Anda di halaman 1dari 54

LAPORAN ORIENTASI GURU BARU

SK BATU LAUT 2012

Penghargaan

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya
menyiapkan laporan orientasi bagi guru baru ini.

Setinggi tinggi penghargaan dan rasa terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan
kepada Encik Mohd Nadzri Othman selaku Guru Besar SK Batu Laut, Puan Hajah
Hamidah Ab Rahim selaku Guru Penolong Pentadbir, En Ramjis B Muni selaku
Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar, Pn Rosnah Mohd Yusof selaku Penolong Kanan
Kokurikulum, guru-guru SK Batu Laut yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan
panduan dalam menyiapkan laporan ini. Seterusnya tidak lupa juga saya ucapkan
terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang telah memberi semangat dan
dorongan kepada saya menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai guru.

Kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh kalian semua seperti teguran, tunjuk ajar
mahupun dari segi moral telah banyak membantu saya dalam proses menyiapkan
laporan orientasi ini. Sekalung budi dari saya buat semua yang terlibat.

Terima kasih.
LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

Pengenalan

Program orientasi untuk guru sandaran terlatih (GSST) ini sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan guru baru yang berusaha membentuk
jati diri sebagai modal insan yang mempunyai jati diri, berketrampilan, berpengetahuan
luas dan berkemahiran tinggi. Dengan ini secara tidak langsung dapat belajar, bekerja,
berkomunikasi dan berfikir secara kreatif dan kritis serta mengamalkan pembelajaran
sepanjang hayat.

Program ini bertujuan untuk melahirkan guru guru yang dapat mematuhi semua garis
panduan dan dasar dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu juga, tujuan
program ini dijalankan adalah untuk guru guru baru ini menyesuaikan diri dengan
cepat tentang budaya sekolah disamping dapat menghayati budaya dan kerjaya
sebagai seorang guru di sekolah.

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membantu guru baru menyesuaikan diri
dalam suasana baru persekolahan. Tunjuk ajar dan didikkan yang diterima serta
perkongsian pengalaman sedia ada guru-guru lama diharap dapat memotivasikan guru
baru dalam penyesuaian diri mereka di alam baru persekolahan.
LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

Biodata Guru

Nama : Siti binti Ahmad

Umur : 27 Tahun

Tarikh Lahir : 11 Oktober 1985

Alamat surat-menyurat : 5-2-10 pangsapuri Jelutong Indah, Lgk Hj

Ahmad,11600 Jelutong, Pulau Pinang.

Alamat bekerja : Sekolah Kebangsaan Batu Laut,

42800 Tanjong Sepat, Selangor.

Kelulusan akademik : Kursus Perguruan Lepasan Ijazah SR (Jun 2010)

Ijazah Sarjana Muda Seni lukis Dan Seni Reka Fesyen

Kepujian di UITM Shah Alam (2008)

Jawatan sekarang : Guru DG41

Tarikh mula memangku jawatan: 20 Oktober 2011

1.0 Profil Sekolah

1.1 Sejarah sekolah dan latar belakang


LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

Sekolah Melayu Batu Laut didirikan pada 1917 di atas tapak masjid lama di kampung
ini. Pada asalnya, bilangan muridnya 35 orang sahaja. Encik Ahmad merupakan Guru
Besar merangkap Guru yang pertama mengajar di sekolah ini. Pada tahun 1927,
sekolah ini telah berpindah ke tapak yang ada sehingga ke hari ini.

Bangunan asal sekolah telah dirobohkan kerana tidak sesuai lagi untuk digunakan.
Pada tahun 1927, sekolah ini telah berpindah dua kilometer jauh dari tempat asalnya.
Bangunan kayu empat bilik darjah telah dibina di atas seluas lima ekar tanah beserta
padang bola. Sehingga kini terdapat empat blok bangunan batu, sebuah bangunan
separuh kayu dan sebuah kantin untuk menampung 18 kelas, sebuah stor perahu layar,
sebuah bilik komputer, bilik APD, pejabat sekolah, pusat sumber, bilik pemulihan, bilik
sains, tandas dan beberapa buah stor.

Muridnya bertambah dari masa ke semasa. Pada awalnya, bilangan murid hanya 35
orang pada tahun 1917, tetapi sekarang muridnya telah mencapai ke angka 466 orang
murid pada tahun 2012.

Lapan puluh peratus murid-muridnya adalah anak pekebun dan nelayan. Lebih kurang
dua puluh peratus penjaga mereka bekerja di sektor kerajaan dan swasta. Kebanyakan
kaum ibu terdiri dari suri rumah tangga. Sebahagian kecil mengusahakan Industri Kecil
Sederhana.

Kerjasama yang diberikan oleh penduduk kampung kepada pihak sekolah adalah
sangat baik. Kejayaan-kejayaan yang diperolehi oleh sekolah ini adalah dengan
kerjasama penduduk kampung.

1.2 Pelan sekolah


LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

1.3 Senarai nama guru dan kakitangan


LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012
LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012
LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

1.4 Lencana sekolah

1.5 Visi dan Misi sekolah

Visi

Menjadikan Sekolah Kebangsaan Batu Laut cemerlang di Daerah Kuala Langat


2010

Misi

Sekolah Kebangsaan Batu Laut diwujudkan untuk memberi pendidikan berkualiti bagi
melahirkan insan cemerlang selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan

1.6 Lagu sekolah

Sekolah Kebangsaan Batu Laut


Megah berdiri indah
Muridnya bersatu sedia berusaha
Menuju cita mulia

Sekolah Kebangsaan Batu Laut


Semoga berjaya
Mencapai hasrat murni
Demi nusa dan bangsa
LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012
LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012
LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

2.2 Jawatankuasa Kurikulum


LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012
LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

2.3 Jawatankuasa HEM


LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

2.4 Jawatankuasa Kokurikulum


LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

2.5 Fungsi dan Bidang Tugas


LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

2.5.1 Guru Besar

Guru Besar adalah Ketua Profesional dan Pentadbiran di sekolah. Tugasnya dibantu
oleh Guru Penolong Kanan I ( Kurikulum & Pentadbiran ), Guru Penolong Kanan II
( Hal Ehwal Murid ) dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

Tugas-tugas yang dijalankan secara keseluruhannya adalah menguruskan perjalanan


pentadbiran am sekolah, menyelia pelaksanaan kurikulum supaya selaras dengan
dasar Pendidikan Kebangsaan, Pelaksanaan Program Pendidikan Tambahan dan
Khidmat Bantu, memajukan kegiatan ko-kurikulum, memberikan pimpinan professional
kepada semua guru dan memupuk kerjasama antara sekolah dengan masyarakat
melalui pertubuhan-pertubuhan seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Ahlli
Lembaga Pengurus Sekolah.

2.5.2 Kurikulum

2.5.2.1 Penolong Kanan Pentadbiran

Guru Penolong Kanan 1 bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai


matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dengan itu Guru Penolong Kanan 1
bertanggungjawab bagi melicinkan pentadbiran, mempertingkatkan prestasi pengajaran
guru serta pembelajaran murid dan menyediakan khidmat bantu secukupnya supaya
matlamat Dasar Pendidikan tercapai.

Bidang Tugas
i. Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar.
ii. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
iii. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal kurikulum, pentadbiran dan
pengurusan guru dan kakitangan bukan guru.
iv. Membantu Guru Besar menyelia dan meneliti pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.

2.5.2.2 Jawatankuasa Kurikulum


LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

i. Menyelaras rancangan pelajaran di antara guru-guru bagi setiap aliran darjah


dalam perancangan semesta dan harian

ii. Memastikan perjalanan penitia-panitia matapelajaran

iii. Mengkaji penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber


pendidikan dan alat bantu mengajar

iv. Mengadakan program bimbingan dalam latihan mengajar bagi guru-guru


sandaran menjalankan harian mereka

v. Mengkaji laporan-laporan berkaitan dengan kurikulum dan mencadangkan


tindakan susulan seperti perkembangan staf dan perkara yang berkaitan

vi. Pengagihan dan penyediaan bahan ujian yang diiktiraf sebagai sulit dan
terhad

vii. Menyelaraskan pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan


pemulihan

viii. Mengkaji dan menyelaras sebarang jenis program kurikulum

ix. Merancang dan menyediakan takwim ujian bulanan dan peperiksaan


pertengahan dan akhir tahun

x. Membantu merancang dan menentukan bahan pusat sumber, lain-lain buku


kerja dan kerja tambahan murid

2.5.2.3 Tugas Ketua Panitia Matapelaran

i. Pengerusi panitia matapelajaran dengan mengadakan mesyuarat dua bulan


sekali atau sekurang-kurangnya tiga kali setahun dan mengadakan
perjumpaan jika perlu
LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

ii. Membantu GPK 1 menyelaras kerja-kerja akademik guru-guru matapelajaran


dan memperolehi sukatan pelajaran yang terkini

iii. Membantu menyediakan rancangan mengajar untuk tahun persekolahan yang


diselaraskan di antara guru-guru satu aliran darjah

iv. Membantu menyelaraskan soalan-soalan dan pemarkahan bagi semua jenis


ujian dan peperiksaan serta membantu menubuhkan bank soalan bagi semua
aliran kelas

v. Mengkaji dan menganalisis keputusan setiap peperiksaan serta membuat


rumusan cara-cara mengatasi kelemahan pengajaran dan pembelajaran

vi. Menyemak buku latihan murid jika diarahkan oleh guru besar atau GPK1

vii. Menyelenggarakan fail-fail panitia agar sentiasa dikemaskinikan dari semasa


ke semasa

viii. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh guru besar dan GPK 1 dari
semasa ke semasa

2.5.2.4 Tugas Setiausaha Peperiksaan

i. Menyediakan jadual waktu peperiksaan peringkat sekolah

ii. Menyediakan jadual pembinaan soalan

iii. Menguruskan percetakan, pembahagian soalan dan tempat menyimpan kertas


ujian

iv. Memastikan kertas soalan diedarkan kepada pengawas peperiksaan sebelum


peperiksaan dijalankan

v. Memastikan skema jawapan disediakan oleh ahli panel penggubal soalan


LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

vi. Menetapkan tarikh pemeriksaan kertas jawapan dan penyerahan markah


kepada guru kelas, penyelaras tahun dan kepada s/u peperiksaan

vii. Membuat rumusan dan penilaian selepas setiap peperiksaan dijalankan

2.5.2.5 Guru Media

i. Memastikan alat BBM / ADP yang berkuasa elektrik dan bahan software dalam
keadaan baik.

ii. Melaporkan kepada Penyelaras PSS jika berlaku sebarang kerosakan /


kehilangan alatan.

iii. Mengemas, menyimpan dan menentukan bahawa alatan tersebut sentiasa


selamat dan tidak rosak selepas digunakan.

iv. Mengadakan peraturan dan manual penggunaan BBM / ADP.

v. Menguruskan penggunaan BBM /APD secara berterusan.

vi. Menyelaraskan rancangan TV Pendidikan mengikut jadual waktu sekolah.

vii. Memastikan keselamatan BBM / APD.

viii. Membantu Guru Besar dalam urusan pemilihan, sebut harga alat-alat BBM /
APD.

ix. Menggalakkan penggunaan alat BBM / APD dalam pengajaran dan


pembelajaran direkodkan dengan kemaskini.

x. Memastikan bilik BBM / APD sentiasa kemas dan ceria selalu.

2.5.2.6 Guru Pemulihan

i. Mengenalpasti murid-murid untuk kelas pemulihan.

ii. Menyediakan Jadual Waktu Pemulihan.


LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

iii. Mengadakan Ujian Diagnostik kepada murid-murid yang berkenaan.

iv. Menyediakan Laporan Nilaian Prestasi Murid.

v. Menentukan / mengadakan aktiviti-aktiviti khas untuk mengatasi kelemahan


dalam mata pelajaran berkenaan.

vi. Mencadangkan alatan tambahan.

vii. Mengadakan perbincangan dan mendapatkan maklumat dari ibu bapa murid.

viii. Menyediakan rekod-rekod / menyimpan dengan teratur.

ix. Menyediakan laporan bertulis apabila dikehendak

x. Bertanggungjawab keseluruhannya berkenaan dengan kes pemulihan dan


data / maklumat yang dikehendaki oleh jabatan ( PPD/JN/Kementerian ).

2.5.2.7 Guru Data

i. Menyediakan data enrolmen murid mengikut tahun, kelas, kaum dan jantina.

ii. Menyediakan data / maklumat guru mengikut jantina, gred, kategori, opsyen,
dan lain-lain.

iii. Menyediakan penyata bulanan murid dan penyata bulanan guru.

iv. Menyediakan data tentang latar belakang murid mengenai ekonomi . tempat
tinggal, penjaga dan pendidikan penjaga, jenis pengangkutan ke sekolah,
agama yang dianuti dan lain-lain.
v. Menyediakan carta atau graf pencapaian akademik murid.

vi. Menyediakan data murid yang menerima bantuan atau biasiswa.


LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

vii. Menyemak jadual kedatangan kelas pada setiap hujung minggu.

viii. Memastikan buku pendaftaran murid dijaga dengan rapi.

ix. Memastikan setiap muid baru diberi nombor pendaftaran sekolah.

x. Menggalakkan penggunaan komputer untuk memproses & menganalisa data.

2.5.3 Hal Ehwal Murid


2.5.3.1 Guru Penolong Kanan HEM
Guru Penolong Kanan HEM bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai
Dasar Pendidikan Kebangsaan dan bertanggungjawab mempertingkatkan disiplin,
kebajikan murid dan penerapan nilai-nilai murni.

Bidang Tugas
i. Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar dan
Penolong Kanan Pentadbiran.
ii. Mengajar sekurang-kurangnya 12 waktu seminggu mengikut arahan Guru
Besar.
iii. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran Hal
Ehwal Murid.
iv. Membantu Guru Besar dalam pentadbiran sidang petang bagi sekolah-sekolah
yang mempunyai sidang petang.
v. Membantu Guru Besar menyelia dan menilai aktiviti hal ehwal murid.
vi. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan
sekolah.
2.5.3.2 Guru Displin

i. Merangka dan menentukan dasar-dasar disiplin dan peraturan sekolah


berpandukan Pekeliling Kementerian dan JPN.

ii. Memastikan semua guru adalah guru disiplin dalam usaha menguatkuasakan
peraturan sekolah.
LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

iii. Membantu menyelesaikan masalah-masalah disiplin yang tidak dapat


dislesaikan oleh Pengawas.

iv. Membantu Lembada Disiplin Sekolah untuk mengesan dan mengesahkan


kesalahan-kesalahan serius yang boleh membawa hukuman penggantungan
sementara atau hukuman buang sekolah berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil 9/19/1975. Setiausaha Lembaga Disiplin Sekolah atas nasihat Guru Besar
boleh memanggil mesyuarat tergempar untuk membincangkan kes-kes berat
mengenai disiplin.

v. Bekerjasama dengan pengawas sekolah untuk menguruskan kawalan disiplin


dalam semua majlis sekolah.

vi. Mewujudkan sistem rekod disiplin kelas dan sistem pemantauan berkesan.

vii. Berusaha menanam semangat cintakan sekolah serta mengamalkan Prinsip-


prinsip Rukunegara.

viii. Menerima laporan pengawas / guru pengawas dan seterusnya mengambil


tindakan yang sewajarnya.

ix. Menanam semangat kekitaan melalui slogan SEKOLAH KU RUMAHKU supaya


peraturan sekolah menjadi satu budaya.

x. Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Guru Besar.

xi. Menjalankan rondan (dengan bantuan Guru Bertugas Harian) untuk mengesan
murid yang ponteng dan melanggar disiplin sekolah.
LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

xii. Menyediakan dan membekalkan data dan maklumat disiplin kepada


Kementerian / Jabatan / PPD.

xiii. Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan


penghayatan disiplin murid.

xiv. Menjadi pegawai perhubungan di antara ibu bapa / penjaga dalam menangani
masalah disiplin.

2.5.3.3 Guru Bimbungan dan Kaunseling


i. Khidmat unit Bimbingan & Kaunseling iaitu:
a) Bimbingan murid
b) Bimbingan kerjaya
c) Bimbingan sosial
d) Bimbingan sahsiah
e) Bimbingan psikologi
f) Bimbingan pencegahan dadah (AIDS)

ii. Menyediakan perancangan tahunan yang berfaedah dan berkesan.

iii. Mengelola dan mengurus bilik unit Bimbingan & Kaunseling secara berkesan.

iv. Membentuk pasukan Pembimbing Rakan Sebaya.

v. Menubuhkan dan mengelola Kelab Kerjaya.


vi. Menyediakan dan memaklumkan jadual tugas, temujanji dan aktiviti unit
Bimbingan & Kaunseling.

vii. Menyelaraskan hubungan dengan jabatan / agensi luar untuk mendapatkan


khidmat nasihat.
LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

viii. Menjalankan ujian khas untuk mengesan potensi , minat dan sahsiah murid.

ix. Menjalankan soal selidik untuk mendapatkan maklum balas mengenai budaya
sekolah.

x. Mengadakan program khas bagi kumpulan murid bermasalah (risiko tinggi).

xi. Mengadakan program khas pencegahan dadah/ AIDS.

2.5.3.4 Guru Kaunseling


i. Mengedarkan borang maklumat murid kepada setiap murid dan
mengumpulkannya.

ii. Membuat bancian murid yang layak menerima RMT .

iii. Membantu mengedarkan borang RMT / K dan RMT /D kepada guru kelas untuk
dipenuhi.

iv. Memilih senarai menu yang sesuai untuk murid dan berkhasiat.

v. Membuat senarai guru bertugas mengawas makanan RMT setiap hari.

vi. Membuat catatan dan laporan perjalanan RMT setiap hari dalam buku Laporan
RMT.
vii. Memeriksa peruntukan dan perbelanjaan RMT tahun semasa.

viii. Memeriksa kebersihan pengusaha RMT.


LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

2.5.3.5 Guru Kesihatan


i. Menguruskan dan memastikan bilik rawatan dan peti ubat disediakan dan
dilengkapi.

ii. Menyediakan peraturan penggunaaan bilik rawatan.

iii. Mengumpulkan dan menguruskan kad kesihatan dengan kerjasama guru kelas.

iv. Bertanggungjawab menguruskan pemeriksaan kesihatan / gigi oleh Jabatan


Kesihatan.

v. Menyediakan jadual tugas bilik rawatan.

vi. Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti ceramah , pameran


dan tayangan.

vii. Menguruskan murid yang memerlukan rawatan.

viii. Memastikan sekolah bebas denggi.

ix. Memastikan tugasan pemeriksaan aedes dijalankan dan memastikan kawasan


yang boleh membiak nyamuk aedes dibersihkan.

2.5.3.6 Guru Keselamatan


i. Menyediakan papan maklumat untuk memberitahu pelawat supaya mendapat
kebenaran Guru Besar sebelum berurusan di sekolah.
LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

ii. Membaca, memahami dan melaksanakan semua arahan yang dihantar oleh
KPM / JPN.

iii. Merancang dan melaksanakan program keselamaan di sekolah.

iv. Mengadakan taklimat keselamatan dari masa ke semasa.

v. Mewujudkan kerjasama sekolah dengan pihak polis / bomba / JKR.

vi. Memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi dan berfungsi.

vii. Memastikan sistem lalu lintas di kawasan sekolah dan kawasan berhampiran
selamat.

viii. Menetapkan pergerakan lalu lintas dan tempat letak kereta pada waktu rasmi
sekolah.

ix. Menetapkan laluan tertentu untuk murid bagi mengelakkan kesesakan.

x. Mengadakan latihan mengosongkan bangunan 2 kali setahun.

xi. Memastikan peraturan keselamatan bilik-bilik khas ditampal di bilik darjah.

xii. Meletakkan tanda amaran BAHAYA dan KAWASAN LARANGAN di tempat


yang berbahaya dan dilarang kepada murid.

2.5.3.7 Guru SPBT


i. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

ii. Membuat taklimat kepada guru kelas mengenai pembahagian dan pengisian
borang SPBT.

iii. Menubuhkan bilik BOS.

iv. Mengedarkan borang kepada murid dan mengumpulkan semula.

v. Membuat pesanan buku pada pertengahan tahun ke Biro Buku Teks.

vi. Membuat anggaran penggunaan buku yang tepat untuk tahun berikutnya.

vii. Memastikan guru kelas telah melengkapkan borang pinjaman SPBT / Borang G
mengikut jadual.

viii. Memastikan guru kelas telah mengagihkan buku pinjaman kepada semua murid.

ix. Menyelenggara dan mengemaskini fail dan rekod buku stok.

x. Menyimpan rekod buku, hapus kira , rosak dan hilang.

xi. Memastikan murid membalut buku dengan pembalut plastik.

xii. Menentukan tarikh pemulangan buku dan senarai guru bertugas.

xiii. Membuat laporan kepada PK HEM tentang peratus hilang atau rosak, hapus
kira, kekurangan dan lebihan.

xiv. Melengkapkan buku stok dan menyimpan dokumen dengan teratur dan selamat.

xv. Mengemaskini inventori SPBT.


LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

xvi. Mengisi boring maklumat kekurangan / lebihan buku ke PPD.

2.5.3.8 Guru Penasihat Lembaga Pengawas


i. Membantu guru disiplin melaksanakan dasar-dasar disiplin dan peraturan sekolah
di kalangan murid.

ii. Membantu guru disiplin menyelesaikan masalah-masalah disiplin sekolah.

iii. Membantu sekolah menguruskan kawalan disiplin dalam semua majlis sekolah.

iv. Mewujudkan sistem rekod disiplin yang berkesan.

v. Membuat laporan harian untuk tindakan Guru Disiplin / Penolong Kanan HEM.

vi. Melaporkan kes disiplin dengan segera kepada Guru Disiplin / PK HEM.

vii. Memastikan peraturan pengawas dipatuhi oleh semua pengawas.

viii. Membuat spot chek dari masa ke semasa.

ix. Bersedia bertugas bila-bila masa.

x. Mewujudkan jadual bertugas harian.

xi. Memberi maklumat kepada PK HEM berhubung kes-kes serius.

xii. Menyenaraikan dan mengemukakan calon pengawas kepada PK HEM.

xiii. Menyediakan dan menerangkan bidang tugas dan jadual tugas kepada
pengawas.
LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

xiv. Membimbing dan membantu pengawas dalam menguatkuasakan peraturan


sekolah.

xv. Mengadakan kursus kepimpinan dan kesedaran untuk pengawas.

xvi. Menyediakan Laporan Tahunan Lembaga Disiplin.

xvii. Mengadakan sijil penghargaan kepada pengawas.

2.5.3.9 Jawatankuasa Kantin


i. Memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan Pekeliling KPM / KK.

ii. Memastikan jenis-jenis makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat
perjanjian.

iii. Memastikan mutu makanan dan harga jualan berpatutan mengikut syarat-syarat
perjanjian dan senarai harga hendaklah dipamerkan.

iv. Memastikan tidak ada makanan yang bahannya tidak halal.

v. Memastikan penyediaan dan peralatan yang digunakan bersih dan selamat serta
menggunakan penyepit untuk mengambil makanan.

vi. Memastikan keadaan di luar dan di dalam kantin sentiasa bersih, kemas dan
ceria.

vii. Memastikan semua pekerja kantin telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan
memiliki kesihatan yang sah.
LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

viii. Memastikan pihak pengusaha kantin berada di premis supaya mudah


dihubungi.

ix. Memastikan semua penjual dan kakitangan di kantin sentiasa memakai apron,
tutup kepala yang bersih dan kemas.

x. Memastikan semua makanan ditutup dengan tudung saji atau disimpan dalam
bekas yang tertutup.

xi. Memaklumkan kepada pihak pengusaha kantin hari-hari persekolahan.

xii. Memastikan makanan yang disediakan mencukupi setiap hari.

xiii. Memastikan murid dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi,
selamat dan sesuai.

xiv. Membuat laporan mingguan di dalam buku / borang laporan kantin.

xv. Menyampaikan laporan bulanan kepada PK HEM tentang prestasi kantin.

xvi. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa kantin 2 kali setahun dan perbincangan


dari masa ke semasa.

2.5.3.10 Guru Kebajikan


i. Menguruskan kebajikan murid yang memerlukan bantuan khusus seperti:
pelajar miskin
LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

a) kemalangan
b) rawatan berterusan
c) kematian
d) kecemasan / bencana

ii. Mendapatkan senarai nama murid yang layak mendapat bantuan berdasarkan
keutamaan dan keperluan.

iii. Merancang program untuk mengutip sumbangan di samping meningkatkan


keperihatinan murid terhadap kebajikan.

iv. Mengadakan daftar sumbangan dan daftar penerima yang dikemaskini dan
disahkan oleh Guru Besar.

v. Menubuhkan Tabung Kebajikan Murid.

vi. Menubuhkan unit Hilang / Jumpa.

vii. Menggalakkan murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti membantu badan


kebajikan luar.

2.5.4 Kokurikulum
2.5.4.1 Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk
mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. Guru Penolong Kanan Ko-
LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

kurikulum bertanggungjawab meningkatkan penglibatan dan penyertaan murid dalam


aktiviti Ko-kurikulum.

Bidang Tugas
i. Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar dan
Penolong Kanan Pentadbiran.
ii. Mengajar sekurang-kurangnya 12 waktu seminggu mengikut arahan Guru Besar.
iii. bertanggungjawab kepada Guru Besar di dalam semua aspek pengurusan
kokurikulum termasuk sidang petang.
iv. Menyelia dan menilai aktiviti kokurikulum di sekolah.
v. Membantu Guru Besar di dalam semua aspek perancangan dan pengurusan
sekolah termasuk sidang petang.
vi. Menyusun / menyelaras kegiatan kokurikulum
vii. Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum
viii. Menentukan langkah-langkah keselamatan di dalam kegiatan kokurikulum telah di
ambil
ix. Membantu di dalam semua jenis penerbitan sekolah dan hal kokurikulum
x. Bertanggungjawab mengenai lawatan-lawatan anjuran pihak sekolah
xi. Menyelaras hari-hari perayaan dan upacara sekolah
xii. Menyelaras pembahagian murid-murid ke dalam kegiatan kokurikulum serta
meningkatkan tahap pencapaian
xiii. Menguruskan alatan dan kemudahan untuk kegiatan kokurikulum
xiv. Memastikan rekod dan data kokurikulum disenggarakan dengan sempurna
xv. Menguruskan kursus dan latihan untuk guru-guru dan murid-murid yang
berpotensi dalam kegiatan kokurikulum dan mengadakan latihan untuk mereka.

2.5.4.2 Sukan dan Permainan


i. Merancang takwim kegiatan sukan dan permainan
ii. Mengurus pemilihan peserta untuk pertandingan
iii. Menyelia kegiatan sukan dan permainan
iv. Menyelaras aktiviti-aktiviti pertandingan sukan dan permainan di dalam dan di
luar sekolah.

2.5.4.3 Pakaian Seragam


i. Merancang kegiatan pakaian seragam
ii. Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan pakaian seragam
iii. Menyelia kegiatan pakaian seragam
iv. Menyelaras aktiviti-aktiviti pakaian seragam di dalam dan di luar sekolah.

2.5.4.4 Persatuan dan Kelab


i. Merancang kegiatan persatuan dan kelab
LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

ii. Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab


iii. Menyelia dan menyelaras kegiatan persatuan dan kelab

3.0 Fizikal dan Prasarana Sekolah

3.1 Bilik Sains

3.1.1 Fungsi: - tempat melakukan eksperimen Sains


- Penyimpanan peralatan Sains dan bahan ujikaji

3.1.2 Koleksi gambar bilik Sains


LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

3.2 Makmal Komputer

3.2.1 Fungsi: - Penyimpanan peralatan software dan hardware


- Tempat pembelajaran subjek ICT

3.2.2 Koleksi gambar makmal komputer

3.3 Pusat Sumber Sekolah

3.3.1 Fungsi: - tempat pengumpulan bahan bacaan murid


- tempat rujukan murid-murid dan guru-guru

3.3.2 Koleksi gambar PSS


LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

3.4 Bilik Buku Teks

3.4.1 Fungsi: - Tempat penyimpanan buku teks

3.4.2 Koleksi gambar bilik buku teks


LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

3.5 Bilik Muzik

3.5.1 Fungsi: - Tempat pembelajaran muzik


- Penyimpanan alatan muzik

3.5.2 Koleksi gambar bilik muzik

3.6 Bilik Alatan Sukan

3.6.1 Fungsi: - Tempat penyimpanan semua alatan sukan

3.6.2 Koleksi gambar bilik alatan sukan


LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

3.7 Bilik Kemahiran Hidup

3.7.1 Fungsi: - Tempat pembelajaran kemahiran hidup


- Penyimpanan alatan-alatan kemahiran hidup

3.7.2 Koleksi gambar bilik kemahiran hidup


LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

3.8 Bilik Pemulihan

3.8.1 Fungsi: - Tempat pembelajaran bagi murid pemulihan

3.8.2 Koleksi gambar bilik pemulihan

3.9 Bilik Rawatan

3.9.1 Fungsi: - Menempatkan pesakit-pesakit yang terdiri dari murid dan kakitangan
sekolah

3.9.2 Koleksi gambar bilik rawatan


LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

3.10 Bilik J-Qaf

3.10.1 Fungsi: - Tempat pembelajaran agama Islam

3.10.2 Koleksi gambar bilik J-Qaf


LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

3.11 Bilik APD

3.11.1 Fungsi: - tempat pembelajaran ICT

3.11.2 Koleksi gambar bilik APD

3.4 Bilik Buku Teks

3.4.1 Fungsi: - Tempat penyimpanan buku teks

3.4.2 Koleksi gambar bilik buku teks


LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

4.1 Aktiviti Sekolah

BIL AKTIVITI / PROGRAM TEMPOH

1 Orientasi Tahun Satu

2 Perjumpaan ibu bapa Tahun 6

3 Perjumpaan dengan Guru-guru Tahun 6

4 Mesyuarat Kurikulum

a. pertama
b. kedua
c. ketiga
5 Mesyuarat Unit-unit Kurikulum

a. PERTAMA
- BM/KH/PJK/PSV

- BI/MT/SV
LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

- SN/KT/PI/MZ

- PSS / Pemulihan

b. KEDUA
- BM/KH/PJK/PSV

- BI/MT/SV

- SN/KT/PI/MZ

- PSS / Pemulihan

c. KETIGA
- BM/KH/PJK/PSV

- BI/MT/SV

- SN/KT/PI/MZ

- PSS / Pemulihan

5 Peperiksaan

i. Ujian Bulanan 1
ii. Peperiksaan Pertengahan Tahun
iii. Ujian Bulanan 2
iv. Peperiksaan Akhir Tahun
v. Percubaan UPSR
7 Ujian Pelepasan KIA2M

Ujian Penapisan Pemulihan

Mesyuarat JK KIA2M & Pemulihan


LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

8 Tanda tangan Keputusan Peperiksaan

a. P. Pertengahan Tahun
b. P. Akhir Tahun
9 Siri Program LDP

1. LDP 1- Kursus Skema Pemarkahan


Sains Dan Bahasa Inggeris UPSR

2. LDP 2 - Kursus Penggunaan


Internet Dalam Pengajaran &
Pembelajaran
3. LDP 3 - Kursus Motivasi &
Memperkasa Kumpulan
4. LDP 4 - Kursus Kejurulatihan Bola
Tampar
10 Round Off Section

11 Permata Digilap

12 IDAM (Intervensi dalam membaca)

13 Celik huruf

14 Five Minutes With Times Tables

15 Kendiri Latih Tubi

16 Say It Right

17 Teknik Menjawab Soalan

18 Minggu Pusat Sumber

19 Tadarus Al-Quran (Ihya Ramadhan)


LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

4.2 Pencapaian Sekolah dalam Kurikulum

BIL/ TAHUN/ SUBJEK 2007 2008 2009

KESELURUHAN 67.39 % 59.75 % 48.27 %

BM (PM) 92.4 % 96.3 % 92 %

BM (PN) 92.4 % 89 % 87.4 %

BI 70.7 % 67.1 % 49.4 %

MATE 82,6 % 69.5 % 72.4 %

SAINS 78.3 % 81.7 % 79.3 %

4.3 Pencapaian Sekolah Dalam Kokurikulum

BI
LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

L ANUGERAH / KEJAYAAN TAHUN

1 Saguhati 3K Kebangsaan 2004

2 Mewakili Selangor ke pertandingan SHN Kebangsaan 2004

3 Johan 3K Daerah 2004

4 Johan Kantin Gemilang 16 2004

5 Johan Pertandingan Kira cepat 2003

6 Ketiga Pertandingan Kiracepat 2004

7 Johan Perahu Layar (Emas) 2003

8 Mewakili Daerah Pert Perahu layar MSSS 2004

9 Johan Galakan Membaca Daerah 2005

10 Tempat ketiga Perahu Layar (Individu) SUKSES 2005

11 Naib Johan Lanskap Negeri Selangor 2005

12 Perahu Layar SUKMA MYA MILO ketiga Division C 2005

13 Hafazan (P) Kedua prt Zon Mewakili Daerah 2005

5.0 Penilaian Guru

5.1 Penilaian Terhadap Sekolah

Sekolah adalah salah satu tempat utama di mana proses pembelajaran terhadap
pelajar berlaku. Pelajar menerima segala ilmu pengetahuan daripada guru-guru di
sekolah dan seterusnya barulah dirumah dan mungkin menyerap pembelajaran scara
tidak lansung melalui kawasan yang berada di sekitarnya. Sekolah yang lengkap
LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

dengan kemudahan pembelajaran bukan sahaya memudahkan seseorang pelajar itu


menimba ilmu dengan berkesan mlah dapat mewujudkan pembelajan yang berlaku
lebih proaktif dan produktif tanpa sebarang sekatan.

Pada pandangan saya, Sekolah Kebangsaan Batu Laut bukan sahaja mempunyai
kemudahan-kemudahan insfratuktur yang banyak dan baik untuk perkembangan ilmu
para pelajar malah persekitarannya yg ceria dan bersih menyumbang kepada
pembelajaran yang lebih ceria. Dengan adanya perpustakaan yang mempunyai
pelbagai jenis buku di dalamnya serta keadaan nya yang selesa dan ceria bukan sahaja
memudahkan pelajar memperolehi ilmu pengetahuan secara positif malah
memudahkan juga untuk guru-guru mendapat bahan rujukan dan maklumat. Selain itu
terdapat juga sudut-sudut lain di sekolah seperti di kantin, lorong-lorong dan sudut
tangga telah disediakan pelbagai jenis buku untuk bacaan harian dan masa lapang
telah membantu para pelajar menimba lebih banyak ilmu di kala kelapangan dan
seterusnya menjadikan serta menyemai budaya membaca di kalangan pelajar.

Selain daripada itu, Sekolah Kebangsaan Batu Laut juga mempunyai kelas-kelas bilik
darjah dan bilik-bilik khas yang mencukupi seperti bilik Sains, Bilik ICT, bilik muzik, bilik
Jqaf, bilik Kemahiran Hidup dan sebagainya. Sehubungan dengan itu sekolah ini juga
mempunyai pondok-pondok ilmu dan taman yang cantik. Kemudahan-kemudahan ini
adalah bertujuan untuk memberi keselesaan kepada para pelajar menimba lebih
banyak ilmu di sekolah.

Pandangan saya Sekolah Kebangsaan Batu Laut adalah salah satu sekolah yang
sempurna dan permai di luar bandar sebagai salah satu tempat perkembangan ilmu
untuk pelajar.

5.2 Cadangan Penambahbaikan

Sebagai seorang guru opsyen seni, amatlah beharap andai kata sebuah bilik seni dapat
diwujudkan disekolah, Ini kerana, pembelajaran yang berlaku di kelas mungkin tidak
sama seperti di bilik seni untuk mata pelajaran ini. Kemudahan dan keluasan di dalam
bilik seni lebih memudahkan pelajar untuk bekarya tanpa terbatas disamping dapat
LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

merangsang terhadap pembelajaran yang optimum dan lebih kreatif disamping


menambah pengetahuan ilmu kesenian.

Namun walau bagaimanapun pembelajaran tidak semestinya tidak boleh berlaku di


dalam kelas, Cuma ia sedikit terbatas dari segi pergerakan dan aktiviti yang
memerlukan kolobrasi ataupun berkumpulan. Namun saya akan cuba pastikan pelajar
mendapat input yang sama dan menjadikan setiap sudut sekolah sebagai bahan dan
tempat untuk murid berkarya kerana seni adalah sesuatu yang indah dan tidak boleh
dipisahkan dengan yang indah-indah maka unsur-unsur kepelbagaian dalam
pembelajaran akan sentiasa diterapkan.

6.0 Lampiran Berkaitan (Sila rujuk lampiran)


6.1 pekeliling
6.2 Dasar-Dasar KPM (NKRA, KPI)
LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

Dasar Dasar KPM Terkini


1.Dasar dasar kpm terkini

2.Visi dan misi kpm membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti sekolah
unggul penjana generasi terbilang misi visi

3. Matlamat kpm menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
melahirkan bangsa malaysia yang taat setia dan bersatu padu melahirkan insan yang beriman,
berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera memberi peluang-peluang pendidikan
kepada semua warganegara malaysia matlamat

4. Matlamat pendidikan kebangsaan 1956 1957 1960 penyata razak ordinan pelajaran laporan
rahman talib 1979 laporan jk kabinet mengkaji dasar pelajaran matlamat utama pendidikan
adalah untuk menyatupadukan kaum dan merealisasikan pendemokrasian pendidikan. Ini dapat
dicapai dengan penyatuan pelbagai sistem pendidikan yang sedia ada kepada satu sistem
pendidikan kebangsaan dengan penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama.

5. Dasar-dasar baru kpm dasar-dasar baru kpm nkea mbmmbi kssr pbs 1m1s transformasi
pendidikan vokasional

6. Mbmmbi (memartabat bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris) transformasi


kurikulum bi teknologi maklumat dan komunikasi dalam p&p bi meningkatkan kapasiti guru bi
(dalam perkhidmatan dan pra perkhidmatan menggunakan perkhidmatan penutur jati bi sebagai
mentor dan training fellows menggunakan perkhidmatan guru bersara bi sebagai guru kontrak bi
LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

penempatan semula guru bi meningkatkan aktiviti bahasa di luar bilik darjah mbm mbi
mesyuarat jemaah menteri pada 5 ogos 2009, telah memutuskan supaya dasar mbmmbi
dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2011, bagi menggantikan ppsmi .
Transformasi kurikulum bm. Teknologi maklumat dan komunikasi dalam p&p bm.
Meningkatkan kapasiti guru bm (dalam perkhidmatan dan pra perkhidmatan). Meningkatkan
aktiviti bahasa di luar bilik darjah.

7. Kurikulum standard sekolah rendah (kssr) [ image information in product ] image


:www.photosclub.co.kr / cd_global business&communication(imagestates) note to customers :
this image has been licensed to be used within this powerpoint template only. You may not
extract the image for any other use. Insan seimbang pemikiran kritis & kreatif inovatif

8. Pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)

9. Dilaksanakan oleh sekolah dengan instrumen dan garis panduan dari lp dilaksanakan
sepenuhnya oleh sekolah dilaksanakan oleh lp seperti upsr sekarang 60% bm bi matematik sains
bc bt mp teras & elektif pentaksiran pusat kerja kursus projek lisan ujian aptitud 40% pajsk
inventori personaliti

10. Penambahbaikan pmr dengan pbs 100% 4 komponen pbs iaitu pentaksiran pusat, pentaksiran
sekolah, pentaksiran psikometrik dan pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum

11. Dilaksanakan oleh sekolah dengan instrumen & garis panduan dari lp dilaksanakan
sepenuhnya di peringkat sekolah pentaksiran sekolah ujian bertulis (mp teras & elektif pajsk
pentaksiran pusat ujian bertulis (mp teras) kerja kursus projek lisan (teras & elektif) ujian aptitud
inventori personaliti

12. 1m 1s (satu murid satu sukan) konsep misi

13. Transformasi ke arah mencapai status negara maju

14. Dunia pekerjaan upsr spm 60% (2020) 95% 5% skm 2 skm 1 pmr skm 4 skm 3 skm 2 skm 1
bridging dunia pekerjaan

15. Sekolah dalam hospital nkea nkra inisiatif baru inisiatif baru

16. Dalam bidang keberhasilan utama nasional (nkra) pendidikan, kerajaan akan memberi
tumpuan kepada 4 sub-nkra untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan
berkemampuan prasekolah 1 meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak berumur (4+ dan 5+)
kepada 87% menjelang 2012; serta meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah dengan
menjadikan prasekolah swasta dan agensi-agensi lain sebagai sebahagian daripada sistem
pendidikan kebangsaan setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi
selepas mengikuti 3 tahun pendidikan rendah pada akhir tahun 2012 literasi & numerasi (linus) 2
sekolah berpretasi tinggi (sbt) 3 mewujudkan sekolah berprestasi tinggi yang mempunyai etos,
karakter dan identiti tersendiri. Sekolahsekolah ini akan melonjakkan kecemerlangan pelajar ke
peringkat paling tinggi tawaran baru kepada pemimpin sekolah 4 memperkenalkan penilaian
LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

berasaskan pencapaian untuk menilai pengetua dan guru besar (pgb) dengan menawarkan
ganjaran yang menarik kepada pgb yang melepasi sasaran serta membantu pgb yang lemah *
kurikulum khas untuk literasi dan numerasi telah direka khusus untuk kanak-kanak berkeperluan
khas 85 enrolmen untuk kohort kanak berumur 4+ dan 5+ menjelang 2012 100 % menguasai
litera si & numera si pada 201 2 sasaran 100 hps menjelang 2012 4% pengetua/ guru besar
menerima ganjaran menjelang 2012

17. Bidang keberhasilan ekonomi negara [national key economic area (nkea)]

18. Prasekolah jenis bantuan jumlah bilangan yuran prasekolah swasta rm 1, 331, 275.00 1 426
murid geran permulaan prasekolah swasta rm 3, 280, 000.00 328 buah latihan guru prasekolah
swasta di ipts rm17, 900, 000.00 5 995 orang latihan guru prasekolah swasta di ipta rm 3, 506,
534.00 1 425 orang

19. Pendahuluan latar belakang sekolah dalam hospital (sdh) kaedah pengajaran & pembelajaran
rancangan pendidikan individu bidang bahasa, matematik & sains aplikasi bahan & sumber
rujukan dinilai & direkodkan termasuk kokurikulum tempoh pembelajaran - 2 jam pagi - 2 jam
ptg lokasi pembelajaran di katil di kelas kembali ke sekolah asal atau menamatkan persekolahan
di hospital kepelbagaian masalah kesihatan pembelajaran fleksibel mengikut kesediaan murid
kerangka konsep pelaksanaan

20. 1,121,875,000 188,000,000 240,000,000 20,850,000 186,988 500,000 2,800,700 200,000,000


403,829 peruntukan (rm) 519,150 1,400,000 285,700 20,852 205 28,007 2,543 844,410 jumlah
rm 1,753,579,708

21. peningkatan dari satu gred yang rendah kepada satu gred yang lebih tinggi dg41 dg44
dg48 dg52 / 54 dga 29 dga 32 dga 34 dga 38 (kup) kebajikan guru laluan kemajuan kerjaya

22. Laluan pemangkuan dan kenaikan pangkat ppps institut pendidikan guru institut aminuddin
baki kolej matrikulasi ting 6 bidang umum bidang teknikal bidang pendidikan islam 41 44 48
jenis laluan gred y 52 54 41 44 48 52 54 41 44 48 52 41 44 48 52 jusa c dan ke atas pensyarah
cemerlang guru cemerlang (sekolah menengah) pengetua cemerlang 48 52 54 41 44 48 time-
based bekas pppld time-based biasa 41 44 48 41 44 48 guru besar bekas pppld 41 44 41 44 48
jusa c 48 52 54 jusa c 52 54 khas c guru cemerlang (sekolah rendah) hakiki cemerlang time-
based khas x khas c 44 pegawai cemerlang jusa c 54 52 48 44 41

23. Program pensiswazahan guru besar (pkpgb)

24. Beban tugas guru peruntukan sekolah bantuan modal kanak-kanak tanpa dokumen isu-isu
pendidikan isu-isu pendidikan semasa

25. Butiran bantuan modal * bantuan modal yang diberi tertakluk kepada kemampuan kewangan
kerajaan. Projek gantian/ubahsuai bilik darjah pembelian peralatan/perabot butiran bantuan
modal kemudahan lain (makmal, bengkel, pusat sumber) pendawaian semula kerja-kerja
penyelenggaraan kecil penyelenggaraan tandas
LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

26. Peruntukan mengurus mengikut jenis sekolah peruntukan per sekolah jenis sekolah bilangan
sekolah sk 5 877 sjkc 1293 sjkt 523

27. 14 isu penyumbang beban tugas guru nombor dalam kurungan merujuk kepada bilangan
perakuan bagi satu-satu isu. Bahagian bilangan perakuan bpsh 7 bppdp 6 bpg 5 bpsm 3 bsukan 2
bpk 2 bkewangan 2 btp 1

28. Warganegara boleh memasuki sekolah berdasarkan peraturan-peraturan pendidikan


(penerimaan masuk murid ke sekolah penyimpanan daftar dan syarat bagi pengekalan murid
belajar di sekolah) 1998 dan spi 1/2009. Bukan warganegara pendidikan alternatif melalui
kerjasama dengan ngo dan agensi kerajaan lain . Kanak-kanak tanpa dokumen kanak-kanak
tanpa dokumen

29. Pencapaian tahun 1: kadar literasi 83 peratus dan numerasi 90 peratus. Tahun 2: kadar literasi
95 peratus dan numerasi 97 peratus. (sehingga jun 2011). Sehingga ogos 2011, sebanyak 7.6%
guru besar dan 4% pengetua layak menerima ganjaran tawaran baru pemimpin sekolah. Sehingga
ogos 2011, kadar enrolmen mengikut sistem maklumat prasekolah kebangsaan (smpk) ialah
59.13%. Sehingga ogos 2011, sebanyak 52 buah sekolah telah diiktiraf sebagai sekolah
berprestasi tinggi. The malaysia book of records telah mengesahkan seramai 5,196,626 orang
murid telah menyertai larian tersebut yang diadakan pada 2 julai 2011 secara serentak di seluruh
negara. Tawaran baru pemimpin sekolah linus larian 1murid 1sukan prasekolah sbt

30. Pencapaian sepanjang tahun 2010 2011 : kspk telah digunakan di 8216 buah kelas
prasekolah. Sehingga september 2011, program kurikulum yang telah dimuat naik dalam
eduwebtv kpm adalah seperti berikut: prasekolah (75), sek. Rendah (259), sek. Men (434), linus
(55) dan interaktif (209) asrama 1malaysia kohort 1 (ting. 2 tahun 2011): 50 murid (33 (m), 3 (c)
dan 14 (i) kohort 2 (ting. 1 tahun 2011): 76 murid (30 (m), 25 (c) dan 2i (i)). (sehingga 5
september 2011) sehingga ogos 2011, seramai 24,282 kanak-kanak telah diberi bantuan yuran.
Susu 1malaysia kurikulum standarad prasekolah kebangsaan (kspk) eduwebtv bantuan yuran
murid tadika .
LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) PENDIDIKAN


Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan member
tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan
berkemampuan.
LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

1. Sub-NKRA Prasekolah
7 teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan
berkemampuan:
1. Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasokolah Kebangsaan dan Bahagian Prasekolah dan
PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
2. Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
3. Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan
4. Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru
5. Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandar dan pedalaman
6. Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan Prasekolah.
7. Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan

2. Sub-NKRA Literasi dan Numerasi


NKRA Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan
Setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti
pendidikan rendah pada akhir tahun 2012
*Kanak-kanak berkeperluan khas didefinisikan sebagai murid bermasalah pembelajaran,
masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai
pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal. Kurikulum khas literasi dan numerasi
dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

3. Sub-NKRA Sekolah Berprestasi Tinggi


3.1 Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik
Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi dan
akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing
(pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota perkhidmatan)
3.2 Menghasilkan pelajar yang cemerlang
Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan yang menjadi
personaliti unggul dalam semua bidang
3.3 Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem
Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan tahap yang
lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah sekolah tersebut.

4. Sub-NKRA Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah


Meningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan prestasi pemimpin sekolah di
LAPORAN ORIENTASI GURU BARU
SK BATU LAUT 2012

Malaysia: