Anda di halaman 1dari 7

Tugasan Individu

ULASAN BUKU/BOOK REVIEW

Name:
Program / Year : SPPJ-1
Course:UICI1012 (Tamadun Islam Dan Tamadun Asia)
Matric No:
Lecturers Name:
ULASAN BUKU/BOOK REVIEW
Jatuhnya Sebuah Tamadun: Menyingkap Sejarah Kegemilangan dan Kehancuran Empayar
Khalifah Islam. Oleh Mohamed Nurhakim .2008. Batu Caves, PTS Islamika. 235 halaman.
Ulasan oleh Jon Michael Lingai.

Tamadun Islam merupakan suatu empayar yang sangat gemilang pada suatu masa dahulu.
Tamadun Islam juga pernah menguasai hampir seluruh dunia sejak tahun 630 hingga 1258.
Empayar Islam juga berjaya menundukkan Empayar Rom Timur suatu masa dahulu, iaitu pada
tahun 1453 serta Empayar Parsi pada tahun 650. Empayar Islam juga pernah menghadapi banyak
tentangan daripada pihak barat secara berhadapan baik dari zaman klasik, begitu juga pada
zaman Perang Dunia Pertama. Setelah kejatuhan pemerintahan khalifah terakhir tamadun Islam,
negara-negara Islam kini berpecah, membawa haluan masing-masing dan sedang diancam oleh
kuasa barat secara berasingan dalam pelbagai aspek.

Penghasilan seperti buku Jatuhnya Sebuah Tamadun: Menyingkap Sejarah Kegemilangan


dan Kehancuran Empayar Khalifah Islam susunan Mohamed Nurhakim bertujuan untuk
memberikan kegemilangan dan proses kemerosotan yang dialami oleh Empayar Khalifah Islam.
Buku ini mempu memberi kesedaran serta iktibar tentang jatuh dan bangunnya sesebuah
tamadun yang pernah memberikan sumbangan yang amat besar kepada kemajuan kehidupan
manusia. Penerangan buku ini dilakukan secara komprehensif bermula dari proses pembinaan
tamadun Islam oleh Nabi Muhammad diikuti dengan kemajuan dan seterusnya kemunduran
tamadun Islam pada zaman dinasti. Buku ini juga dapat menjelaskan faktor kemunduran yang
dialami oleh umat Islam pada masa kini.

Bagi memberi pembaca kefahaman tentang buku ini, penulis terlebih dahulu menjelaskan
tentang bangsa Arab pra-Islam, agar memberi kefahaman tetang keadaan sosial bangsa Arab
sebelum kedatangan Islam(hlm:1-14). Kedudukan sosial masyarakat Arab terbahagi kepada
kedudukan politik, ekonomi, kebudayaan, agama dan kepercayaan bangsa Arab. Dari segi
kedudukan politik, Sebelum datangnya Islam, wilayah sekitar Semenanjung Arab
dilatarbelakangkan oleh dua empayar besar, iaitu Empayar Rom Timur atau Byzantine
dibahagian barat dan Empayar Parsi dibahagian Timur. Antara wilayahutama Rom Timur
termasuklah Syria, Palestine, Turki, Mesir, Afrika, Asia kecil dan sebahagian daripada Eropah.
Parsi pula meliputi Iraq Iran, Kazakhstan, Afghanistan, Uzbekistan, sebahagian Pakistan dan
persisiran. Semenanjung Arab. Pada masa itu, Empayar Rom Byzantine dan Empayar Parsi
mengalami konflik antara sesame dan Semenanjung Arab tidak terlibat dalam konflik tersebut.

Dari segi ekonomi, oleh keadaan geografi Tanah Arab yang gersang dan tandus, maka
pertanian tidak dapat berkembang di Makkah. Pada masa itu, aktiviti menternak dan berdagang
adalah sumber utama bagi masyarakat Arab. Pada musim dingin pula,mereka menumpukan
kepada aktiviti perdagangan di sebelah selatan, terutamanya Yamandan apabila musim panas
tiba, mereka berdagang di Syam. Oleh kerana kedudukan Kota Makkah yang berada di antara
Syam dan Yaman, maka penduduk Kota Makkah membina suatu pelabuhan bagi mengurus
lalu lintas perdagangan . Walaupun pada waktu itu kedudukan Kota Makkah adalah strategik,
namun pengamalan konsep riba oleh masyarakat Yahudi pada masa itu menyebabkan
perkembangan ekonomi masyarakat Makkah tidak seimbang. Dalam aspek moral, masyarakat
Arab jahiliah memiliki sifat-sifat positif seperti pemurah,beranisetia,ramah sederhana, cinta
kebebasan dan banyak lagi. Namun oleh kerana sifat jahiliah yang diamalkan,maka segala
kebaikan tersebut tenggelam dalam sifat buruk. Selain itu wanita diletakkan pada kedudukan
yang paling rendah dan sering ditindas, walaupun pada umur bayi lagi.Terdapat juga sistem
perhambaan diamalkan dimana hamba dianggap sama seperti bahan dagangan. Terdapat juga
perbezaan darjat seperti kaum bangsawan dan rakyat jelata. Hal ini menyebabkan rakyat jelata
sering ditindas oleh pihak atasan. Dalam aspek budaya, bahasa pengantara yang digunakan ialah
bahasa Arab, iaitu salah satu bahasa rumpun Semit yang sempurna dan dapat bertahan hinggan
kemunculan Islam. Kegiatan penulisan syair juga kerap diamalkan dan syar-syair yang dipilih
akan digantung di dinding Kaabah sebagai penghargaan yang biasanya disebut muallaqat.
Masyarakat Arab juga biasanya hidup berpindah-randah dari satu tempat ke tempat lain yang
berpotensi memberi kehidupan yang lebih baik. Hal ini menyebabkan ilmu mereka berkembang
dari segi matematik dan kajian bintang kerana digunakan dalam meramal jejak awal peristiwa
bagi sesuatu perkara seperti hujan dan mencari jalan menggunakan bintang pada waktu malam.
Bangsa Arab pada masa itu juga mahir menyusun dan menghafal salahsilah keluarga dan nenek
moyang mereka. Dari segi kepercayaan dan agama bangsa Arab Jahiliah, mereka masih lagi
percaya akan mitos-mitos yang diwarisi daripada nenek moyang mereka, iaitu watsaniyah atau
paganimse.Kebanyakan arab Jahiliah menyembah patung dan sebahagian kecil menganut agama
Yahudi iaitu Nasrani dan Majusi. Ada juga yang menyembah matahari dan sebagainya.

Setelah itu, penulis membawa pembaca kepada sejarah Nabi Muhammad perintis
peradaban Islam (hlm15-42), yang memberi gambaran latarbelakang Nabi Muhammad sebelum
dan selepas kerasulan beliau. Semasa kerasulan, beliau mendapat tentangan dari kaum sendiri
iaitu kaum Quraisy dimana pengikut-pengikut agama Islam ditindas dan diseksa malah dibunuh.
Oleh kerana demikian,Nabi Muhammad berhijrah ke Ethiopia pada tahun 615 M stetelah
mendapat wahyu pemerintah Ethiopia yangdikenali sebagai Najasyi yang adalah pengikut Nabi
Isa. Penindasan tersebut berlanjutan sehinggalah pada 616 M, pemimpin Quraisy bersatu
memboikot keluarga Bani Hasyim dan Bani Muttalib termasuk pengikut Nabi Muhammad
kerana mempertahankan beliau. Pada tahun 619 M,iaitu tahun kesedihan dimana Pendukung dan
pelindung kuat nabi Muhammad iaitu Abu Talib dan Khadijah meninggal dunia pada masa yang
sama dan mengetahui kesedihan nabi Muhammad, kaum Quraisy mengancam lebih berat dan
menyebabkan beliau berhijrah ke Taif. Melihat keadaan bertambah berta, beliau menukar strategi
dengan berdakwah kepada jemaah haji yang dating ke Makkah. Hasilnya, beliau mendapat
tawaran daripaa sebahagian penduduk Madinah supaya menjadi orang tengah antara mereka.
Selepas lebih kurang setahunNabi Muhammad mengusulkan dua perjanjian dari Madinah iaitu
Perjanjian Aqabah 1 dan perjanjian Aqabah 2. Pada tahun 622, Nabi Muhammad serta
pengikutnya berhijrah ke Madinah. Seterusnya, beliau pada awalnya mengambil langkah dengan,
memperkenalkan Tuhan dan akhlak , berdakwah secara berperingkat dan konsisten, dan
memanfaatkan sumber potensi manusia secara efektif. Selepas itu, Nabi Muhammad mengambil
tindakan mendirikan masjid di madinah, iaitu Masjid Quba. Selain itu, beliau cuba menyatukan
antara kaum Ansar dan Muhajirin dengan cara mempersaudarakan antara dua daripada kumpulan
Muhajirin dan ansar. Disamping itu, beliau berkerjasama dengan penganut bukan Islam di
Madinah. Bel;iau juga meletakkan dasar-dasar politik, ekonomi dan social untuk masyarakat
baru dan melahirkan dinamika setelah pembentukan konstitusi. Sebelum menakluk Kota
Makkah, beberapa perang terjadi yang melibatkan Madinah dan Makkah seperti, Perang
Badar(624 M), Perang Uhud(625 M), perang Khandak(628 M), Perang Mutah(629 M) dan pada
penaklukan Kota Makkah(630 M). Seterusnya berlaku lagi perang Hunain (630 M) apabila ad
suku-suku Arab yang cuba mengancam beliau dan perang Tabuk pada tahun 632 M). Selain itu,
pada tahun kesepuluh hijrah, Nabi Muhammad melakukan Haji Wada. Selepas dua bulan
berikutnya, nabi Muihammad memerintahkan urtusannya supaya menyebarkan Islam ke
beberapa wilayah perbatasan Syiriah dengan melantik Panglima Usamah Bin Zaid. Namun
sebelum misi ini berakhir, beliau jatuh sakit selama 11 hari dan akhirnya menghembuskan
nafasnya yang terakhir di rumah Aisyah pada 8 Jun 632 M. Jenanzah beliau dimakamkan di
rumah itu yang kini termasuk dalam kawasan Masjid Nabawi di Madinah.

Setelah itu, penulis memberi pencerahan tentang Kepimpinan Khulafa Al-Rasyidin (632-
661 M) (hlm:44-62). Selepas Nabi Muhammad meningggal dunia, beliau digantikan oleh empat
orang sahabat yang paling rapat beliau iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali yang dikenali
sebagai Khulafa al-Rasyidin. Yang bermaksud para khalifah yang mendapat penunjuk daripada
Allah. Keempat-empat orang tersebut dipilih menjadi pemimpin dengan cara yang berbeza.
Mereka masing-masing mempunyai sumbangan kepada peradaban Islam seperti,Abu Bakar yang
mengembalikkan keyakinan terhadap ajaran Islam.Umar bin al-Khattab pula berjaya melakukan
peluasan wilayah, dan memperbaiki sistem pentadbiran. Uthman bin Affan pula membina
empangan,jalan-jalan dan banyak lagi bagi memudahkan penduduk. Pada zaman pemerintahan
Ali bin abu Talib pula, kepimpinnya berhadapan dengan banyak pergolakan yang akhirnya
disebut oleh sejarah sebagai al-Fitnah al-Kubra.Seterusnya,penulis membawa kita kepada
Kerajaan Bani Umaiyah di Damaskus(611-750 M)(hlm:63-76), yang berkembang selepas
zaman Khulafa al-Rasyidin.Pengasasnya dalah Muawiyah bin AbuSufian bin Umaiyah bin Abu
Syam. Beliau adalah seorang tokoh Quraisy pada zaman jahiliah yang memeluk Islam bersama
keluarganya semasa pembebasan Makkah atau Fath Makkah. kerajaan Bani Umaiyah juga
banyak melakukan peluasan wilayah dan pembangunan. Ia juga mendapat tentangan dan
pemberontakan baikl di luar malah juga di dalam. Peberontakan ini sedikit sebanyak menggangu
perkembangan dan pejalanan kerajaan bani Umaiyah sehingga menyebabkan kejatuhannya.
Pemberontakan terakhir disebut oleh para sejarahwan sebagai suatu revolusi sosial oleh
kumpulan Bani Abbasiah. Revolusi sosial ini telah menjatuhkan kerajaan Bani Umaiyah yang
bertahan 90 tahun lamanya. Kemudian perintis Empayar Islam diteruskan oleh Kerajaan Bani
Abbasiah Di Baghdad (750-950 M)(hlm:77- 94). Kerajaan ini adalah kerajaan Islam yang
terbesar dan terpanjang dalam sejarah Islam Klasik. Ia berpusat di Baghdad dan didirikan oleh
Abu al-abbas al-Saffah sejak 750 M. Al-Abbas merupakan bapa saudara Nabi Muhammad.
Kerajaan ini lahir setelah perjuangan yang lama dan revolusi sosial melawan kerajaan bani
Umaiyah. Kerajaan ini ditubuhkan hasil tindak balas kepada kerajaan bani Umaiyah yang
mengalami kemerosotan di mata rakyat. Pemerintahaan Bani Umaiyah bercorak Arab, sekular,
dan alat tentera manakala Bani Abbasiah bercorak pluralistic-etnik, keagamaan dan saintifik.
Perkembangaan Kerajaan Bani Abbasiah berkembang dalam 3 fasa. Fasa pertama adalah seperti
diatas.Manakala fasa kedua, Zaman perpecahan(950-1050 M), dimana ia bermula dengan
wilayah-wilayah cuba melepaskan diri dan meminta autonomi serta kemunculan Kerajaan bani
Buwaih di Parsi yang bertambah berkuasa. Merka menguasai pemerintahan dan menjadikan
khalifah sebagai boneka. Fasa terakhir pula ialah zaman Kejatuhan (1050-1250 M), dimana
pengaruh Bani Seljuq dominan di lingkungan sistem pusat pentadbiran di Baghdad dan khalifah
tidak memiliki peranan yang penting. Selain itu, khalifah bebas daripada pengaruh luar, kuasanya
hanya efektif di dalam kawasan kota Baghdad sahaja. Akhirnya, tentera Mongol dipimpin oleh
Hulagu Khan dari Mongolia menyerang Baghdad sehingga mengalami kehancuran.Seterusnya
penulis membawa pembaca kepada Zaman Perpecahan dan Kemunduran Politik Islam
Klasik(1050-1258 M).(hlm:95-136). Ketika Kerajaan Bani Abbasiah mengalami kemunduran, ia
memberikan pengaruh yang besar kepada kemajuan politik serta kehidupan lain dalam dunia
Islam.Antara factor yang boleh dikaitkan dengan pemulaan zaman disintegrasi ialah, munculnya
kerajaan-kerajaan kecil di Barat dan di timur Baghdad yang berusaha meminta kuasa autonomi
atau melepaskan diri.Selain itu, terjadinya perebutan kuasa antara Bani Buwaih(parsi) dengan
Bani Seljuq(Turki) di pusat pemerintahaan Bani Abbasiah di Baghdad serta khalifah Abbasiah
kehilangan fungsinya dan akhirnya, Perang Salib antara pasukan Islam dan pasukan Salib di
Eropah.

Selepas itu, penulis membawa kita kepada Kerajaan Fatimiah Syiah Ismailiah(909-1171
M)( hlm:134-152),yang diasaskan oleh Ubaidillah alk-Mahdi, cucu kepada Ismail bin Jaafar al-
Sadiq. Kerajaan ini mendapat sokongan daripada pengikut fahamaan Syiah Ismailah. Nama
kerajaan ini disandarkan kepada seorang puteri Rasulullah , Fatimah al-Zahra. Beliau juga isteri
kepada Ali Bin Abu Talib. Terdapat banyak sumbangan kerajaan Fatimiah seperti dalam bidang
sains dan budaya iaitu, menjdaikan istana sebagai tempat diskusi para ulama dan kegiatan ilmu.
Antara factor penyebab kejatuhannya ialah, kelemahan pentadbiran Khalifah, Persaingan antara
jabatan, bencana alam dan serangan luar. Setelah itu, muncul kerajaan lain iaitu Kerajaan
Murabitun dan Muwahhidun Di Afrika Utara(1056-1269 M)(hlm:153-162), yang muncul
hasil pengaruh Islam yang sampai ke Afrika Utara sejak zaman Khalifah Umar bin Khattab.
Antara kemajuan yang dicapai ialah, peluasan kuasa,pembinaan masjid seperti Masjid jaI
Tlemsan,Masjid Qairuwan di Fes, dan banyak lagi. Antara factor yang menjadi kejatuhannya
adalah, kelemahan pemimpin dan kelemahan tentera serta kekalahan berperang dengan Tentera
Kristian. Oleh sebab itu kerajaan Murabitun diteruskan oleh Kerajaan Muwahhidun(1130-1269
M). Kemunculan kerajaan ini adalah selepas gerakan dakwah agama dan kemudiannya beralih
menjadi gerakan politik dan reformasi sosial. Antara sumbangan kerajaan ini adalah sistem
pertanian yang maju dan ilmu pengetahuan yang berkembang maju. Punca kejatuhan kerajaan
Muwahhidun ialah, kerana wilayah jajahan terlalu luas dan sukar dikawal kerana mempunyai
penduduk yang pelbagai kaum. Di samping itu, pelbagai pemberontakan tercetus di Afrika Utara
keranan mahu menuntut kemerdekaan seperti Bani Tilmasan. Di Sepanyol pula, Andalusia
Kerajaan Islam Sementara(756-1609 M)(hlm:163-178). Islam menawan sepanyol pada zaman
pemerintahan Bani Umaiyah, al-Walid(705-715 M). Dengan adanya ketidakstabilan politik pada
masa itu, iaitu kumpulan Gotic yang menzalim kumpulan Monofisit. Selain itu, majority yang
beragama Yahudi dipaksa mengikuti Baptis yang dilakukan oleh pemerintah. Ketidakstabilan itu
juga membawa kepada kelumpuhan ekonomi Sepanyol lantas melihat keadaan Empayar Islam
yang aman, sebahgian bergabung dengan tentera Islam untuk menyerang Sepanyol. Antara
kemajuan peradaban Islam di Sepanyol adalah, menjadi jambatan emas kepada falsafah
dengan sain yunani. Selain itu, Sepanyol juga menjdai pusat kegiatan dan perkembangan ilmu
dalam pelbagai bidang. Antara factor kemundurannya ialah, Khalifah-khalifah yang tidak cekap,
konflik Islam dan Kristian, pluralism etnik, agama, dan budaya, dan masalah ekonomi. Setelah
itu, munculnya Kerajaan Safawi Daripada Empayar Menjadi Negara(1501-1722 M)
(hlm:179-186). Kerajaan ini bermula daripada kelompok terikat. Kelompok ini kemudiannya
menjadi gerakan politik yang dipimpin oleh Safiuddin(1252-1332 M) di Ardabil, Azarbaijan.
Antara sumbangan kerajaan ini adalah, kemajuan dalam Bidang peradaban seperti,
perkembangan ilmu, pertanian dan pemulihan ekonomi Safawi. Faktor kemunduran dan
keruntuhan kerajaan ini adalah, ketegangan dan konflik dengan Turki Uthmaniah. Selain itu,
terdapat perbezaan ideologi antara fahaman Syiah dengan Sunni yang menjadikan persaingan
dan konflik bertambah tegang. Seterusnya,kelemahan pemimpin dan kelemahan tentera juga
menjdai factor utama kejatuhan, di damping kejatuhan moral di kalangan masyarkat istana. Maka
munculnya Kerajaan Mughal Di India (1525-1858 M)(hlm:187-196). Kerajaan ini adalah
kerajaan terbesar Islam pada zaman pertengahan. Kerajaan Mughal adalah kerajaan Islam yang
terakhir di India selepas kerajaan Lodhi jatuh. Antara sumbangan yang diberi oleh Kerajaan
Mughal adalah, kemajuan dalam pertanian dan industri, seni bina dan bidang syair serta banyak
lagi. Antara faktor kejatuhan kerajaan Mughal adalah, perebutan kuasa dalam keluarga,
Pemberontakan oleh penganut agama Hindu, serangan kerajaan luar dan serangan ekonomi.
Selain itu, ada juga Kerajaan Uthmaniah Empayar Khalifah Islam Terakhir (1281-1924 M)
(hlm:197-208), yang terbentuk di Turki, oleh ssatu keluarga keecil yang berkembang iaitu
keluarga Uthmaniah dari suku Ughu. Antara kejayaan dan sumbangan kerajaan ini adalah
peluasan kuasa, kemajuan dalam ketenteraan dan pembangunan bangunan. Antara punca
kejatuhan kerajaan ini adalah, semangat perajurit Uthmaniah semakin lemah, tuntutan autonomi
dan wilayah-wilayah kecil. Akhir sekali penulis cuba untuk memberi penekanan terhadap Islam
Di Nusantara(hlm:209-235), iaitu perkembangan Islam sejak zaman awal kedatangan Islam di
Nusantara, penjajahan Barat sehingga selepas merdeka, iaitu, zaman awal penyebaran Islam
hingga lahirnya kerajaan Islam, Zaman kerajaan-kerajaan Islam hingga menjelang kemerdekaan,
zaman menjelang kemerdekaan hingga merdeka dan zaman selepas merdeka hingga sekarang.
Jon Michael Lingai, Ijazah Sarjana Muda.

Universiti Teknologi Malaysia

UTM Johor Bahru, 8

1310 Johor,

Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai