1
Demikian juga atas keluarga dan para sahabat Baginda yang
merupakan bintang-bintang penunjuk mencernakan cahaya,
seterusnya ke atas para Tabiin dan para ulama yang berperanan
sebagai penyuluh daripada kegelapan. Semoga memperoleh ihsan
daripada Allah Subhanahu Wa Taala sehingga ke hari kebangkitan.
Ampun Tuanku,
Sembah anakanda pohon diampun.
2
5. Selanjutnya, Anakanda mohon izin dan perkenan Paduka Seri
Ayahanda untuk menzahirkan penghargaan atas keberangkatan
bersama Paduka Adinda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri
Pengiran Muda Mahkota, Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni
Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji
Hassanal Bolkiah Muizzaaddin Waddaulah.
3
8. Anakanda amat insaf bahawa batang tubuh anakanda
bukanlah searif insan untuk menghuraikan mauduk berkaitan, lebih-
lebih lagi menyedari bahawa forum ini dilangsungkan dengan restu
perkenan, di bawah naungan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Ayahanda, Sultan dan Raja Pemerintah yang bertakhta
di singgahsana Kerajaan Brunei Darussalam, dengan segala
kemuliaan dan kebesaran; khalifah kepada sebuah negara berdaulat,
aman, makmur dan sejahtera. Anakanda mengikuti akan pendekatan
MELAYU ISLAM BERAJA yang menjadi tunggak dan asas
pemerintahan Kerajaan Paduka Seri Ayahanda.
Ampun Tuanku.
4
10. Dalam menyuarakan pandangan - menghuraikan pendapat,
mudah-mudahan barang diwasikan ALLAH juga di majlis ini, untuk
anakanda berpeluang menimba ilmu, berkesempatan berguru
dengan cerdik pandai yang lebih arif di negara Brunei Darussalam ini
untuk membolehkan Anakanda lebih memahami akan falsafah dan
konsep MELAYU ISLAM BERAJA; dan kerana itu, dengan kail
panjang sejengkal, adalah lebih bertepatan untuk Anakanda juga
menjadi murid, menimba ilmu di tasik pengetahuan, dari kalangan
cendekiawan tempatan akan mauduk menyentuh salasilah dan
sistem Kesultanan negara Brunei Darussalam.
1
Terma Raja, Sultan, Pemerintah dan Takhta digunakan bersilih ganti dalam kertas ini.
5
enam ratus tiga puluh dua (632) hingga 1944 Masihi.2 Pada hari ini
terdapat seratus sembilan puluh tiga (193) negara berdaulat
merangkumi seratus sembilan puluh dua (192) negara anggota
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Vatican City. Dari jumlah
tersebut, hanya empat puluh empat (44) negara yang memilih sistem
beraja, sementara Vatican City terletak di bawah Supreme Pontiff,
pemerintah Kerajaan Theocracy yang dikenali dengan gelaran
Pope, diiktiraf dengan status Ketua Negara.
13. Dari empat puluh empat (44) negara beraja, enam belas (16)
daripadanya mengiktiraf Ratu Elizabeth II sebagai Raja Pemerintah di
bawah sistem Raja Berperlembagaan. Di samping bertakhta di
United Kingdom, Ratu Elizabeth melantik Gabenor Jeneral di lima
belas (15) negara lain. Enam belas (16) negara lagi mengamalkan
sistem Raja Berperlembagaan, lima (5) Sistem Beraja separa
autonomi, tujuh (7) negara mengamalkan sistem Raja secara mutlak.
6
sebagai Raja Berperlembagaan. Sepuluh (10) dari negara yang
mengamalkan sistem beraja adalah negara Islam, sembilan di Asia
dan satu di Afrika; lapan (8) darinya adalah negara pengeluar
minyak.
7
warga, membina sebuah negara bangsa berdaulat. Raja di era
tersebut bersandar kepada tiga paksi utama; pertama, penerimaan
secara agama; kedua, memiliki kuasa politik; ketiga, prinsip baka
dan keturunan. Raja dilihat sebagai Dewata mewakili tuhan di dunia,
sekali gus memenuhi tanggung jawab keagamaan; lalu Raja
dikaitkan dengan kesaktian sebagai keistimewaan anugerah Tuhan.
Ketika itu Raja berperanan mutlak sebagai penggubal, pentafsir,
pelindung dan pelaksana undang-undang, di samping diiktiraf
sebagai ketua agama.
8
perubahan corak dan paksi ekonomi, pembangunan teknologi
maklumat dan komunikasi. Di samping itu, kelemahan watak dan
kesilapan laku individu, salah ramalan dan silap percaturan di
kalangan sebahagian mereka, turut menjadi faktor pemangkin
membawa kepada kejatuhan sesebuah institusi Raja.
3
Spellman, W.M.,Monarchies 1000 2000, Reaktion Books Ltd. London, 2001, M 235 245.
9
Lalu berlaku transformasi politik membentuk persekitaran politik yang
berbeza. Abad kedua puluh menyaksikan kebangkitan gerakan
nasionalisme dan corak pemerintahan berlandaskan perlembagaan.
Berlakulah evolusi dalam pemerintahan beraja.
10
21. Raja Inggeris dan Raja-Raja di Scandinavia, di Belgium, di
Netherlands, di Luxembourg dan di Greece kekal mendapat
sokongan rakyat. Raja Inggeris mempamerkan sifat tanggung jawab
yang tinggi dengan memilih bersemayam di London ketika kota raya
tersebut menghadapi serangan udara. Baginda senantiasa
berpakaian seragam tentera sepanjang masa peperangan. Baginda
melawat kawasan-kawasan yang musnah; Baginda meniupkan
semangat serta meningkatkan moral rakyat. Ratu Wilhelmina yang
menduduki takhta kerajaan Netherlands sejak berusia sepuluh (10)
tahun memperlihatkan kematangan pengalaman, secara tegas
menitahkan Netherlands tidak melibatkan diri dalam Perang Dunia
Pertama, sementara Gustav V berjaya menghalang Sweden dari
terlibat dalam Peperangan Dunia Kedua.
11
menyelamatkan rakyat dan negara Denmark berbanding dengan
Raja Haakon, yang menyeru rakyat Norway menentang kemaraan
Jerman dan akhirnya Baginda sendiri terpaksa melarikan diri ke
Britain. Empayar Rusia dan Habsburg (Austria-Hungary) gagal
melakukan penyesuaian pemerintahan berlandaskan perlembagaan
dan perwakilan kuasa berbentuk parlimen, akhirnya takhta hilang dari
negara.
12
Baginda, Putera Umberto menaiki takhta, telah tidak memberikan
peluang untuk Putera Umberto dinilai secara adil. Ketika rakyat Itali
mengadakan pungutan suara untuk menentukan corak kerajaan,
Putera Umberto baru beberapa minggu menaiki takhta. Namun perlu
dirakamkan, bahawa kerana masih adanya Raja pada penghujung
Perang Dunia Kedua, memudahkan rakyat Itali menolak fasisme
berserta Mussolini, berbanding ketidakupayaan para Jeneral di
Jerman mencabar arahan Hitler dan fahaman Nazisme.4 Greece
kehilangan takhta kerajaan dalam tahun 1967 kerana kegagalan Raja
Constantine menangani gelombang politik yang mencetuskan
perpecahan di kalangan rakyat selepas Perang Dunia Pertama dan
kemelut perang saudara selepas Perang Dunia Kedua.5
4
Purdue, A.W., Long To Reign? The Survival Of Monarchies In The Modern World, Sutton Publishing,
Glouchestershire, 2005, ms 184.
5
Ibid, ms 203-205
13
konsep Ratu Adil. Langit Jakarta berawan mendung, bumi Jawa
gerimis hiba, menerima berita kemangkatan Sultan
Hamengkubuwono IX di Washington pada bulan Oktober 1988.
Seratus lima puluh ribu (150,000) rakyat memberi penghormatan
terakhir dalam tempoh enam belas (16) jam jenazah Baginda
ditempatkan di Kraton.6 Meski Indonesia adalah sebuah republik,
Baginda diiktiraf wira negara; Baginda dirujuk sebagai Raja Kita.
6
Kershaw, Roger, Monarchy in South-East Asia: The Faces of Tradition in Transition, Routledge,
London, 2001, ms 77
14
Dunia Kedua7. Pendapat kedua, mempertahankan Maharaja
Hirohito; dengan pandangan bahawa Baginda sebenarnya tidak
mengeluarkan sebarang arahan secara langsung. Baginda disifatkan
seorang yang berhati-hati dengan pemikiran yang perlu dibaca
secara tepat.8 Dikatakan Baginda melakukan kesilapan kerana tidak
memiliki kekuatan untuk mencabar ketetapan angkatan tentera.9
Baginda dianggap lebih berada dalam kongkongan pengaruh
pemikiran angkatan tentera.10 Meski memiliki martabat dan
pengaruh, Baginda dikatakan kekal dengan kesopanan untuk tidak
melanggar tafsiran peranan Raja bersandarkan perlembagaan.
Baginda dikatakan mempunyai pilihan untuk menamatkan
peperangan lebih awal tetapi menunggu sehingga mendapat
permintaan Perdana Menteri setelah Hiroshima dan Nagasaki
dileburkan.11
15
dengan membuat bacaan tepat akan nilai tinggi masyarakat Jepun
terhadap takhta. Di abad kedua puluh satu, Jepun telah bangun dari
debu Hiroshima dan Nagasaki, menjadi gergasi ekonomi dunia,
menjadi negara industri - negara teknologi, negara moden negara
maju, namun masyarakat Jepun kekal dengan semangat setia
kepada institusi Raja. Jepun yang mengamalkan sistem demokrasi
tidak pernah menghina dan merendahkan Raja. Malah masyarakat
Jepun resah apabila keluarga Diraja gagal melahirkan putera pewaris
takhta. Kerajaan Perdana Menteri Junichiro Kozumi hampir meminda
Perlembagaan Negara untuk melayakkan wanita mewarisi takhta.
Kelahiran Putera Hisahito, pada 6 September 2006, disambut riang
oleh rakyat Jepun, bagai merayakan turunnya hujan rahmat di bumi
Nippon yang dibimbangkan gersang.
12
Ibid, ms 201
16
melambangkan kedaulatan sebuah negara bangsa merdeka,
memperlihatkan pendirian yang mendukung prinsip demokrasi dan
memihak kepada pemerintahan sivil. Semalam berlaku satu lagi
rampasan kuasa di Thailand. Dalam intermission sesuatu babak di
panggung pemerintahan, ketika tirai dilabuhkan, Raja Bhumipol
berasaskan rekod, sentiasa berada di center stage mempengaruhi
arah haluan babak selanjutnya.
29. Insiden aneh berlaku di Iran. Dalam bulan Ogos 1953, pelopor
utama demokrasi dunia, Amerika Syarikat di bawah pimpinan
Presiden Dwight Eisenhower dan Great Britain di bawah pimpinan
Perdana Menteri Winston Churchill, terlibat secara langsung merestui
Operasi AJAX, menggulingkan pemerintahan demokrasi pimpinan
Perdana Menteri Mohammad Mossadegh. Mohamad Reza Shah,
dinobatkan sebagai Raja yang bersemayam di takhta merak
(peacock throne),13 Mohamad Reza Pahlavi digulingkan oleh gerakan
Revolusi Islam dalam tahun 1979. Bermulalah era anti-Amerika
berwajah militan berbentuk keganasan.14
13
Kinzer, Stephen, All The Shahs Men: An American Coup and The Roots of Middle East Terror, John
Wiley and Sons, Inc, New Jersey, 2003.
14
Ibid.
17
Empayar Ottoman. Sistem kesultanan adalah satu penerusan tradisi
sistem yang diwarisi berakarkan sistem khalifah; sistem yang tidak
asing dalam budaya umat Islam berkerajaan dan bernegara. Hasil
sumber minyak yang membawa kemakmuran ekonomi, telah
memberikan kekuatan dan kuasa baru kepada sistem beraja di
negara-negara Islam berkaitan. Selagi kemakmuran ekonomi
berjaya diagih secara saksama, kemudahan kesihatan, pendidikan
dan kebajikan diberikan perhatian, kestabilan dan keselamatan
warga terjamin, pengangguran dapat diatasi, Islam diutamakan dan
ulama kekal setia bersama Raja, sistem beraja di negara-negara
Islam tersebut, InsyaAllah akan dapat dikekalkan.
18
konsisten. Namun legasi yang ditinggal, membuatkan rakyat
Kampuchea menghargai sistem pemerintahan beraja, kerana itu
institusi Raja Berperlembagaan diwujudkan pada tahun 1993.
32. Demikian senario dan dinamik yang dilalui oleh institusi Raja
secara global dalam tempoh empat ratus (400) tahun yang lalu.
Institusi Raja sebenarnya melalui ujian - menghadapi cabaran,
berhadapan dengan tentangan berupaya merentasi rintangan. Ada
yang lupus, namun masih ada yang terus dipertahankan, ada yang
diberikan tafsiran baru, ada yang diberikan nafas semula, ada yang
bertambah kukuh. Institusi Raja tidak terlepas menghadapi
momokkan dengan istilah-istilah negatif, dikaitkan dengan feudalisme
dan autokrasi. Istilah-istilah sedemikian dipelopori oleh mereka yang
bersifat anti-Raja.
19
feudalisme dan autokrasi tidak terbatas berlaku dalam istana dan
karakter sedemikian bukan terjadi di kalangan Raja semata-mata.
Budaya feudalisme dan budaya autokrasi turut dilakukan di kalangan
mereka yang tidak berketurunan Raja, dari kalangan rakyat biasa;
dan berlaku dalam sistem demokrasi, dalam sistem komunisme,
dalam sistem sosialisme, dalam sistem republik, dalam pemerintahan
berpaksikan tentera, malah dalam sistem atas nama agama. Malah
kajian menunjukkan bahawa bilangan rejim diktator dan autokrasi
hari ini berlaku di negara-negara yang tidak berada di bawah
pemerintahan Raja.15
15
Spellman, W.M., ms 272 petikan dari Roberts, J. M. History of the World, Oxford, 1993 ms 827.
20
jiwa manusia bersifat lebih bebas dan lebih terbuka. Pendalaman
pengetahuan agama menyedarkan manusia bahawa terdapat kuasa
yang Maha Agung di atas segala kuasa dan kerajaan di dunia.
Media pula mencanai minda masyarakat yang menuntut kepada
amalan ketelusan dan kebertanggungjawaban pemimpin.
35. Raja perlu memiliki hikmah merangkai yang lama dengan yang
baru, membawa pembaharuan di samping memelihara tradisi. Raja
harus bersedia membolehkan berlakunya perubahan dalam rangka
kesinambungan budaya Raja berkewajipan mengizinkan modenisasi
tanpa melupus kekayaan adat yang kekal diwarisi. Sesungguhnya
Raja telah membuktikan keupayaan memenuhi peranan sedemikian
secara berkesan. Biar apa pun sistem Raja itu dilandaskan, peranan
Raja bukanlah sekadar menjadi simbol untuk melaksanakan tugas-
tugas keraian dan istiadat semata-mata. Raja bukanlah monumen
hiasan yang kaku tanpa nyawa tanpa jiwa. Raja perlu
memperlihatkan watak tegas, bijaksana dan adil, kaya ilmu luas
pengalaman. Untuk membolehkan Raja bertindak secara arif, bijak,
adil dan saksama, adalah menjadi keperluan bagi Raja mempunyai
barisan pembesar dan penasihat dari kalangan mereka yang arif lagi
ilmuwan, dari kalangan mereka yang tidak mempunyai muslihat, dari
kalangan mereka yang tidak berkepentingan terselindung, supaya
Raja, disembah nasihat dengan maklumat yang tepat, secara objektif
21
secara rasional, berasaskan fakta bersandarkan data; agar Raja
terlindung dari berpagarkan sokong yang membawa rebah.
37. Tata urus negara adalah satu kesenian yang perlu dikuasai;
utama sekali usaha menyatukan warga dan memupuk kesetiaan
kepada Raja - kepada negara. Tata urus negara tidak berlaku
semudah tulisan di kertas atau ungkapan yang dititahkan. Tata urus
negara memerlukan seni urus yang halus - daya tadbir yang canggih,
22
dilaksanakan melalui mekanisme yang berkesan, cekap dan telus;
mekanisme tadbir yang tidak menyimpang atau menyeleweng serta
jauh dari amalan rasuah. Raja jatuh kerana jatuhnya negara, negara
jatuh kerana resahnya rakyat. Urus tadbir yang lemah menjadi punca
keresahan rakyat; urus tadbir yang pincang merosakkan negara, dan
akhirnya melemahkan Raja. Justeru itu, adalah menjadi kemestian
kepada pentadbir yang dilantik mengurus tadbir negara,
membuktikan kesetiaan kepada Raja dengan melaksanakan
tanggung jawab secara amanah, ikhlas, bersungguh dan komited.
Itulah bentuk pengorbanan seseorang yang telah berbaiah kepada
Raja; sumpah setia yang perlu diterjemahkan dengan memastikan
kestabilan kerajaan, memajukan kemakmuran negara dan menjamin
kesejahteraan warga. Tanpa warga, tidak akan terbinanya sebuah
negara, tanpa negara tidaklah ada lagi keperluan kewujudan Raja.
23
tajuk berita di saluran televisyen dan radio. Puteri Diana
terperangkap dalam permainan media dan membayar harga dengan
nyawa. Demikian peranan dan pengaruh media di era ini, senjata
tajam bermata dua. Perihal peribadi Puteri Diana menjadi makluman
umum, jauh berbeza dengan senario di tahun 1936 apabila BBC dan
media di United Kingdom tidak menyebarkan hubungan Raja Edward
dengan Mrs. Simpson, sehinggalah Raja Edward mengundurkan diri
dari takhta Kerajaan.
24
lebih terbuka. Mengurus tadbir media adalah satu seni yang
memerlukan kepakaran, hikmah dan kebijaksanaan; mengimbang
apa yang patut disuratkan dengan apa yang harus disiratkan.
Halaman web tentang Raja wajar dibangunkan, memberi ruang
kepada dunia memahami institusi Raja dari perspektif istana.
25
41. Raja-Raja di alam Melayu mempunyai hubungan yang rapat
dengan Islam. Islam mempengaruhi dan mengubah corak
pemerintahan, beralih dari pemerintahan berpaksikan individu
kepada pemerintahan berpaksikan undang-undang. Undang-undang
Melaka16 menjelaskan bahawa martabat tinggi seseorang Sultan,
dinilai dari sudut amal makruf Baginda menyempurnakan tanggung
jawab. Terkandung dalam Kanun bahawa seseorang Raja perlu
mengamalkan sifat-sifat perkasa lagi tegas, adil lagi saksama,
pengampun dan belas kasihan. Sifat mengampuni dan belas kasihan
adalah antara sifat yang diutamakan di dalam Islam. Allah itu Maha
Pemurah Maha Mengasihani, seperti yang terkandung dalam
kalimah Bismillahi Rahmani Rahim, diulang sebanyak seratus empat
belas (114) kali di dalam Al-Quran, mendahului permulaan setiap
surah melainkan surat At Taubah; kalimah Bismillahi Rahmani
Rahim diulang dua kali dalam surah An-Namli. Islam telah
membawa Raja Melayu kepada konsep murni, muafakat dan adil.
Konsep adil dapat ditafsirkan sebagai menepati semangat perjanjian
antara Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba yang dijadikan
magna carta Melayu bertuankan Raja bersandarkan konsep
keadilan yang dibayangkan dengan kata-kata Raja Adil Raja
disembah
16
Teks Abad ke 14
26
42. Sewajarnya Raja berpegang kepada prinsip utama untuk
menentukan kesetiaan. Bahawa jawatan berkembar dengan kuasa;
dan kuasa disertai dengan tanggung jawab. Kedudukan dan kuasa
adalah anugerah adalah amanah dari ALLAH SUBHANAHU
WATAALA. Kedudukan dan kuasa adalah ujian ILAHI di kalangan
hamba Nya yang terpilih. Kedudukan ini tidak sama sekali boleh
disalahgunakan dan kuasa yang ada perlu digunakan secara adil
untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. Berpeganglah kepada
prinsip, bahawa kuasa yang diamanahkan tidak harus mengatasi
kuasa ILAHI. Amalan perundingan adalah budaya berkerajaan
dalam sistem beraja dan budaya bernegara menurut amalan Islam.
Khalifah Islam mengamalkan syura dan Raja Melayu melakukan
mesyuarah. Ini telah dijadikan amanat penting kepada pewaris
takhta seperti terkandung dalam wasiat Sultan Alauddin Shah kepada
putera Baginda Sultan Mahmud Shah,
Petikan:
Hai anakku, ketahui olehmu bahawa dunia ini tiada akan kekal
adanya... melainkan iman.....Adapun peninggalku ini hendaklah
anakku berbuat ibadat sangat-sangat, jangan tiada
sebenarnya, kerana segala hamba Allah semuanya terserah
kepadamu. Jikalau kesukaran baginya hendaklah segera
engkau tolong, jikalau teraniaya ia hendaklah segera engkau
27
periksa baik-baik supaya di akhirat jangan diberatkan Allah
atasnya lehermu....Syahadan hendaklah engkau muafakat
dengan segala perdana menteri dan segala orang besar-besar,
kerana raja-raja itu jikalau bagaimana sekalipun bijaksananya
dan tahunya sekalipun, jikalau tiada ia muafakat dengan segala
pegawai, tiada akan sentosa adanya, dan tiada akan dapat ia
melakukan adilnya; rakyat itu umpama akar, raja itu umpama
pohonnya, jikalau tiada akar nescaya tiada akan dapat
berdiri.17
(Petikan dari Sulalat al-Salatin)
28
seseorang Raja tidakkan bulat datang menggolek tidakkan pipis
datang melayang. Raja perlu membuktikan tahap pencapaian,
memenuhi harapan rakyat, mempamerkan perilaku dan keperibadian
sejajar dengan kemuliaan dan penghormatan yang diberikan.
Petikan,
Bahawa selagi rakyat menaruh kepercayaan terhadap Raja
dan menghormati Institusi Raja, selagi itulah takhta tidak akan
dipindahkan dari istana ke muzium;.... Bahawa takhta juga tidak
boleh lari dari hukum Allah, hukum yang ditetapkan ke atas
seluruh umat manusia tanpa mengira Raja atau rakyat18
45. Bahawa takhta yang kini tinggal dalam sejarah, adalah kerana
salah nasihat yang diberi oleh pembesar istana yang tidak
bertanggung jawab, pembesar istana yang menyalah gunakan nama
mulia Raja. Sejarah juga merakamkan penyelewengan dan
18
Raja Tan Sri Azlan Shah, Ucapan Wakil Siswazah Kehormat, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang,
25 Jun 1980.
29
penyalahgunaan kuasa sering kali dilakukan oleh pembesar-
pembesar atas nama takhta, mengambil kesempatan ketika berteduh
di bawah payung kuasa naungan Raja.
30
Saudara kepada Raja adalah segala Menteri Besar dan Kecil
Anak kepada Raja adalah segala rakyat jelata
Bahawa Raja itu bagaikan tiada bapa, ibu dan anak
Tidak diutamakan oleh Raja kepentingan lain melainkan rakyat
jelata
Malah ungka siamang di hutan jua adalah di bawah jagaan
Raja
Menjalankan pemerintahan dengan adil
Memelihara agama Menjamin keamanan
Menunaikan kewajipan dengan penuh iltizam
Jika Raja gagal menjunjung kebenaran ini
Maka hancur musnahlah negara.
Ampun Tuanku
31
49. Sekianlah huraian dan pandangan yang tidak sepertinya yang
anakanda dapat ungkapkan, dalam huraian yang kurang bijak, susun
kata yang kurang arif, bahasa yang kurang sempurna. Jika ada
sepatah kalam, sebaris ayat yang boleh dijadikan ilmu, Paduka Seri
Ayahanda jugalah pendeta yang lebih arif lagi bijaksana.
*******************
32