Anda di halaman 1dari 9

1

Pengumuman awal:
- makluman kepada hadirin tentang adab majlis
- handphone pada mode perlahan(silent)/off
- kurangkan pergerakkan, ke tandas awal
- minta berdiri bila diumumkan ketibaan
Yang Dihormati En. Mohd Yusof bin Ahmad
(Pegawai Seranta Yayasan Pelajaran Mara Negeri Johor)

Mengumumkan ketibaan..
Yang Dihormati En. Mohd Yusof bin Ahmad
(Pegawai Seranta Yayasan Pelajaran Mara Negeri Johor)
En. Mohtar bin Daud
(YDP PIBG SK Tanjong Gading) dan
Yang Berusaha, Pn. Jaranah bt. Hj. Jaafar,
(Guru Besar SK Tanjong Gading)

(YBhg.Dato dan VIP duduk di kerusi VIP)

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
2

1. Yang Dihormati En. Mohd Yusof bin Ahmad


(Pegawai Seranta Yayasan Pelajaran Mara Negeri Johor)

2. Yang dihormati, En. Mohtar bin Daud


(Yang DiPertua PIBG SK Tanjong Gading)

3. Yang Berusaha, Pn. Jaranah bt. Hj. Jaafar


(Guru Besar SK Tanjong Gading)

3. Yang dihormati,
#rujuk salutasi

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara,
Assalammualaikum mulanya kata,
Salam sembah pembuka bicara.

Assalamualaikum w.r.t w.b.t


Bismillahirrahman nirrahim.

Alhamdulillah puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurnianya dapat kita bersama-sama hadir pada petang ini.
3

Dengan izin NYA jualah, usaha dan perancangan rapi daripada kalangan
para guru, ibu bapa serta sokongan daripada komuniti setempat dan
individu secara langsung atau tidak langsung kerana menjadikan
perhimpunan ini suatu realiti dan berjaya dianjurkan.

Sekali lagi majlis merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih atas
kehadiran dif-dif jemputan, tuan-tuan dan puan-puan ke Mesyuarat Agung
PIBG Kali Ke- 39

Bukan rumput sebarang rumput,


Rumput penghias tepi halaman;
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput menonton gerak persembahan.

Hadirin hadirat sekalian,

Seterusnya kita akan dipersembahkan dengan tarian zapin daripada murid-


murid Tahun 5. Majlis mempersilakan...

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, tarian zapin itu tadi telah dipimpin
oleh Puan Nuryana bt Ramli, Guru SK Tanjong Gading.
4

Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat,
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Bagi memberkati majlis pada petang yang berbahagia ini, marilah sama-
sama kita mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh Imam Satu Masjid
At-Taqwa.
Majlis dengan ini mempersilakan imam Tn Hj. Abd. Rahman bin Karim
untuk membacakan doa.

Terima kasih kepada al fadhil imam Tn. Hj. Abd Rahman di atas bacaan
doa sebentar tadi.

Duduk sekawan gadis jelita,


Buat santapan untuk pahlawan,
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Sidang hadirin sekalian.


Seterusnya majlis dengan hormatnya mempersilakan,
Yang Dihormati, En. Mohtar bin Daud, Yang DiPertua PIBG SK Tanjong
Gading untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dipersilakan
5

Terima kasih atas ucapan aluan yang disampaikan oleh En. Mohtar bin
Daud, Yang DiPertua PIBG SK Tanjong Gading

Majlis kita akan diserikan dengan persembahan Kalam Jamaie daripada


murid tahun 4 dan 5. Persembahan ini dibimbing oleh cikgu Muna Bazila.
Majlis dengan ini mempersilakan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas persembahan Kalam


Jamaie yang penuh bersemangat sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Guru Besar Sekolah


Tanjong Gading, majlis dengan hormatnya mempersilakan, Yang
Berusaha, Pn. Jaranah binti Hj. Jaafar,
(Guru Besar SK Tanjong Gading) untuk menyampaikan ucapannya.

Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Jaranah binti Hj. Jaafar, (Guru
Besar SK Tanjong Gading)

Majlis pada petang ini akan diserikan lagi dengan persembahan action
song yang akan disampaikan oleh murid-murid Kelas 4 Pintar di bawah
pimpinan Cikgu Hasliza bt. Jasman, Guru Bahasa Inggeris SK Tanjong
Gading.
6

Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan persembahan multimedia

Terbang di awan burung jentayu,


Di atas papan batang jerami;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi.

Seterusnya,
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Dihormati En.
Mohd Yusof bin Ahmad (Pegawai Seranta Yayasan Pelajaran Mara
Negeri Johor), untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-39, pada petang ini. Majlis dengan ini
mempersilakan..

Demikian tadi ucapan yang telah disampaikan oleh Yang Dihormati En.
Mohd Yusof bin Ahmad (Pegawai Seranta Yayasan Pelajaran Mara
Negeri Johor).

Demikianlah tadi, ucapan dan perasmian Mesyuarat Agung PIBG Kali


Ke-39 yang telah disempurnakan oleh Yang Dihormati En. Mohd Yusof
bin Ahmad (Pegawai Seranta Yayasan Pelajaran Mara Negeri Johor)
7

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Sidang hadirin sekalian.

Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Tokoh Nilam


Dengan ini, majlis mempersilakan, Pn. Jaranah binti Hj. Jaafar, (Guru
Besar SK Tanjong Gading) mengiringi Yang Dihormati En. Mohd Yusof
bin Ahmad (Pegawai Seranta Yayasan Pelajaran Mara Negeri Johor)
untuk menyempurnakan acara.

Dengan segala hormatnya mempersilakan.

Dijemput adik Muhammad Izzat bin Anuar untuk naik ke pentas


menerima anugerah.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En. Mohd Yusof bin
Ahmad di atas kesudian menyampaikan anugerah Tokoh nilam sebentar
tadi.

anak haruan berlima-lima


mati ditimpa punggur berdaun
budi tuan kami terima
jadi kenangan bertahun-tahun
8

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga, majlis
mempersilakan
..untuk
menyampaikan cenderahati kepada...
terima kasih juga
diucapkan.., atas
kesudian menyampaikan cenderahati kepada.

Seterusnya,
Majlis mempersilakan, (Guru Besar SK
Tanjong Gading) untuk menyampaikan cenderamata kenangan kepada

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian

menyempurnakan majlis pada petang ini.

( VIP duduk semula)

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
9

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi,
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada seluruh warga kerja yang terdiri
daripada barisan para guru, pembantu guru, staf sokongan SK Tanjong
Gading serta seluruh ahli Jawatankuasa PIBG SK Tanjong Gading yang
telah berusaha menjayakan program dan kelancaran majlis pada petang
ini.

Kami bagi pihak majlis kami menyusun sepuluh jari mohon ampun dan
maaf atas segala kekurangan sepanjang majlis berlangsung.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Dengan ini, berakhirlah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Kali
Ke-39 Sekolah Kebangsaan Tanjong Gading pada petang ini.

Sekian Wabillahi taufik wal hidayah, wassalamu`aliakum


warahmatullahi wabarakatuh.

Pengumuman
Hadirin diminta terus berada didewan dan sedikit jamuan ringan akan
diedarkan. Mesyuarat akan dimulakan sebentar lagi..

Anda mungkin juga menyukai