Anda di halaman 1dari 9

Kehidupan: Aidil Adha Bukan Satu Rutinan Tahunan.

Aidil Adha semakin menghampiri, dan kita akan disajikan dengan cuti serta pelbagai aktiviti hari
raya korban seperti kebiasaan saban tahun.

Satu perkara yang saya suka lakukan apabila sampai musim perayaan, baik Aidul Adha mahupun
Aidul Fitri, adalah mengajak manusia kembali menyelami apakah intipati yang wujud di dalamnya.

Kerana saya sebagai seorang yang beriman kepada Allah SWT, sukar untuk percaya bahawa Allah
SWT akan melakukan sesuatu itu dengan sia-sia. Allah, apabila Dia menetapkan sesuatu, pasti ada
hikmahNya, pasti ada makna di sisiNya.

Sia-sia, mustahil sekali.

Justeru, saya ingin kita melihat semula akan Aidil Adha ini. Memperbaiki kebiasaan kita, yang
mungkin telah melihatnya sebagai rutin tahunan semata-mata.

Sejarah
Semua orang, kalau menyorot kembali sejarah hari raya Aidil Adha, ia sebenarnya berkait rapat
dengan satu keluarga. Yakni keluarga Ibrahim AS. Pada saya, walaupun sejarah ini diulang-ulang
oleh semua orang saban tahun sehingga orang muak, saya merasakan perlunya sejarah ini diulang
untuk mengingatkan kembali berkenaan pengorbanan.

Tapi, untuk saya, saya suka mengulang sejarah itu dari perspektif yang saya pelajari sendiri.

Kita melihat bahawa Nabi Ibrahim telah meninggalkan anaknya Ismail dan isterinya Siti Hajar di
sebuah wadi gersang bernama Bakkah/Makkah. Dia yang sebenarnya amat sayangkan isteri dan
anaknya, terpaksa meninggalkan mereka di tanah gersang itu atas perintah Allah SWT.

Itu sendiri, satu pengorbanan.

Kemudian, Nabi Ibrahim pulang ke tempatnya, yakni Palestin. Kalau anda rajin dan membuka
peta, anda dapat melihat betapa jauhnya jarak Palestin dengan Makkah. Hatta saya sendiri yang
pernah bermusafir dari Jordan ke Madinah, memakan masa 24 jam perjalanan dengan menaiki
bas. Itu Madinah, Makkah lebih bawah lagi. Bagaimana pula zaman dahulu, yang mungkin
kenderaan terpantas hanyalah unta?

Jauh jarak mereka terpisah. Dan Nabi Ibrahim tidak bersama Nabi Ismail melihat tumbesarannya.

Satu hari, Nabi Ibrahim bermimpi menyembelih anaknya. Awalnya, dia menyangka itu mainan
syaitan. Namun selepas mimpi itu berulang beberapa kali, maka dia yakin bahawa itu daripada
Allah SWT. Isyarat bahawa itu adalah satu perintah.

Maka bergeraklah Nabi Ibrahim merentas sahara untuk menunaikan perintah Allah SWT,
menyembelih anaknya.
Untuk merentas sahara, menempuh perjalanan berhari-hari, hanya untuk menjunjung satu
perintah yang mengorbankan ahli keluarganya yang amat jarang dijumpai lagi disayangi, itu juga
merupakan satu pengorbanan.

Ketika dia bertemu dengan Nabi Ismail yang ketika itu sudah membesar, dia bertanya kepada
anaknya itu akan mimpinya. Jawapan Nabi Ismail adalah:

Wahai ayahku, jika itu apa yang Allah suruh, maka laksanakanlah tanpa ragu-ragu

Nabi Ismail menerima dengan lapang dada, malah menggesa ayahnya agar tidak ragu-ragu
langsung dengan perintah Allah SWT. Siti Hajar pula, tidak membentak Nabi Ibrahim dengan
menyatakan suaminya itu gila, tidak berhati perut dan sebagainya. Malah Siti Hajar melepaskan
Nabi Ismail dengan rela hati. Sedangkan, dialah yang membesarkan, menyusukan, Nabi Ismail As.

Di situ, satu pengorbanan kita lihat di sisi Siti Hajar.

Maka Nabi Ibrahim tambah membulat tekad, membawa anaknya ke tempat penyembelihan.
Diriwayatkan bahawa Nabi Ismail siap menyuruh bapanya itu mengikatnya agar dia tidak
menyukarkan pekerjaan bapanya.

Ini juga, satu pengorbanan di sisi Nabi Ismail. Rela hati, menjunjung perintah Allah SWT.

Nabi Ibrahim melaksanakan tugasan itu dengan teguh hati. Pisau yang tajam dileretkan pada leher
anaknya. Yang ajaibnya, pisau itu tidak lut. Diasahnya semula lalu dilakukan sekali lagi. Juga tidak
lut. Begitulah berkali-kali, hingga Jibril As menurunkan Qibasy dari langit menggantikan Ismail.

Keteguhan Nabi Ibrahim, tindakannya mengasah dan mencuba berulang kali, satu lagi bentuk
pengorbanan.

Dan keluarga Ibrahim seluruhnya, telah membuktikan keimanan mereka dengan berjaya melalui
ujian maha hebat ini.

Apakah manusia itu mengira, Kami membiarkan mereka berkata: Kami telah beriman,
sedangkan mereka itu belum diuji? Surah Al-Ankabut ayat 2.

Yang kita perlu perhatikan


Saya suka bertanya kepada diri saya, apakah yang membuatkan Nabi Ibrahim teguh merentas
sahara semata-mata untuk menyembelih anaknya? Saya juga tertanya-tanya, apakah yang
membuatkan Nabi Ismail amat tenang membiarkan dirinya disembelih oleh bapanya, sedangkan
bapanya tidak membesarkannya? Dan atas sebab apakah Siti Hajar, melepaskan Nabi Ismail yang
dibesarkannya itu dengan rela hati? Saya juga hairan, apakah yang membuatkan Nabi Ibrahim
mencuba berkali-kali dan tidak pula menjadikan pisau yang tidak lut itu sebagai alasan untuk dia
tidak meneruskan tindakannya?

Akhirnya, saya berjumpa dengan satu jawapan yang solid. Dan jawapan itu membuka mata saya
berkenaan erti pengorbanan yang sebenar.
Semua kerelaan, kesungguhan, keteguhan dan ketabahan yang keluarga Nabi Ibrahim tunjukkan,
puncanya adalah satu sahaja.

Kerana arahan itu adalah daripada Allah SWT.

Tiada lain. Tidak kerana perkara lain.

Hanya dengan sebab itu adalah perintah Allah mereka sanggup mengorbankan apa sahaja
yang mereka sayangi.

Dari mana datangnya kekuatan mereka untuk berkorban hanya semata-mata kerana itu perintah
Allah?

Iman.

Keimanan mereka, keyakinan mereka bahawa Allah SWT tidak akan memerintahkan sesuatu itu
dengan sia-sia, kepercayaan mereka bahawa Allah SWT itu tidak zalim, kethiqahan mereka
bahawa Allah SWT itu Yang Maha Bijaksana, sangka baik mereka bahawa Allah SWT itu Maha
Mengetahui, semua itu membuatkan mereka bergerak dengan teguh dan tabah, menjunjung
perintah Allah SWT tanpa ragu-ragu, tanpa alasan, dan dengan bersungguh-sungguh.

Ternyata, keluarga Ibrahim As dimuliakan oleh Allah SWT atas keimanan mereka ini, sehingga
mereka sanggup melakukan pelbagai pengorbanan. Maka lihatlah betapa Allah muliakan keluarga
yang berkorban ini dengan kemuliaan yang tidak terhingga. Lahir daripada mereka Muhammad
SAW, penutup segala nabi dan rasul, dijadikan pula pengorbanan mereka sebagai hari yang
dirayakan dan wajib diingati, beberapa peristiwa dalam kehidupan mereka dijadikan manasik haji
seperti saie dan melontar jamrah.

Inilah sebenarnya Allah SWT hendak tunjukkan kepada kita.


Allah hendak tunjuk, betapa Dia itu tidak menzalimi hamba-hamba-Nya, dan Dia Maha
Mengotakan Janji-Nya untuk membeli semua pengorbanan kita dengan kebaikan yang lebih baik
berkali ganda.

Sesungguhnya Allah itu telah membeli dari orang-orang yang beriman diri-diri mereka,
dan harta-harta mereka dengan diberikan kepada mereka syurga Surah At-Taubah ayat
111.
Allah SWT, hendak mendidik manusia betapa, untuk mendapatkan kehidupan yang baik, perlukan
pengorbanan.

Pengorbanan kita
Maka apakah yang kita telah usahakan? Apa yang telah kita sumbang? Bagaimanakah kita
berurusan dengan perintah-perintah Allah SWT?
Adakah kita bersedia berkorban?

Ketahuilah tiada yang akan mampu menyaingi pengorbanan Nabi Ibrahim AS serta cucundanya
Rasulullah SAW. Tetapi apakah yang telah kita usahakan? Apa yang telah kita korbankan?

Kadangkala, kita ini, masa lapang pun sukar untuk kita sumbangkan kepada Islam. Kita hanya
berikan masa lapang kita untuk kerseronokan diri yang tidak membawa apa-apa makna. Duit-duit
kita yang banyak, kita bazirkan menjadi najis berbanding kita berikan kepada yang memerlukan.
Tenaga kita, kita biarkan mereput tanpa kita gunakan untuk Islam. Pemikiran kita, kepandaian
kita, fikrah kita, kita bazirkan begitu sahaja tanpa menyumbangkannya untuk kebangkitan Islam.

Masalah ummah Islam hari ini, adalah kerana kurangnya manusia-manusia yang rela berkorban.

Kenapa?

Kerana masalah keimanan yang hilang dari diri mereka.

Mereka sukar untuk yakin bahawa Allah SWT akan membayar pengorbanan mereka, mereka sukar
untuk percaya bahawa semua pengorbanan mereka ada harganya. Mereka rasa Allah itu jauh,
janji-janji Allah itu jauh.

Ini menyebabkan mereka tidak rela berkorban.

Maka jadilah kes seperti Palestina. Dikelilingi saudara maranya yang kaya raya, kuat dari segi
tentera, tetapi tidak mendpaat pertoilongan satu pun dari mereka. Kenapa? Kerana tiada negara
yang sanggup berkorban untuk Palestin. Masing-masing ingin menyelamatkan poket masing-
masing.

Penutup: Saya tak pernah rasa ini perayaan sia-sia


Saya tak pernah rasa, Allah SWT itu mengarahkan kita melakukan sesuatu yang sia-sia.
Semuanya ada sebab. Tinggal kita nampak atau tidak. Itu keyakinan saya.

Allah SWT berfirman:

Apakah kamu mengira, Kami menciptakan kamu dengan sia-sia, dan kamu kepada Kami
tidak akan dikembalikan? Al-Muminuun ayat 115.
Hari Raya Aidil Adha, pada saya merupakan satu checkpoint supaya ummat mendapatkan semula
kekuatan untuk berkorban. Sebab itu, sejarah Nabi Ibrahim diulang-ulang supaya kita nampak
asas pengorbanan iman kepada Allah SWT.

Khilafah telah jatuh pada 1924. Dari 1924 hingga 2012, sudah 88 tahun berlalu. Sudah 88 kali
ummah Islam menyambut Aidil Adha semenjak khilafah Islam dijatuhkan. Tetapi tidak berjaya
meraih erti pengorbanan. Kenapa?
Kerana kita anggap ini satu perayaan tradisi, rutin tahunan yang perlu kita lalui. Lalui, dan biarkan
ia pergi, sampai ia kembali lagi pada tahun akan datang sekali lagi.

Aidi Adha bukan sesuatu yang sia-sia untuk saya. Tapi saya fikir, kita telah mensia-siakan Aidil
Adha kita, jika kita tidak berjaya menyelami erti pengorbanan.

Selamanya, ummah ini akan terus rosak, hancur, andai kita tidak rela berkorban untuk
membangunkannya.

Maka kita kembali kepada sebuah persoalan:

Apa yang telah kita korbankan untuk ummah?

Muhasabah: Di Sebalik AidilAdha

Setiap tahun, AidilAdha akan mendatangi kita pada 10hb Dzulhijjah,


dan diraikan sehingga 13hb Dzulhijjah. Dua ibadah yang besar,
sinonim dengan AidilAdha ialah Ibadah Haji dan Ibadah Korban.
Sirah yang bakal menjadi pilihan untuk diceritakan pada musim ini
sudah pastilah kisah pengorbanan keluarga Ibrahim AS.

Sebagai seorang manusia yang hidup, dan bukannya robot, kita


sepatutnya mengambil masa barang sejenak, untuk duduk sebentar
dan bermuhasabah melihat kembali akan signifikannya AidilAdha di
dalam kehidupan kita.

Ya, setiap tahun kita meraikan AidilAdha. Ada antara pembaca


mungkin sudah melaksanakan Haji, atau mungkin berpengalaman
melaksanakan ibadah korban. Kita sepatutnya bertanya, apakah
hikmah di sebalik AidilAdha, hingga ia didatangkan setiap tahun, oleh
Allah SWT.

Mengapa, dalam satu tahun jadual hidup seorang muslim AidilAdha


adalah sesuatu yang mesti dilalui?

Pengorbanan Sebagai Tema


Jika kita perhatikan, AidilAdha itu terjemahannya ialah Perayaan
Korban. Makna Adha itu sendiri ialah korban. Dinyatakan sebelum ini
dua ibadah yang dilakukan pada musim AidilAdha ini ialah Ibadah
Haji dan Ibadah Korban atau penyembelihan binatang(Lembu, Sapi,
Unta, Kambing, Biri-Biri dan Kibasy).

Kedua-dua ibadah tersebut, menuntut pelaksananya untuk


melakukan pengorbanan. Yang pergi haji, mengorbankan masa,
tenaga dan harta untuk menyempurnakan rukun Islam yang kelima
itu. Manakala yang mengerjakan ibadah korban, mengorbankan wang
untuk mendapatkan binatang korban.

Ibadah ini menjadi rutin tetap ummat Islam. Bukanlah maksudnya


rutin tetap itu, ummat Islam wajib semuanya melakukan haji dan
ibadah korban setiap tahun. Tetapi maksudnya, semua ummat Islam
akan melalui musim ini.

Musim di mana pengorbanan menjadi tema.

Disambut sebagai Hari Raya.

Jika kita tidak pergi haji atau melakukan ibadah korban sekalipun
pada tahun tersebut, kita tetap akan merasai suasananya.

Persoalannya, untuk apa kita lalui semua ini setiap tahun?

Pengorbanan Tidak Dapat Dielakkan


Di dalam perhambaan kita dengan Allah SWT, pengorbanan adalah
satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Allah SWT menciptakan
manusia dengan pelbagai ujian, dan antara ujian yang terbesar ialah
hawa nafsu kita sendiri.

Allah SWT memberikan kita pilihan, sama ada untuk melakukan


perkara yang baik, atau perkara yang buruk/sia-sia. Dan sering dalam
kehidupan ini kita perasan bahawa kesukaan hawa nafsu kita biasanya
seiring dengan perkara yang buruk dan sia-sia.

Maka di sana kita perlu membuat pilihan. Dan memilih untuk


melakukan perkara yang baik, biasanya menuntut kita melakukan
pengorbanan.

Hendak solat subuh contohnya, kita perlu mengorbankan tidur lena


kita dan kehendak untuk terus berbaring di atas katil. Apatah lagi
kalau kita mahu melaksanakan qiyamullail di tengah malam, sudah
pasti pengorbanan diperlukan untuk kita meninggalkan tilam dan
meluang sebahagian masa tidur kita untuk beribadah.

Hendak melakukan ibadah zakat contohnya, pengorbanan terpaksa


dilakukan, sebahagian harta kita, hasil titik peluh dan penat lelah kita,
perlu diambil sebagai zakat.

Hendak mempunyai hubungan seks yang halal, kena sabar dan ambil
jalan pernikahan yang tak sedikit pancarobanya. Berkorban melawan
hawa nafsu dari melakukan perkara-perkara terkutuk yang jauh lebih
mudah dari jalan pernikahan.

Dan pelbagai lagi.

Apabila kita hendak menjadi hamba Allah SWT yang baik, yang taat,
bermakna kita pasti akan mengorbankan kehendak hawa nafsu
serakah kita. Bergerak mengikut petunjuk Allah SWT dan mencari
keredhaanNya, bukan lagi ikut suka hati dan semata-mata keselesaan
kita.

Masyhur kata-kata berikut:

Tidak akan bersatu dua cinta dalam satu masa, yakni cinta kepada
Allah dan cinta kepada apa yang dimurkaiNya.

Justeru, jika apa yang kita suka itu adalah apa yang Allah SWT murka,
maka jika kita menyatakan bahawa kita mencintai Allah SWT, sudah
pasti kita perlu mengorbankan apa yang kita suka. Dan berusaha
mendidik pula diri kita untuk menyukai apa yang Allah SWT redhai.

Saban Tahun Diperingatkan


Maka AidilAdha hadir setiap tahun, memberikan peringatan kepada
kita akan hakikat ini. Pengorbanan yang kita lihat terpapar jelas pada
mata kasar kita dalam ibadah haji dan ibadah korban, hakikatnya
adalah untuk kita terjemahkan di dalam segenap kehidupan kita.

Jika ibadah Haji dan ibadah Korban hanya berlaku pada musimnya,
pengorbanan sebagai hamba Allah SWT pula tidak bermusim. Ia
berjalan sepanjang masa, sehinggalah kita menghembuskan nafas
yang terakhir.

Persoalannya, adakah kita bersikap dengan sikap yang sedemikian?

Di sinilah kita perlu duduk sebentar bermuhasabah dan merenung


kembali akan pengorbanan kita dengan Allah SWT.

Antara perkara yang sering berlaku pada musim AidilAdha ialah


pengulangan kisah Ibrahim AS dengan keluarganya. Kita akan
menceritakan semula perihal bagaimana Ibrahim AS diarahkan untuk
menyembelih anaknya, Ismail AS.

Apakah ini sekadar cerita?


Tidak, ini adalah sejarah dan untuk kita kembali melakukan refleksi
terhadap diri kita. Melihat kembali bagaimana pengorbanan kita
dalam mentaati Allah SWT.

Datang Lagi AidilAdha dan Bagaimana Pula Kita?


AidilAdha akan datang lagi dan lagi setiap tahun, selagi mana umur
kita dipanjangkan oleh Allah SWT. Apakah apabila sampainya
AidilAdha, dan kemudian ia pergi, maka pengorbanan kita juga
meningkat?

Kita perlu sedar bahawa tiada kejayaan tanpa pengorbanan.

Begitulah juga kejayaan kita. Baik kejayaan kita di dunia, untuk


melihat dunia ini kembali di bawah pemerintahan yang adil,
keharmonian dan makmur, dengan kekayaannya dikongsi bersama,
atau kejayaan kita di akhirat kelak untuk meraih syurga.

Kedua-duanya memerlukan untuk kita berkorban.

Semoga kita antara orang-orang yang sanggup.

Muhasabah.

Anda mungkin juga menyukai