Anda di halaman 1dari 5

Kisah Seorang Nelayan

Tersebutlah pada zaman dahulu, ada seorang nelayan yang miskin lagi jujur pergi keluar mejala di
tengah lautan. Gelombang besar tidak menakutkannya kerana dia sedar betapa dia mencari rezeki yang
halal untuk keluarganya. Dia sedar Allah akan memberkati rezekinya yang dicari dengan titik peluhnya
sendiri.
Setelah beberapa lama dia menebarkan jala, dia tidak mendapat apa-apa tangkapan pun. Dia berhenti
seketika sambil menadah tangan ke langit seraya berdoa.
Tuhanku, Engkau yang memberikan rezeki kepada sesiapa yang engkau kehendaki dan Engkau
merahmati sesiapa yang Engkau rahmati. Sesungguhnya aku mohon rezeki daripada-Mu untuk
kuhidupi keluargaku, doanya dengan bersungguh-sungguh.
Setelah itu, dia menebarkan jalanya sekali lagi. Sewaktu nelayan itu menarik jalanya kali ini, dia
mendapat seekor ikan yang sangat luar biasa. Sisik ikan itu berkilau-kilauan seperti emas. Dua biji
matanya pula keliahtan seperti intan yang bergemerlapan. Nelayan itu mengucapkan kesyukurannya
lalu bersujud di dalam sampannya itu dan menadah ke langit sekali lagi. Dia belum pernah melihat ikan
yang secantik dan seganjil itu.
Setelah dia mengalihkan ikan itu ke dalam sebuah bekas yang mengandungi air laut, dia duduk berfikir
seketika.
Pasti tidak ada sesiapa yang akan mahu membeli ikan ini dengan harga yang tinggi, katanya dalam
hati. Mereka akan menganggap ikan ini seperti ikan-ikan biasa yang lainnya.
Setelah puas berfikir, dia mnegambil keputusan untuk membawa ikan itu sewaktu dia menghadap
rajanya. Raja di negeri tempat tinggalnya itu termasyhur sebagai seorang raja yang amat adil lagi
bijaksana. Akan tetapi, permaisuri baginda terkenal pula dengan sikap kikir sedta tamak. Namun, dia
bertekad untuk mempersembahkan ikan yang dia dapat itu kepada rajanya.
Sewaktu menghadap rajanya dengan mempersembahkan ikan tangkapannya itu, raja tersebut berasa
takjub lagi kagum ketika melihat ikan itu.
Wahai nelayan, Di manakah engaku dapat ikan yang ganjil lagi ajaib ini? titah raja.
Nelayan itu berdatang sembah sambil berkata, Ampun tuanku! Patik dapat menangkap ikan yang ajaib
ini dengan menjalanya di sebuah teluk di lautan selatan negri ini.
Wah, sungguh engkau berani menjala ikan di sana pada masa keadaan laut bergelombang besar lagi
berbahaya pada musim ini! puji raja.
Ampun tuanku, dengan izin Allah juga, sesuatu yang susah dapat dilaksanakan, sembah nelayan itu
dengan penuh takzim.
Baginda raja berasa gembira mendengar sembah nelayan itu lalu mengahdiahinya seribu wang emas.
Nelayan itu bersyukur sesudah mengucapkan terima kasih atas kurnia rajanya itu. Dia menerima
pemberian raja itu dengan penuh rasa hormat.
Pada waktu itu, permaisur raja lalu bertitah, Ayuhai Kakanda, bukankah pemberian itu terlalu mahal
bagi harga seekor ikan sahaja.
Tidak mengapa, wahai adinda! Ikan yang beta dapat daripada nelayan ini bukan ikan sebarangan.
Cuba adinda lihat ., titah baginda lalu menunjukkan ikan yang sudah dialihkan ke dalam sebiji
mangkuk yang berisi air. Sisik ikan itu keemas-emasan sementara biji-biji matanya berkilau-kilauan
seperti intan.
Bagi adindalah, ikan tetap ikan, celah permaisuri dengan megahnya.
Kalau demikian menurut adinda, apakah yang mesti kakanda lakukan sekarang? titah baginda sambil
tersenyum.
Itu mudah sahaja, jawab permaisuri dengan manja. Kakanda panggil semula nelayan itu dan
titahkan kepadanya untuk diberitahu sama ada ikan itu jantan atau betina. Jikalah dia menjawab jantan,
kakadan katakan betina dan begitu sebalinya, supaya jawapan nelayan itu boleh dikatakn salah. Denga
yang demikian, wang yang diambil itu kanda paksa dia kembalikan.
Setelah mendengar sembah permaisuri itu, raja itu lalu menitahkan pengawalnya memanggil nelayan
itu datang kembali menghadap baginda. Apabila dia mendengar bahawa dia diperintahkan supaya
menghadap baginda semula, nelayan itu tersentak. Namun, dia segera masuk menghadap raja.
Ampun tuanku, pati datang mengadap, sembah nelayan itu.
Raja itu lalu bertitah,Beta mahu tahu. Jika jawapan kamu betul, tidak mengapa. Namun, jika
jawapanmu salah, beta mahu kamu kembalikan semula hadiah yang telah beta kurniakan kepada kamu
sebentar tadi.
Titah dijunjung, ampun tuanku! balas nelayan itu.
Apakah ikan yang kami bawa sebentar tadi iakn jantan atau ikan betina?
Nelayan itu berfikir sejenak. Dia pun lalu bersuara sesudah beberapa katika, Ampun tuanku,
sebenarnya ikan itu bukan ikan jantan atau ikan betina. Ikan itu .. jawanya sambil tersenyum
simpul.
Raja itu kemudian ketawa terbahak-bahak! Sesusah reda ketawanya, baginda lalu bertitah, Bagus,
kamu tidak perlu menjawabnya! Baginda masih tersenyum simpul cuba menahan dirinya daripada
terus ketawa. Baginda lalu menghadiahi nelayan itu seribu wang emas lagi.
Melihatkan tindakan baginda raja, permaisur mengerut-ngerutkan keningnya sambil menarik wajah
masam kerana rancangannya tidak menjadi.
Nelayan itu semakin gembira mendapat wang tamahan itu. Dia pun lalu memasukkan wang yang baru
didapatinya ke dalam uncang yang dia bawa itu. Tiba-tiba sejumlah wang meas itu jatuh ke lantai.
Nelayan itu memnugutnya dengan segera dan memasukkannya semula.
Melihat akan hal itu, permaisuri lalu berbisik kepada baginda raja, Lihat kakanda, betapa kedekutnya
nelayan ini. Satu keping wang mas pun dia kutip, sedangkan dia sudah memiliki hampir dua ribu
keping wang mas!
Raja bersetuju dengan kata-kata permaisuri itu lalu baginda bertitah lagi, Hai, nelayan. Kamu ini
sangat kedekut! Kamu mendapat banyak wang emas tetapi sekeping yang jatuh pun kamu pungut!
Nelayan itu tersentak mendengar akan titah rajanya. Dia lalu mengangkat sembah seraya berkata,
Ampun tuanku! Sebenarnya, patik memungut semula wang emas yang jatuh itu bukanlah patik
kedekut dan tamak. Patik amat menjunjung duli tuanku. Patik tidak rela wang emas yang ditempa
dengan gambar wajah tuanku jatuh di lantai dan dipijak-pijak orang, ampun tuanku!
Mendengar akan jawapan nelayan itu, baginda berasa sungguh terharu. Tanpa berfikir-fikir lagi,
baginda menambah jumlah wang emas kepada nelayan itu. Wahai nelayan yang bijaksana, titah
baginda, Kamu rakyat beta yang taat lagi setia. Beta tambah lagi jumlah wang emas kamu itu.
Ampun tuanku, kurnia tuanku patik junjung tinggi, sembah nelayan itu lagi sambil mengukirkan
senyuman sekali lagi.
Permaisuri raja menjadi bertambah-tambah murka namun baginda hanya menahan dirinya. Nelayan itu
pulang ke rumah dengan perasaan yang sungguh gembira.
Dicatat oleh Abdul Manaf Bin Mohd .Yasir di 8:11 PTG Tiada ulasan:
Label: Cerita Rakyat Melayu

Cerita Alang Dengan Dayang


Alang seorang nelayan yatim piatu. Dia selalu turun ke laut setiap malam selepas menunaikan salat
Isyak. Selalunya, sebaik-baik sahaja pulang dari laut setiap subuh, dia ke surau untuk bersalat subuh
sebelum dia pergi ke pasar untuk menjual ikan-ikan tangkapannya pada hari itu. Ikan-ikan jualannya
masih segar-segar. Setelah itu, dia pulang ke rumah.
Namun, nasibnya tidak selalu beruntung. Kadangkala, Alang hanya mendapat sedikit atau tiada
tangkapan langsung. Kalau musim tengkujuh, dia tidak turun ke laut kerana keadaan laut bergelombang
besar. Pada musim-musim tengkujuh ini, Alang akan bercucuk tanam di kebun kecil di belakang
rumahnya. Ada masa-masanya, dia pergi berburu di hutan.
Alang yang hidup sendirian terpaksa melakukan kerja-kerja rumahnya. Dalam keadaan begitu, Alang
selalu terkenang akan ibu dan bapanya yang telah lama meninggal dunia. Hidupnya berasa sunyi
tinggal sendirian di pondok kecilnya itu.
Alang tidak turun ke laut pada hari itu kerana musim tengkujuh sudah tiba. Alang sedar keadaan laut
yang bergelombang besar dengan angin yang bertiup kencang membahayakan keselamatannya.
Sekiranya dia tidak turun ke laut, dia tidak akan beroleh wang. Hujan yang lebat kali ini juga tidak
membolehkannya pergi berburu.
Sambil duduk bermenung itu, dia berkata dalam hatinya, Tak mengapalah. Mungkin esok lusa hujan
teduh, aku boleh mengerjakan kebunku itu atau pergi menahan lukah di sungai di hujung kampung.
Tidak lama kemudian, dia terlelap.
Apabila Alang bangkit daripada tidur keesokan harinya, hujan masih turun lebat. Hujan itu menghalang
dia melakukan apa-apa yang dia rancang pada hari sebelumnya. Dia berasa sedih kerana dia tidak ada
wang yang cukup untuk membeli makanan di pekan. Dia duduk termenung dengan perasaan sayu. Dia
tidak akan berputus asa dan terus menanti hingga hujan lebat reda. Namun, sehingga lewat malam,
hujan tidak juga berhenti.
Hingga seminggu hujan lebat turun tanpa berhenti-henti. Dia sudah kehabisan barang makanan di
rumahnya. Sewaktu dia menjerang bubur untuk mengisi perutnya pada hari itu, dia terus-terus
mengatur rancangan untuk meneruskan pekerjaannya apabila hujan berhenti kelak.
Akhirnya hujan berhenti juga. Alang berasa paling gembira kerana sudah seminggu dia tidak turun ke
laut untuk menangkap ikan. Dia segera bersiap-siap untuk turun ke laut. Alang berharap dia dapat
menangkap banyak ikan pada hari itu dan kemudian dia akan menjualnya di pasar. Dengan semangat
yang berkobar-kobar, Alang memikul pukat dan bakul besar sambil berjalan menuju ke laut. Dia
menolak perahunya ke gigi air. Sesudah itu, dia berdayung ke tengah laut. Cuaca hari itu masih sejuk
dan laut masih bergelombang besar. Langit sudah mendung dan matahari bersinar dengan terangnya.
Dia berhenti berdayung lalu menebarkan jalanya ke air. Berkali-kali dia lakukan itu tetapi tiada seekor
ikan pun dia dapat. Matahari sudah tegak di atas kepala. Walaupun ada bibit kehampaan terbit dalam
hatinya, dia masih percaya dia akan mendapat rezeki pada hari itu. Sebelum dia bergerak dari tempat
itu, dia menebarkan jalanya sekali lagi. Dia menarik jalanya tidak lama sesudah itu. Tiba-tiba, dia
terpandang seekor ikan kecil terlekat pada jalanya.
Setelah diambil ikan itu dari jalanya, dia melepaskannya semula ke dalam air. Dia mula sedar bahawa
jika ada seekor ikan seperti itu di tempat itu, Alang pasti akan ada ikan-ikan yang lain juga. Dia
mengambil keputusan untuk menebar jalanya sekali lagi. Apabila dia menarik jalanya ke dalam
perahunya, dia mendapati ada beberapa ekor ikan di dalam jalanya itu. Dia lalu memindahkan ikan-
ikan itu ke dalam sebiji bakul. Selepas itu, dia berdayung balik ke pantai. Dia menambat perahunya.
Setelah bersalat zohor, Alang berjalan pulang membawa ikan tangkapannya yang sedikit itu.
Apabila sampai di rumah, Alang mengeluarkan ikan-ikan yang dia dapat pada hari itu. Ikan-ikan itu
masih bernyawa lagi.Dia mendapati seekor ikan kecil yang bersisik cantik dan berkilau-kilauan. Ikan
kecil yang cantik itu dia masukkan ke dalam belanga tanah yang berisi air laut.
Pada keesokan harinya, Alang turun semula ke laut. Nasibnya baik kerana awal-awal lagi, dia sudah
mendapat banyak ikan dalam jala yang dia tebar itu. Ikan-ikan yang dia dapat itu besar-besar belaka.
Alang berasa sungguh gembira dan dia segera pulang setelah dia mendapati tangkapannya sudah cukup
untuk dia jual dan dia boleh mendapatkan beras, gula, garam dan kopi. Ikan-ikannya dibeli oleh
penduduk-penduduk kampung sebaik-baik sahaja dia mendarat di pantai. Beberapa ekor ikan yang
tinggal dia bawa pulang untuk dibuat lauknya pada hari itu.
Setibanya di rumah, Alang terpegun apabila mendapati sudah ada makanan yang enak tersaji dan
ditutup dengan tudung saji.
Siapa yang memasak makanan-makanan ini untuk aku? tanya Alang dalam hatinya. Dia bergerak ke
sana ke sini untuk mencari sama ada sesiapa yang berada di kawasan rumahnya. Setelah sekian lama,
dia dapati rumahnya kosong seperti yang dia tinggalkan pagi tadi.
Oleh kerana dia berasa lapar kerana tidak sempat bersarapan pagi tadi, dia duduk menghadapi hidangan
yang enak itu. Ada tiga jenis lauk yang terhidang; gulai ikan gelama, sambal tumis daging ayam goreng
dan lauk pucuk ubi masak lemak. Alang makan dengan penuh berselera selain berasa syukur kerana ada
rezeki untuk dia makan pada hari itu.
Setelah selesai makan, dia mencuci pinggan dan mangkuk dan dilanjutkan dengan menyiang beberapa
ekor ikan yang dia bawa. Ikan itu digaram dan diasam sebelum dia rebus. Sambil belanga ikan rebus itu
dijerang di atas tungku, dia ke kebun sebentar untuk memungut serai, halia dan kunyit yang dia tanam
di kebun di belakang rumahnya. Setelah itu, dia pulang lalu membersihkan badannya sebelum dia
duduk mengaji al-Quran pada petang hari itu.
Setelah itu, dia membersihkan badan sebelum bertolak ke surau di kampungnya untuk bersalat jemaah
dengan orang-orang kampung pada waktu Maghrib dan Isyak. Sewaktu berjalan ke surau itu, dia
terkenang akan lauk- pauk dan nasi yang dia makan tadi siang dan akan orang yang menyediakan
makan tengah harinya itu tadi. Alang jadi terlupa akan hal itu sebaik-baik sahaja dia sampai si surau
dan dia berada dalam kalangan orang-orang kampung yang mesra menyambut kedatangannya.
Kejadian hidangan yang tersedia untuknya berlaku setiap hari. Pada suatu hari, Alang mengambil
keputusan untuk mengintip orang yang selalu menyediakan hidangan untuknya. Dia pulang ke rumah
awal untuk memerhatikan keadaan sekeliling rumahnya sebelum dia menjalankan tindakan selanjutnya.
Sepanjang hari dia di rumah, Alang tidak mendapati apa-apa yang aneh berlaku dalam rumahnya. Dia
memerhatikan ikan yang dia simpan dalam belanga tanah. Dia memberi ikan itu makan dengan
menabur beberapa butir nasi dan sayur ke dalam belanga tanah itu sesudah dia menukarkan air dalam
belangan tanah itu.
Keesokan harinya, Alang bersiap-siap untuk turun ke laut. Sebenarnya dia tidak ke laut, tetapi dia
bersembunyi di balik semak berdekatan di luar pintu dapur rumahnya. Tidak lama kemudian, Alang
terdengar bunyi pinggan dan mangkuk berlaga. Alang mendekati pintu dapur rumhanya. Dari celah-
celah rekahan dinding kayu rumahnya itu, Alang mendapati ada lembaga sedang bergerak-gerak. Tanpa
berlengah-lengah, Alang membuka pintu dapur rumhanya dan melangkah masuk. Alangkah terkejutnya
Alang apabila dia terpandang seorang gadis yang cantik sedang mengosek besar untuk ditanah. Gadis
itu juga berasa terkejut kerana pastinya dia tidak menyangka Alang akan pulang secepat itu. Gadis itu
tidak sempat menyembunyikan dirinya.
Engka siapa? tanya Alang.
Akulah ikan yang engkau tangkap dan simpan dalam belanga tanah itu, jawab gadis tersebut.
Alang berasa sungguh hairan lalu pergi mendapatkan belangan yang mengandungi ikan kecil itu. Ikan
itu sudah tidak ada apabila Alang melihat ke dalam belanga tanah itu.
Sambil menoleh kepada gadis itu, Alang bertanya lagi, Bagaimana engkau dapat bertukar menjadi
manusia?
Aku sebenarnya telah disumpah menjadi seekor ikan. Aku akan bebas daripada sumpahan itu
sekiranya ada manusia yang mahu memelihara ikan itu, jawab gadis itu.
Mendengarkan penjelasan gadis itu, Alang segera melamar gadis itu.
Mahukah engkau menjadi isteri aku? tanya Alang lagi.
Boleh, jika engkau menuruti syarat-syarat yang aku tetapkan, jawab gadis itu.
Apa syaratnya? pinta Alang dengan tidak sabar-sabar.
Jangan sekali-kali engkau membuka rahsia kepada orang lain bahawa aku berasal daripada seekor
ikan, tegas gadis itu.
Jika engkau langgar syarat itu, aku akan kembali menjadi ikan untuk selama-lamanya.
Tanpa berfikir panjang, Alangbersetuju untuk mematuhi syarat gadis itu. Mereka berkahwin sesudah
itu.
Kehidupan Alang dan isterinya itu sungguh bahagia untuk beberapa ketika. Dia memanggil-manggil
isterinya dengan panggilan Dayang. Alang tetap menjalankan kerjanya menangkap ikan dan
mengerjakan kebunnya seperti biasa. Dia juga akan kelaur pergi berburu kalau ada keperluannya.
Dayang pula menguruskan rumah tangga dan ada kalanya membantu Alang di kebun.
Pada suatu hari, Alang dikunjungi oleh kawan-kawan sebaya di rumahnya. Mereka berborak-borak
sambil berehat-rehat sepanjang hari. Kawan-kawan Alang memuji-muji isteri Alang yang cantik itu.
Sewaktu berbual-bual itu, mereka menanya-nanya akan asal usul Dayang. Alang yang terlalu seronok
pun bercerita tentang asal usul isterinya itu. Dia terlupa akan janji-janjinya kepada Dayang tempoh
hari. Dayang terdengar akan perbualan suaminya itu dan dia berasa kecewa. Dengan senyap-senyap
dan tanpa pengetahuan suaminya, Dayang memakai tudung lalu keluar rumah.
Lewat petang barulah kawan-kawan Alang pulang. Alang tergesa-gesa pergi menunaikan salat Asar
yang sudah suntuk kerana hari hampir senja. Setelah selesai bersalat, Alang mendapati rumahnya masih
gelap dan pelita minyak tidak dipasang isterinya, Dayang. Puas dia memanggil-manggil nama isterinya
itu sambil mencari-carinya ke sana ke mari tetapi tidak juga dia ketemui.
Tiba-tiba, Alang terpandang akan sebuah balang tanah di atas lantai dapur rumahnya. Di dalamnya ada
seekor ikan kecil. Ikan kecil itu seolah-olah memandangnya.
Sedarlah kini Alang akan kesilapan yang telah dia lakukan. Dia sedar bahawa isterinya telah menjadi
ikan semula.