Anda di halaman 1dari 7

Gambar di atas merupakan satu poster di negara India.

Poster ini
menunjukkan seorang warga negara India yang memakai pakaian tentera
Jepun dan memegang senapang dalam tangannya. Di bawah poster itu
ditulis perkataan Tentera ini sedang mempertahankan negara India.

Nilai yang boleh kita dapati dari poster ini ialah nilai sanggup
mengkorbankan diri untuk negara dan cinta akan negara. Tentera ini
sanggup mengkorban dirinya untuk mempertahankan negaranya. Dengan
tanpa semangat cinta akan negara, tentera ini tidak akan korbankan dirinya
untuk mempertahankan negaranya.
Gambar di atas merupakan kalung bunga tradisional India. Kalung
bunga ini banyak digunakan dalam menyambut tetamu. Begitu juga pada
saat berlangsungnya pesta pernikahan, dan kebiasaan saling bertukar kalung
bunga atau karangan bunga antara pengantin perempuan dan pengantin
lelaki. Kalung bunga tradisional atau karangan bunga juga dipakai sebagai
persembahan kepada dewa yang mereka sembah. Kalung bunga ini
menunjukkan perasaan kegembiraan mereka.

Nilai mengekalkan tradisi kaum sendiri boleh didapati dari penggunaan


kalung bunga ini. Ini disebabkan kaum India pada zaman sekarang masih
menggunakan kalung bunga semasa perayaan-perayaan tertentu dan
menunjukkan perasaan gembira.
Gambar di atas ini merupakan sejenis batik India. Batik ini diperbuat
dengan tangan dan menggunakan pen Kalamkari. Mereka menggunakan
konsep keagamaan dalam menghasilkan batik ini. Mereka telah
menggunakan dewa yang disembahkan oleh mereka sebagai motif batik ini.

Nilai boleh kita dapat dari batik ini ialah nilai menghormati Tuhan.
Orang India telah menggunakan dewa-dewa mereka sebagai motif batik
mereka. Ini merupakan satu tanda kehormatan mereka terhadap dewa-dewa
yang disembahkan oleh mereka.
Gambar di atas merupakan catan Dewa Ganesha India. Ganesha
adalah dewa ilmu pengetahuan. Dalam pewayangan disebut Batara Gana,
merupakan salah satu putra Batara Guru. Gana diwujudkan berkepala gajah
dan berbadan manusia. Dalam pewayangan, ia tinggal di kahyangan
istananya disebut Glugu Tinatar. Oleh orang-orang bijaksana, Ganesha diberi
gelar Dewa pengetahuan, Dewa pelindungan, Dewa keselamatan dan lain-
lain. Dalam catan, beliau sering dilukis berkepala gajah, bertangan empat,
berbadan gemuk dan menunggangi tikus.

Bermuka gajah melambangkan Dewa Ganesha sebagai perintang


segala kesulitan, bagaikan gajah merintangi musuhnya dengan gading yang
tajam dan belalai yang panjang. Bertangan empat melambangkan filsafat
empat jalan menuju kebahagian. Berbadan gemuk sebagai lambang orang
berbadan besar yang sanggup mengalahkan musuh-musuhnya. Dewa
Ganesha menunggangi tikus sebab tikus melambangkan keragu-raguan
dalam menghadapi sesuatu, maka dari iru Ganesha berusaha merintangi
segala kesulitannya.
Nilai yang terdapat dari catan ini ialah nilai mementingkan ilmu
pengetahuan. Dewa Ganesha ini juga digelar sebagai dewa ilmu
pengetahuan. Penganut Hindu menyembah dewa ini adalah untuk mendapat
pengetahuan. Dengan ini, boleh dilihat betapa penting ilmu pengetahuan
kepada penganut Hindu.
Gambar di atas merupakan Arca Patung Shiva. Shiva, juga dikenali
sebagai Mahadeva (Dewa yang Agung), ialah salah seorang dewa utama
agama Hindu. Shiva ialah salah seorang dewa utama agama Hindu. Shiva
ialah Tuhan Yang Agung dalam Saivisme, iaitu salah satu mazhab yang paling
berpengaruh dalam Hinduisme kini.

Pada tahap yang tertinggi, Shiva dianggap sebagai tidak terhad, tidak
berubah dan tiada rupa. Shiva juga mempunyai banyak rupa, yang mesra
dan menakutkan. Dalam rupa mesra, Shiva digambar sebagai seorang Yogi
yang maha mengetahui, yang menghuni Gunung Kailash. Dalam rupa yang
menakutkan, Shiva sering digambarkan membunuh raksasa-raksasa. Shiva
juga digelar sebagai Dewa yoga dan kesenian.

Ikon utama Shiva ialah mata ketiga pada dahi-Nya, ular Vasuki yang
terlilit di leher-Nya, dan bulan sabit yang menghiasi rambut-Nya. Sungai
Ganga yang suci mengalir dari kusutan rambut-Nya. Shiva bersenjata Trisula.
Shiva juga memainkan damaru, sejenis alat muzik. Shiva biasanya disembah
dalam rupa Linga.

Nilai boleh kita dapati ialah nilai mempercayai Tuhan. Penganut Hindu
menganggap Shiva yang menakutkan dapat membunuh raksasa-raksasa.
Mereka mempercayai Tuhan boleh menolong mereka menghalang semua
yang tidak baik untuk mereka.

Anda mungkin juga menyukai