Anda di halaman 1dari 1

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis.Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan sekalian.

Tajuk
syarahan saya pada pagi ini ialah Faedah Menabung.

Hadirin sekalian,

Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang perbelanjaan untuk keperluan pada masa hadapan.
Sebagai contoh, kita boleh mengumpul lebihan wang perbelanjaan seharian untuk disimpan di bank
sebagai tabungan kita. Wang tabungan yang kita simpan itu bolehlah kita gunakan untuk pelbagai
perkara yang penting pada masa hadapan.

Hadirin sekalian,

Antara faedah menabung ialah dapat membantu kita pada masa diperlukan. Contohnya menggunakan
wang tabungan tersebut untuk membeli barang keperluan sekolah. Ini tentu dapat mengembirakan
ibu bapa kita terutamanya jika waktu itu mereka kekurangan wang dan sebagainya.

Selain itu, menabung juga akan memupuk amalan berjimat-cermat. Kita akan merancang perbelanjaan
agar sebahagian wang perbelanjaan dapat disimpan. Ini akan menjadikan kita berjimat-cermat dan
sentiasa berwaspada agar wang tidak dibelanjakan sesuka hati.

Di samping itu, menabung boleh mengelakkan kita daripada terlepas sesuatu peluang baik yang muncul
tanpa diduga. Contohnya, kita dapat membeli buku idaman yang jarang-jarang ditemui dengan
menggunakan wang simpanan. Ini tentu mengembirakan kita kerana memperoleh apa yang sudah lama
diidamkan sedangkan pada masa itu ibu bapa kita mungkin kurang mampu untuk membelinya.

Hadiri yang dihormati sekalian,

Amalan menabung juga dapat mengelakkan pembaziran. Orang yang menabung akan lebih berhati-hati
ketika berbelanja kerana mereka telah membuat perancangan awal menguruskan wang perbelanjaan.
Ini sudah pasti mengelakkan pembaziran kerana mereka hanya berbelanja untuk perkara-perkara
yang betul-betul perlu sahaja.

Seterusnya, menabung juga membolehkan kita membantu orang lain. Contohnya, kita boleh
meminjamkan sebahagian wang simpanan kita untuk bayaran yuran sekolah adik jika pada masa itu ibu
bapa kita memerlukannya. Ini akan mengeratkan tali persaudaraan kerana membantu mereka ketika
dalam kesusahan.

Setakat ini sahajalah syarahan saya pada pagi ini. Akhir kata, saya menyeru kepada rakan-rakan
supaya menjadikan amalan menabung sebagai amalan hidup kerana banyak faedah yang boleh kita
diperolehi daripada amalan ini.

Sekian, Terima kasih.