Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN POS RAYA

31300 KG. KEPAYANG, PERAK


KOD SEKOLAH : ABA2047
TEL : 019-5596468

1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : SKPR.01/05/007 ( )
Tarikh : 17 April 2017
Pengarah,
Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Perak / Kedah
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30500 Ipoh.

Tuan,

PERMOHONAN UNTUK MEMBAIK PULIH BANGUNAN KLINIK POS


RAYA UNTUK DIJADIKAN BILIK DARJAH SK POS RAYA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu ,pihak sekolah memohon pihak tuan agar


dapat membaik pulih bangunan Klinik Pos Raya untuk dijadikan bilik
darjah SK Pos Raya. Untuk makluman tuan, bangunan Klinik Pos
Raya itu terletak bersebelahan dengan bangunan SK Pos Raya dan
telah lama ditinggalkan. Keadaan bangunan klinik tersebut
mengalami banyak kerosakan dan dalam keadaan terbiar. Kawasan
sekeliling klinik ditumbuhi semak-samun dan dikhuatiri menjadi
tempat pembiakan haiwan berbisa. Hal ini amat membahayakan
keselamatan murid-murid SK Pos Raya.

3. Untuk makluman pihak tuan juga, SK Pos Raya telah mengalami


pertambahan bilangan murid secara mendadak. Pada masa
sekarang, bilangan murid sekolah ini adalah seramai 262 orang (arus
perdana) dan 25 orang murid prasekolah. Bilangan kelas sedia ada
adalah sebanyak 10 buah. Terdapat bilik darjah yang mempunyai
bilangan murid yang melebihi 40 orang. Ini agak menyulitkan guru
untuk menjalankan proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC)
secara berkesan. Masalah ini dapat diatasi jika bilangan murid
tersebut diasingkan kepada 2 kelas. Malangnya, pihak sekolah
menghadapi masalah kekurangan bilik darjah.

____________________________________________________________________________________
_ CINTAILAH BAHASA KITA
(Sila catatkan rujukan pejabat ini apabila berhubung)
4. Justeru itu, besarlah harapan saya agar bangunan Klinik Pos Raya
itu dapat dibaik pulih untuk dijadikan bilik darjah bagi menampung
bilangan murid yang kian meningkat pada masa akan datang.
Perkara ini telah dibincangkan dengan pemimpin masyarakat
setempat (Tok Batin) dan telah dipersetujui secara sebulat suara
demi kepentingan anak-anak masyarakat orang asli di sini. Di
samping itu, bangunan klinik yang telah dibaik pulih nanti akan dapat
digunakan sebagai tempat masyarakat orang asli menjalankan aktiviti
kemasyarakatan selepas waktu persekolahan.

5. Bersama-sama ini disertakan gambar-gambar serta enrolmen murid


SK Pos Raya yang terkini untuk menyokong permohonan ini.

6. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan berhubung perkara


tersebut didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

( AZMI BIN MAT ADAM )


Guru Besar
SK. Pos Raya

s.k : fail sekolah

____________________________________________________________________________________
_ CINTAILAH BAHASA KITA
(Sila catatkan rujukan pejabat ini apabila berhubung)

Anda mungkin juga menyukai