Anda di halaman 1dari 9

BAHAGIAN A

[20 markah]

Soalan 1 hingga 20
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Hati Nazua _________ akan kata-kata nasihat daripada


ibunya.
A menyentuh
B disentuh
C tersentuh

2 Fikiran Alif ___________ apabila mengenangkan ibunya yang


sakit di kampung.
A terganggu
B mengganggu
C diganggu

3 Kamil ________ apabila nampak seekor ular memasuki


rumahnya.
A diterperanjatkan
B memeranjatkan
C terperanjat

4 Kapal terbang yang baru berlepas itu menuju


_____ Sarawak.
A di
B pada
C ke

5 Ada bintik merah _________ hidung kamu, kata Ahmad


kepada Abu.
A pada
B di
C ke

6 Tolong berikan surat ini __________ ibu kamu, kata Cikgu


Rosli.

1
A ke
B kepada
C pada

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7 Ali bermain layang-layang di ___________ pantai pada


hujung minggu bersama keluarganya.
A tepi
B antara
C tengah
8 Sani memiliki se_________ motosikal berjenama kawasaki.
A biji
B buah
C batang

9 Damia memelihara tiga _________ kucing yang sangat


comel.
A ekor
B butir
C bilah

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah

2
10 Siti menyapu sampah menggunakan se__________
penyapu.
A bilah
B biji
C batang

11 Mastura rajin _____________ Izzah malas.


A tetapi
B atau
C lalu
12 Kamu tinggal di Taman Selasih _____________ kamu
tinggal di Taman Bidara.
A dan
B atau
C sambil

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13 Kakak membasuh pinggan _____________ ayah pula


memotong buah tembikai.
A dan

3
B oleh itu
C sementara

14 Pokok rambutan di belakang rumah Zahir ___________


dengan lebat.
A berbuah
B berputik
C bercambah

15 Pisau yang tajam itu _____________ oleh ayah.


A diasah
B dihiris
C ditumpul

16 Bebarapa batang pokok tumbang kerana ___________


ribut.
A dicantas
B dihembus
C dipukul

17 Ayam jantan __________ menandakan hari sudah


hampir siang.
A bersiul
B bernyanyi
C berkokok

18 Anak kucing yang ________ ke dalam longkang itu


telah diselamatkan.
A terjatuh
B tertiarap
C terduduk

19 Kereta itu __________ apabila lampu isyarat


menunjukkan warna merah.
A berhenti
B bergerak
C berbunyi

4
20 ________________, sakitnya kakiku! jerit Salim apabila
terpijak paku.
A Aduh
B Wah
C Amboi

BAHAGIAN B

[30 markah]

Soalan 21

5
Pilih kata sendi yang paling sesuai untuk diisi pada tempat
kosong dalam ayat di bawah.

1. Faridah lebih rajin dan bijak _________________ (dari,


daripada, kepada) abangnya.
2. Kapal terbang yang baru berlepas itu menuju __________
(di, ke, dari) Sarawak.
3. Majalah itu diterbitkan _________ (untuk, dari, kepada)
bacaan kanak-kanak.
4. Adik menangis ___________ (hingga, sejak, di) pagi tadi
kerana demam dan kembung perut.
[ 8 markah ]

Soalan 22

Bina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung yang


diberikan.

1. Zamani pergi ke perpustakaan. Kamarul pergi ke


perpustakaan. (dan)
___________________________________________________________
___________________________________________________________

2. Abang menonton berita di kaca televisyen. Abang


menunggu ibu selesai memasak. (sementara)
___________________________________________________________
___________________________________________________________
[ 4 markah ]

Soalan 23

Tandakan ( ) pada ayat tanya di bawah.

1. Wah, cantiknya baju itu !


2. Mengapakah Pak Mat tidak membuka kedai hari in?

6
3. Siapakah yang menghantar awak ke sekolah?
4. Tolong jangan membuat bising.
[ 2 markah ]

Soalan 24

Isikan tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai.

tetapi sambil dan


jika kerana lalu

1. Nenek saya sudah tua _______ masih kuat bekerja.


2. Bidin menutup pintu bilik __________ menguncinya.
3. Alex suka makan ketam _________ udang.
4. Suraya menangis ____________ anak patungnya hilang.
5. Dewi menjaga adiknya _________ menonton televisyen.
6. ________ hari tidak hujan, mereka akan bermain bola
sepak.
[ 9 markah ]

Soalan 25

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang


berikutnya.

Bapa membawa saya ke Dataran Merdeka untuk menyaksikan


perarakan sempena Hari Kemerdekaan. Ramai orang telah
berada di sana sejak awal pagi lagi. Sambutan Hari
Kemerdekaan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku.
Saya berdiri tegak sambil menyanyikan lagu Negaraku.

Selepas itu, acara perarakan pun bermula. Peserta


perarakan memberi tabik hormat kepada para pemimpin yang
berdiri di atas pentas. Mereka turut membalas tabik hormat
tersebut. Suasana sangat meriah. Orang ramai mengibarkan
Jalur Gemilang sambil menyaksikan perarakan. Pertunjukan

7
udara oleh Tentera Udara Diraja Malaysia sangat hebat. Saya
amat kagum melihat mereka membuat persembahan payung
terjun dan jet pejuang. Saya berharap dapat menyaksikan
perarakan kemerdekaan pada tahun hadapan.

1. Di manakah penulis menyaksikan perarakan Hari


Kemerdekaan ?
___________________________________________________________
[ 1 markah ]
2. Bilakah acara perarakan dimulakan?
___________________________________________________________
___________________________________________________________
[ 2 markah ]
3. Bagaimanakah suasana pada hari itu?
___________________________________________________________
___________________________________________________________
[ 2 markah ]
4. Apakah harapan penulis?
___________________________________________________________
___________________________________________________________
[ 2 markah ]

8
KERTAS SOALAN TAMAT