Anda di halaman 1dari 1

Melancong ke Pulau Langkawi

Pada cuti sekolah yang lalu, Amir pergi bercuti ke Pulau


Langkawi bersama-sama dengan keluarganya. Mereka ke sana
selama tiga hari.
Pada awal pagi Jumaat, ayah dan ibu Amir memasukkan
beg-beg ke dalam kereta. Mereka memakai tali pinggang
keledar semasa di dalam kereta yang dipandu oleh ayah Amir
sambil menyanyi dan bertepuk tangan.
Setelah tiba ke Jeti Kuala Perlis, mereka menaiki feri
selama 45 minit sebelum tiba di Pulau Langkawi. Ayah Amir
mendaftar masuk di hotel yang telah ditempah sebelumnya.
Pada sebelah petang, mereka menikmati laksa di Pekan Kuah.
Pada keesokan harinya, mereka melawat ke beberapa
tempat yang menarik di Pulau Langkawi iaitu mengelilingi pulau-
pulau termasuk memberi helang makan. Selepas itu, mereka ke
Underwater World dan pada sebelah petang, mereka
beriadah di pantai termasuk menaiki payung udara yang ditarik
dengan bot.
Pada hari Ahad pula, Amir dan keluarganya menaiki kereta
kabel untuk ke puncak Gunung Mat Chincang. Selepas itu,
mereka ke Makam Mahsuri dan membeli cenderamata sebagai
kenangan untuk dibawa pulang. Pada jam 1.00 petang, ayah
Amir mendaftar keluar dari hotel lalu pulang ke rumah. Tiba di
rumah, Amir menulis pengalamannya yang sungguh gembira di
dalam diari.

Anda mungkin juga menyukai