Anda di halaman 1dari 37

Bicarawara

Irfan Khairi
Bersama Nizal Mohammad

Mesej Irfan Khairi


"Jutawan!" bersama Irfan Khairi
Bukan senang untuk jadi senang
Tak terlewat, tak tercepat
Pentingnya ilmu
Jejak jutawan Internet
Bila kita gagal
Wang dan anda
Strategi membaca 100 buku
Harapan "Jutawan!"
Profil

Kali pertama saya bertemu dengan Nizal


Mohammad adalah pada tahun 2005 ketika saya
dijemput ke program bicara pagi, Malaysia hari Ini
(MHI) di TV3. Ketika itu baru sahaja buku pertama
saya, Rahsia Jutawan-Jutawan Internet
Terbongkar keluar di pasaran.

Sejak itu, saya dan Nizal menjadi kenalan yang


rapat sehingga hari ini. Banyak yang telah diajar
oleh Nizal kepada saya terutamanya dalam bidang
komunikasi dan media. Sebelum bertemu Nizal,
saya seorang yang amat pendiam dan pemalu-
apatah lagi hendak jadi penyampai radio! Tetapi,
Nizal telah mendedahkan kepentingan komunikasi
kepada saya dalam menyebarkan mesej saya, iaitu
mesej kejayaan.

Tak sangka pula, 2 tahun kemudian, kami berdua


menjadi penyampai radio di bawah bumbung yang
sama, Radio 24. Nizal mengendalikan
rancangannya dan saya pula diberi kepercayaan
mengendalikan rancangan Jutawan!. Untuk
episod pertama, saya menjemput Nizal
Mohammad, selaku mentor saya dalam bidang
komunikasi untuk menemubual saya sebagai "pilot"
rancangan Jutawan! Bersama Irfan Khairi.

Assalamualaikum

Waalaikummussalam Nizal. Nizal apa kabar?

Alhamdullilah. Khabar baik. Untuk


pengetahuan anda mulai minggu ini anda
akan bersama dengan Irfan Khairi.
Jutawan Internet kita untuk mendengarkan
satu program baru yang dinamakan
Jutawan

Boleh ceritakan sedikit apa sebenarnya


program Jutawan ni?

Ok. Terima kasih Nizal. Program ini adalah


program yang berbentuk motivasi bicarawara di
mana saya akan bersama jutawan-jutawan dan
ikon-ikon jutawan tempatan sama ada dari bidang
perniagaan, bidang hiburan atau bidang korporat
dan kita akan berkongsikan maklumat cara-cara
meniti kejayaan.
Jadi boleh ceritakan mengapakah
perlunya cerita-cerita ini dikongsikan
dengan orang ramai?

Keperluan manusia ini ada beberapa peringkat,


pada asasnya kalau kita ikutkan keperluan
daripada teori keperluan Abraham Maslow,
manusia mempunyai keperluan daripada awal
(tapak piramid) adalah keperluan asas seperti
makanan, minuman, tempat tinggal dan
sebagainya.

Apabila keperluan itu telah dipenuhi, keperluan


manusia akan naik ke keperluan lain, dan mengikut
peringkatnya perlu keperluan yang bawah dipenuhi
dahulu baru akan naik ke peringkat atasnya.
Untuk naik ke setiap peringkat, kita perlukan
inspirasi, dan motivasi untuk mencapai kejayaan
peringkat-peringkat seterusnya.

Jadi melalui program Jutawan! bersama saya, Irfan


Khairi, kita akan berkongsi kisah-kisah kejayaan
untuk memberikan sumber insiprasi serta strategi
kepada pendengar bagaimana seseorang itu
daripada zero boleh menjadi hero dan bagaimana
seseorang itu daripada tidak memiliki apa-apa,
boleh menjadi seorang jutawan.

Itu yang kita akan kongsikan bersama nanti di


program Jutawan ini.
Dimana ilhamnya datang untuk
mencetuskan satu program sebegini dan
untuk disiarkan melalui radio?

Ilhamnya datang daripada blog saya, iaitu


www.IrfanKhairi.com, di situ ramai pelawat yang
bertanyakan tentang rahsia-rahsia kejayaan. Apa
yang saya fikir, melalui radio kita dapat
menciptakan satu platform di mana kita boleh
menjemput mereka yang berjaya, jutawan-jutawan
Malaysia untuk berkongsikan maklumat ini.

Ramai jutawan yang telah meniti jalan dan melalui


kesukaran untuk mencapai kejayaan yang dicapai
kini dan mereka ingin kongsikan pengalaman
mereka kepada orang ramai.

Sebabnya Nizal, nak


capai kejayaan dan
nak mencapai status
jutawan bukannya
perkara yang mudah.
Ia adalah sesuatu
yang susah dengan melalui satu proses yang rumit
untuk mencapainya. Ramai yang tersalah anggap,
ingatkan boleh capai overnight success atau
pejam celik, terus jadi kaya . Tapi saya boleh jamin
semua tamu-tamu jutawan dan ikon-ikon jutawan
yang akan datang ke program kita nanti akan
menceritakan bahawa perlunya usaha yang keras
dan it requires hard work and long hours untuk
mencapai apa yang mereka dapat sekarang ni.

Di sini juga saya ingin ingatkan tiada jalan pintas


untuk berjaya. No short cut! Namun begitu, masih
ramai yang sering terjerumus dalam skim-skim
cepat kaya di Malaysia. Semuanya kerana terkabur
mata akibat inginkan wang yang banyak dalam
waktu yang singkat. Ianya tidak akan terjadi.

Jadi, its not that easy macam kata orang


putih yer..?

Yes, its not that easy. Berbahasa orang putih pula


kita ya?

Tapi kalau bukan senang, ini mungkin


akan menyebabkan ramai di kalangan
masyarakat kita akan merasakan bahawa
kalau bukan senang, tak ramai orang yang
mampu.

Itu yang sebenarnya, kalau diikutkan dengan


research yang dilakukan. Daripada 100 orang,
mungkin 1 atau 2 sahaja yang akan mencapai
kejayaan cemerlang dalam bidang kewangan, jadi
memang perkara ini tak senang tapi kalau kita nak
mengharapkan perkara yang senang sahaja,
sudah pasti perkara yang senang adalah sesuatu
yang tidak berbaloi. Sesuatu yang susah itu yang
akan membuatkan pulangan yang kita dapat itu
berbaloi.

Sekiranya kita dapat mencapai kenikmatan


kebebasan kewangan, di situ ada berbagai-bagai
perkara yang kita boleh dapat, bukan hanya kita
akan dapat wang ringgit untuk membeli harta, kita
juga dapat lebih banyak masa untuk kita luangkan
dengan keluarga dan dengan kekayaan ini juga
kita dapat kongsikan bersama.

Hadis ada juga mengatakan bahawa harta


kekayaan ini tidak akan kurang sekiranya kita
banyak memberi. Setelah kita meninggal nanti, apa
yang dapat kita tinggalkan adalah ilmu
pengetahuan, anak yang soleh dan amalan.

Melalui program bicarawara Jutawan ini,


usahawan-usahawan kita yang sudah berjaya
dapat menyampaikan ilmu yang berguna untuk
manfaat ramai. Bagi saya, ia adalah usaha yang
murni.

Menjadi seorang jutawan juga adalah pilihan. Ada


yang mahu menjadi jutawan dan ada juga yang
tidak mahu menjadi jutawan. Itu terpulang pada
pilihan masing-masing. Tetapi janganlah sampai
miskin atau papa kedana, sekurang-kurangnya
sekiranya kita mempunyai wang ringgit, kita dapat
menampung kos diri kita dan keluarga kita.

Kalau kita nak mengharapkan


perkara yang senang sahaja,
sudah pasti perkara yang
senang adalah sesuatu yang
tidak berbaloi.
-Irfan Khairi

Saya juga sering katakan, sekurang-kurangnya


biarlah matlamat kita untuk menjadi financially free.
Atau kewangan mandiri.

Boleh ibaratkan ianya seperti kalau ada seorang


anak kecil yang dilahirkan di dalam sebuah bilik di
mana biliknya itu tidak berkunci, dia boleh keluar
dari bilik tersebut tetapi apabila dia semakin
membesar dan menjadi seorang kanak-kanak, dia
tetap tidak keluar dari bilik tersebut. Malah
sehingga usia remaja, dewasa dan seterusnya
sampai usia tua tetapi dia masih tidak keluar dari
bilik tersebut. Sehingga ajal tiba pun dia masih di
dalam bilik itu, padahal bilik tersebut tidak
berkunci.

Tetapi ianya terpulang kepada individu masing-


masing, katakan anak kecil itu setelah
berumur sepuluh tahun dia membuka pintu itu, dan
setelah dia buka pintu tersebut, rupa-rupanya dia
berada di dalam sebuah perpustakaan di mana
terdapat banyak ilmu-ilmu yang terdapat di situ dan
tambahan pula di perpustakaan tersebut terdapat
ramai professor-professor yang ingin mendidik,
mengajar dan membantunya untuk menjadi
seorang yang berjaya.

Jadi, ianya adalah merupakan satu langkah


samada untuk membuka pintu ke gedung ilmu ini
untuk mencapai kejayaan ataupun tidak. Semua
orang boleh membuka pintu itu tapi, ianya adalah
pilihan masing-masing.

Ertinya adalah kita yang perlu


menentukan dan memilih samada kita
mahu teruskan ataupun tidak, itu
terpulang kepada individu masing-
masinglah ya?

Ya. Ianya adalah terpulang kepada individu


masing-masing. Kita perlu menetapkan keputusan
dalam hal ini. Seseorang itu akan berjaya
sekiranya dia membuat keputusan untuk berjaya
dan baru dia akan nampak dan fokus kepada satu
matlamat yang ditetapkan itu.

Saya berada di studio bersama Nizal ketika ini juga


adalah pilihan saya hari ini, mungkin daripada hasil
perjalanan yang telah saya pilih 10 tahun lepas.

Apa yang kita capai tahun depan, atau lima tahun


akan datang atau sepuluh tahun akan datang
adalah berdasarkan pilihan dan keputusan yang
kita lakukan hari ini. Begitu juga, keadaan kita hari
ini. Ianya adalah hasil daripada pilihan dan
keputusan yang mungkin kita lakukan satu tahun
lepas, lima tahun lepas atau sepuluh tahun yang
lepas.
Apa yang kita capai tahun
depan, atau lima tahun akan
datang atau sepuluh tahun
akan datang adalah
berdasarkan pilihan dan
keputusan yang kita lakukan
hari ini.
-Irfan Khairi

Mungkin saudara Irfan boleh ceritakan


sedikit latar belakang Irfan dan apakah
Irfan sendiri mempunyai kecenderungan
sejak awal-awal lagi bahawa anda ingin
menjadi seorang jutawan?

Ceritanya bermula setelah saya tamat SPM,


selepas saya mendapat keputusan SPM, saya
membuat cita-cita untuk menjadi seorang jutawan
sebelum usia mencapai 30 tahun.

Perihal apa yang mencetuskan matlamat tersebut


adalah sesuatu yang agak pelik sedikit. Semasa
kita remaja-remaja dahulu kita banyak menonton
tv, wayang, dengar muzik, dan mempunyai ikon-
ikon pelakon hiburan di barat. Jadi semuanya itu
menjadi inspirasi kepada saya bahawa mereka ini
melakukan kerja yang mereka suka di samping
memperolehi banyak wang.
Gambar di atas bukanlah sebuah lapangan terbang. Tetapi,
ia adalah rumah pelakon popular John Travolta di Florida.
Hobi beliau adalah membawa kapal terbang!

Apa yang mereka lakukan adalah apa yang


mereka suka dan apa yang mereka enjoy. Jadi,
saya bercadang untuk melakukan sepertimana
yang mereka lakukan iaitu buat sesuatu yang saya
suka dan cuba untuk membuat duit daripada idea
tersebut.

Bermakna, idea tersebut tercetus ketika


saudara Irfan berusia ...?

Idea tersebut tercetus ketika saya berusia 18


tahun.

Sebelum itu, apakah cita-cita anda?

Sebelum tu, saya tak mempunyai apa cita-cita


yang besar pun. Mungkin apa yang boleh dikongsi
bersama adalah saya sememangnya minat
melukis, saya kuat melukis dan pada masa itu
saya memang bercita-cita nak jadi kartunis komik.

Dan untuk pengetahuan Nizal dan pendengar, cita-


cita itu juga tercapai ketika saya di ITM, saya
bekerja part time sebagai kartunis!
Jadi, tidak semestinya mempunyai cita-
cita sejak kecil lagi untuk menjadi seorang
jutawan, di mana-mana peringkat pun
boleh juga ya?

Ya, di mana-mana peringkat pun boleh juga. Tidak


terlalu cepat dan tidak terlalu lewat. Walaupun usia
mencecah sehingga 60-70 tahun. Contoh yang
boleh diambil adalah seperti Kolonel Saunders,
yang mencipta Ayam KFC, ideanya tercetus ketika
beliau berumur 68 tahun. Jadi, ianya bermakna
tidak terlewat untuk kita melakukan sesuatu
walaupun usia dah lanjut.

Ok. Bagaimana pula saudara Irfan


menyusun dan mengatur strategi hidup
Irfan sendiri dalam mencapai status
sebagai seorang jutawan ketika berumur
25 tahun?

Apa yang penting yang telah saya pelajari adalah


"ilmu kejayaan" itu, oleh itu apa yang saya lakukan
adalah saya perlengkapkan diri saya dengan ilmu-
ilmu kejayaan terutamanya the psychology of
success. Saya juga banyak membaca buku-buku
kejayaan, menghadiri seminar-seminar berkisar
kejayaan dan membaca biografi orang-orang yang
berjaya.

Setelah melakukan semua ini, apa yang dapat


saya lihat adalah secara umumnya, mereka yang
berjaya melakukan benda yang serupa dan sama
sahaja. Setelah saya berumur 21, baru saya
terbuka untuk memulakan perniagaan sendiri, jadi
saya pun cuba memulakan perniagaan dan saya
juga bertuah kerana pada masa tersebut juga satu
wave baru telah datang iatu era Internet.
Jadi, di antara usia 18- 21 tahun itu,
apakah yang Irfan lakukan untuk
memastikan bahawa keinginan dan cita-
cita Irfan itu tidak luntur?

Pada jangkamasa tersebut, saya masih lagi


menuntut, pada mulanya saya menuntut di PPP di
ITM Shah Alam (belum lagi UITM). Ketika di ITM,
saya juga memulakan perniagaan kecil-kecilan
seperti menjual t-shirt yang saya rekacipta sendiri-
oleh kerana saya suka melukis! Bila musim
perayaan juga saya cipta kad raya dan jual kepada
pelajar-pelajar lain pada harga 50 sen. Itu antara
pengalaman terawal saya dalam berkecimpung
dalam perniagaan.

Walaupun pendapatan sedikit sahaja, tetapi saya


rasa amat berpuas hati apabila berjaya
memperolehi wang daripada hasil tangan sendiri.

Selepas ITM, saya sambung pengajian Ijazah saya


di United Kingdom. Di sana, pada masa yang
sama juga saya bekerja, saya buat odd jobs
sebenarnya Nizal, sambil-sambil belajar saya
bekerja. Saya bekerja sebagai tukang cuci di
pasaraya dan mencuci tandas untuk mendapatkan
wang tambahan.

Walaupun saya mendapat bantuan kewangan dari


JPA, tetapi wang yang diberi adalah cukup-cukup
makan untuk membeli buku-buku universiti, makan
minum dan tempat tinggal sahaja. Sekiranya kita
nak belajar lebih, itu yang memerlukan saya untuk
bekerja.

Kerja yang saya lakukan


sebagai tukang cuci
memberikan pengalaman
kepada saya, setiap pagi
selama dua tahun,
sebelum memasuki kelas
ataupun kuliah, saya akan
bekerja sebagai tukang cuci pasaraya dan tandas
untuk mendapatkan wang tambahan. Saya lakukan
ini selama 2 tahun.

Dengan wang tambahan tersebut saya akan ke


kedai buku pada hujung minggu untuk membeli
buku-buku kejayaan untuk melengkapkan lagi diri
saya tentang ilmu-ilmu kejayaan. Jadi di situ, saya
dapat mempelajari bahawa kita perlu mempunyai
satu disiplin yang kuat untuk berjaya dalam bidang
apa sahaja yang kita masuki.

Kemudian barulah saya memulakan perniagaan


dan mempelajari tentang ilmu perniagaan ini iaitu
perniagaan Internet. Di situ rezeki mula berpihak
kepada saya.

Jadi, apakah pengalaman yang diperolehi


dan yang membantu semasa bekerja di
lapangan tersebut di usia Irfan 18-21
tahun di mana Irfan pada masa itu di
dalam mempersiapkan diri dengan ilmu-
ilmu kejayaan ini?

Sebenarnya Nizal, pengalaman bekerja sebagai


tukang cuci apa yang boleh saya kongsikan
bersama adalah saya dapat mempelajari
bagaimana untuk kita menghargai wang. Bukan
senang untuk memperolehi wang sekiranya kita
tidak mempunyai ilmu secukupnya.

Setiap pagi selama dua tahun,


sebelum memasuki kelas
ataupun kuliah, saya akan
bekerja sebagai tukang cuci
pasaraya dan tandas untuk
mendapatkan wang
tambahan.
-Irfan Khairi

Selepas usia 21 tahun, bidang apakah


yang Irfan libatkan diri sehingga menjadi
seorang yang berjaya?

Pada mulanya saya memulakan perniagaan


Internet dalam bidang grafik kerana sepertimana
yang saya sebutkan tadi saya sememangnya
meminati perkara yang berkaitan dengan grafik.
Dan pada ketika itu di universiti saya mengambil
kursus multimedia design di mana saya
mempelajari reka cipta grafik menggunakan
komputer.

Jadi, dengan kebolehan itu saya membawakannya


ke Internet dan menjadikan ianya satu perniagaan
Internet dan memperdagangkannya ke seluruh
dunia.

Dalam kata lain, sekiranya terdapat pelanggan dari


serata dunia memerlukan grafik berkomputer,
mereka boleh membuat pesanan di laman web
saya. Saya menjual perkhidmatan grafik.

Umur Irfan pada ketika itu ?

Umur saya pada ketika itu adalah 22.

Jadi apakah sebenarnya bidang


perniagaan Internet yang Irfan ceburi?

Saya merekacipta logo, kulit buku, laman web,


banner design, business card, letter head dan
sebagainya. Kiranya apa sahaja yang berkaitan
dengan grafik design saya lakukan.

Bagaimana Irfan mendapat ilham


sebagaimana membuka perniagaan itu
serta cara-cara untuk menguruskan
pembayaran jual-beli dan transaksi yang
dilakukan di Internet?

Ilham itu saya perolehi daripada buku-buku yang


saya beli dan baca hasil daripada bekerja sebagai
tukang cuci supermarket. Selain itu, saya juga kuat
melayari Internet untuk mendapat maklumat-
maklumat mengenai perniagaan Internet.

Jadi, ianya bukanlah datangnya daripada


tenaga pengajar mahupun sifu sebagai
rujukan?

Secara bersemuka one-on-one memang tidak ada,


tetapi dengan wang yang saya perolehi hasil
bekerja sebagai tukang cuci membolehkan saya
menghadiri seminar-seminar dan kursus-kursus
perniagaan Internet. Dan boleh dikatakan
perniagaan Internet ini saya pelajari di luar
universiti dan bukannya terdapat subjek mata
pelajaran khusus yang saya pelajari di universiti.

Jadi, ketika Irfan berumur 22, Irfan telah


pun mempunyai sebuah syarikat sendiri di
Internet. Apakah nama syarikat
perniagaan Internet yang ditubuhkan itu?

Nama syarikat pertama saya pada ketika itu adalah


Reality Dream.

Apakah ada sebab Irfan namakan syarikat


tersebut dengan nama itu?

Tidak ada sebarang sebab Nizal. Mungkin sebab


ketika itu bunyi nama tersebut sedap didengar.
Saya juga minat dengan filem oleh Steven
Spielberg dan nama syarikatnya Dreamworks.
Jadi, saya nak guna perkataan "Dream" juga... tak
mahu mengalah

Aha, dalam bahasa Malaysia pun namanya


Impian sebenar, sedap tu! Jadi Irfan,
adakah kejayaan terus datang kepada
Irfan setelah memulakan perniagaan
tersebut ketika itu?

Tidak Nizal. Untuk pengetahuan Nizal, untuk 1


tahun pertama, saya tidak mencapai apapun
kejayaan dan dalam masa setahun itu saya hanya
memperolehi 3 orang pelanggan sahaja. Ianya
bermakna dalam tempoh 12 bulan tu, saya hanya
berjaya mendapat 3 pelanggan sahaja. Oleh itu,
saya dapat katakan yang saya gagal pada tahun
pertamanya.

Apakah pelanggan yang diperolehi Irfan


itu datangnya daripada pelanggan
tempatan ataupun daripada luar?

Pada ketika itu, saya masih berada di United


Kingdom. Kalau tak silap saya, ke tiga-tiga
pelanggan saya tersebut datangnya dari USA.

Apakah Irfan tidak merasa kecewa kerana


setelah setahun berpenat lelah
menubuhkan perniagaan dan mempelajari
bidang seni grafik dan hanya 3 pelanggan
sahaja yang mampu diperolehi?
Kecewa tu sememangnya
ada. Kita sebagai manusia
sekiranya kita melakukan
perniagaan dan meletakkan
harapan untuk berjaya tetapi
tidak berjaya, memang
perasaan kecewa tu ada.
Tetapi kita kena fahami juga
bahawa kegagalan itu satu kemestian sebelum
sesuatu kejayaan dicapai.

Jadi, apa yang saya lakukan adalah, apabila


menyedari dan melihat kegagalan yang saya
hadapi, saya pelajari daripada kegagalan tersebut .
Maksudnya saya perlu cari mutiara-mutiara yang
tersirat di sebalik kegagalan-kegagalan tersebut.
Mungkin ianya disebabkan kesilapan saya dan
takkan ianya adalah kesilapan pelanggan pula.

Oleh itu, saya perlu melihat kembali apakah


kesilapan yang saya lakukan dan apakah yang
dilakukan oleh usahawan Internet yang berjaya
sehingga membolehkan mereka berjaya. Jadi saya
perlu memperbetulkan apa yang saya silap dan
menggunakan konsep daripada mereka yang telah
berjaya. Berjaya atau gagal adalah tanggungjawab
sendiri. Jangan pula bila berjaya, kita kata kita
hebat. Bila kita gagal, kita beri alasan dan
menyalahkan orang lain.

Berjaya atau gagal adalah


tanggungjawab sendiri.
Jangan pula bila berjaya kita
kata kita hebat. Bila kita gagal,
kita beri alasan dan
menyalahkan orang lain.
-Irfan Khairi
Daripada situ juga datangnya idea untuk
mengemudikan rancangan Jutawan ini oleh
kerana dalam mencapai kejayaan, kita tidak perlu
mencipta daripada scratch atau kita tidak perlu
buat sesuatu yang baru. Seperti kata orang putih
we dont need to reinvent the wheel, kita hanya
perlu mengikut prinsip-prinsip orang yang telah
berjaya, lihat strategi orang yang telah berjaya dan
aplikasikan ia dalam keadaan kita sendiri dan
dalam bidang kita sendiri, kita juga akan berjaya
seperti mereka.

Contoh saya lagi Nizal, kejayaan saya dalam


bidang Internet pada ketika itu saya lihatkan ikon-
ikon kejayaan dalam bidang perniagaan bukan
Internet seperti Body Shop, Coca-Cola dan
Cadbury. Dengan mengaplikasikan apa yang
dapat dibuat secara offline, saya cuba aplikasikan
ianya secara online.

Begitu juga dengan apa sahaja bidang dalam


industri lain. Sepertimana dalam industi hiburan,
tidak semestinya ikon-ikon perlu datang dari
industri itu sendiri tetapi, boleh juga diambil
dari ikon-ikon dari dalam bidang perniagaan.

Jadi, teknik role model kejayaan ini tidak


memerlukan untuk kita khususkan kepada bidang
kita itu sendiri tetapi kita boleh role model kan
dengan bidang-bidang yang lain juga.

Setelah dinilai dan dikaji kelemahan, di


manakah kesilapan yang Irfan temui yang
mana membolehkan Irfan hanya mendapat
3 orang pelanggan sahaja pada tahun
pertama?

Kesilapannya memang terlalu banyak.


Apakah ianya boleh dikongsi bersama?

Pada peringkat awalnya, laman web saya boleh


dikatakan kelihatan terlalu canggih dengan
banyaknya animasi, dan terdapat huruf-huruf yang
berputar-putar, terbang dari kiri ke kanan, dari atas
ke bawah. Mungkin kita pernah lihat laman web
yang sebegini yang banyak animasi dan
pergerakan, sebenarnya laman web sebegini,
walaupun saya belajar subjek animasi laman web
di universiti namun setelah datang ke real life in
business, perkara-perkara tersebut tidak efektif
dalam menarik pelanggan.

Jadi, kita perlu lihat kembali kepada asasnya di


mana apa yang kita perlu adalah perkara yang
boleh menarik pelanggan dan untuk mendapat
pelanggan, kita perlu buang segala animasi,
benda-benda yang sukar dan benda-benda yang
canggih di dalam laman web kita. Buang segala
muzik dan simplify kan laman web kita.
Melainkan, perniagaan yang kita beri adalah
perkhidmatan kreatif!

Sekiranya laman web kita mudah dan simple,


ianya amat mudah untuk orang menerimanya,
orang mudah melawatnya dan orang mudah
membaca mesej-mesej yang ingin kita sampaikan.
Jadi, di situ satu kesilapan saya.

Selain dari itu, saya dapati bahawa tak ramai


pelayar Internet yang lawati laman web saya. Jadi
itu silap saya juga. Orang tak ramai lawat laman
web saya, bererti saya tidak melakukan promosi
yang secukupnya untuk laman web saya.

Jadi, di situ, saya perlu tambahkan cara-cara


promosi saya. Ada berbagai-bagai cara promosi
laman web kita, lagi ramai orang masuk laman web
kita lagi ramai yang akan membeli. Biasanya kalau
kita ikutkan, dalam 100 orang yang melawat laman
web kita, mungkin 1 orang yang akan membeli.
Tetapi bila saya lihat kembali kepada laman web
saya yang gagal tu, dalam masa setahun tu, hanya
300 orang sahaja yang melawat laman web saya-
patutlah tak ramai yang membeli!

Jadi di situlah akibat hanya 300 orang pelawat,


saya hanya dapat 3 pelanggan sahaja. Apa yang
perlu saya lakukan adalah tingkatkan jumlah
pelawat di laman web saya, katakanlah dalam
sebulan saya dapat tingkatkan jumlah pelawat
sebanyak 1000 pelawat, bermakna saya akan
dapat lebih banyak pelanggan, mungkin 10
pelanggan. Jadi misi utama saya adalah untuk
mendapat 1,000 pelawat sebulan!

Bagaimana cara Irfan mempromosikan


laman web Irfan pada ketika itu?

Pada ketika itu, terdapat pelbagai-bagai cara


promosi yang saya gunakan. Antaranya adalah
search engine. Bagaimana kita meletakkan laman
web kita di Yahoo, MSN, Altavista, Lycos dan lain-
lain. Ketika itu Google belum lagi popular. Ada
strategi untuk meletakkan laman web kita di muka-
muka surat hadapan di enjin-enjin pencari ini. Jadi,
saya pelajari cara-cara tersebut dan ianya dikenali
sebagai SEO Search Engine Optimization.

Cara yang lain pula adalah dengan kita


berinteraksi dan menyertai forum-forum ataupun
perbincangan online. Di Internet, terdapat banyak
forum-forum online dan perbincangan-
perbincangan online. Kita masuk ke forum-forum
sebegini dan berbincang dan mendapat kenalan-
kenalan, serta bantu sesiapa yang inginkan
bantuan di samping letak alamat laman web kita
setelah membantu di forum-forum online ini supaya
kita dan perniagaan kita lebih dikenali. Ini dapat
membantu kredibiliti perniagaan kita dan
mengakibatkan ramai yang akan datang ke laman
web kita.
Bagaimana setelah Irfan melakukan
perubahan-perubahan pada laman web
Irfan dengan menggunakan cara-cara
promosi yang baru, apakah kesannya?

Apabila saya mempelajari cara-


cara yang betul, pada mulanya
sedikit demi sedikit pelanggan
mula datang dan membuat
pesanan dari laman web saya.
Bila saya melihat ianya menjadi,
saya tambahkan lagi strategi-
strategi dan makin ramai
pelanggan yang saya dapat.

Apabila makin ramai pelanggan saya dapat, saya


gandakan lagi strategi dan cara tersebut!

Apa yang dapat kita lihat, selalunya ramai orang


yang berpendapat sekiranya setelah strategi yang
digunakan menjadi, ianya telah pun lapuk dan
perlukan strategi baru untuk menggantikannya.
Sebenarnya apa strategi yang menjadi, kita hanya
perlu ulang strategi yang sama sampai betul-betul
kita tak dapat sebarang keberkesanan
daripadanya.

Jadi, saya ulang benda yang sama sahaja


sehinggakan dari 3 pelanggan yang saya dapat
dalam masa setahun menjadi 3 pelanggan dalam
masa sehari.

Ianya menyebabkan masa saya makin suntuk, dan


pada ketika itu dari pagi hingga ke petang saya
bekerja makan gaji disebuah syarikat multimedia.
Perniagaan Internet saya usahakan sebagai part
time dari petang hingga lewat malam dalam 1-2
pagi barulah saya tidur untuk menyiapkan pesanan
perniagaan Internet saya itu.
Selepas pendapatan perniagaan Internet saya
melebihi pendapatan kerja saya di pejabat, saya
berhenti kerja tetap dan fokuskan usaha saya pada
perniagaan Internet saya.

Tetapi, kalau nak ceritakan kesemua strategi-


strategi perniagaan Internet saya, memang tak
cukup masa di sini, bagi yang berminat boleh
dapatkan buku saya "Rahsia Jutawan-Jutawan
Internet Terbongkar" di www.RahsiaInternet.com

Apa strategi yang menjadi,


kita hanya perlu ulang strategi
yang sama sampai betul-betul
kita tak dapat sebarang
keberkesanan daripadanya.
-Irfan Khairi

Sepanjang-panjang waktu Irfan membina


hidup sebagai seorang usahawan dan
ketika itu Irfan masih belum mencapai
sejuta keuntungan, jadi adakah waktu-
waktu itu mencabar atau adakah terdapat
sesuatu yang menguji atau menjadi suatu
dugaan besar sebelum mencapai angka
sejuta itu?

Dugaan itu boleh saya katakan tidak berapa


banyak pada saya oleh kerana saya melakukan
perniagaan seorang diri daripada rumah. Saya
juga suka melihat segalanya pada sudut positif,
dan sekiranya terdapat dugaan pun, saya akan
lihatnya sebagai sesuatu yang baik. Dalam erti
lain, jarang saya tersedar dengan dugaan-dugaan
dikeliling saya

Sebagai tambahan juga, ketika mencapai angka 1


juta itu saya telah mendirikan rumah tangga. Isteri
saya juga banyak menolong dalam perniagaan
Internet dan makin kurang bebanan kerja saya.

Apa yang saya ingin saya kongsikan dengan


pendengar radio 24 melalui rancangan Jutawan!
Bersama Irfan Khairi Adalah bahawa mencapai
kejayaan ini ada berbagai-bagai cara dan inilah
apa yang saya cuba cungkilkan daripada ikon-ikon
jutawan yang lain tentang bagaimanakah
perjalanan mereka ini.

Ada juga jutawan dari bidang hiburan, pada umur


20 tahun dah dapat merakam satu album dan
album tersebut meletup, hasil daripada populariti
mereka, mereka memulakan syarikat rakaman
sendiri. Sehingga kini, syarikat tersebut
berkembang menjadi publishing company dan juga
production company. Kita kenali mereka dengan
nama KRU.

Mereka pula daripada umur 20 tahun sehingga ke


hari ini, mungkin mengalami pelbagai cabaran oleh
kerana di mata awam, orang ramai melihat
kejayaan mereka dengan pelbagai pandangan.
Mungkin ada segelintir yang akan memandang
dengan perasaan iri hati dan hasad dengki dan
ada juga yang mungkin melemparkan kritikan-
kritikan kepada mereka. Jadi perjalanan itu
menjadi berlainan sekiranya dibandingkan
perjalanan saya dengan perjalanan mereka.

Jadi apa yang boleh saya katakan pada Nizal, dari


umur saya 22 tahun hingga 25 tahun setelah saya
mencapai angka sejuta tersebut tidak banyak
dugaan melainkan saya hanya mendapat 3 orang
pelanggan sahaja pada tahun pertama perniagaan
Internet saya.
Itu adalah pada peringkat awal perniagaan
Internet yang Irfan jalankan. Kiranya ianya
menjadi kunci untuk mendapat sejuta.
Ianya mengambil masa 3 tahun untuk
mencapai angka tersebut, apakah ianya
tidak menduga anda?

Dalam masa 3 tahun tu, boleh dikatakan saya tidak


keluar rumah sangat, saya fokus kepada kerja dan
perniagaan saya sahaja. Saya tak berhibur, tak
keluar dengan kawan-kawan dan lepak-lepak
dengan kawan-kawan. Dalam masa 3 tahun tu
memang saya tak ada buat semua tu. Mungkin itu
satu dugaan atau cabaran dalam mendisiplinkan
diri. Tetapi, ianya pilihan dan keputusan saya dan
saya lihat pengorbanan itu sebagai sejenis
pelaburan yang positif.

Mungkin ianya menjadi suatu pendekatan


juga, berhemah ketika berbelanja.

Ya, betul tu. Perlu


berhemah ketika
berbelanja sebab
kekayaan ini bukan
bermaksud berapa banyak
yang kita dapat atau
berapa banyak gaji kita
tetapi kekayaan ini adalah
tentang berapa banyak
yang kita dapat simpan.
Maknanya katakanlah kawan kita ni Ali yang
berpendapatan RM5,000 sebulan. Mungkin
sesetengah orang kata gaji RM5,000 tu dah
banyak dan kita tengok pada kawan kita yang
seorang ni pula, Abu dimana pendapatannya
adalah sebanyak RM2,000 sebulan. Mungkin
sesetengah orang akan kata yang Abu ni
berpendapatan sederhana sahaja.
Tapi bila kita lihat Ali yang berpakaian mahal,
berumah besar, kereta besar, telefon bimbit kecil
dan sebagainya. Perbelanjaan sebulan Ali adalah
sebanyak RM4,500. Oleh itu, Ali hanya dapat
simpan RM500 sahaja pada setiap bulan.

Kita tengok Abu pula, Abu ni berjimat sedikit, pakai


kereta pun kereta nasional, makan dan pakaian
pun sederhana sahaja dan tidak berlebih-lebih dan
dalam setiap bulan, Abu dapat menyimpan
sebanyak RM1,000 daripada gajinya yang
sebanyak RM2,000. Dan sekarang kita dapat lihat,
siapa yang lebih kaya samada Ali yang dapat
menyimpan sebanyak RM500 ataupun Abu yang
dapat menyimpan RM1,000.

Sudah tentu kekayaan milik Abu. Ianya berbalik


kepada apa yang saya perkatakan tadi mengenai
kekayaan adalah bermaksud banyak mana yang
kita simpan.

Perlu berhemah ketika


berbelanja kerana kekayaan
adalah tentang berapa banyak
yang kita simpan.
-Irfan Khairi

Dan soalan yang ingin saya tujukan


kepada semua pendengar di luar sana,
berapa banyak yang anda telah simpan?
Tetapi sesetengah orang ada mengatakan
bahawa sekiranya kita tidak berbelanja,
ianya tidak akan menunjukkan tahap
keupayaan kita sebagai seorang yang
dikatakan berjaya maka tidak ada gunanya
kita menyimpan harta banyak? Bagaimana
rekasi Irfan dengan kenyataan ini?

Bak kata pepatah biar papa, asalkan bergaya la


ya?

Sebenarnya, apa erti kejayaan adalah berlainan


pada setiap individu yang memilikinya. Bagi saya,
kejayaan adalah perasaan gembira dan mungkin
bagi sesetengah orang kejayaan bermaksud wang
ringgit yang banyak dan ada juga sesetengah
orang kejayaan bermaksud banyak masa yang
diluangkan bersama keluarga. Tak kurang juga
ada yang kata kejayaan adalah apabila kita
memiliki syarikat sendiri yang mencapai IPO.

Jadi kita perlu lihat kepada peringkatnya juga, ada


juga yang bekerja sebagai ahli perniagaan atau
ahli korporat yang memerlukan mereka untuk
membawa kereta besar-bear dan berpakaian
mewah supaya orang percayakan mereka,
perniagaan dan kredibiliti mereka bertambah di
situ, maka kejayaan juga bertambah. Jadi, kita
perlu lihat perspektif kejayaan pada setiap individu
tersebut.

Boleh tak Irfan ceritakan sedikit


pengalaman Irfan semasa pertama kali
mencecah keuntungan yang Irfan perolehi
sebanyak satu juta ringgit itu?

Pada ketika itu, timbulnya satu kepuasan pada diri


saya di mana cita-cita saya telah pun tercapai.

Kegembiraan saya bukanlah pada nilai wang


ringgit diperolehi, tetapi lebih kepada kegembiraan
apabila segala hasil usaha kita telah berbuah.
Usaha yang ditaburkan sejak berumur 18 tahun.
Apabila kita mencapai cita-cita kita, dari segi
dalamannya saya dapat rasakan bahawa apa
sahaja cita-cita akan datang akan dapat
mencapainya. Jadi, ianya memberikan motivasi
pada diri saya untuk mencapai lebih banyak
kejayaan lagi dan bukannya setakat berhenti di
situ.

Ada satu istilah ini yang diambil daripada Napolean


Hill yang mengatakan bahawa whatever mind can
conceive, the body can achieve, dan saya juga
baru-baru ini mendengar di televisyen iaitu
daripada angkasawan pertama negara kita, Dr.
Sheikh Muszaphar juga memperkatakan istilah
yang sama. Jadi, ia juga adalah salah satu sebab
program Jutawan! ini diudarakan untuk kita sama-
sama membuka minda yang mana apa yang kita
fikirkan akan tercapai dan tidak ada apa yang
mustahil.

Apa pendapat Irfan tentang konsep


kesederhanaan dalam Islam. Ada yang
mengatakan, Islam menyeru kita supaya
sederhana dan tak perlu kaya raya?

Sepertimana yang kita sedia maklum, Islam


menggalakkan umatnya hidup bersederhana. Oleh
itu, ada sesetengah yang kata

"Buat apa nak kaya raya kerana Islam mengatakan


bahawa kita perlu bersederhana."

Kita perlu fikir yang Islam menyatakan sedemikian


bukan bermaksud kita perlu berpendapatan
sederhana tetapi hidup yang sederhana. Sekiranya
kita hidup dengan berpendapatan yang sederhana,
katakanlah kalau di zaman sekarang pendapatan
sederhana adalah dalam linkungan RM2,000
hingga RM3,000, bayangkanlah kalau semua umat
Islam kita berpendapatan sederhana sahaja, jadi
bagaimana kita nak membangunkan umat kita
sendiri.

Ketika zaman Rasulullah dulu, kewangan dan


kekayaan juga yang membantu dalam dakwah
baginda. Antara sahabat-sahabat baginda adalah
usahawan-usahawan yang kaya-raya dalam
membantu dakwah termasuk usahawan termasyur,
Abdul Rahman Bin Auf. Kesederhanaan dalam
Islam bukan dikatakan berpendapatan sederhana
tetapi cara pembawaan kita yang sederhana dalam
hidup dan jangan lupa juga pada amal jariah yang
kita keluarkan itu biarlah lebih dan bukanlah secara
sederhana sahaja. Di situ mungkin ada sedikit
misconception tentang konsep kesederhanaan
dalam Islam ini.

Bagaimana pula untuk konsistenkan


dengan kewangan, kita perlu konsisten
untuk memastikan status jutawan yang
ada itu tidak hanya kekal buat sementara
saja. Jadi, bagaimana nak konsistenkan
atau bagaimana untuk kekal sebagai
status jutawan itu?

Ianya terbahagi kepada beberapa peringkat di


mana peringkat pertamanya adalah untuk kita
persediakan diri kita untuk menjadi kaya, manakala
peringkat keduanya pula adalah untuk kita
mempelajari cara untuk menjadi kaya, dan
peringkat ketiganya pula apabila kita dah jadi kaya
bagaimana kita nak lindung kekayaan kita supaya
wang itu tidak hilang begitu sahaja.

Peringkat-peringkat ini adalah penting di mana ada


keadaan apabila kita tidak melalui peringkat
pertama dan minda kita tidak bersedia untuk
menjadi kaya, wang itu akan habis dengan begitu
sahaja disebabkan keseimbangan yang tidak ada.

Itu yang terjadi sekiranya yang kita selalu


terdengar di dalam cerita-cerita mat salleh yang
menang loteri 1 juta atau 10 juta sekalipun dalam
masa setahun atau dua tahun wang tersebut akan
habis begitu sahaja. Ada juga kes-kes di negara
kita sendiri di mana terdapat pihak-pihak yang
menerima habuan yang dapat daripada hasil
menjual tanah atau sebagainya yang mendapat
sebanyak 1 juta atau 2 juta ini tetapi disebabkan
minda yang tidak bersedia dan di situ jugalah
menjadi satu konflik di mana tidak sampai 2 tahun
atau kurang daripada masa itu, duit yang dapat itu
habis dengan begitu sahaja dengan membeli
kereta-kereta mewah, rumah-rumah besar dan
sebagainya.

Mereka ini tidak memikirkan untuk sustain wang


yang ada. Jadi peringkat-peringkat ini adalah perlu
untuk kita lebih memahami dengan lebih ketara
lagi bagaimana untuk melindungi kewangan kita.

Wang yang kita ada itu


perlu dilaburkan. Bila kita
melaburkan wang, ia akan
bertambah. Ianya seperti
pokok yang berbuah,
apabila ia jatuhkan benih
dan benih itu pula akan
menjadi satu pokok lagi
yang berbuah dan begitulah seterusnya. Dalam hal
ini kita perlu bayangkan buah itu penuh dengan
wang. Sepertimana setiap kali kita melabur ianya
akan berganda. Itu satu caranya.

Cara yang lagi satu adalah dengan kita


memulakan perniagaan. Dengan wang yang kita
ada kita boleh laburkan dalam perniagaan. Dengan
perniagaan kita juga boleh lindungi kewangan kita.
Tidak lupa juga pada insurans oleh kerana ianya
melindungi diri kita dan keluarga kita dari segi apa
musibah di masa hadapan.

Ianya (melabur) seperti pokok


yang berbuah, apabila ia
jatuhkan benih dan benih itu
pula akan menjadi satu pokok
lagi yang berbuah dan
begitulah seterusnya.
-Irfan Khairi

Bagaimana untuk mengambil inisiatif


dalam perniagaan ini untuk dijadikan
sebagai azimat dalam meniti perjalanan
sebagai seorang jutawan?

Nombor 1 bagi saya yang penting adalah ilmu.


Bagi saya ilmu pengetahuan itu adalah perkara
yang teramat penting sekali. Saya memang baca
banyak buku untuk melengkapkan diri saya. Di
rumah saya terdapat beratus buah buku
perniagaan. Melalui bacaan kita dapat pelajari apa
sahaja.

Kita perlu fahami bahawa setiap manusia ini


mempunyai kebolehan bahawa mereka boleh
menjadi apa yang mereka inginkan melalui ilmu.
Kalau kita ingin menjadi hebat berkomunikasi
seperti saudara Nizal, kita perlu membaca buku-
buku yang berkisar tentang komunikasi untuk
menjadi hebat seperti saudara Nizal. Tak begitu?

Semuanya kita boleh


pelajari melalui buku-
buku yang sedia ada.
Ada satu buku ini yang
bertajuk The Zulu
Principle. Di dalam buku
ini ada mengatakan
bahawa sekiranya kita
membaca satu buku berkenaan industri yang kita
ceburi maka kita akan menjadi pakar di kalangan
kawan-kawan kita. Sekiranya kita membaca 5
buah buku di dalam industri kita maka kita akan
menjadi pakar di kalangan jiran-jiran kita.
Sekiranya kita membaca dalam 20-50 buah buku
yang berkenaan industri kita maka kita akan
menjadi pakar dalam satu kampung yang kita
duduki itu. Sekiranya kita membaca dalam 100
buah buku yang berkenaan industri kita maka kita
akan menjadi pakar satu negeri atau daerah itu.
Tetapi sekiranya kita membaca 200 buku ke atas
berkenaan industri yang kita ceburi itu maka kita
akan menjadi pakar paling hebat dalam sesebuah
negara, dalam contoh kita, pakar di Malaysia!
Semua ini boleh dilakukan dengan membaca buku
dan aplikasikan apa yang dibaca.

Jadi bagi diri saya, untuk perhebatkan dalam


bidang perniagaan, saya perlu baca beratus buku
yang berkaitan dengan perniagaan.

Dalam membaca, kita perlu mendisiplinkan diri


kita. Katakanlah kita membaca satu minggu
sebuah buku sahaja maka dalam setahun kita
sudah membaca lebih kurang 50 buah buku. Cuba
kita bayangkan sekiranya setahun kita dapat
membaca 50 buah buku, dalam masa 4 tahun, kita
dapat membaca 200 buah buku. Jadi ianya
memerlukan disiplin yang konsisten dan secara
berterusan untuk menjadikan ilmu kita semakin
bertambah dan seterusnya kita akan menjadi pakar
dalam bidang yang kita ceburi di Malaysia.

Ianya semestinya buku-buku yang


berkisar mengenai apa ya Irfan?

Buku-buku ilmiah, buku-buku motivasi, yang mana


ianya ditulis oleh pakar-pakar industri itu sendiri.
Kita jangan terhadkan kepada buku-buku tempatan
sahaja tetapi kita juga boleh tambahkan dengan
buku-buku yang datang daripada luar negara.

Di Malaysia ini terdapat banyak kedai-kedai buku


yang menjual buku-buku antarabangsa di mana
kita boleh dapatkan dalam apa jua industri
sekalipun. Sekiranya tidak terdapat juga buku di
kedai-kedai buku, maka anda boleh dapatkan
informasi di Internet di mana kita boleh dapatkan
buku-buku secara online melalui Amazon.com.

Jadi dengan membaca itu merupakan


antara perkara yang penting yang perlu
dititikberatkan untuk berjaya khususnya
dalam kehidupan dan umumnya untuk
menjadi seorang jutawan.

Sepertimana yang kita ketahui, perjalanan


dalam meniti kejayaan ini memerlukan
pengorbanan. Bagaimana Irfan melihat
dari sudut pengorbanan yang Irfan
berikan dan apakah bentuk pengorbanan
yang Irfan lakukan?

Pertamanya kita perlukan pengorbanan bukan


sekadar wang sahaja, tetapi juga masa dan usaha
di mana ianya perlu pada saya untuk mendapatkan
ilmu. Sepertimana yang saya katakan pada awal
temubual kita, semasa saya masih belajar di luar
negara, setiap pagi sebelum menghadiri kelas
saya akan korbankan masa saya dengan bangun
awal dan bukannya untuk mengulangkaji pelajaran
sahaja tetapi saya juga mengorbankan usaha saya
untuk bekerja secara sambilan sebagai tukang cuci
pasaraya. Ketika itu saya tidak mempunyai wang,
jadi saya perlu mengorbankan masa dan usaha
untuk mendapatkan wang. Ini perlu pada saya
kerana sepertimana yang saya sebut yang
pengorbanan ini mempunyai pelbagai cara dan
maksud.

Kemudian, selepas alam universiti dan saya


memulakan perniagaan Internet, saya begitu minat
pada perniagaan saya dan begitu kusyhuk dalam
perniagaan saya sehinggakan kadangkala ter
miss untuk menghadiri parti kawan-kawan atau
kenduri kendara dan ianya bukan bermaksud kita
ini anti-sosial tetapi ini merupakan salah satu
pengorbanan yang terpaksa dilakukan dalam
menjalankan perniagaan pada ketika itu. Sekali
lagi, pengorbanan yang merupakan pilihan dan
keputusan saya sendiri.

Kita perlukan pengorbanan


bukan sekadar wang sahaja,
tetapi juga masa dan usaha di
mana ianya perlu pada saya
untuk mendapatkan ilmu.
-Irfan Khairi

Ada juga mengatakan bahawa sebilangan


hartawan dan jutawan ini amat kurang
kawannya? Apa pandangan Irfan dalam
hal ini?

Eh tidak juga... bila kita jutawan, lagi ramai orang


nak kawan dengan kita!

Malam-malam begini sedap juga bergurau dengan


Nizal. Mungkin ada benarnya, tetapi pada
pendapat saya oleh kerana mereka ini, termasuk
saya sendiri amat ghairah dengan perniagaan,
sehingga ada kalanya terpaksa tolak dengan baik
jemputan kawan-kawan apabila banyak kerja.

Tetapi, itu juga tidak sepatutnya jadikan alasan


oleh kerana sebaiknya kita perlu bijak
membahagikan masa. Ada masanya kita usahakan
perniagaan kita, ada masanya kita ziarah keluarga
dan kawan-kawan.
Apakah harapan Irfan dalam
memperkenalkan slot Jutawan ini dalam
membuka mata masyarakat dalam usaha
yang perlu untuk menjadi sorang
Jutawan?

Harapan saya adalah dengan adanya slot Jutawan


ini maka ianya akan lebih membuka mata dan
memberi inspirasi kepada pendengar dengan info-
info dan strategi-strategi yang digunakan oleh
jutawan-jutawan kita.

Ianya merupakan satu


platform yang amat baik
untuk kita sama-sama
mempelajari selok belok
dalam meniti perjalanan
menjadi seorang jutawan.
Ada juga sebilangan
orang yang mengatakan
tidak perlu untuk menjadi
seorang jutawan. Pada
saya tidak salah untuk
berfikir sedemikian tetapi sekiranya tidak mahu
menjadi jutawan tidak mengapa tetapi kita boleh
menjadi financially free ataupun kewangan
mandiri di mana wang yang kita ada sudah cukup
untuk menanggung diri kita dan keluarga kita tanpa
memerlukan sehari pun kita bekerja lagi.

Untuk menjadi financially free, tidak semestinya


menjadi jutawan.

Apakah yang boleh dipetik atau


dikongsikan oleh masyarakat di luar sana
dalam slot Jutawan ini?

Saya berharap agar dengan adanya slot ini nanti


ianya dapat menyedarkan masyarakat tentang
kekuatan ilmu. Ilmu bukannya kuasa tetapi ilmu
yang diaplikasikan itu adalah kuasa yang
sebenarnya. Sebenarnya apa yang kita belajar kita
akan lupa dalam masa 10 atau 20 minit seterusnya
sekiranya kita tidak lakukan apa-apa.

Jadi sekiranya dengan adanya slot ini ianya akan


memanfaatkan masyarakat di luar sana dengan
tips-tips dan maklumat-maklumat yang bakal
dikongsikan bersama oleh para jutawan kita nanti.

Saya berharap juga agar pendengar dapat


mengimplementasikan segala info yang akan
dikongsikan nanti.

Saya ingin bertanyakan tentang setelah


Irfan berjaya dalam bidang yang diceburi
ini, bagaimana pengalaman Irfan untuk
memastikan bahawa ianya adalah setakat
itu sahaja kerana bagi sebilangan orang
ada yang mengatakan bahawa dia sudah
menjadi seorang jutawan maka setakat itu
sahaja perjuangan dia. Bagaimana pula
dengan Irfan?

Apakah itu sahaja ataupun Irfan masih


mempunyai pendekatan-pendekatan yang
lain dalam erti kata ingin mencambah lagi
dalam kehidupan Irfan dengan pelbagai
gerakan atau alternative yang lain selain
perniagaan yang dijalankan?

Betul dengan apa yang dikatakan saudara Nizal


awal tadi bahawa kita ulangkan kembali apa yang
saya katakan tentang keperluan Maslow di mana
keperluan kita mempunyai peringkat-peringkatnya.
Peringkat asasnya kita perlu melengkapkannya
seperti makanan, tempat tinggal dan sebagainya.

Alhamdullillah saya dapat melengkapkannya dalam


kehidupan saya dan juga saya juga berjaya untuk
cover keperluan saya di tengah-tengah iaitu
mencapai kemewahan yang sedikit dengan apa
yang sedia ada.

Dan sekarang ini keperluan seseorang itu tidak


akan berhenti kerana apabila sampai ke suatu
tahap maka dia akan naik lagi ke satu tahap yang
baru dan ianya tidak semestinya keperluan itu dari
segi harta. Mungkin keperluan yang diperlukan
adalah untuk dihargai ataupun keperluan untuk
memberi balik kepada masyarakat sepertimana
apa yang saya lakukan ini untuk berkongsikan
maklumat dan pengalaman bukan saya seorang
sahaja, tetapi juga tetamu-tetamu jutawan yang
lain supaya boleh dijadikan landasan ataupun
panduan untuk pendengar aplikasikan bersama
untuk mencapai kejayaan.

Mungkin matlamat saya untuk peroleh sejuta


pertama saya sebelum umur 30 tahun telah
tercapai tetapi matlamat saya bukannya terhad
pada situ sahaja kerana matlamat saya yang
seterusnya adalah untuk membantu masyarakat di
luar sana dengan berkongsikan tips-tips dan
strategi-strategi yang boleh digunakan untuk
kejayaan bersama dan Alhamdullillah kerana diberi
peluang untuk berkongsikan matlamat saya ini di
televisyen dan di radio dalam menyampaikan
mesej-mesej bagaimana seseorang itu boleh
berjaya dari segi kewangan.

Terima kasih Irfan, semoga program


bicarawara Jutawan dapat memberi
manfaat kepada pendengar-pendengar
Radio24!

PROFIL
Irfan Khairi
adalah motivator kekayaan
dan perniagaan generasi
baru. Sebagai seorang
usahawan, penulis buku laris dan juga speaker
pakar, kejayaan Irfan Khairi sering dipaparkan di
majalah, akhbar dan juga media penyiaran. Beliau
merupakan penulis ruang motivasi, kekayaan dan
perniagaan di beberapa majalah tempatan. Irfan
juga mengendalikan segmen perniagaan &
kewangannya sendiri di Astro Awani dan juga
mengemudikan program bicarawara "Jutawan!" di
Radio24.

Selepas menamatkan pengajian di United


Kingdom, Irfan Khairi menggunakan strategi-
strategi kejayaan dan berjaya memperolehi bebas
kewangan pada usia yang muda. Penerima
anugerah, Certificate of Doctorate in Business
Administration daripada Oxford Association of
Management ini, menjadikan misi peribadinya
untuk menyampaikan strategi kejayaan kepada
orang ramai.

Sering digelar Jutawan Muda & "Jutawan


Internet" oleh pihak media atas kejayaannya
mencapai keuntungan perniagaan Internet
sebanyak RM1,000,000 pada umur 25 tahun, Irfan
kini mencapai berpuluh ribu insan menyampaikan
mesej-mesej kejayaannya. Irfan Khairi percaya
bahawa minda adalah kunci utama dalam
membina kekayaan!

Selepas mendalami strategi kekayaan dan


kejayaan jutawan-jutawan di dunia dan Malaysia,
Irfan Khairi kini mendedahkan teknik yang
digunakan bertahun-tahun lamanya oleh mereka
yang bergelar "jutawan" kepada anda!

Untuk maklumat lanjut lawati


http://www.RahsiaInternet.com dan
http://www.IrfanKhairi.com

Sekiranya anda ingin


pelajari cara memulakan
perniagaan Internet dari
rumah, dapatkan "Pakej
Belajar Dari Rumah: Perniagaan Internet".

Pakej ini memuatkan apa yang anda perlu tahu


dalam memulakan perniagaan Internet anda yang
pertama! Klik di sini untuk maklumat lanjut.