masyarakat adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong
perdana. Aktiviti gotong-royong perdana merupakan saluran dan peluang kepada
masyarakat di sesebuah kawasan perumahan untuk bertemu dan mengenali antara
satu sama lain. Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat bekerjasama
untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman
mereka sesuai dengan slogan Negara Bersih Rakyat Sihat. Sebagai contoh,
aktiviti gotong-royong yang boleh dijalankan ialah kerja-kerja membersihkan
kawasan perumahan, taman permainan, tanah perkuburan, surau atau masjid dan
sebagainya. Seterusnya, aktiviti gotong-royong dapat meringankan serta
memudahkan kerja yang sukar dilakukan ibarat kata peribahasa yang berat sama
dipikul, yang ringan sama dijinjing serta ke bukit sama di daki, ke lurah sama
dituruni.
Aktiviti gotong-royong juga boleh dilakukan di sekolah-sekolah di
kawasan persekitaran,Dengan adanya aktiviti seperti ini, pihak sekolah akan lebih
mengenali ibu bapa dan guru-guru yang mengajar anak-anak mereka.

Contoh gotong-royong perdana.

17
c. Program Sukan Negara

Di samping itu, aktiviti sukan dan permainan juga merupakan salah satu
saluran bagi membentuk perpaduan di dalam kalangan rakyat. Sukan dan
permainan yang dijalankan dapat dijadikan tali penghubung atau gelanggang
pertemuan pelbagai kaum di Malaysia. Contohnya, program Hari Sukan Negara
yang telah dijalankan bagi menggalakkan masyarakat bersukan bersama-sama
pada hari yang ditetapkan. Jika di sekolah, program 1Murid 1Sukan telah
diperkenalkan dengan memberi peluang kepada murid-murid untuk bermain
sukan yang mereka minati seperti bola kerajang , bola sepak , bola takraw dan
lain-lain. Pihak sekolah memainkan peranan yang penting bagi membentuk
perpaduan dalam kalangan generasi muda kerana sekolah merupakan medan
pertemuan kaum yang semulajadi kerana penyertaan dalam aktiviti sukan tidak
mengambil kira aspek kaum.

Sambutan Hari Sukan Negara.

d. Sambutan Hari Kemerdekaan

Sambutan Hari Kemerdekaan biasanya disambut setiap tahun di semua


pelosok negeri di Malaysia. Masyarakat masih memperingati sejarah
kemerdekaan di Malaysia. Walaupun rakyat di Malaysia berbilang kaum dan
bangsa, mereka tetap mengamalkan dasar perpaduan dan masyarakat majmuk.

18
Mereka tidak pentingkan diri sendiri atau bangsa mereka sahaja. Kerajaan
masih memainkan peranan yang penting dengan mengawal isu perkauman di
dalam kabinet atau parlimen. Sebagai contoh, sambutan kemerdekaan akan
disambut dengan perbarisan dari semua jabatan yang berbilang kaum atau
NGO-Ngo yang ingin melibatkan diri mengingati Hari Kemerdekaan. Di
peringkat sekolah juga, semangat kemerdekaan tetap dipupuk dari kecil lagi
hingga ke sekolah menengah. Sekolah-sekolah akan menyambut bulan
kemerdekaan bagi mengingati sejarah kemerdekaan kepada generasi muda.
Setiap sekolah di Malaysia akan mengadakan pelbagai aktiviti sejarah bagi
memberi pengetahuan kepada generasi muda.

Sambutan di peringkat sekolah.

Sambutan di Dataran Merdeka.

19
4. PENUTUP

Kerjasama kaum merupakan asas penting bagi memupuk semangat


perpaduan. Kerjasama ini telah menjadi pegangan para pemimpin negara yang
sentiasa berusaha untuk menrealisasikan perpaduan kaum di negara kita. Kerjasama
dilakukan secara beransur-ansur melalui perundingan dan permuafakatan yang erat.
Parti perikatan yang memenangi setiap pilihanraya melalui kerjasama kaum
merupakan pendekatan terbaik yang diterima oleh penduduk pelbagai kaum di
Persekutuan Tanah Melayu pada zaman dahulu.

Kesimpulannya masyarakat yang berbilang kaum akan mendatangkan


kesan yang positif kepda politik dan ekonomi negara. Jika negara berperang atau
berlaku pergaduhan, maka pengaruh dari luar akan berminat untuk menerajui negara
Malaysia. Oleh itu, semua pihak termasuk golongan pentadbir sangat memainkan
peranan yang penting dalam memupuk semangat perpaduan dan integrity antara
kaum. Ini dapat dibuktikan dengan lahirnya generasi baru yang proaktif dan aktif
untuk mentadbir negara.

(2750 patah perkataan)

20
RUJUKAN
1. Ramlah Binti Adam, Abdul Hakim Bin Samuri, Muslimin Bin Fadzil, Sejarah Tingkatan
3. ( 2012) Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
2. Andaya, Barbara Watson, Sejarah Malaysia, Petaling Jaya: MacMillan, 1983,
3. Ishak Saat, Caturan Politik Pelbagai Kaum di Tanah Melayu, 1946-1957, JEBAT, Bil. 37,

2010
4. Joseph M. Fernando, The Alliance Road to Independence, Kuala Lumpur: University of

Malaya Press, 2009.


5. Marwan Saliman, UMNO, 1948-1955, JEBAT, Bil. 1, 1971-1972.
6. Milne R. S. , Mauzy Diane K. , Politik dan Kerajaan di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1982.
7. Ramlah Adam, Sumbanganmu Dikenang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

1997.
8. Vejai Balasubramaniam, Politik Nasionalisme dan federalisme di Malaysia, Shah Alam:
Penerbit Fajar Bakti, 1998.

21

Anda mungkin juga menyukai