Anda di halaman 1dari 4

PENGAMBILAN PELAJAR

Bagi program peringkat Ijazah Sarjana Muda, pengambilan pelajar dibuat dua kali setahun
iaitu pada Kemasukan Semester Pertama (September) dan Kemasukan Semester Kedua
(Februari). Bagi kemasukan Semester Pertama (September) permohonan boleh dibuat terus
melalui Bahagian Pengurusan kemasukan Pelajar JPT (BPKP) di
http://www.mohe.gov.my setelah iklan tawaran pengajian dikeluarkan melalui akhbar
tempatan. Permohonan kemasukan boleh diajukan kepada :

Pengarah
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Jabatan Pengurusan IPT
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Aras 1 - 3, Blok E9, Parcel E, Presint 1
Pusat Pentradbiran Kerajaan Persekutuan
62505 PUTRAJAYA

Bagi kemasukan Semester Kedua (Februari) permohonan boleh dibuat terus ke


Universiti ini (UPSI), berdasarkan iklan bagi program-program yang ditawarkan sahaja
secara online di http://www.upsi.edu.my/online. Calon akan diberitahu tentang keputusan
permohonannya sebaik sahaja urusan pengambilan selesai dilaksanakan. Keterangan lanjut
boleh diperolehi melalui: -

Pejabat Pendaftar
Unit Kemasukan
Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA)
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan
Tel: 605-450 6929 / 6932 / 6313

SYARAT MINIMUM KEMASUKAN

Universiti ini menawarkan kemasukan kepada lepasan STPM(atau setaraf); STAM(atau


setaraf); Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (atau setaraf); Diploma (atau setaraf)
melalui pengajian selama 8 semester (4 tahun) bagi mereka yang memenuhi syarat seperti
berikut Lulus perperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (atau setaraf) dengan mendapat kepujian
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa
Malaysia Kertas Julai;

Dan

Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (atau setaraf) dengan mendapat
sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:

Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am

dan

Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran


atau

Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-
kurangnya PNGK 2.00;

atau

Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama


Malaysia (STAM)

atau

Memiliki Diploma dalam bidang pengkhususan yang relevan dengan program yang dipohon
dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Senat universiti dan
mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya C6 pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut :

Matematik/Matematik Tambahan/ Matematik Kertas Julai

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test


(MUET).

SYARAT MINIMA KEMASUKAN

SYARAT TAMBAHAN BAGI PERMOHONAN PROGRAM PENDIDIKAN UNTUK


PERKHIDMATAN DENGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)

1. Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.


2. Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 30 tahun pada tahun memohon.
3. Calon yang memohon hendaklah disahkan sihat tubuh badan oleh Laporan Kesihatan
Klinik Kerajaan serta tidak menghidap apa-apa penyakit mental atau fizikal dan berupaya
mengikuti kursus-kursus yang dirangka oleh program yang dipilih.

Undang-Undang Dan Peraturan

Mahasiswa di Malaysia adalah mereka yang dilindungi oleh undang-undang negara di bawah
AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971. AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ
UNIVERSITI 1971 ini memperuntukkan undang-undang merangkumi kod etika tingkahlaku
dan berpakaian di kampus, plagiarisme, kewangan, jenayah dan peraturan lalu lintas
jalanraya.

Aktiviti penyalahgunaan dadah adalah suatu jenayah utama di Malaysia dan hukuman berat
akan dikenakan terhadap mereka yang terbukti melakukan kesalahan.
PERMOHONAN
CARA MEMOHON

Calon Warganegara Malaysia

Pelajar-pelajar adalah dinasihati untuk memeriksa iklan-iklan dalam akhbar-akhbar itu dan
Kementerian Pelajaran Tinggi / laman-laman web UPSI untuk kedua-dua pengambilan Julai
dan Disember

AMBILAN SEPTEMBER
Permohonan kemasukan ke UPSI adalah melalui sistem aplikasi dalam talian Kementerian
Pengajian Tinggi : laman web UPSI http://www.mohe.gov.my bagi ambilan September.
Pelajar-pelajar dikehendaki membeli UNIK ID IJAZAH bagi ambilan September (kata
laluan) daripada Bank Simpanan National (BSN).

AMBILAN FEBRUARI
Permohonan kemasukan ke UPSI adalah melalui sistem aplikasi dalam talian Laman Web
UPSI : http://www.upsi.edu.my/online bagi ambilan Februari. Pelajar-pelajar
dikehendaki membeli BITARA ID IJAZAH (kata laluan) daripada Bank Simpanan National
(BSN).

Calon Warga Asing / Pelajar Antarbangsa

Permohonan dalam talian boleh didapati boleh dimuat turun disini [muat turun / download]

TARIKH PERMOHONAN

Iklan Permohonan : [Muat turun]


Tarikh Iklan : Telah Ditutup
Tarikh Permohonan : Telah Ditutup
Tarikh tutup permohonan adalah pada : Telah Ditutup
Tarikh-tarikh Penting : [Muat turun]

Tarikh akhir menghantar perakuan permohonan online dan dokumen ke UPSI adalah pada :
Telah Ditutup
Calon yang telah memohon sebelum ini boleh mengemaskini (menukar) pilihan program
melalui aplikasi online yang sama dengan menggunakan no UNIK ID IJAZAH (September) /
BITARA ID IJAZAH (Februari) yang terdahulu.

*tertakluk kepada sebarang perubahan.

ALAMAT PENGHANTARAN DOKUMEN

Unit Kemasukan
Bahagian Hal Ehwal Akademik
Universiti pendidikan Sultan Idris
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah
35900 Tanjong Malim
Perak Darul Ridzuan

MAKLUMAT LANJUT

Unit Kemasukan
Bahagian Hal Ehwal Akademik
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan
Telefon : 605-450 6929/6932/6313
Faks : 605-4582670
Laman Sesawang : http://akademik.upsi.edu.my

Tarikh Kemaskini : 13 Januari 2014

Anda mungkin juga menyukai