Anda di halaman 1dari 14

MALAYSIA:MELAKA HINGGA NEGERI-NEGERI MELAYU BARU

(HSM3013/LSM1023)
SOALAN 2:

SETELAH PENGASASAN LANGKAH UTAMA YANG PERLU DILAKUKAN


RAJA DAN PARA PEMBESAR MELAKA IALAH PENGUKUHANNYA.
BINCANGKAN.

NAMA PENSYARAH: DR. HARYATI BINTI HASAN

NAMA AHLI KUMPULAN:

FAISZUL BIN ABDUL RAZAK (D20121058765)

HAIRUL NIZAM BIN ABDUL HALIM (D20121058783)

MALEENA A/P ADUN (D20121058772)

MARDIAH BINTI ABDUL MANAF (D20121058761)

ESTER LASIM (D20121058751)


ISI KANDUNGAN

BIL. TAJUK M. SURAT

1.0 PENDAHULUAN 1

2.0 POLITIK:

2.1 SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA 2


2.2 SISTEM PEMBESAR 2-5
2.3 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG 5-6
2.4 HUBUNGAN DIPLOMATIK 6

3.0 EKONOMI:

3.1 PENGGUNAAN MATA WANG 7


3.2 SISTEM TIMBANGAN DAN SUKATAN 7
3.3 SISTEM CUKAI 8
3.4 PERDAGANGAN 8
3.5 ORANG ASLI 9

4.0 SOSIAL:

4.1 AGAMA ISLAM 9-10


4.2 PELABUHAN 10
4.3 KONSEP DAULAT DAN DERHAKA 10-11

5.0 KESIMPULAN 11
1.0 PENDAHULUAN

Zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman kegemilangan kepahlawanan dalam

tradisi kesultanan di Tanah Melayu khususnya dan di Nusantara amnya, pemerintahan

kesultanan ini kekal selama lebih kurang satu abad iaitu dari 1400-1500 di Melaka.

Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dapat dibahagikan kepada empat tahap iaitu tahap

pembukaan sekitar 1400-1424 yang diperintah oleh Parameswara dan anaknya Mahkota

Iskandar Shah. Tahap kedua ialah tahap pengukuhan iaitu pada tahun 1424-1446 di bawah

pemerintahan Sultan Muhammad Syah seterusnya pengganti baginda manakala tahap ketiga

ialah tahap kegemilangan sekitar 1446-1488 di bawah pemerintahan Sultan Mansur Shah dan

tahap kejatuhan (1488-1511) di bawah pimpinan Sultan Mahmud Shah.1 Antara tahun 1400-

1403, Kesultanan Melayu Melaka telah diasaskan oleh Parameswara yang merupakan

seorang anak raja Srivijaya yang berasal dari Dinasti Sailendra, Palembang yang kemudian

mengundurkan diri ke Singapura dan seterusnya menubuhkan sebuah kerajaan di Melaka.

Sebelum kedatangan Parameswara, Melaka hanyalah sebuah perkampungan kecil yang tidak

terkenal dan didiami oleh perompak, lanun dan kaum nelayan. Tidak lama selepas itu,

Parameswara berkuasa di situ dan sebilangan pengikutnya datang dari Palembang

menyertainya. Keadaan geografinya yang strategik dan terlindung daripada tiupan angin

1 Rahmat Saripan. 1983. Dokumentasi Seminar Sejarah Melaka. Melaka Marathon


Engriving. Hlm 19.
monsun menjadi faktor kepada perkembangannya selain sesuai dijadikan pelabuhan dan

tempat persinggahan pedagang khususnya saudagar dari China dan India.2

2.0 POLITIK
2.1 SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA

Raja berada di puncak pemerintahan dengan digelar Raja atau Duli Yang Dipertuan.

Gelaran Sultan mula digunakan apabila Seri Maharaja menjadi raja Melaka yang ketiga

dengan gelaran Sultan Muhammad Shah. Baginda dikelilingi oleh kerabatnya sendiri

yang termasuk anak, isteri, keluarga yang terhampir, seorang Bendahara dan Penghulu

Bendahari terawal yang merupakan adinda raja.3 Raja yang memerintah kerajaan Melaka

disebut sebagai sumber dan pusat kuasa secara sekular. Dengan kedudukan raja yang

istimewa dalam sistem berkerajaan, sumber kuasa yang dimiliki oleh raja, iaitu restu

daripada daulat yang dimiliki oleh raja tadi, disalurkan pula bagi menggerakkan jentera

serta tenaga-tenaga pemerintahan dan pentadbiran.4 Selain itu, kedudukan Raja menurut

Sejarah Melayu ialah di tengah-tengah segala kegiatan yang bermakna. Rajalah yang

telah membawa Melaka ke mercu yang tinggi berbanding dengan negeri-negeri lain di

2 Joginder Singh Jessy. 1978. Sejarah Tanah Melayu 1400-1959. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa
dan Pustaka. Hlm 1-2. 1

3 Muhammad Yusoff Hashim. 1990. Kesultanan Melayu Melaka. Kajian Beberapa


Aspek tentang Melaka pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 147.

4 Ibid. Hlm 152.


sekelilingnya disebabkan asal keturunannya yang sci dan mulia serta pewaris Melayu

yang istimewa.5

2.2 SISTEM PEMBESAR

Semua pembesar atau menteri yang bijak penting bagi seorang raja menjalankan peranan

saktinya oleh sebab mereka inilah yang sebenarnya menjalankan pentadbiran kerajaan.

Mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan jujur untuk memisahkan tugas

tugas kerajaan dengan raja supaya memelihara kedudukan sakti raja agar tidak tercemar

di mata hamba rakyatnya. Oleh itu, raja-raja dan para pembesar mempunyai fungsi yang

khusus dan saling membantu yang mana haruslah dikekalkan serta dihormati.6 Pembesar

yang penting sekali kedudukannya ialah Bendahara yang merupakan pemilik wibawa

fizikal yang terbesar di kalangan pembesar-pembesar Melaka. Bendahara memiliki kuasa

pentadbiran dalam organisasi berkerajaan secara amalan dan pelaksanaannya. Selain itu,

fungsi Bendahara dapat dilihat dari sudut tugas awam iaitu sebagai ketua pentadbir dan

tugas tentera sebagai ketua turus hulubalang di darat dan laut Melaka. Istiadat menghadap

raja dan bersirih nobat hanya boleh dilakukan sekiranya Bendahara turut hadir.

Bendahara juga menjalankan tugas pendakwaan dalam kes-kes pembicaraan awam dan

jenayah di peringkat negeri. Sistem penggantian Bendahara selalunya mengikut

keturunan, daripada ayah kepada anak atau abang kepada adik yang merupakan amalan

5 Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya. 1982. Sejarah Malaysia. Petaling
Jaya: Macmillan Publisher (M) Sdn. Bhd. Hlm 51.
2

6 Ibid. Hlm 52.


tradisi. Hal ini jelas menunjukkan tugas Bendahara dalam organisasi berkerajaan adalah

sebagai pelaksana wibawa fizikal serta menjadi wakil raja yang memerintah.7

Dalam semua upacara rasmi kerajaan, Sejarah Melayu menyatakan bahawa Penghulu

Bendahari sebagai orang yang kedua selepas Bendahara dalam kalangan kelompok

Pembesar Empat. Penghulu Bendahari diertikan sebagai Ketua Bendahari. Penghulu

Bendahari menjadi ketua dalam istiadat dan acara rasmi diraja di istana kerana beliau

sebagai orang kuat istana dan penyokong adat istiadat Melayu. Tugas beliau termasuklah

mengendalikan hidangan dan makanan untuk tetamu, mengerah orang membentang tikar,

menggantung tabir langit-langit, menghias balairung dan mendapatkan tenaga rakyat

untuk urusan pekerjaan diraja tadi. Bagi tugas bidang kuasa awam ialah menjadi ketua

kepada semua Bendahari raja, mengendalikan hamba-hamba, mengetuai para pegawai

yang menguruskan hasil mahsul kerajaan dan mengepalai semua Syahbandar di Melaka

selain mempunyai tugas dalam bidang ketenteraan.8

Temenggung merupakan pembesar ketiga yang kemudiannya telah melangkau kedudukan

Penghulu Bendahari dan dianggap sebagai bakal ganti Bendahara.9 Temenggung dalam

hal ehwal awam dan dalam bidang ketenteraan. Tugas utamanya yang menjaga keamanan

dan mengawal keselamatan serta perjalanan undang-undang seluruh negeri Melaka.

7 Muhammad Yusoff Hashim. 1990. Kesultanan Melayu Melaka. Kajian Beberapa Aspek
tentang Melaka pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 167-171. 3

8 Ibid. Hlm 172-173.

9 Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya. 1982. Sejarah Malaysia. Petaling
Jaya: Macmillan Publisher (M) Sdn. Bhd. Hlm 53.
Menjaga keselamatan raja juga turut merupakan sebahagian daripada tugas utamanya. Di

istana, tugas Temenggung ialah mengatur dan menentukan orang yang bekerja ketika

sesuatu istiadat diraja diadakan di istana setelah tenaga pekerja daripada kalangan rakyat

dikumpulkan oleh Penghulu Bendahari. Temenggung juga bertugas untuk menyusun

istiadat menghidang makanan tetamu di istana. Tugas awam termasuklah menyertai

Bendahara ketika menjalankan pendakwaan dan pembicaraan dan memungut cukai

perdagangan di bandar Melaka.10

Selepas Temenggung ialah Laksamana, pembesar tentera yang setaraf dengan Bendahara

dan merupakan suatu jawatan baru di Melaka. Laksamana mempunyai tugas rasmi dalam

ketenteraan dan awam, juga sebagai pengawal protokol dan kedutaan. Tugas utama

Laksamana ialah dalam bidang ketenteraan. Bidang kuasanya sebagai ketua armada laut

Melaka terdapat dalam Hukum Kanun Melaka yang mengatakan Laksamana sebagai raja

di laut. Laksamana diberikan tugas untuk menjaga keamanan laut di samping

mengepalai angkatan perang Melaka untuk mengalahkan kerajaan-kerajaan di pesisir

pantai Selat Melaka. Di darat pula, tugas utamanya ialah mengawal keselamatan raja

apabila berangkat dan mengawal keselamatan Bendahara apabila menjalankan

perbicaraan. Laksamana juga dijangka berfungsi sebagai ahli pengutus dan diplomatik,

pengawal dan pemerhati perjalanan protokol kerajaan. Selain itu, terdapat juga pembesar-

pembesar lain yang mungkin membentuk Pembesar Lapan, Enam Belas dan seterusnya.

10 Muhammad Yusoff Hashim. 1990. Kesultanan Melayu Melaka. Kajian Beberapa Aspek
tentang Melaka pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 173-174. 4
Sejarah Melayu dan Hukum Kanun Melaka menampilkan beberapa gelaran yang

kelihatannya berfungsi tetapi kurang jelas tentang kedudukan taraf pembesar ini.11

2.3 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

Pengukuhan Melaka juga dapat dilihat dengan adanya undang-undang tradisional.

Undang-undang yang diperkenalkan di Melaka ialah Hukum Kanun Melaka dan Undang-

undang Laut Melaka. Kedua-dua undang-undang ini diperkenalkan di Melaka sejak

pemerintahan Parameswara lagi dan diteruskan sehingga zaman kejatuhan kerajaan

Melaka pada tahun 1511. Undang-undang ini telah diperkukuhkan dari satu zaman ke ke

zaman yang seterusnya. Hal ini dapat dilihat daripada kandungan fasal dalam Hukum

Kanun Melaka yang pada asalnya hanyalah terdiri daripada 19 fasal dan telah menjadi 44

fasal dan ia dikatakan lengkap seperti yang terdapat pada Hukum Kanun Melaka yang

ditemui pada hari ini.12 Hukum Kanun Melaka yang dikenali juga sebagai Undang-

undang Darat Melaka dan Risalat Hukum Kanun di samping 46 naskah salinan

daripadanya yang diberi berbagai-bagai judul seperti Undang-undang Melaka, Undang-

undang Negeri dan Pelayaran, Surat Undang-undang, Kitab Undang-undang, Undang-

undang Melayu, Undang-undang Raja Melaka, Undang-undang Sultan Mahmud Syah,

Kitab Hukum Kanun dan Surat Hukum Kanun.13 Pada mulanya Hukum Kanun Melaka

ditentukan berdasarkan hukum dan adat setempat, semasa zaman pemerintahan Sultan

11 Ibid. Hlm 176-179.

12 Ibid. Hlm 204. 5

13 Ibid. Hlm 201.


Alauddin Riayat Shah, Hukum Kanun Melaka ditukar berdasarkan Hukum Hudud. Hal

ini dapat dibuktikan berdasarkan fasal 7.2 dalam Hukum Kanun Melaka:

Adapun jikalau ia mencuri, maka tertangkap lalu dibunuhnya maka kenalah denda

akan dia setengah harganya. Adapun ada hukum Allah orang yang mencuri itu tiada

harus dibunuh, melainkan dipotong tangannya14

2.4 HUBUNGAN DIPLOMATIK

Pengukuhan Melaka juga dapat dilihat dari aspek hubungan diplomatik antarabangsa.

Melaka telah menjalinkan hubungan perdagangan dan diplomatik dengan China yang

bermula sejak zaman Parameswara lagi. Di awal kewujudan kerajaan Melaka, Melaka

sentiasa menerima ancaman daripada kerajaan Siam. Oleh sebab itu, Parameswara telah

mengambil kesempatan dengan kedatangan Laksamana Cheng Ho ke Melaka. Hubungan

Melaka-China terus dijalinkan oleh pemerintah-pemerintah Melaka yang seterusnya serta

diperkukuhkan lagi dengan perkahwinan antara Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang

Li Po.15

3.0 EKONOMI
3.1 PENGGUNAAN MATA WANG

14 Ibid. Hlm 206.

15 Mohd Jamil Mukmin. 2004. Melaka, Pusat Penyebaran Islam di Nusantara. Institut Kajian
Sejarah dan Patriotisme Malaysia: Melaka. Hlm 40-45. 6
Kesultanan Melayu Melaka juga semakin kukuh dengan kewujudan penggunaan mata

wang. Urusan perniagaan di Melaka mempunyai dua bentuk iaitu yang pertama ialah

melalui sistem tukar barang dan yang kedua ialah menerusi proses penjualan dan

pembelian. Wang logam di Melaka diperbuat daripada calains dalam bentuk timah yang

terpahat nama Sultan Melaka yang memerintah. Tome Pires mendakwa bahawa

pengenalan dan penggunaan wang logam ini adalah pengaruh langsung dari tradisi

perniagaan Pasai. Wang emas dan perak juga digunakan untuk urusniaga, bukan sebagai

kepingan wang tetapi bagi barang pasaran. Wang dari Pasai juga digunakan untuk

ditukarkan dengan mata wang tempatan contohnya seratus calains dikatakan bersamaan

dengan tiga cruzados.16

3.2 SISTEM TIMBANGAN DAN SUKATAN

Selain itu, urusan perniagaan di Melaka juga menggunakan sistem timbangan dan

sukatan. Sukatan dan timbangan ini biasanya diukur dengan menggunakan unit tahil dan

kati iaitu setahil bersamaan dengan enam belas mas. Ukuran kati digunakan bagi

menimbang emas, perak, bahan wangian, kapur, kelembak dan permata17

3.3 SISTEM CUKAI

16 Muhammad Yusoff Hashim. 1990. Kesultanan Melayu Melaka. Kajian Beberapa


Aspek tentang Melaka pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 255.

17 Ibid. Hlm 255-257. 7


Sistem cukai juga digunakan di Melaka terutamanya bagi pedagang-pedagang luar

sebagai contoh ialah saudagar yang datang dari bahagian timur dan selatan Melaka,

Gugusan Kepulauan Melayu, Filipina, pantai barat Tanah Melayu, Pasai, Pedir, Pegu dan

Siam. Mereka haruslah mematuhi peraturan pembayaran cukai ini sekiranya kapal-kapal

mereka membawa bahan-bahan makanan. Dasar cukai terhadap bahan import seperti ini

harus diadakan selaras dengan keadaan Melaka yang kurang sesuai untuk pertanian.18

3.4 PERDAGANGAN

Aktiviti perdagangan juga merupakan faktor yang menyumbang kepada pengukuhan

Melaka dan menyumbang kepada kewujudan pelbagai bangsa di Melaka. Melaka sebagai

pelabuhan perdagangan dan merupakan wilayah yang berkecuali bagi kuasa-kuasa asing,

di mana saudagar-saudagar asing disambut dan dilindungi oleh kerajaan Melayu

Melaka.19 Sikap berkecuali inilah yang menggalakkan kedatangan pedagang asing dan

seterusnya menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan yang unggul dan disegani.

Kegiatan perniagaan dan sektor perdagangan boleh dilibati dan dilakukan oleh sesiapa

sahaja sama ada oleh raja, pembesar mahupun rakyat, lelaki dan perempuan dalam

masyarakat.20

18 Ibid. Hlm 254-255.

19 Ismail Hussein et al. (peny). 1993. Tamadun Melayu. Selangor : Dewan Bahasa
dan Pustaka. Hlm 113-114.

20 Muhammad Yusoff Hashim. 1990. Kesultanan Melayu Melaka. Kajian Beberapa Aspek
tentang Melaka pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 299. 8
3.5 PERANAN ORANG ASLI

Orang Asli juga memainkan peranan mereka dalam meningkatkan ekonomi Melaka.

Walaupun bilangan mereka tidak ramai, kearifan mereka tentang kehidupan hutan dan

kecekapan mereka mengumpulkan hasil-hasil hutan yang amat dihargai dalam

perdagangan antarabangsa mungkin telah mendorong Raja-raja Melaka yang baru

menggabungkan mereka sebagai rakyat Melayu. Raja-raja baru Melaka telah mendapati

Orang Asli sebagai sumber tenaga manusia yang penting untuk digemblengkan demi

kepentingan kerajaan.21

4.0 SOSIAL
4.1 AGAMA ISLAM

Pengukuhan Melaka juga dapat dilihat dengan adanya pengaruh Islam. Sultan telah

membenarkan beribadat dan membina tempat-tempat ibadat sebagai contoh menubuhkan

madrasah, masjid dan surau. Rakyat juga melimpahkan taat setia kepada pemerintah dan

ingin menjamin keselamatan negeri. Sultan juga telah menghantar pendakwah ke luar

negeri untuk menyebarkan syiar Islam. Istana telah menjadi tempat perbincangan,

penterjemahan, penyaduran dan penyimpanan kitab-kitab agama. Hal pengaruh Agama

Islam yang terdapat di Melaka telah dipengaruhi oleh saudagar-saudagar Islam yang

datang daripada China, India dan Arab.

21Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya. 1982. Sejarah Malaysia. Petaling Jaya:
Macmillan Publisher (M) Sdn. Bhd. Hlm 56. 9
Contohnya China, menurut pengkaji sejarah iaitu Gardener dan Emmanuel menyatakan

Islam tiba melalui jalan darat dari China pada zaman Khalifah Othman al-Affan pada

zaman Umayyah dan Abassiyyah.22

4.2 PELABUHAN

Melaka juga mempunyai kemudahan pelabuhan yang telah memberi sumbangan dalam

pengukuhan kerajaan Melaka. Pelabuhan Melaka yang menyediakan tempat penginapan,

tempat bekalan makanan dan air, tempat membaiki kapal, tenaga buruh, tempat simpanan

barang-barang perdagangan dan tempat perniagaan yang selesa.23 Pelabuhan di Melaka

juga amat sistematik iaitu apabila kapal perdagangan yang masuk ke pelabuhan Melaka,

nakhoda kapal perlu melaporkan diri kepada syahbandar. Nakhoda akan dibawa berjumpa

dengan Bendahara atau Sultan dan pertemuan ini perlu disertai dengan hadiah oleh

nakhoda kepada Sultan. Sebuah gudang akan diberikan kepada nakhoda untuk

menyimpan barang dagangannya dengan bayaran cukai yang ditetapkan. Barang

dagangan boleh dijual. Hal ini telah menyumbang kepada kemakmuran pelabuhan

Melaka.24

4.3 KONSEP DAULAT DAN DERHAKA

Pengukuhan Melaka juga terus unggul dengan adanya konsep daulat dan derhaka. Raja

yang memerintah dianggap berdaulat. Daulat juga dihubungkan dengan konsep spiritual

22 Robiah binti Alias. 2009. Malaysia Negara Kita. MDC Publishers Sdn Bhd. Hlm 23

23 Ibid. Hlm 34.

24 Ibid. Hlm 37. 10


dan kepercayaan tradisi tentang derhaka. Sesiapa yang ingkar perintah raja akan dianggap

menderhaka kepada raja tersebut. Mereka akan ditimpa tulah iaitu nasib buruk yang

akan menimpa oleh penderhaka. Contohnya beberapa bentuk penderhakaan kepada raja

dapat dirujuk dalam Hukum Kanun Melaka. Antaranya membunuh orang yang membawa

titah raja, menyangkal titah raja, bermaharajalela dan cuba menentang raja. Penderhaka

sama ada dibunuh dengan Cara disalang atau disula. Sejarah Melayu menyebut bahawa

Sang Rajuna Tapa, iaitu Penghulu Bendahari kepada Raja Iskandar di Singapura, telah

ditimpa tulah dengan menjadi batu kerana bersubahat dengan Majapahit menyerang

Singapura.25 Walau bagaimanapun, ini adalah sekadar sumber lisan dan tidak direkodkan.

5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, Parameswara merupakan tunjang utama kepada kewujudan Kerajaan

Melayu Melaka. Corak pemerintahan yang diamalkan oleh Parameswara telah memberi

impak kepada tampuk pemerintahan yang seterusnya dan telah membawa kepada

kegemilangan Empayar Melaka sebagai sebuah kerajaan yang kukuh dan berdaulat. Jatuh

dan bangunnya sesebuah negeri pula dipengaruhi oleh tahap kewibawaan pemerintah

dengan bantuan pembesarnya. Namun pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah,

kedaulatan Melaka semakin pudar akibat kezaliman baginda sendiri dalam pentadbiran

sehingga membawa kepada kejatuhan Melaka pada 1511M apabila ditawan oleh Portugis.

25 Timothy J.Moy. 1978. The Sejarah Melayu Tradisional of Power of Political Order. Sebuah
Tesis Sarjana Sastera. Di Jabatan Sejarah. Universiti Malaya: Kuala Lumpur. Hlm 134-135.
11

Anda mungkin juga menyukai